You are on page 1of 28

Daftar Kandungan

Tajuk Jadual Perlaksanaan Aktiviti yang Dilakukan oleh Guru Berdasarkan Elemen FPK Penulisan Ilmiah Refleksi Rujukan Lampiran

Muka Surat 2

4 20 23 24

Jadual Perlaksanaan Aktiviti Jadual banding beza aktiviti yang dilakukan oleh guru dalam usaha mencapai hasrat FPK. Guru A Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan Elemen ini banyak diaplikasikan oleh guru ini semasa di dalam kelas Usaha yang berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran Elemen ini banyak diaplikasikan oleh guru ini kerana beliau sentiasa ada di sekolah Guru ini cuba mencungkil dan memperkembang potensi anak didiknya melalui pelbagai cara Elemen ini diterapkan semasa P & P Seimbang dan harmonis Memperkembangkan lagi potensi individu Elemen ini kurang di sentuh semasa P & P, sebaliknya banyak disentuh semasa di luar kelas Elemen ini diterapkan semasa P & P dan di luar bilik darjah Melalui aktiviti bacaan doa sebelum kelas bermula Guru ini menerapkan elemen ini melalui P & P dan banyak membantuk murid-murid menguasai kemahiran menggunakan mesin braile Kepercayaan kepada Tuhan Warganegara yang berpengetahuan dan berketerampilan Ditonjolkan oleh guru itu sendiri Guru ini juga berjaya menerapkan dengan baik elemen ini ke dalam diri anak didiknya dan sangat mementingkan penyampaian ilmu kepada mereka Menerapkan nilai moral secara tidak langsung semasa aktiviti P & P Moral yang tinggi dalam diri Menerapkan nilai moral secara terus melalui ucapan semasa perhimpunan Guru B

Guru A

Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Guru B

Guru ini membantu muridmurid OKU masalah penglihatan ini untuk menguasai kemahirankemahiran tertentu supaya dapat berbakti kepada masyarakat

Memberikan sumbangan kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam keluarga masyarakat, dan negara

Guru ini membantu muridmurid OKU masalah penglihatan ini untuk menguasai kemahirankemahiran tertentu supaya dapat berbakti kepada masyarakat

Penulisan Akademik

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negera. Di atas adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dipegang oleh negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Berdasarkan temu bual yang saya jalankan ke atas dua orang guru di SKPK (Penglihatan Alma), saya mendapati kedua-dua guru berkenaan telah mengamalkan apa yang telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Malah begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Guru seperti yang disertakan dibawah turut diterap dan dipraktikkan oleh kedua-dua guru ini. Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Disini saya bawakan 5 huraian ringkas bagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 1. Pendidikan suatu usaha berterusan Berdasarkan temu-bual yang saya jalankan, Guru A bersetuju bahawa pendidikan ini adalah suatu usaha yang berterusan malah ia telah bermula dari sejak kanak-kanak itu lahir lagi sehingga akhir hayatnya. Begitu juga dengan Guru B, pendapatnya juga sama seperti mana Guru A. Malah apabila ditanya tentang kaedah pengajaran jenis manakah yang praktikal bagi mereka, sama ada cara tradisional mahupun moden masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Guru A merasakan kaedah tradisional seperti penceritaan lisan lebih
4

memberikan kesan kepada pelajar-pelajarnya kerana beliau adalah seorang guru yang mempunyai masalah penglihatan. Sebaliknya bagi Guru B, beliau berpendapat bahawa kedua-dua cara penting kerana gaya tradisional penting untuk memberi penerangan manakal gaya moden penting untuk melatih murid memahami bagaimana untuk menggunakan peralatan ICT dalam kehidupan mereka. Ini kerana sekolah ini adalah sebuah sekolah yang dibekalkan dengan peralatan ICT yang sesuai untuk golongan OKU masalah penglihatan. Jadi murid-murid perlu didedahkan dengan pengetahuan dan teknologi terkini meskipun mereka mempunyai masalah penglihatan. Bagi Guru B, masalah yang mereka hadapi bukanlah satu masalah yang besar lagi buat masa sekarang kerana kelengkapan dan kecanggihan teknologi yang sedia ada seperi perisian JAWS yang mesra pengguna masalah penglihatan sangat membantu muridmurid disini untuk menggunakan peralatan moden seperti komputer untuk tujuan pembelajaran mereka. Bagi kedua-dua guru ini, apa yang penting bagi mereka ialah anak didik mereka mendapat ilmu yang berguna untuk dipraktikan dalam kehidupan mereka kerana kelak mereka juga akan menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat dan impian kedua-dua guru ini agar anak murid mereka dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan membuktikan bahawa golongan OKU penglihatan juga dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang normal.

