You are on page 1of 3

Peribahasa tersebut membawa maksud, segala perlakuan yang dilakukan oleh guru akan menjadi ikutan kepada anak

muridnya. Jika buruk contoh teladan yang dipamirkan oleh guru, maka buruklah ikutan yang ditunjukkan oleh anak muridnya. Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian.Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati. Secara ringkasnya, pembangunan sahsiah dari perspektif Islam boleh diertikan sebagai membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempunyai nilai murni dan berdaya maju. Apabila kita ingin memperbaiki akhlak murid, perbincangan secara serius tentang akhlak atau kualiti peribadi guru juga adalah perlu. Ini kerana guru merupakan sumber kepada murid dalam semua perkara untuk mendapatkan ilmu dan semangat, juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan akhlak yang baik. Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu tetapi ia berperanan lebih luas dari itu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Antaranya untuk menanam nilai-nilai insani melalui keilmuan dan pendidikan bagi menghidupkan potensipotensi dalaman dan luaran dalam diri murid supaya dapat berkembang dan berfungsi dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang disediakan oleh Allah S.W.T. Guru adalah pendidik dan mursyid di samping menjadi penyampai ilmu. Maka guru perlulah memiliki kualiti peribadi yang tinggi serta mampu menyampaikan risalahnya sebagai pendidik (Al Ghazali, t.t).

///Saranan Imam al Ghazali dalam karyanya Ihya Ulumuddin (t.t) mengenai peranan guru dalam pendidikan amat bertepatan dengan matlamat Wawasan 2020 yang ketujuh, iaitu untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Ia merupakan sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat kebajikan insan dan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi pembentukan sebuah keluarga yang kukuh. Imam al Ghazali (t t) menegaskan bahawa guru perlu menanamkan rasa kasih sayang dalam kalangan murid dan mewujudkan rasa kasih sayang mereka terhadap murid-murid. Dari sinilah murid-murid akan terdidik agar bersifat sayang menyayangi dalam kehidupan bermasyarakat dan tidak mementingkan dirinya sahaja. Apa yang jelas dalam saranan Imam al Ghazali ialah kanak-kanak sejak daripada kecil lagi diasuh dengan didikan yang berbentuk keduniaan dan keakhiratan. Mereka perlu diasuh dengan didikan yang dapat membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan tidak mudah patah semangat serta tidak mementingkan diri sendiri. Apabila kita ingin memperbaiki akhlak murid, perbincangan secara serius tentang akhlak atau kualiti peribadi guru juga adalah perlu. Ini kerana guru merupakan sumber kepada murid dalam semua perkara untuk mendapatkan ilmu dan semangat, juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan akhlak yang baik. Guru bukanlah sebagai robot atau alat untuk menyampaikan ilmu tetapi ia berperanan lebih luas dari itu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Antaranya untuk menanam nilai-nilai insani melalui keilmuan dan pendidikan bagi menghidupkan potensi-potensi dalaman dan luaran dalam diri murid supaya dapat berkembang dan berfungsi dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang disediakan oleh Allah S.W.T. Guru adalah pendidik dan mursyid di samping menjadi penyampai ilmu. Maka guru perlulah memiliki kualiti peribadi yang tinggi serta mampu menyampaikan risalahnya sebagai pendidik (Al Ghazali, t.t).

Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al Ghazali menegaskan, guru perlu bersikap dan bertindak seperti ayah atau ibu dalam hubungannya dengan murid. Sikap ini bukan sahaja dapat menambahkan perhatian guru untuk peningkatan ilmu dan akhlak murid, malah turut memberi peluang kepada mereka untuk mendidik murid seperti mendidik anak sendiri. Selain itu, guru hendaklah menguasai mata pelajaran yang diajarnya. Penguasaan ilmu sudah tentu memerlukan pembacaan yang luas dan pengkajian yang berterusan.

