You are on page 1of 2

Kewartawanan bermaksud usaha mengumpul bahan, menulis, menyunting dan menerbitkan bahan-bahan tersebut dalam akhbar, majalah, televisyen

atau radio. Wartawan pula ialah orang yang bertugas dalam bidang kewartawanan, sama ada kewartawanan akhbar, majalah, televisyen atau radio. Terdapat dua jenis kewartawanan, iaitu kewartawanan cetak dan kewartawanan elektronik. Kewartawanan cetak merangkumi media akhbar, majalah dan buku, manakala kewartawanan elektronik ialah merangkumi TV dan radio. Kewartawanan cetak bermaksud pengumpulan bahan, menulis dan menerbitkannya dalam media cetak seperti akhbar atau majalah manakala kewartawanan elektronik pula merujuk kepada usaha mengumpul bahan, menulis dan menyiarkannya dalam media elektronik sama ada TV atau radio. Walaupun terdapat perbezaan dari segi tumpuan kandungan, peranan yang dimainkan oleh kedua-dua bentuk kewartawanan ini adalah penting. Keberkesanan penyiaran radio dan TV dalam menyampaikan maklumat dan berita kepada orang ramai dengan pantas dan terkini sudah tentu lebih berkesan dibandingkan dengan liputan yang dibuat akhbar yang biasanya disiarkan pada keesokan hari. Namun akhbar mampu pula melaporkan secara terperinci akan sesuatu peristiwa. Malah sebahagian besar kandungan akhbar adalah berita dan maklumat. Dengan kata lain, sasaran media elektronik adalah kepada selesa pendengaran dan tontonan, sementara media cetak adalah kepada pembacaan. Tugas menghasilkan berita sama ada untuk media cetak atau elektronik adalah terletak pada wartawan. Wartawanlah yang bertanggungjawab terhadap setiap berita yang disiarkan oleh keduadua media ini. Bagi media elektronik terutama TV, kejayaan atau keberkesanan peranan yang dimainkannya amat bergantung kepada mutu dan skop liputan siaran beritanya, manakala bagi media cetak pula tidak dapat dinafikan bahawa beritalah yang melambangkan kejayaan sesebuah akhbar atau majalah. Untuk menghasilkan berita yang bernilai tinggi dan mendapat kredibiliti daripada masyarakat, seseorang wartawan itu perlulah mengikut etika kewartawanan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Etika amat penting dalam diri wartawan kerana ia boleh menentukan samaada wartawan tersebut jujur atau sebaliknya dalam penyebaran maklumat kepada orang ramai.

Pada Ahad malam yang lepas, saya menonton Smallville, sebuah drama mengenai kisah hidup waktu remaja Clark Kent alias Superman. Dialog pada akhir cerita itu yang diucap oleh Luthor (ayah Lex) kepada Chloe (editor Torch, akhbar sekolah tinggi Smallville) begitu melekat di pendengaran saya, secara lebih kurangnya, Luthor berkata, "wartawan adalah bidan sejarah." Begitulah gambaran peri pentingnya peranan wartawan dalam proses pembikinan sejarah moden. Bila kita meneliti sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita, tentu segera kita akan teringat nama Pak Sako, seorang wartawan. Di tangan orang-orang sebeginilah, "sejarah" diperanakkan lewat tulisan-tulisan mereka. Tetapi malangnya, keberkesanan para wartawan dalam membidankan kelahiran sejarah-sejarah baru telah dilihat oleh politikus-politikus yang memegang kuasa sebagai kuda yang boleh ditunggang pada bila-bila masa membawa ke arah yang mereka mahu dalam usaha mereka mengekalkan status quo penguasaan mereka. Wartawan yang biasanya menyambut kelahiran sejarah baru dari sang ibunya, iaitu sejarah terdahulu, kini terpaksa pula akur pada SANG KELEMBAI, si politikus yang berkuasa yang sentiasa mahu sejarah baru lahir mengikut iras rupa mereka, silap-silap ingkar nanti keteguran dan disumpah... inilah nasib yang diterima oleh bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Tan Sri Abdullah Ahmad alias Dollah Kok Lanas (DKL) yang telah dipecat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NST.

Contoh contoh akhbar sebelum merdeka

You might also like