2. Memperkembangkan potensi individu

Berdasarkan temu-bual yang dijalankan , Guru A berpandangan bahawa setiap pelajar mempunyai potensi diri masing-masing malah boleh diperkembangkan lagi meskipun mereka adalah golongan OKU. Malah dalam hal ini juga Guru B berpandangan sedemikian. Cuma cara untuk mencungkil potensi yang terpendam ini berbeza. Bagi Guru A, potensi yang ada pada murid-murid boleh dicungkil melalui aktiviti kokurikulum dan penglibatan murid berkenaan dalam badan beruniform sekolah seperti pengawas. Guru sewaktu bertugas sebagai guru bertugas pada minggu ke-2 bulan Mac baru-baru ini iaitu pada 5 Mac hingga 9 Mac 2011, telah memberikan peluang kepada para murid-murid yang menyandang jawatan pengawas untuk menguruskan system PA untuk perhimpunan. Malah mereka tidak dibantu oleh guru sebaliknya berdikari sendiri untuk menguruskan perjalannan perhimpunan pada hari Isnin tersebut. Ini adalah sangat mengagumkan kerana pelajar yang mempunyai masalah penglihatan dapat menguruskan perhimpunan dengan baik meskipun ada sedikit masalah teknikal namun perkara itu adalah normal kerana masalah seperti itu tidak dapat dielakkan meskipun di majlis-majlis rasmi yang besar. Dari sini kita lihat, Guru A telah memberikan peluang kepada anak didiknya untuk memperkembangkan potensi diri mereka dalam bidang kepimpinan untuk diketengahkan lagi supaya kelak apabila mereka meningkat dewasa mereka dapat membimbing diri sendiri sepuya menjadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Malah jika dilhat jauh lagi ke masa hadapan, dari sini mereka telah melatih diri mereka untuk menjadi pemimpin bagi keluarga mereka sendiri. Manakala bagi Guru B, potensi murid dapat diperkembangkan melalui program yang dijalankan sendiri oleh guru. Sebagai contoh semasa P & P, guru boleh memikirkan suatu aktiviti atau program yang dapat mempertingkatkan potensi murid tersebut. Sebagai contoh guru matematik boleh menjalankan kuiz matematik sekali setiap minggu untuk mengetahui tahap perkembangan anak muridnya terhadap penguasaan ilmu hisab tersebut. Sekiranya ada dari kalangan mereka yang mempunyai keistimewaan untuk mencongak dengan
6

cepat dengan menggunakan minda, maka guru subjek berkenaan perlu memberikan sesuatu yang lebih kepada murid berkenaan sewaktu P & P dan tidak melayannya sama seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain. Malah menurut satu hasil kajian yang dijalankan oleh McClelland (1961) di dalam Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat (1998) menunjukkan bahawa pencapaian akademik yang tinggi seringkali dikaitkan dengan individu yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi. Jadi seorang guru perlu memberikan motivasi kepada anak didiknya supaya mereka sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk memperkembangkan potensi diri mereka.

3. Insan yang seimbang dan harmonis

Untuk membentuk murid-murid yang seimbang dan harmonis dalam setiap aspek, asasnya bermula dari guru itu sendiri. Gurulah yang akan menerapkan kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan melalui aktiviti P & P yang dijalankan oleh mereka. Malah melalui sahsiah guru itu sendiri, mereka dapat menjadi role model kepada anak didik mereka. Selain itu juga, aktiviti yang dijalankan semasa hari Rabu iaitu kokurikulum permainan dan unit beruniform dapat membentuk badan yang sihat dan disiplin dalam diri murid. Bagi Guru A dan Guru B, aktiviti yang dijalankan pada waktu tersebut bukan semata-mata untuk mematuhi peraturan kementerian semata-mata, namun nilai disebalik aktiviti yang dijalankan itu adalah yang paling penting kerana pada masa inilah pembangunan insan yang seimbang antara akademik dan kokurikulum dapat dibentuk. Setiap guru semestinya tidak mahu anak didik mereka hanya bijak dalam akademik semata-mata namun miskin dengan nilainilai murni yang menjadi identiti masyarakat Timur. Malah melalui program 1 Murid 1 Sukan yang dijalankan juga dapat menjadikan murid-murid semakin sihat dan cergas dan menghilangkan tekanan sewaktu belajar di dalam kelas.

4. Unsur intelek Selain itu juga, kita dapat melihat setakat manakah penghayatan dan pengamalan guru berkenaan terhadap FPK dan FPG melalui keputusan peperiksaan para pelajar. Mungkin ini bukan satu penanda ukur yang baik, namun ia tetap memberi kesan kepada pelajar. Sebagai seorang guru, mereka perlu memberi tumpuan kepada asas kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira. Meskipun guru-guru yang saya temu-bual mengajar sekolah pendidikan khas, namun mereka tidak mengabaikan aspek ini. Malah sangat menekannya meskipun murid-murid berkenaan agak perlahan dalam penguasaan membaca menulis dan mengira. Pelajar-pelajar ini lemah jika dinilai dari sudut kognitifnya namun mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai yang terbaik kerana guru mereka selalu memberikan motivasi, kata-kata semangat dan kadang-kala memarahi mereka, namun itu adalah kerana sayangnya guru kepada mereka disamping untuk menaikkan motivasi mereka. Tidak mustahil dalam peperiksaan akhir tahun kelak mereka akan berjaya dengan lebih baik berbanding sebelum ini kerana satu hasil kajian yang dijalankan oleh McClelland (1961) di dalam Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat (1998) menunjukkan bahawa pencapaian akademik yang tinggi seringkali dikaitkan dengan individu yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, bermakna guru berkenaan telah mengikuti dengan baik apa yang digariskan di dalam FPK iaitu melahirkan insan yang hebat dari segi inteleknya meskipun insan tersebut adalah insan kelainan upaya, kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

5. Unsur rohani

Melalui temu-bual yang dijalankan kedua-dua guru ini berpendapat bahawa melalui subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, murid-murid dapat dibentuk dengan nilai-nilai murni yang kukuh dalam diri dan rasa menyedari dan menginsafi adanya Pencipta. Apabila unsur ini tertanam kuat di dalam diri setiap pelajar, maka disiplin kendiri dan akhlak mulia akan dipamerkan oleh mereka dimana sahaja mereka berada sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Dunia sekarang semakin mencabar, istilah dunia tanpa sempadan benar-benar merungsingkan para guru dan ibu bapa kerana dengan wujudnya dunia tanpa sempadan inilah yang menjadi kanak-kanak zaman sekarang semakin terdedah dengan pelbagai anasir-anasir buruk yang merosakkan pemikiran dan akhlak mereka. Tidak mustahil sekiranya mereka seawal bangku sekolah rendah lagi sudah mengetahui tentang hubungan seks dan pernah menonton video lucah. Adalah diharapkan dengan penghayatan agama yang kuat inilah dapat menjadi banteng kepada para pelajar untuk mengelakkan diri mereka dari terjerumus ke dalam kancah kehidupan yang tidak sihat ini. Malah dengan penghayatan agama yang tinggi juga, para murid akan mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Tuhan dan tidak menggunakan nikmat-nikmat tersebut sewenangwenangnya.

6. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Melalui temu-bual yang dijalankan, satu soalan telah ditanya tentang sejauh manakah elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang terkandung di dalam FPK mampu membentuk personaliti yang berfikiran minda kelas pertama. Guru A berpandangan bahawa setiap agama mempunyai kepercayaan sendiri kepada Tuhan. Melalui nilai-nilai yang ada pada agama inilah yang akan mencorak nilai-nilai murni dalam diri bagi membentuk personaliti yang unggul. Bagi saya, respon yang diberikan ini tepat kerana hidup manusia ini berpandukan pada agama. Tanpa agama tidak wujudlah nilai-nilai murni dalam
9

diri seseorang manusia. Kita mesti tidak menjadi seperti negara di sebelah barat, dimana mereka cukup maju dengan teknologi namun apabila sampai kepada aspek akhlak, hancur dan rosak. Tidak guna sebuah negara itu maju tetapi personaliti diri yang mulia tiada. 7. Insan yang seimbang dan harmonis Saya telah menemu-bual Guru A untuk bertanyakan apakah pandangan beliau tentang sejauh manakah aktiviti dan program yang dijalankan dapat membantu melahirkan insan yang cemerlang dari segi JERI. Bagi beliau aktiviti yang dijalankan di sekolah telah memebrikan kesan yang cukup baik kepada insan yang seimbang dari aspek JERI terutama sekali melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti panitia. Contohnya aktiviti Hari Bahasa Malaysia. Pada hemat saya, respon yang diberikan guru ini sedikit sebanyak menjawab persoalan yang saya ajukan kerana melalui aktiviti kurikulum dan aktiviti kokurikulum aspek-aspek seperti ilmu pengetahuan, tanggungjawab, berakhlak mulia dan mempunyai kepercayaan kepada Tuhan berjaya diterapkan ke dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, aktiviti Hari Bahasa Malaysia yang dijalankan dapat meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar dalam Bahasa Malaysia. Manakala daripada aktiviti kokurikulum seperti aktiviti perkhemahan, semangat setiakawan, bertanggungjawab dan menepati masa dapat diterapkan ke dalam diri muridmurid. Manakala daripada hasil temu-bual dengan Guru B pula dia juga berpendapat seperti mana Guru A. Baginya program seperti 1 Murid 1 Sukan dapat membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Dia juga tidak mahu anak murid hanya pandai dalam bidang akademik tetapi dari aspek lain kurang memuaskan kerana modal insan yang diharapkan oleh negara bukanlah modal insan yang hebat dalam bidang akademik semata-mata tetapi turut hebat dalam aspek jasmani, emosi dan rohani. Respon daripada Guru B ini juga sedikit sebanyak menjawab persoalan yang saya ajukan.

10

Meskipun begitu pada pandangan saya, kedua-dua respon yang diberikan telah mengiyakan bahawa aktiviti dan program yang dijalankan disekolah telah berjaya membentuk murid yang seimbang dan harmoni dalam pelbagai aspek. Malah aktiviti yang terkandung dalam silibus KBSR dahulu dan KSSR sekarang telah dibentuk dengan baik untuk memastikan keseimbangan modal insan pada masa hadapan.

Berbalik kepada unsur JERI seperti yang dinyatakan diatas, aspek jasmani boleh dibincangkan secara lebih mendalam lagi iaitu aspek psikomotor. Psikomotor yang dimaksudkan disini adalah potensi atau kematangan seseorang dan kesediaan untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Melalui pemerhatian saya semasa di dalam kelas Guru A, kebanyakkan pelajar di dalam kelasnya adalah pelajar masalah penglihatan, terdapat seorang pelajar yang tidak lagi dapat menguasai kemahiran menaip huruf pada mesin braile. Jadi beliau telah melatih murid tersebut untuk menulis huruf-huruf tersebut pada setiap hari bagi memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai dengan baik kemahiran menulis tersebut. Manakala untuk aspek emosi, menurut Freud, seorang ahli psikologi dan psikiatri terkenal berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia berkait rapat dengan perkembagan fizikal.Melalui pemerhatian saya semasa di dalam kelas Guru A, berjaya mendidik emosi pelajar kanak-kanak khas berkenaan supaya tidak mudah marah apabila tidak berjaya melakukan sesuatu tugasan. Seperti contoh di dalam kelas Guru A terdapat seorang kanak-kanak hiperaktif yang sering memberontak dan malas membuat tugasan yang diberikan. Guru A tersebut berjaya memujuk dan mengawal emosi pelajar berkenaan supaya dapat mengikuti P & P yang berlangsung di dalam kelas berkenaan. Dengan adanya tindakan dari Guru A, adalah diharapkan kelak pada masa hadapan pelajar hiperaktif tersebut dapat mengawal emosinya agar dapat bergaul dengan masyarakat lain seperti orang normal yang lain.