///////////////////////////////// Al-Ghazali menggunakan pendekatan tertentu dalam mendidik kanak-kanak sesuai dengan kehendak al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad SAW. Terdapat lima pendekatan yang digunakan oleh beliau iaitu mendidik (tadib), disiplin kendiri (riadah), megajar (talim), pemeliharaan atau asuhan yang baik (tarbiyyah) dan penyucian (tahzib). 1 Tadib (Mendidik) Tadib berasal daripada perkataan adab yang bermaksud mengeluarkan fakulti atau tenaga dalaman yang terpendam dan secara semulajadinya cenderung kepada hakikat kebenaran supaya dimanifestasikan dalam bentuk tindakan atau tingkah laku. Al-Ghazali berpendapat, Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah dan kedua-dua ibubapanya bertanggungjawab bagi mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Kristian atau Majusi. Fitrah merujuk kepada naluri bagi mengenal, mentauhidkan Allah dan mencari hakikat kebenaran. Setiap kanak-kanak dilahirkan mempunyai pelbagai entiti yang terdiri daripada unsur intelek, emosi, material (tubuh badan), dan roh. Walaupun manusia pada hakikatnya baik, tetapi apabila berinteraksi dengan perkara-perkara yang bersifat kebendaan, ia mendorong berlakunya kejahatan. Ada anak yang dilahirkan dengan kecenderungan akhlak yang baik, tetapi ada juga yang dilahirkan dengan kecenderungan akhlak yang buruk. Oleh itu, keduadua unsur positif dan negatif wujud dalam diri manusia. Al-Ghazali berpandangan, ibu bapa perlu menerapkan akhlak yang baik dalam diri anak melalui agen sosialisasi utama sama ada pendidikan, amalan kebiasaan dan pergaulan dengan orang-orang yang berbudi pekerti mulia. Akhlak terhasil akibat daripada wujudnya interaksi antara roh dan tindakan. Beliau berpandangan, kualiti roh sama ada cenderung ke arah baik atau jahat dipamerkan melalui perlakuan seorang anak. Dalam hal ini, kualiti merujuk kepada akhlak, manakala perlakuan merujuk kepada aktiviti anggota tubuh yang dapat dilihat. Konsep tadib pada kaca mata al-Ghazali adalah proses bagi mendisiplinkan aspek fizikal dan spiritual anak supaya transformasi dapat dilakukan sekiranya kualiti roh lebih cenderung kepada domain negatif. Anak-anak perlu dididik dengan perkara-perkara yang mudah dahulu sehingga mereka mampu menguasainya diikuti perkaraperkara yang lebih kompleks. Hal ini sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak yang belum mampu menguasai dan memahami perkara yang bersifat abstrak. Oleh itu, ilmu dan kemahiran yang disampaikan kepada anak-anak perlu sesuai dan selaras dengan kemampuan anak-anak. Di samping mendidik kognitif, aspek fizikal kanak-kanak juga perlu dititikberatkan. Al-Ghazali berpendapat, kanak-kanak perlu diberi masa bagi bermain dan melakukan aktiviti-aktiviti pergerakan fizikal supaya tubuh badan menjadi sihat dan dapat menceriakan emosi mereka. Kestabilan fizikal dan emosi mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Bermain juga adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Apabila bermain, aspek-aspek nilai moral dapat diterapkan secara tidak langsung. Oleh itu, guru dan ibu bapa perlu member peluang kepada kanak-kanak untuk bermain bagi merehatkan minda dan menjauhkan diri daripada sifat malas. 2 Riadah (Disiplin kendiri) Al-Ghazali mendefinisikan riadah sebagai latihan kepada rih, bermula dengan latihan yang mudah kepada yang lebih kompleks melalui usaha yang bersungguh-sungguh dan berkala, sehingga tahap yang sukar dapat dicapai dan diamalkan dengan mudah. Riadah adalah salah satu cara bagi membentuk akhlak yang baik selain daripada cara-cara lain seperti mujahadah. Contohnya, bagi menjadikan anak yang baik, ibu bapa perlu sentiasa mempamerkan tingkah laku baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan, atau naluri dalaman. Al-Ghazali membahagikan riadah kepada dua iaitu :

Penerapan adab dikaitkan dengan tabiat semulajadi roh yang cenderung kepada kebaikan.

Meneruskan objektif positif iaitu merujuk kepada niat yang baik.

Disiplin kendiri merangkumi kedua-dua aspek yang memerlukan penumpuan fizikal dan keinginan spiritual. Matlamat utama riadah adalah bagi membersihkan roh daripada akhlak yang keji seperti sikap tamak, marah dan sebagainya. Apabila roh, intelek, marah dan kehendak dalaman diseimbangkan, akhlak yang terpuji dan sifat adil lahir pada diri individu. Dengan ini, individu dapat mencapai tahap hikmah (akal yang sempurna) yang mana dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang jahat atau perkara yang betul dengan yang salah.

You might also like