You are on page 1of 19

KOMSAS

Kupasan & kajian teks novel

Merenang Gelora
Nama : Rosli Kelas : Mutiara 1 (2012) Guru : En. Ahmad Zainuddin b. Omar Nur Dhamirah Aishah binti Mohd

SINOPSIS
Novel Merenang Gelora mengisahkan tentang kenangan hidup Badri bersama-sama kawan-kawannya pada zaman persekolahan. Badri watak utama dalam novel ini berusaha untuk membantu kawan-kawannya yang terlibat dalam masalah disiplin sekolah untuk keluar daripada permasalahan ini. Badri murid tingkatan lima dilantik menjadi pengawas sekolah. Di sinilah bermulanya beliau bekerjasama dengan guru-guru untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Meng Kong, Kumar dan Shahrul merumitkan lagi permasalahan ini apabila mereka bukan sahaja menjual kad prabayar tetapi juga telefon bimbit kepada murid sekolah itu. Mereka menjual telefon bimbit secara ansuran. Ini menimbulkan masalah kerana murid kerap meminta belanja sekolah yang lebih daripada ibu bapa. Kegiatan Meng Kong, Kumar dan Shahrul akhirnya tertumpas apabila Meng Kong tertangkap di kedai ayahnya sendiri. Hal ini menambahkan lagi sakit hati Shahrul dan Kumar terhadap Badri. Kumar pula akhirnya insaf apabila dia tertangkap ketika memasukkan kotak rokok ke dalam beg Meng Kong. Ini menyebabkan Shahrul berseorangan. Dendam dan iri hati Shahrul terhadap Badri semakin bertambah apabila Nadira murid perempuan yang agak menarik di sekolah itu, yang sebelum ini menjadi kawan rapatnya berpaling arah ke Badri. Walaupun menerima pelabagai tekanan semasa menjalankan tugasnya sebagai pengawas, Badri tidak putus asa.

TEMA
Cabaran dan tanggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas, Badri berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya sikap Meng Kong, Kumar dan Shahrul yang sering melanggar peraturan sekolah dan menfitnah dirinya. Badri beristiqamah dan konsisten dalam memikul amanah untuk membantu guru-guru menjaga disiplin pelajar dan juga sebagai seorang anak yang bertanggungjawab untuk berjaya dalam pelajaran.

PERSOALAN

Penguatkuasaan sesuatu disiplin itu tidak dapat ditegakkan jika pihak yang diberikan tugas tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan tidak berkesan. Golongan ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan masing-masing sehingga tidak mengambil tahu tentang perkembangan pelajaran anak- anak mereka. Golongan ibu bapa yang mengambil berat tentang pelajaran anak anak mereka. Keprihatinan sebagai seorang sahabat. Aktiviti tidak bermoral seperti peras ugut, lumba haram dan terlibat dalam kumpulan pengedar najis dadah dalam kalangan remaja. Perasaan saling tertarik antara berlainan jantina dalam kalangan remaja yang sedang meningkat remaja.

Kecanggihan teknologi dan ciri-ciri kehidupan moden jika tidak ditangani dengan betul boleh mendatangkan masalah kepada remaja. Manusia boleh berubah daripada negatif kepada positif jika ada kemahuan dari dalam diri sendiri

BADRI
a) Badri merupakan anak sulung dalam keluarga dan merupakan abang kepada Badrul. b) Merupakan pelajar tingkatan 5. c) Anak dan murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab. d) Tidak suka menjalinkan perhubungan istimewa dengan pelajar perempuan semasa belajar. e) Sebagai pengawas, Badri menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah, tegas, berani dan bertanggungjawab.

SHAHRUL
a) Pelajar tingkatan lima b) Ayahnya seorang ahli perniagaan c) Shahrul suka memperalatkan orang lain untuk memenuhi kehendaknya d) Berkawan dengan sekumpulan mat motor yang terlibat dalam lumba haram e) Memusuhi Badri kerana kerana cemburu Nadira berkawan rapat dengan Badri. f) Berkahwin dengan Nadira

MENG KONG
a) Rakan kongsi kepada Shahrul dan dan Kumar b) Mencuri telefon bimbit terpakai di kedai ayahnya sendiri c) Berubah menjadi pelajar yang baik

d) Setelah tamat pengajian, Meng Kong mengambil alih bisnes ayahnya

KUMAR
a) Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng Kong dalam bisnes menjual telefon bimbit dank ad prabayar kepada pelajar sekolah b) Menyimbah air kea atas Badri semasa Badri di dalam tandas c) Berubah menjadi baik setalah beberapa kali diberi sesi kaunseling

