Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
10Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PBS 1- Konsep-Konsep Penting Sistem Ekologi

PBS 1- Konsep-Konsep Penting Sistem Ekologi

Ratings: (0)|Views: 239 |Likes:
Published by Asmawi Bin Abdullah

More info:

Published by: Asmawi Bin Abdullah on Apr 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2014

pdf

text

original

 
TEMA 5:SISTEM EKOLOGI(Tajuk : Konsep-Konsep Asas Sistem Ekologi)
A.Konsep Ekologi dan Ekosistem.
1.Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam persekitarannya.Semua hidupan terpaksa saling bergantung sesama sendiri dan juga bergantung dengan persekitarannyadalam komuniti masing-masing atau dengan komuniti lain. Dalam ekologi tempat tiggal organisma inidipanggil sebagai
habitat
. Justeru, konsep penting dalam ekologi ialah
“Saling bergantung atausaling berinteraksi”
antara hidupan-hidupan dan juga antara hidupan dengan bukan hidupan yangtinggal dalam sesuatu habitat itu serta interaksi dengan hidupan dalam habitat yang lain.2.Istilah ekosistem pula mula-mula diperkenalkan oleh A.G.Tansley pada tahun 1935. Istilahekosistem ini lahir daripada kombinasi antara konsep “
 Ekologi”
dengan
“Sistem”.
Ekosistem adalah pecahan unit-unit kecil yang dikaji dalam sistem ekologi. Oleh kerana ekologi itu lebih luas makaekosistem adalah bersifat lebih kecil/mikro dan ianya merupakan sub-sub kepada ekologi. Contohnyaekosistem hutan, ekosistem paya, ekosistem muara, ekosistem tanah tinggi, ekosistem tasik atau kolam,ekosistem muara, ekosistem pertanian, ekosistem Bandar dan lain-lain lagi. Namun begitu daripada segi prinsip, ciri dan kaedahnya adalah sama sahaja antara ekologi dengan ekosistem. Sepertimana ekologi,ekosistem juga mengkaji saling interaksi antara organisma-organisma yang hidup dalam sesebuahekosistem itu dengan komponen persekitarannya.
B.Komponen-Komponen Ekosistem dan Fungsinya
.
Mengikut Odum (1971), komponen asas yang membentuk sesebuah ekosistem adalah terbahagi kepada duaiaitu: Komponen biotik 
(Komponen hidupan)
yang terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai dan juga komponen abiotik 
(Komponen bukan hidupan
) seperti udara, air, mineral, tanah dan termasuk juga pelbagai jenis gas seperti karbon, nitrogen,oksigen dan lain-lain. Sebenarnya jika kita membahagikansesebuah ekosistem itu kepada komponen biotik dan abiotik maka pendekatan yang kita gunakan untuk menganalisis sesebuah ekosistem itu ialah pendekatan fungsi (fungsional). Berdasarkan pendekatanfungsional, komponen-komponen biotik dan abiotik ini amat bergantung kepada input tenaga mataharisebagai sumber penggerak utama dan kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain.
Komponen Biotik:
1.Komponen biotik atau komponen hidupan di dalam sesebuah ekosistem boleh dipecahkan kepadatiga peringkat iaitu
 peringkat pengeluar, pengguna dan juga pengurai.
Tumbuhan dianggapsebagai pengeluar kerana ia mampu memproses makanannya sendiri dan ia pula menjadi makanan kepada pengguna-pengguna yang lain. Dalam hal ini tumbuhan dipanggil sebagai
organisma autotro
iaitusegala jenis tumbuhan yang boleh menghasilkan bahan makanan khususnya dalam bentuk karbohidrat.Tumbuhan berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosistesis dengan syarat adanyatenaga matahari.
2.
Kumpulan pengguna pula boleh dipecahkan kepada tiga peringkat iaitu pengguna primer atauherbivor yang terdiri daripada hidupan atau haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan dan bergantungsepenuhnya kepada tumbuhan tersebut seperti ulat, pelbagai jenis serangga, arnab, rusa, kijang, seladang
 