11

Menurut Nik Aziz Nik Pa dalam bukunya Potensi Intelek menjelaskan dalam perkembangan daya intelek, kita tidak harus mengenepikan unsur agama Islam dalam pendidikan. Seperti yang dinyatakan dalam FPK, elemen rohani sangat ditekankan kerana tanpa pegangan agama yang kuat, modal insan yang bakal mentadbir negara akan berdepan dengan pelbagai masalah seperti korupsi dan pecah amanah. Saya bersependapat dengan Guru B dimana beliau menegaskan bahawa didikan agama dari awal dapat menyekat murid-murid dari terjebak dengan masalah sosial yang melanda negara kita sekarang. Memang tidak dinafikan penghayatan agama bagi golongan OKU agak rendah, tetapi para guru disekolah telah sedaya upaya untuk memberikan penghayatan ini dengan pelbagai kaedah contohnya melalui pertandingan Eksplorace Agama yang sempat dilalui semasa menjalankan aktiviti PBS baru-baru ini. Melalui aktiviti itu, unsur keseronokan dan unsur agama disatukan dalam satu aktiviti yang menarik dan mampu mendekatkan pelajar kepada penghayatan agama dalam kehidupan mereka. Manakala bagi unsur intelek pula, ia merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Melalui pengamatan saya sepanjang di sekolah, saya mendapati Guru menerapkan unsur intelek ini semasa aktiviti P & P. Beliau bukan mengajar ilmu yang terdapat dalam buku teks semata-mata malah beliau juga turut menyelitkan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat kepada anak didiknya. Sebagai contoh, semasa di dalam kelas, dia akan berbincang di luar topik P & P pada hari tersebut. Sebagai contoh apabila membincangkan tentang rantaian makanan dalam subjek sains, beliau tidak hanya menyentuh tentang rantaian makanan itu sahaja, tetapi tetap berkongsi maklumat-maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan topik yang diajar.

12

Berdasarkan temu bual yang saya jalankan saya mendapati bahawa kedua-dua guru berkenaan telah menghayati dengan baik meskipun seorang dari guru yang saya temu bual tersebut kurang mengingati aspek-aspek yang terdapat dalam FPK dan FPG. Meskipun begitu, guru berkenaan hanya terlupa akan aspek-aspek tersebut yang pada saya hanya teori semata-mata. Namun pada pelaksaannya, guru berkenaan secara tidak langsung telah mengamalkan dan menghayati apa yang terkandung dalam FPK dan FPG. Perkara ini saya dapat nyatakan kerana saya telah melawat kelas di mana guru berkenaan mengajar dan saya mendapati elemen seperti memperkembangkan lagi potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang terdapat dalam FPK telah beliau praktikkan di dalam kelas. Untuk menyokong pernyataan saya diatas, saya bawakan satu lagi contoh yang saya dapat lihat sendiri dalam kelas tersebut, guru berkenaan tidak mengajar semua murid di dalam kelas tersebut secara sama rata, sebaliknya beliau menfokuskan kepada setiap murid dengan mengajar apa yang kurang dikuasai mereka. Untuk pengetahuan, sekolah yang saya jalankan aktiviti PBS adalah sebuah sekolah pendidikan khas masalah penglihatan. Setiap pelajar yang berada di dalam kelas berkenaan mempunyai latar belakang keluarga, agama bangsa, kemahiran, tahap penglihatan dan tahap penguasaan dalam pelajaran yang berbeza. Guru tersebut telah menjalankan aktiviti P & P dengan baik supaya setiap anak didiknya mendapat hasil daripada pembelajaran dan mempunyai peningkatan individu berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu yang telah beliau sediakan. Apa yang guru ini praktikkan bertepatan dengan FPK, dimana kita mahu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan yang ingin diterapkan oleh guru berkenaan bukan semata-mata ilmu yang ada di dalam buku teks semata-mata, namun ilmu-ilmu lain seperti ilmu agama dan nilai-nilai moral juga turut diterapkan kerana tunjang FPK ialah segala-galanya berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah melalui hasil temu bual yang saya perolehi, saya dapati juga bahawa guru-guru tersebut berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan anak didik mereka seorang yang berketrampilan dan berakhlak mulia meskipun mereka adalah pelajar
13

berkeperluan khas yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Tiada langsung diskriminasi terhadap murid-muridnya kerana di dalam diri mereka telah tertanam kemas apa yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. Ini penting bagi setiap guru kerana jika mereka mengamalkan sikap diskriminasi terhadap pelajar mereka, maka usaha untuk memelihara masyarakat yang bersatu-padu tidak akan terhasil. Malah sebaliknya yang akan berlaku, perpecahan di kalangan masyarakat pada masa hadapan. Kanak-kanak ibarat kain putih, guru adalah pencoraknya, pencorak masa hadapan negara. Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya lihat semasa di dalam kelas berkenaan kerana, guru tersebut sememangnya menghayati apa yang terkandung dalam FPK dan FPG. Tanggungjawab untuk memelihara masyarakat yang bersatu-padu pada masa hadapan sebenarnya terpikul penuh di bahu seorang guru kerana di dalam FPG itu sendiri elemen ini sangat ditekankan. Gurulah yang akan mendidik murid-muridnya supaya saling hormatmenghormati antara satu sama lain dan tidak mengamalkan sikap perkauman sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini penting kerana asas perpaduan dapat dibentuk dari bangku sekolah lagi. Malah melalui temu-bual yang saya jalankan juga, guru-guru berkenaan mereka juga berpendapat demikian kerana tugas mendidik pelapis negara ini bermula dari bangku sekolah lagi kerana mereka diibaratkan seperti kain putih dan gurulah yang paling banyak mencoraknya kerana masa yang mereka habiskan di sekolah lebih banyak berbanding di rumah. Selain itu, tugas sebagai seorang guru tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai tanggungjawab yang digalas oleh guru semasa di sekolah samada berkaitan dengan akademik atau tidak. Menurut Aishah Bee binti Ahmad Tajudeen (2004), guru merupakan ibu dan bapa kepada para pelajar,lantaran itu menjadi tanggungjawab ke atas guru itu terhadap keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar. Jadi elemen dalam FPG iaitu berpekerti mulia yang diamalkan oleh guru boleh digunakan untuk menyedarkan para pelajar tentang masalah salah laku yang sering terjadi di sekolah seperti membuli, ponteng sekolah dan melawan guru. Sesuai dengan sikap guru itu sendiri, seorang yang menjadi role model bagi setiap anak muridnya, maka guru sendiri juga harus mencerminkan akhlak dan personaliti yang baik untuk diikuti oleh mereka. Jika guru sendiri tidak seperti itu, masakan anak didik mereka akan
14

