You are on page 1of 4

Karangan BM PMR

Cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang adalah dengan meluangkan waktu bersama-sama keluarga. Jelaskan Terdapat berbagai-bagai cara untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang, antaranya menyertai aktiviti yang diadakan oleh sekolah, melancong ke tempat lain, dan yang paling biasa- bermain komputer. Namun, selepas disimpulkan, meluangkan waktu bersama-sama keluarga merupakan cara yang terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang. Melalui aktiviti bersama keluarga seperti melancong, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Keluarga juga akan menjadi lebih aman dan harmoni. Sebenarnya, keluarga yang harmoni banyak membantu untuk melahirkan masyarakat yang aman dan damai kerana keluargalah yang paling asas dalam melahirkan masyarakat yang harmoni. Tanpa keluarga, tiadalah masyarakat penyayang yang diharapkan. Di bawah pengaruh keluarga yang bahagia, perkembangan minda kanak-kanak adalah lebih sihat. Mereka tidak akan berasa tertekan malah badan mereka akan menjadi lebih sihat untuk menjana kemampuan belajar yang lebih baik dan berkesan. Dengan menyertai aktiviti kekeluargaan yang sihat, kanak-kanak akan berjalan ke arah kebaikan dan tidak akan memikirkan hal yang bukan-bukan sekali gus tidak akan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Risiko mereka untuk berkenalan dengan rakan yang kurang baik dapat juga dikurangkan. Biarpun ada kebarangkalian mereka diajak untuk melakukan sesuatu yang tidak baik seperti ponteng, bergentayangan dan lepak, namun mereka juga mempunyai peluang untuk menolak ajakan mereka sedaya upaya. Sesungguhnya, usaha kita meluangkan masa yang berharga dengan keluarga yang tersayang merupakan langkah yang bijak ke arah melahirkan masyarakat penyayang yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, bangsa dan negara yang tercinta.

Karangan BM PMR 2011


Soalan: Cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang adalah seperti meluangkan waktu bersama-sama keluarga. Jelaskan cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah yang panjang.

Cuti sekolah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Selepas berbulanbulan mereka penat belajar atau menelaah buku dan nota-nota di sekolah, maka cuti sekolah sememangnya merupakan berita yang alu-alukan oleh setiap pelajar. Walau bagaimanapun, setiap pelajar dinasihati agar mereka menghabiskan cuti sekolah dengan bermanfaat. Sebenarnya, cara terbaik untuk menghabiskan cuti sekolah adalah dengan meluangkan masa bersama-sama keluarga. Sepanjang tempoh 10 bulan menuntut ilmu di sekolah, sebagai pelajar kita jarang mempunyai masa yang panjang untuk bergaul dengan ahli keluarga. Oleh

itu, cuti sekolah yang panjang ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita mengeratkan hubungan dan silaturahim dengan keluarga. Misalnya, kita boleh mengambil kesempatan ini untuk melancong ke tempat-tempat yang bersejarah bersama dengan anggota keluarga kita seperti melancong ke Melaka dan tempat-tempat pelancongan yang indah dan menarik di negara kita. Rancangan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga tetapi juga dapat menambahkan ilmu dan pengalaman kita tentang landskap sejarah tanah air kita, Malaysia. Selain itu, kita boleh membantu ibu kita membuat kerja rumah seperti mengemaskan rumah, menyapu atau mengelap lantai dan sebagainya. Dengan ini, kita dapat merasai betapa penatnya ibu mencurahkan tenaga untuk memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan ceria. Seterusnya, kita boleh mengambil kesempatan bersempena cuti panjang ini untuk balik ke kampung menziarahi datuk dan nenek kita. Dapatlah kita luangkan masa kita berbual-bual dengan mereka sambil menjaga hal-ehwal kebajikan mereka. Selain meluangkan waktu bersama-sama dengan keluarga, kita juga boleh membuat latihan ulang kaji pada tempoh cuti yang panjang ini sebagai langkah persediaan secara terancang untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun sekali gus berjuang untuk memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan. Di samping itu, kita juga boleh menyertai kempen, ceramah atau seminar yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kampung atau taman sebagai pengisian aktiviti pada cuti panjang ini. Sebenarnya, usaha murni ini dapat mengelakkan diri kita daripada melepak di kafe siber atau membazirkan masa dalam aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah malah membahayakan masa depan kita. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik ini, kita dapat berkawan dengan kawan-kawan yang baharu dan seterusnya dapat menimba lebih banyak ilmu dan pengalaman. Oleh itu, sebagai murid, marilah kita habiskan masa cuti sekolah kita dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, menarik dan menyeronokkan. Sesungguhnya masa itu emas.
CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

Pendahuluan - Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum. - Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara. 2.0 Isi/fakta 2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU) - Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1) - Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2) - Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS3) - Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4) - Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. (CTH) 2.2 Mengembara (IU)

Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1) Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2) Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH) Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan

Iilahi. (HS3) - Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang. (HS4) 2.3 Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU) - Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1) Ekonomi negara meningkat. (HS2) Membeli barangan buatan tempatan. (HS3) Menyahut seruan kerajaaan. (HS4)

- Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH) 3.0 Penutup - Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG) - Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP)
Contoh Jawapan Karangan Berpandu

Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata peribahasa , jauh perjalanan, luas pengalaman. Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan. Rakyat seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya mampu menjaga keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum. Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain. Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara kita.Rakyat harus mengambil kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke Taman Negara , Pahang, mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi yang jarang dikunjungi. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh

pembangunan negara yang begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan kehidupan di kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang. Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa Melayu ada menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini demikian kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli- belah bertaraf antarabangsa, secara tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat . Tambahan pula, rakyat akan membeli barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan Malaysia.. Antara pusat beli- belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik, kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia menggenapi usaha Rumahku, Syurgaku. Dengan itu, marilah
kita bersam-sama merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang begitu banyak dan menarik.

You might also like