You are on page 1of 4

Analisis Isu Nasional Berkaitan Pendidikan PENDIDIKAN ORANG ASLI OLEH: BASIR ZAHROM [BERITA HARIAN/22 DISEMBER 2008]

1.0 Sinopsis Wawasan 2020 adalah merupakan fokus utama Malaysia dalam mencapai impiannyamenjadi sebuah negara yang berdaya saing dan maju di mata dunia.Hasrat tersebut diharapkandapat menjadi pemangkin kepada usaha yang berterusan agar segala yang diimpikan menjadirealiti dan bukan sekadar impian. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan menjadi fokus utama kerajaanagar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arus perdana yang pantas.Namun demikian, masih terdapat golongan Orang Asli yang tercicir di dalam mengejar pendidikan.Persoalannya ialah apakah punca yang menyebabkan berlakunya keciciran di dalamkelompok orang Asli

tersebut?Bagaimanakah kerajaan, masyarakat serta guru berusaha untuk menampung lompang yang terhasil?Adakah perkara ini akan menjejaskan matlamat utamapendidikan sepertimana yang telah disebutkan di dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu kepentinganpendidikan untuk negara dan bangsa? Penulisan ini akan melihat permasalahan ini dari kaca mata sosiologi (sekolah danmasyarakat) merangkumi tajuk-tajuk seperti pendidik sebagai aktivis sosial, pendidikan danmasyarakat, interaksi dan masyarakat serta sejarah sosial pendidikan Malaysia.Sebagaitambahan, penulis akan memberikan komen serta cadangan untuk menangani permasalahan ini. Selain itu, penulis akan merungkaikan faktor dominan yang mempengaruhi pendidikan dikalangan Orang Asli.Adakah permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya keprihatinanibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka ataupun terdapat faktor lain yangmempengaruhi pembelajaran mereka.

1.1Pengenalan kepada Orang Asli Orang Asli (Malay: Original people) is the accepted term for 17 to 25 indigenous ethnic minorities of Peninsular Malaysia Orang Asli adalah masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu.Hasil penyelidikan arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utaraSemenanjung menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abadke-8 SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu1. 1.2Keciciran pelajar Menurut Lapuran Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran danMasyarakat (Lapuran Keciciran) pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa ramai murid-murid miskin di luar bandar yang tercicir berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar.Kadar keciciran yang paling tinggi ialah di peringkat peralihan persekolahan iaitu dari sekolahrendah ke menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3). Seterusnya Laporan Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah oleh BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan mendapati bahawa semua pelajar yang tercicirdatang daripada keluarga keluarga berpendapatan rendah atau sederhana dan tinggal di kawasanyang persekitarannya tidak menggalakkan untuk pembelajaran.Walaupun agak sukar untukmenentukan punca sebenar yang menyebabkan berlakunya keciciran, kajian mengenalpasti empat faktor yang saling berkait iaitu pelajar sendiri, keluarga, persekitaran dan sekolah. Pendidikan dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana keduanya mempunyaihubungan yang saling berkaitan.Sebagai contoh, dalam pengisian kemerdekaan telah berlakupelbagai usaha dalam modenisasi pendidikan negara.Tujuannya tidak terhad kepada ilmupengetahuan sahaja, malahan segala pengalaman serta idea yang baru dapat dikembangkan sertadiadaptasikan ke dalam negara bagi memajukan negara. Orang Asli hendaklah mengeluarkan diri mereka dari kepompong yang menyebabkanmereka terasing dan tertinggal jauh terutamanya dalam pendidikan.Kehidupan yang lebihmenumpukan kepada sara diri haruslah diubah melalui pendidikan yang formal.Inikeranahanya dengan pendidikan sahajalah mereka mampu menjadi suatu bangsa yang berdaya saing setanding dengan bangsa-bangsa yang lain.