berkelakuan baik dan berpekerti mulia? Alhamdulillah hasil dari pemerhatian saya terhadapa dua orang guru tersebut saya dapati mereka bukan hanya mengetahui elemen ini malah mengaplikasikan di dalam diri mereka sendiri. Malah sewaktu P & P, sekiranya ada anak murid melakukan kesalahan seperti menganggu rakan lain (kebiasaanya pelajar hiperaktif), mereka akan menegur tingkah-laku pelajar berkenaan kerana sikap itu boleh diubah secara beransur-ansur dan apabila pelajar tersebut semakin meningkat umurnya, perangai buruk itu akan ditinggalkan oleh mereka. Ini adalah penangan didikan guru mereka yang tidak jemu-jemu menegur dan bertindak sebagai ibu dan bapa di sekolah. Sedikit sebanyak perkerti mulia yang wujud dalam diri guru tersebut mengalir dan diikut oleh anak-anak murid mereka. Selain itu juga, mereka melayani anak didik mereka dengan baik meskipun terdapat sebahagian daripada anak didik mereka yang mengalami masalah hiperaktif kerana bagi mereka menjamin pembangunan individu lebih penting berbanding memikirkan masalah kecil seperi itu yang berlaku di dalam kelas mereka. Mereka yang bermasalah ini tidak diabaikan sebaliknya diberikan didikan seperti rakan-rakannya yang lain. Meskipun kadang-kala pelajar yang hiperaktif ini menganggu P & P, namun sikap professional guru berkenaan lebih menonjol kerana biarpun pelajar tersebut menganggu P & P, bererti pelajar ini menganggu guru dan rakan-rakan sekelas yang lain, emosi guru ini tetap stabil dan berjaya mengawal kelas dengan baik berdasarkan pengetahuan dan kemahiran (untuk mengawal kanak-kanak hiperaktif) yang beliau ada. Ini sangat bertepatan dengan analisis FPG dimana dalam Model Koseptual Pendidikan Guru, kita dapat lihat pengetahuan dan kemahiran sangat berkait rapat antara satu sama lain Dengan menggunakan ilmu dan kemahiran yang sedia ada inilah guru berkenaan dapat mendidik dan merangsang murid yang mempunyai masalah untuk memperkembangkan potensi individu yang dimilikinya. Berdasarkan pemerhatian saya, murid yang mempunyai masalah hiperaktif itu sebenarnya cerdik cuma malas untuk membuat kerja yang diberikan oleh guru. Tetapi guru berkenaan telah memberikan perhatian yang lebih kepada murid berkenaan supaya dia sentiasa menyiapkan kerja yang diamanahkan.
15

Kadang-kala akan timbul persoalan dalam diri sesetengah bakal guru bagaimana mereka dapat menghayati dan mengamalkan FPK dan FPG ini. Berdasarkan temu-bual yang saya dapati, kepuasan kerja adalah sangat penting. Saya bawakan definisi menurut Scott dan Locke mengenai kepuasan kerja. Menurut Dinham dan Scott (2000), kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas yang menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu. Manakala Locke (1976) menyatakan bahawa kepuasan kerja sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada penghormatan atau pengalaman kerja seseorang. Apa yang ingin disampaikan disini ialah, apabila seseorang guru itu menjalankan kerja dengan perasaan seronok dan penuh tangunggjawab maka beliau akan merasai kepuasan dari pekerjaannya itu. Apabila ini berlaku barulah guru itu akan menjadi lebih produktif dan bersemangat untuk mendidik anak muridnya. Beliau akan menjadi lebih bersemangat untuk mengajar di dalam kelas. Kadang-kala menggunakan kaedah tradisional seperti contoh penceritaan lisan dan kadang-kala menggunakan kaedah moden seperti menggunakan tayangan slide untuk membantu aktiviti P & P. Malah semasa aktiviti kokurikulum, guru berkenaanlah juga yang akan menggerakkan aktiviti-aktiviti semasa waktu tersebut dan tidak membiarkan kelab ataupun permainan itu hanya sekadar nama di atas kertas tanpa sebarang aktiviti mahupun pengisian. Selain itu juga, kita dapat melihat setakat manakah penghayatan dan pengamalan guru berkenaan terhadap FPK dan FPG melalui keputusan peperiksaan para pelajar. Mungkin ini bukan satu penanda ukur yang baik, namun ia tetap memberi kesan kepada pelajar. Sebagai seorang guru, mereka perlu memberi tumpuan kepada asas kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira. Meskipun guru-guru yang saya temu-bual mengajar sekolah pendidikan khas, namun mereka tidak mengabaikan aspek ini. Malah sangat menekannya meskipun murid-murid berkenaan agak perlahan dalam penguasaan membaca menulis dan mengira. Pelajar-pelajar ini lemah jika dinilai dari sudut kognitifnya namun mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai yang terbaik kerana guru mereka selalu memberikan motivasi, kata-kata semangat dan kadang-kala memarahi mereka, namun itu adalah kerana sayangnya guru kepada mereka disamping untuk menaikkan motivasi mereka. Tidak mustahil dalam peperiksaan akhir tahun kelak mereka akan berjaya dengan lebih baik berbanding
16

sebelum ini kerana satu hasil kajian yang dijalankan oleh McClelland (1961) di dalam Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat (1998) menunjukkan bahawa pencapaian akademik yang tinggi seringkali dikaitkan dengan individu yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi. Sekiranya ini berlaku, bermakna guru berkenaan telah mengikuti dengan baik apa yang digariskan di dalam

Untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara seperti yang terkandung di dalam FPK, apa yang menjadi asas kepada semua ini adalah sikap. Sikap pelajar itulah yang akan menentukan kehidupannya pada masa hadapan. Sekiranya pelajar tersebut seorang yang malas berusaha dan hidup dalam angan-angan sendiri, maka tiada kejayaan yang akan diperolehi. Sebaliknya bagi pelajar yang mempunyai keazaman dan cita-cita yang tinggi, mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya menjadi penyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Jadi seorang guru itu perlu membimbing anak didiknya supaya mengenali potensi dirinya agar dapat diperkembangkan lagi disamping mendidik anak didiknya supaya berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul. Apabila guru berjaya menerapkan semua ini ke dalam jiwa anak didiknya maka guru tersebut telah menghayati dengan baik elemen-elemen yang terkandung di dalam FPK dan FPG. Selain itu juga untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dapat dicapai melalui P & P di dalam kelas. Berdasarkan hasil dapatan temu-bual salah satu cara untuk mencapai tahap ini adalah dengan menambahkan masa untuk subjek seperti matematik dan sains. Dengan penambahan masa untuk dua subjek ini, guru dapat merancang dengan lebih baik pengajaran yang berkualiti untuk kelas mereka. Ini memang tidak dinafikan, kerana menurut Menurut Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2007), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajarinya. Jadi untuk memahami perkara ini, masa yang diluangkan antara guru dan pelajarnya haruslah lama, seperti kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Setelah guru memahaminya, maka tidak menjadi masalah bagi guru untuk merancang
17

sesuatu yang terbaik bagi memastikan keberkesanan P & P di dalam bilik darjah. Malah penggunaan ICT juga tidak sepatutnya diabaikan kerana seorang guru seharusnya menguasi kemahiran dan teknik mengajar terkini dengan menggunakan bantuan alatan ICT untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek yang dikatakan kurang diminati ramai seperti matematik dan sains. Malah melalui program sukan yang dijalankan sekarang seperti 1 Murid 1 Sukan juga amat penting untuk membangunkan unsur jasmani di dalam diri murid. Guru yang terlibat dengan program ini dapat memupuk kesedaran ke dalam diri murid-murid tentang kepentingan menjaga kesihatan badan dan kepentingan melakukan riadah kerana akal yang cerdas itu datangnya dari badan yang sihat. Malah selari dengan sepotong hadis riwayat Imam Bukhari, sabda Rasulullah SAW, seorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan disayangi Allah dari seorang mukmin yang lemah. Melalui program seperti inilah pembangunan dari aspek jasmani dapat dipertingkan kepada para murid-murid. Negara kita tidak berkehendak kepada modal insan yang hanya hebat pada segi inteleknya sahaja, tetapi pada masa yang sama, mereka adalah orang yang lemah dari fizikalnya dan sering sakit, lemah dan tidak bermaya. Meskipun kanakkanak di SKPK Alma (Penglihatan) ini rata-ratanya mempunyai masalah penglihatan, namun guru-guru disini tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan itu untuk tidak meneruskan program ini, sebaliknya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan dan mengharungi cabaran untuk melatih kanak-kanak ini untuk bersukan meskipun mereka adalah golongan yang terbatas penglihatannya. Melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada setiap hari Rabu di sekolah ini, para guru dapat menerapkan unsur emosi dan rasa tanggungjawab seorang warganegara terhadap negaranya sendiri. Biasanya aktiviti kokurikulum melibatkan aktiviti seperti kelab dan unit beruniform. Melalui aktiviti-aktiviti kelab, guru dapat menerapkan rasa tanggungjawab, unsur emosi yang positif, rasa cintakan negara kerana kebiasaannya aktiviti-aktiviti untuk kelab dan persatuan lebih menekankan perkara-perkara tersebut. Contoh aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan ialah lawatan ke tempat-tempat bersejarah, aktiviti secara berkumpulan dan aktiviti yang melibatkan budaya dan warisan negara. Ini selari dengan elemen yang terdapat dalam FPG dimana ada disebut tentang
18

menyanjung warisan kebudayaan negara. Meskipun aktiviti ini melibatkan murid-murid, namun ianya tetap melibatkan guru. Untuk menjayakan aktiviti yang melibatkan kesenian, guru terlebih dahulu perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang perkara tersebut sebelum menyampaikan kepada murid-murid.