dan sebagainya. Hidupan ini dipanggil sebagai
organisma fagotro
iaitu kumpulan haiwan yangmemakan bahan-bahan makanan yang telah dihasilkan oleh organisma autotrof seperti memakan pucuk, bunga dan buah. Peringkat ke dua ialah pengguna sekunder atau karnivor iaitu haiwan yang menjadikanherbivor sebagai sumber makanannya. Ini termasuklah harimau, singa, ular, serigala, dubuk, burung heringdan lain-lain lagi yang bersifat “
magin
” (makan daging). Ke tiga ialah penggina tertier atau dikenali jugasebagai omnivor iaitu terdiri daripada organisma hidupan yang memakan tumbuhan dan juga dagingmisalnya orang-orang asli yang tinggal di dalam hutan.3.Kumpulan pereput dan pengurai pula dikenali sebagai organisma saprofit iaitu mikro organismaseperti bakteria, kulat dan beberapa jenis protozoa. Mikro organisma ini berfungsi menguraikan bahan- bahan organik yang telah mati dan reput dalam sesebuah ekosistem lalu menghasilkan pula nutrien-nutrien bukan organik yang amat berguna kepada pengeluar atau tumbuhan seperti nitrogen, fosforus, karbon, potassium dan sebagainya. Nutrien atau zat-zat galian yang terhasil ini akan digunakan oleh tumbuhansebagai sumber makanannya untuk membolehkan ia tumbuh dan membesar.
Komponen Abiotik
Komponen abiotik atau komponen bukan hidupan di dalam sesebuah ekosistem boleh dibahagikan kepadaempat jenis yang utama iaitu; pertama ialah air, ke dua ialah tanah, ketiga ialah udara dan ke empat ialah bahan-bahan nutrien atau dikenali juga sebagai bahan mineral (zat galian). Komponen bukan hidup ini amat penting kepada sesebuah ekosistem kerana ia menjadi habitat atau tempat tinggal kepada komponenhidupan.1.
 Air 
adalah komponen semulajadi yang terdapat di dalam sesebuah ekosistem. Air merupakan petunjuk utama adanya hidupan dalam sesebuah ekosistem ,tanpa air sesebuah ekosistem itu bolehdianggap mati. 75% daripada permukaan bumi ini dilitupi oleh air samada air laut, sungai, tasik, kolamsemulajadi dan sebagainya. Daripada segi ekosistem ini bermakna 75% daripada muka bumi ini adalahterdiri daripada ekosistem yang berair (ekosistem akuatik 
2.
Tanah
adalah terhasil daripada perluluhawaan terhadap batuan. Hasil luluhawa samada secarafizikal atau kimia dikenali sebagai regolit yang akhirnya menjadi tanah atau tanih. Tanah amat pentingkepada sesebuah ekosistem dalam konteks menyediakan bahan-bahan nutrien. Di dalam tanahlah bahan- bahan nutrien itu berada dan bahan-bahan nutrient yang berada di dalam tanah ini akan digunakan olehtumbuhan sebagai zat-zat galiannya untuk tumbuh dan membesar. Dengan itu tanah menjadi “storan”nutrien-nutrien atau zat-zat galian yang kelak akan menentukan kesuburannya.3.
Udara
atau atmosfera penting sebagai pembekal pelbagai jenis gas khususnya oksigen dankarbon dioksida kepada organisma hidup dalam ekosistem. Lapisan atmosfera yang paling penting ialah,lapisan troposfera. Ini kerana di dalam troposfera inilah adanya pelbagai jenis gas yang amat bergunakepada hidupan dibumi seperti gas oksigen (21%), nitrogen (78%), karbon dioksida (0.03%) dan gas-gasnadir yang lain seperti helium, neon dan sebagainya yang berjumlah (1%) sahaja. Selain itu di dalamlapisan troposfera ini juga adanya simpanan wap-wap air yang boleh berubah menjadi titisan-titisan hujanyang membekalkan pula air kepada hidupan di bumi. Gas oksigen amat berguna untuk menentukankehidupan di permukaan bumi. Tanpa gas oksigen dalam udara maka tidak akan ada hidupan, sekaligustidak akan ada ekosistem di permukaan bumi.4.
 Nutrien
terdiri daripada bahan-bahan kimia yang ada di dalam sesebuah ekosistem.Diantaranya seperti karbon, fosforus, nitrogen, sulfur, feram, magnesium dan sebagainya. Setiap nutrien inimempunyai peranaannya yang tersendiri terutama sekali kepada tumbuh-tumbuhan. Begitu juga dengannutrient-nutrien yang lain yang akan diambil oleh akar tumbuhan sebagai bahan makanan kepada tumbuhantersebut untuk tumbuh dan membesar dengan sempurna.
 