Menurut sebab yang utama, seharusnya dana awam dilaburkan pada sekolah-sekolah danprogram-program pendidikan bagi pelaburan modal insan.Secara tidak langsung ini

akanmempromosikan serta memesatkan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik bagi sesebuah negara. Penduduk yang tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan persekolahan yangsempurna akan menyebabkannya tidak dapat mempunyai peluang untuk mengembangkanmaklumat serta meningkatkan taraf kehidupan ssms seperti yang lain.Pendidikan bukanlahhanya suatu hak manusia, bahkan pendidikan juga adalah suatu keperluan sosial4. Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan kawasan luarbandar.Pendidikan yang asas di luar bandar boleh dikumpulkan kepada beberapa perkara iaitupendidikan asas, pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga, pendidikan

untukmengukuhkankomuniti serta pendidikan untuk membina pekerjaan5. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meganjurkan siri ceramah

yangberunsurkan pendidikan wajib sama ada melalui media massa atau ceramah di kawasan tertentuyang dikenalpasti bermasalah6.Perkara ini akan dapat memberikan kefahaman

kepadamasyarakat perihal pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka. Menurut Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008) mengenai merapatkan jurangpendidikan telah menyarankan beberapa program serta projek infrastruktur dan ICT luar bandar.Ini adalah bertujuan supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal di kalangan kanak-kanak yang berumur lima tahun khususnya murid-murid luar bandar dan Orang Asli serta Penan. Selain itu, pelancaran telahpun Kelas Dewasa pada bagi tahun Ibu Bapa Murid Orang Asli dan yang

Pribumi(KEDAP)7 yang

dilancarkan

2008

mempunyai

objektifnya

tertentuseperti mengurangkan kadar buta huruf khususnya Orang Asli serta beberapa golongan lagi.Malahan kelas tersebut adalah sebagai wahana untuk membasmi kemiskinan tegar melaluiagenda pendidikan disamping membantu anak-anak golongan ini di dalam pembelajaran merekaagar tidak berlaku insiden keciciran. Mata Pelajaran Vokasional dilihat sebagai suatu alternatif dalam menyediakan pilihanpelajaran di sekolah menengah harian kepada pelajar yang yang kurang minat dalam akademikdan lebih cenderung kepada program vokasional yang berbentuk hands-on.perkara seperti iniakan membantu

mengurangkan masalah pelajar yang tidak menghabiskan pelajaran merekasehingga tamat tingkatan lima. Oleh kerana tahap penguasaan 3M dikalangan orang Asli masih di tahap rendah sertakadar keciciran mereka adalah tinggi, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telahmenyediakan peruntukan bagi ibu bapa murid Orang Asli dan pribumi lain mulai dari tahun2008.Mereka yang menghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha untuk meningkatkantahap pendidikan mereka yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa yanglain. Hanya melalui pendidikan Orang Asli dapat membuat perubahan di dalam

kehidupanmereka.Konsep pembelajaran sepanjang hayat (long life learning) seharusnya dapat ditanam kedalam setiap isi masyarakat Orang Asli.Tidak menyalahi sekiranya ibu bapa mempelajarikemahiran 2M kerana melaluinya mereka dapat mengetahui akan kepentingan pendidikanterutamanya kepada anakanak mereka. Selain itu, mentaliti Orang Asli haruslah berubah agar tidak berada di takuk yang lama.Kehidupan yang dijalani sekarang mungkin tidak mengalami perubahan yang positif sekiranyatiada inisiatif daripada mereka sendiri.Sewajarnya mereka sama-sama memajukan diri seiringdengan perkembangan semasa. Secara tuntasnya, penulis berpendapat bahawa pendidikan Orang Asli mampuditingkatkan ke tahap yang lebih baik kerana dasar pendidikan negara yang sentiasa menyokonggolongan ini untuk maju ke depan.Semua pihak seharusnya berganding bahu untuk sama-samamemajukan pendidikan dalam negara terutama guru-guru.Tidak kira di mana merekaditempatkan sama ada di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/14269900/masalah-keciciran-pelajaran-kaum-orang-asli dirujuk

pada 27.1.2011

You might also like