Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kertas Kerja DMDI Sistem Persekolahan Malaysia-Indonesia- Pendekatan Kontruktivism

Kertas Kerja DMDI Sistem Persekolahan Malaysia-Indonesia- Pendekatan Kontruktivism

Ratings: (0)|Views: 289|Likes:
Published by hanipahhussin

More info:

Published by: hanipahhussin on Apr 10, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/10/2012

pdf

text

original

 
Sistem Persekolahan Malaysia-Indonesia telah dibentang di Seminar DMDI-02/02/2003di Melaka1
SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIA-INDONESIA:
 
Pendekatan Konstruktivism
Prof.Madya Dr. Hajah Hanipah HussinPusat Bahasa dan Pembanguanan InsanUniversiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM)Jalan Hang Tuah Jaya. Ayer Keroh. 75450.Melaka
Pengenalan
 Sistem Persekolahan Malaysia 632 merupakan satu system yang tidak berubahdari 1947. Sehingga Reformasi Pendidikan 1970 pertama berlaku sedikit anjakanterhadap kepentingan Bahasa Malaysia dalam bahasa pengantar di semua sekolah dankaedah pengajaran berpusatkan guru masih menjadi pola dalam sistem itu. FalsafahPendidikan Negara, menetapkan matlamat yang seimbang melalui KBaruSR danKBersepaduSM. Antara matlamat kurikulum KBSR ialah memperkembangkan potensimurid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalanikehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggung jawab. Untuk mencapaimatlamat ini, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran danpembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid pelbagai kebolehan dan minat.(1)Ilmu pengetahuan murid pula tidak semuanya berasal daripada maklumat deriayang wujud secara bebas dalam persekitaran lalu diserap ke dalam fikiran murid melaluipengalaman pancaindera tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membinasendiri melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan. (2)Menurut Schulman seorang guru yang berkesan dalam proses pengajaran danpembelajaran harus menguasai isi pengetahuan(content knowledge) yang terdiri daripadatiga kategori iaitu isi pengetahuan matapelajaran (subject matter content knowledge), isipelajaran pedagogi (pedagogical content knowledge) dan pengetahuan kurikulum(curricular knowledge).Sehubungan dengan itu satu model pengajaran telah diperkenalkan iaitu modelKonstruktivisme. Model ini telah didedahkan kepada guru-guru terutamanya yang
KERTASKERJA
 
Sistem Persekolahan Malaysia-Indonesia telah dibentang di Seminar DMDI-02/02/2003di Melaka2
mengajar matapelajaran Sains dan Matematik. Pelaksanaan sepenuhnya model ini adalahdi sekolah-sekolah bestari yang sedang dan akan dibentuk.
1. Jurnal Keningau, Dis 1997 , Konstruktivisme: Pedagogi Bilik Darjah Betari, MP Keningau, m.s 12. Modul Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Rendah, Bahagian Pendidikan Guru, m.s 2
2. KONSTRUKTIVISME
2.1 PengertianKonstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimanapengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lamadipraktik dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab danuniversiti tetapi tidak begitu ketara dan ditekankan.Mengikut fahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkandaripada guru kepada pelajar dalam bentuk serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatupengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil usahapelajar sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktivitimental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dalampersekitaran. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yangmembentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harusmengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat barutelah dapat disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan,dengan itu kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Prosesini dinamakan KONSTRUKTIVISME .(3)
 
Sistem Persekolahan Malaysia-Indonesia telah dibentang di Seminar DMDI-02/02/2003di Melaka3
 
3. Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Rendah , Bahagian Pendidikan Guru m.s 3
2.2 Pendapat-Pendapat Ahli KonstruktivismeMenurut beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka, pembelajaran yangbermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar.Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea merekasendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jikakefahaman dan miskonsep(salah konsep) diabaikan, kefahaman atau kepercayaan asalmereka tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka memberi jawapan seperti yangdikehendaki oleh guru.John Dewey pula mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakanpengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun dan membina pengalaman secaraberterusan dan kepentingan penyertaan pelajar dalam setiap aktiviti pengajaran danpembelajaran amat ditekankan. (4)Von Glasserfeld (1991) menyatakan bahawa konsep baru dan pengetahuan barutidak boleh disampaikan kepada orang lain semata-mata dengan percakapan sebab setiaporang mesti mengabstrak makna, konsep dan pengetahuan dari pengalamannya sendiri.Higginson (1989) pula berpendapat proses mengetahui dan belajar denganpenekanan pada penglibatan aktif pelajar. Manakala Silver (1990) menyatakan pelajar

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->