C.Rantaian dan Siratan Makanan.
1. Rantaian makanan merujuk kepada
 pemindahan atau aliran tenaga, elemen-elemen kimiadan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang aliran itu berlaku dalam proses “makan-memakanatau “mangsa –  pemangsa”
. Ia melibatkan aras trofik yang berbeza bermula dari pengeluar ke pengguna hinggalah ke pereput atau pengurai yang berlaku di dalam sesebuah ekosistem. Biasanya rantaian makanan bermuladengan tumbuhan yang membuat makanannya sendiri menerusi proses fotosistesis. Tumbuhan akanmengeluarkan daun, bunga dan buah yang akan dimakan oleh haiwan herbivor, haiwan herbivor akandimakan oleh haiwan karnivor dan haiwan karnivor ini pula mungkin dimakan oleh haiwan omnivor.Akhirnya apabila semua organisma hidup ini mati ia akan direput dan diuraikan oleh pereput dan penguraiseperti bakteria dan protozoa menjadi nutrient-nutrien tanah yang akan digunakan pula oleh tumbuhanuntuk hidup dan membesar. Justeru itu ia membetuk satu litar yang lengkap yang bermula dengantumbuhan dan akhirnya kembali kepada tumbuhan. Sebagai contoh satu rantaian makanan yang mudahdalam ekosistem hutan adalah seperti rajah di bawah:
 Rajah : Rantaian makanan yang mudah
Matahari
 
Tenaga
Pengeluar Pengguna: 
Tumbuhan hijau- daun Haiwan herbivor ------ Bunga dan buah Karnivor ------ Omnivor 
Pereput/Pengurai
 Bakteria dan Protozoa
Rantaian makanan agak berbeza dengan siratan makanan daripada segi arah pergerakannya. Rantaianmakanan bersifat sehala, lurus dan mudah manakala siratan makanan haluannya adalah rencam dankompleks2.Siratan makanan pula lebih kompleks sifatnya. Ia tidak lagi bergerak sehala sepertimana rantaianmakanan tetapi berlaku keadaan “silang – menyilang” antara organisma-organisma yang hidup dalamsesebuah ekosistem itu . Sesuatu organisma itu boleh menjadi mangsa atau pemangsa bukan kepada satuorganisma sahaja tetapi kepada banyak organisma. Malah peluang untuk sesuatu organisma itu untumenjadikan dirinya pemangsa atau mangsa adalah sama banyak. Pada ketika ia memakan organisma yanglain ia juga boleh dimakan oleh organisma yang lebih besar, malah organisma yang dimakan olehnya itu juga boleh dimakan oleh organisma yang lain. Dalam keadaan dunia realiti, sebenarnya siratan makananadalah lebih banyak kedapatan berbanding dengan rantaian makanan. Oleh kerana siratan makanan ini bertindan lapis dan pelbagai arah dan rencam sifatnya maka ia juga dipanggil sebagai jaringan makanan.Lihat rajah di sebelah:

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Masri Acel liked this
Mohd Shafiq liked this
Azizah Abidin liked this
Ryan Ronaldo liked this
EZah Azureen liked this
Sifu K liked this
Sifu K liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->