You are on page 1of 1

Pernyataan sebelum PBS Kali ini ialah kali ketiga saya menjalankan Program PBS( Pengalaman Berasaskan Sekolah).

Oleh sebab itu, saya tidak berasa begitu tekanan berbanding kepada kali pertama dan kedua menjalankan program PBS pada semester 1 dan 2. Program PBS kali ini saya telah memilih ke sekolah di tempat asal saya iaitu di SJK Chung Hua, Sibu. Sebelum menjalankan program PBS di sekolah tersebut, saya telah membuat beberapa persediaan. Oleh kerana tugasan utama PBS kali ini adalah berkaitan dengan subjek Pendidikan Jasmani dan Badan Unit Beruniform, justeru saya pun menyediakan beberapa soalan temubual yang akan dinyatakan apabila menemu bual dengan pengurusan sekolah. Soalan yang dinyatakan seperti Apakah pandangan anda terhadap Uit Badan Beruniform? Di samping itu, saya juga mengaji terhadap cara guru mengajar dalam kelas , justeru saya menyediakan soalan temubual seperti bagaimana guru mengajar murid dengan efektif? Di samping itu, saya juga menyediakan soal selidik yang akan memberikan kepada murid. Soalan-soalan yang dinyatakan dalam soal selidik ini adalah berkaitan dengan tajuk yang akan kami kajian. Terdapat dua soalan yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani seperti salah satu soalan yang dinyatakan dalam soal selidik ialah Anda suka kelas PJ?. Selain itu, terdapat dua soalan yang berkaitan dengan Unit Badan Beruniform, seperti Apakah Unit Beruniform telah anda menyertai?. Di samping itu, saya juga memberi satu soalan terhadap cara guru yang mengajar, dan soalannya adalah Apakah cara mengajar guru adalah anda paling sukai? Dengan menggunakan soal selidik, kami dapat mengetahui lebih mendalam tentang tajuk yang saya kaji. Selain daripada soal selidik dan soalan temubual, saya juga menyediakan senarai semak untuk menyatakan apa yang harus dibuat dalam lima hari ini. Tambahan pula, senarai semak juga dapat menyemakkan hal-hal yang harus supaya tidak tercicir mana-mana hal yang harus dilaksanakan.

You might also like