19

Penulisan Reflektif Pertama sekali sekali saya ingin mengucapkan Alhamdulillah kerana saya berjaya menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan ini. Meskipun banyak halangan dan cabaran semasa ingin menyiapkan tugasan ini, namun segalanya berjaya diatasi dengan izin-Nya. Tidak dinafikan bahawa pada mulanya saya agak kurang memahami dan tidak berminat untuk mempelajari tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Namun kerana kepentingannya untuk seorang guru sangat tinggi, jadi saya ikhlaskan hati untuk menyelami dan mendalami ilmu ini bagi mempersiapkan diri saya sebagai seorang guru yang akan mencorak dan mendidik anak bangsa pada masa hadapan kelak. Semasa menjalankan tugasan ini, timbul juga beberapa masalah kecil seperti guru yang dipilih untuk ditemu-bual kurang bersedia untuk ditemu-bual atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Namun kerana sikap profesionalisme yang tinggi dalam diri guru-guru berkenaan, mereka tetap meluangkan masa meskipun sibuk dengan komitmen dan tanggungjawab lain yang telah tergalas di bahu mereka. Malah ada yang sanggup untuk mengulang-kaji sebentar FPK dan FPG untuk memberikan respon yang terbaik terhadap soalan-soalan yang bakal diajukan. Dari situ saya dapat lihat betapa bersungguhnya guru berkenaan untuk membantu saya memberikan respon yang terbaik dengan mengulang-kaji kembali elemen-elemen yang terkandung dalam FPK dan FPG. Ini sangat bertepatan dengan elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan suatu usaha berterusan. Bagi saya, seorang bakal guru perlu dan wajib mengetahui kepentingan menghayati dan mengamalkan FPK dan FPG kerana tanpa penghayatan ini, mereka, bakal guru, tidak akan dapat melaksanakan dan menjayakan apa yang diharapkan oleh kerajaan iaitu modal insan. Menurut Abu Ajip (1994) dalam Azura (2004), pendidik yang keatif, cekap, bermotivasi tinggi dan berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apabila seorang bakal guru itu menghayati dengan apa yang terkandung dalam FPK dan FPG,
20

maka kelak bakal guru-guru ini apabila sudah mula berkhidmat di sekolah masingmasing akan bertindak sebagai penyuluh yang akan membimbing murid-murid ke jalan betul, dimana mereka mengenal mana yang betul mana yang salah. Ini sekaligus akan menyediakan para murid untuk menjadi pemimpin atau khalifah yang akan mentadbir negara dengan adil. Selain itu salah satu elemen dalam FPK ialah menghasilkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Apabila bakal guru berjaya menghayati elemen ini dengan baik, maka bakal guru itu sendiri akan secara automatik mengaplikasikan ilmu yang diketahuinya dalam dirinya sendiri sebelum dia mengaplikasikan kepada anak didiknya kelak. Kita tidak mahu bakal guru yang hanya hebat berkata-kata, namun diri sendiri entah kemana. Jadi apabila elemen ini sendiri subur dalam jiwa bakal guru itu sendiri, kelak apabila sudah mula bertugas, perkara ini akan secara tidak langsung akan diterapkan ke dalam diri anak-anak murid. Malah semasa saya menjalani PBS baru-baru ini, saya mendapati bahawa guru yang saya temu-bual tersebut telah mengaplikasikan apa yang beliau fahami dari elemen ini ke atas dirinya sendiri dan anak-anak muridnya. Ini sekaligus memberikan saya satu inspirasi untuk mencontohi beliau apabila saya mula bertugas kelak. Malah boleh jadi juga bakal guru tidak dapat menghayati apa yang terkandung dalam FPK dan FPG kerana mereka masih belum mempunyai jiwa pendidik dalam diri mereka. Mereka memasuki bidang perguruan ini bukan atas dasar minat untuk menjadi guru, tetapi kerana terpaksa setelah tidak mendapat tawaran kursus yang mereka inginkan. Malah benar seperti apa yang dikatakan oleh Aminah dan Arthur (1994), terdapat pelbagai jenis gaya pemilihan kerjya yang diamalkan oleh para pelajar iaitu memilih kerjaya berdasarkan apa yang terdapat di persekitara mereka sahaja, terpengaruh dengan keistimewaan sesuatu bidang kerya tanpa meneliti keburukan dan kesulitan yang mungkin ditempuhi, tidak mempunyai keyakinan untuk meneroka apa yang lebih kompleks, pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh kemahuan atau tekanan ibu bapa atau ahli keluarga, sistem dan ganjaran gaji yang ditawarkan serta peluang pekerjaan yang cerah. Apabila hal ini berlaku, memasuki alam pendidikan bukan atas dasar minat, maka kuranglah penghayatan dalam diri bakal guru berkenaan. Ini
21

sekaligus akan merencatkan usaha kerajaan untuk mewujudkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Tetapi sebaliknya, jika para bakal guru menghayati FPK dan FPG maka kurikulum yang digubal berdasarkan FPK akan berjaya dilaksanakan dengan baik dan kesannya ke atas para murid akan lebih baik dari tahun ke tahun kerana guru yang menghayati FPG akan bersedia untuk menjunjung dan mendukung aspirasi negara yang tercinta. Sebagai kesimpulannya, bagi bakal guru penghayatan dan pengamalan FPK dan FPG dalam profesion perguruan adalah sangat penting kerana bakal guru itu sendiri yang akan menjayakan hasrat dan matlamat yang ingin dicapai oleh negara melalui kurikulum pendidikan yang telah digubal. Sekiranya perkara ini tidak dihayati dengan dengan sepenuhnya maka generasi muda yang kita harapkan untuk menjadi modal insan yang dapat membangunkan dan mentadbir negara pada masa hadapan kelak tidak akan dicapai dan hanya tinggal sekadar mimpi.

22

Rujukan Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Pendidikan di Malaysia. Putrajaya. Kementerian Malaysia. Mok Soon Sang (2003). Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya, Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid et. al (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

23

Lampiran Soalan: 1) Sejauh manakah aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah telah berjaya melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi JERIS?

2) Pada pendapat cikgu, bagaimankah cara2 menerapkan dan merealisasikan FPK dalam P&P?

3) Dalam meniti era globalisasi, jelaskan peranan guru dalam menjayakan P&P mengikut arus perkembangan teknologi terkini?

4) Sebagai seorang guru yang berpandangan progressive dan saintifik, jelaskan dan nyatakan bagaimana para guru meningkatkan diri secara professional sekiranya guru ingin menjamin mutu profesion perguruan?

5) Pada pendapat cikgu, sejauh manakah elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan yang terkandung di dalam FPK mampu membentuk personality yang berfikiran minda kelas 1? 6) Bagaimanakah cikgu mengamalkan FPG dan FPK dalam kokurikulum?