NADIRA
a) Nama penuhnya ialah Siti Cahya Nadira. b) Pelajar yang terbuka moden dan cantik. c) Seorang yang ego dan sombong d) Tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh e) Pernah ditahan polis bersama-sama Shahrul

JAMIL
a) Kawan baik kepada Badri b) Terlibat dalam bisnes menjual telefon bimbit terpakai dank ad prabayar yang dijalankan oleh Shahrul. Meng Kong dan Kumar c) Kelurganya menghantar Jamil ke Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar

CIKGU JAILANI

a) Guru disiplin yang berpengalaman b) Mangajar mata pelajaran Matematik c) Guru yang tegas dan tidak pilih kasih d) Prihatin terhadap murid-muridnya

LATAR TEMPAT
a) Rumah Badri b) Kompleks beli-belah c) Ruamh Pak Alang d) Di kedai Encik Tan e) Di sekolah f) Di perputakaan g) Di tasik pinggir kota

LATAR MASA
a) Waktu pagi- Mak Siti memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk keluarganya b) Selepas rehat c) Selepas waktu persekolahan- Shahrul, Kumar dan Meng Kong melepak di kompleks beli-belah d) Pada hari Sabtu e) Pada pukul 4.00 petang- Badri ke pasar raya untuk menemui Siew Mei f) Waktu petang

LATAR MASYARAKAT
a) Masyarakat pelajar b) Masyarakat yang prihatin terhadap anak. c) Masyarakat yang bijak mengurus masa. d) Masyarakat yang rajin belajar. e) Masyarkat guru yang tegas dan adil. f) Masyarakat pelajar yang terjabak dalam gejala sosial.

TEKNIK PLOT
a) Teknik pemerian- pengarang memulakan cerita dengan memerihal Badri yang sedang bersiap-siap ke sekolah. b) Teknik dialog. Contohnya : Apa yang kau merepek ni, Bad. Jamil memaksa dirinya untuk ketawa. Tanya diri kau sendiri, Mil. Aku tahu semuanya Mil. Engkau tak tahu Mil, kad prabayar dan telefon bimbit itu, Meng Kong ambil dari kedai ayahnya tanpa pengetahuan ayahnya. c) Teknik imbas kembali. d) Teknik monolog dalaman. Contohnya: Badri berlalu dengan muka merah padam. Nadira yang baru sekolah di situ sudah mengecapnya tukang lapor. Kurang ajar, desis hati Badri. e) Teknik saspen Dia mengeluarkan sekeping kertas. Penulisnya meminta Badri menemuinya di suatu temoat. Tidak ditulis tujuan pertemuan itu harus diadakan. Badri tertanyatanya. Siapalah yang menghantar pesana itu dan kenapa? f) Teknik kejutan iaitu kemunculan sesuatu peristiwa yang tidak disangka-sangka digunakan oleh pengarang

a) Diksi b) Ayat pendek dan panjang- Cepat makan, Badrul., Kau cakap engkau tak akan biarkan perkara buruk dilakukan oleh murid-murid sekolah ni tapi sekarang engkau tak mahu buaat apa-apa?

c) Simile- garang macam singa, Hatinya bagai terbakar d) Hiperbola- kemarahan yang menggunung,perasaan Badri diamuk gelora

e) Pesonafikasi- matanya menikam lantai, kesakitan itu tambah menggigit f) Sinkope- ni, tak, nak, tu ,bu

g) Peribahasa- menang jadi arang, kalah jadi abu h) Bahasa Inggeris- understanding,race, facebook

NILAI
a) Baik hati b) Rajin c) Kejujuran d) Kerjasama e) Kesederhanaan f) Keberanian g) Keyakinan h) Tanggungjawab i) Keadilan

PENGAJARAN
a) Kita hendaklah yakin dan percaya dengan apa-apa yang kita lakukan b) Kita haruslah mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. c) Ibu-bapa hendaklah memberikan prihatin terhadap pelajaran anak-anak mereka d) Kita mestilah tabah menghadapi dugaan dan cabaran jika hendak Berjaya e) Kita janganlah terburu-buru membuat keputusan. f) Kita hendaklah melaksanakan tugas yang diberikan kepada kita dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

You might also like