7) Antara elemen yang terkandung dalam falsafah pendidikan guru adalah menyanjung warisan budaya negara namun, pelajar masa kini kurang mencintai warisan negara, jelaskan bagaimana cikgu boleh memupuk minat pelajr agar mencintai dan menghayati warisan kebudayaan negara di samping menyemai semangat patriotism dalam diri pelajar?

8) Secara ringkas, jelaskan bagaimana guru menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi Negara?

9) Pada pendapat cikgu, bagaimanakah elemen FPG membantu dalam memupuk


24

nilai-nilai murni dalam diri seorang guru? 10) Membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dari segi JERIS, merupakan antara matlamat pendidkan di malaysia. Bagaimanakah seorang guru yang dikaitkan berpekerti mulia mampu menjadi role model kepada pelajar?

11) Dalam konteks FP masa kini, adakah cikgu lebih suka mengamalkan gaya moden atau tradisional dalam proses P&P dan mengapa cikgu memilih sedemikian?

12) Masa kini, martabat cikgu sering diperkotak-katikkan oleh individu/organisasi tertentu bagi mencapai kepentingan masing2, sebagai seorang guru bagaimanakah cikgu boleh mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat agar martabat dipelihara?

13) Apakah contoh aktiviti yang dijalankan oleh guru yang pelajar dalam mencapai matlamat FPG dan FPG?

14) Pelbagai dasar diperkenalkan oleh KPM bagi memantapkan pendidikan di Malaysia seperti MBM dan MBI, dasar ini bertujuan memartabatkan BM dan memperkukuhkan BI melalui pendekatan P&P, bagaimanakah cikgu merealisasikan dasar ini melalui P&P?

15) Marcapada, terdapat banyak kes2 jenayah yang dilakukan oleh pelajar2 sekolah, pada pendapat cikgu, elemen FPG mana yang harus digunakan bagi menyedarkan pelajar2 tentang kesalahan yang dilakukan, jelaskan?

16) Kempen budaya membaca sentiasa dilaksanakan di sekolah bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar contoh program NILAM, jelaskan bagaimana cikgu menggalakkan murid membaca.(FPK-10)

25

Temu Bual Guru B Temu-bual Guru B

1) Pada pendapat cikgu, bagaimankah cara2 menerapkan dan merealisasikan FPK dalam P&P? Sekarang KBSR menekankan 3 kemahiran membaca menulis mengira KSSR menakul, melihat kepada kefahaman murid. Pemahaman murid, uji murid faham atau tak P & P. Aktiviti PNP dalam kelas. Lebih strategi berpusatkan murid. pEndektan konseptual, mengajar murid atas pengalaman yang murid tahu. Pengalaman sedia ada murid. Contoh ajar murid. Pernah tengak beras tak? Kalau murid tak tahu susah juga.

2) Pada pendapat cikgu, sejauh manakah elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan yang terkandung di dalam FPK mampu membentuk personality yang berfikiran minda kelas 1? Pada pendapat saya, sebab kita kepercayaan kepada Tuhan menjadi asas penting kepada kita orang Islam dan bukan islam, apa yang baik diikuti apa yang dilarang, kita tinggalkan.

3) Bagaimanakah cikgu mengamalkan FPG dan FPK dalam kokurikulum? Ikut tugasan rutin yang diberikan oleh pihak pentadbir. Ikut tugasan. Hari Rabu ada Kokurikulum contoh unit beruniform, sukan atau kelab.

4) Secara ringkas, jelaskan bagaimana guru menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara? Sebagai seorang guru ialah mengajar. Sumbangan kita ialah mengajar. Untuk membangunkan modal insan yang berguna pada agama bangsa dan negara. Akhlak kena sentuh juga. Bukan intelek sahaja malah untuk semua aspek JERI.
26

5) Pada pendapat cikgu, bagaimanakah elemen FPG membantu dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri seorang guru?

Seperti mana yang kita ketahui, 16 nilai murni yang ada, bertanggungjawab, menepati masa, tolong-menolong, ada pertanggungjawaban pada diri apa yang disarankan oleh kerajaan kepada kita. Kerajaan arah ikut cara mereka, kita ikut.

6) Dalam konteks FP masa kini, adakah cikgu lebih suka mengamalkan gaya moden atau tradisional dalam proses P&P dan mengapa cikgu memilih sedemikian?

Saya lebih cenderung untuk mengikuti kedua-dua gaya kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Mungkin untuk mengajaran pelajar OKU penglihatan lebih mudah untuk saya menggunakan gaya tradisional berbanding kaedah moden untuk memberikan mereka pemahaman. Tetapi untuk penguasaan kemahiran, gaya moden lebih baik bagi mereka.

7) Masa kini, martabat cikgu sering diperkotak-katikkan oleh individu/organisasi tertentu bagi mencapai kepentingan masing2, sebagai seorang guru bagaimanakah cikgu boleh mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat agar martabat dipelihara?

Untuk soalan ini, saya berpendapat guru perlulah sentiasa mengekalkan imej bersih seorang guru yang selama ini mulia di mata masyarakat. Guru adalah role model bagi masyarakat dan mereka seharusnya memaparkan sikap dan teladan yang baik sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

27

8) Apakah contoh aktiviti yang dijalankan oleh guru yang pelajar dalam mencapai matlamat FPK dan FPG?

Antara aktiviti yang dijalankan ialah P & P mengikut silibus yang telah ditetapkan. Ini untuk memastikan apa yang dihasratkan oleh kerajaan iaitu penghasilan modal insan yang berguna dapat dijayakan. Malah melalui aktiviti kokurikulum juga, matlamat di dalam FPK dan FPG dapat dijayakan.

28

You might also like