You are on page 1of 17

GARIS PANDUAN PERMOHONAN MENGADAKAN

KAJIAN SOSIO-EKONOMI DI BAWAH


JAWATANKUASA PENYELARASAN KAJIAN SOSIO-EKONOMI (JPKSE)

1. PENDAHULUAN

1.1 Pada masa ini permohonan untuk mengadakan Kajian Sosio-


Ekonomi yang dibiayai di bawah peruntukan pembangunan P1900920
Kajian Sosio-Ekonomi adalah dikaji dan disemak sendiri oleh
Jawatankuasa Penyelarasan Kajian Sosio-Ekonomi (JPKSE) yang
mana mengambil banyak masa ahli-ahli terutama di dalam memperincikan
perkara-perkara berkaitan teknikal kajian. Ini memandangkan keahlian di
peringkat Jawatankuasa ini bukanlah terdiri dari mereka yang mempunyai
kepakaran teknikal. Isu-isu berkaitan teknikal seharusnya telah
dibincangkan oleh pakar-pakar teknikal sebelum ianya diperakukan
kepada JPKSE.

1.2 Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan :-

i. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh


Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani (MOA) dalam membuat permohonan untuk
mengadakan Kajian Sosio-Ekonomi yang dibiayai di bawah
peruntukan Pembangunan P1900920 Kajian Sosio-Ekonomi dan;

ii. Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Kajian Sosio-Ekonomi


(JTKSE) bagi menilai cadangan kajian oleh
Bahagian/Jabatan/Agensi dan membuat perakuan kepada JPKSE.

1
2. SKOP KAJIAN

2.1 Kajian sosio-ekonomi yang layak dipertimbangkan adalah kajian


seperti yang berikut :-

i. Kajian data asas


ii. Kajian kemungkinan
iii. Kajian keberkesanan/Impak
iv. Lain-lain kajian serupa yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Penyelarasan Kajian Sosio-Ekonomi (JPKSE)

2.2 Kajian-kajian teknikal yang melibatkan kepakaran dalam pelbagai


bidang khusus seperti kajian hidrologi, agronomi dan lain-lain kajian
berbentuk teknikal dan saintifik yang dikendalikan oleh MARDI, Jabatan
Perikanan dan kajian-kajian di bawah IRPA tidak tertakluk kepada Garis
Panduan ini.

3. TATACARA PERMOHONAN

3.1 Semua Bahagian/Jabatan/Agensi yang ingin menjalankan kajian


hendaklah membuat permohonan kajian pada setiap tahun belanjawan
Rancangan Malaysia (RMK). Permohonan perlu disampaikan kepada
JTKSE untuk diluluskan oleh JPKSE sebelum dipanjangkan ke Bahagian
Belanjawan Kementerian.

3.2 Hanya kajian-kajian yang telah diluluskan dan diberi peruntukan


oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) sahaja yang akan dipertimbangkan
oleh JPKSE untuk dijalankan. Bagaimanapun jika terdapat lebihan
peruntukan akibat dari penjimatan atau mendapat peruntukan tambahan,

2
JPKSE boleh menimbangkan lain-lain permohonan kajian mana-mana
Bahagian/Jabatan/Agensi.

3.3 Semua permohonan cadangan kajian hendaklah dikemukakan


kepada JTKSE dengan mengemukakan kertas permohonan mengandungi
antara lain perkara-perkara berikut :-

(i) Tajuk Kajian;


(ii) Latar Belakang Kajian;
(iii) Objektif Kajian;
(iv) Rasional/Justifikasi Kajian;
(v) Metodologi/Pendekatan Kajian;
(vi) Kumpulan Pengkaji;
(vii) Anggaran Kos Kajian Mengikut Tahun;
(viii) Output Kajian; dan
(ix) Jadual Pelaksanaaan.

(Sila lihat Lampiran sebagai contoh menyediakan permohonan cadangan


kajian).

4. JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN SOSIAL EKONOMI (JTKSE)

4.1 Pada masa ini permohonan kajian-kajian di bawah JPKSE dikaji dan
disemak sendiri oleh JPKSE yang mana mengambil banyak masa
terutama di dalam memperincikan hal-hal teknikal.

4.2 Bagi menguruskan proses permohonan, sebuah Jawatankuasa


Teknikal Kajian Sosio-Ekonomi (JTKSE) akan ditubuhkan di
peringkat Kementerian dengan keanggotaan seperti berikut :-

3
Pengerusi : Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan Strategik dan
Antarabangsa

Ahli-ahli :
i. Wakil Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa
(PSA);
ii. Setiausaha, Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan
Perikanan (ITTP);
iii. Setiausaha Bahagian Khidmat Sokongan Industri (KSI);
iv. Setiausaha Bahagian Industri Padi Beras (IPB);
v. Setiausaha Bahagian Penggalakkan Pelaburan
Pembangunan Perniagaan dan Penswastaan (PPP);
vi. Wakil MARDI;
vii. Wakil Jabatan Pertanian;
viii. Wakil Jabatan Perikanan; dan
ix. Wakil Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Urusetia :
Unit Pengurusan Maklumat dan Statistik,
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa

4
4.3 Terma rujukan JTKSE adalah seperti berikut :-

i. Mengkaji dan menilai cadangan Bahagian/Jabatan/Agensi


mengenai pendekatan dan kandungan kajian yang akan
dilaksanakan;
ii. Memperakukan cadangan kajian kepada JPKSE;
iii. Memastikan arah tuju pelaksanaan kajian selaras dengan
keputusan JPKSE;
iv. Mengkaji dan menilai laporan-laporan yang disediakan
meliputi aspek:-
a. Kesahihan dan ketepatan maklumat; dan
b. Kesahihan dan ketepatan analisis dan penemuan;
v. Lain-lain aspek teknikal yang dikenalpasti.

5. JAWATANKUASA KAJIAN SOSIO-EKONOMI (JPKSE)

5.1 Keahlian Jawatankuasa Pemandu Kajian Sosio-Ekonomi adalah


seperti berikut :-

Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan)

Ahli-ahli :

i. Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik dan


Antarabangsa;
ii. Setiausaha Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan
Perikanan (ITTP);
iii. Setiausaha Bahagian Khidmat Sokongan Industri (KSI);
iv. Setiausaha Bahagian Industri Padi Beras (IPB);

5
v. Setiausaha Bahagian Penggalakkan Pelaburan,
Pembangunan Perniagaan dan Penswastaan (PPP);
vi. Ketua Pengarah MARDI;
vii. Ketua Pengarah Jabatan Pertanian;
viii. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan; dan
ix. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan

Urusetia :

Unit Pengurusan Maklumat dan Statistik,


Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa

5.2 Terma rujukan JPKSE adalah seperti berikut:-

i. Memastikan perakuan-perakuan yang dicadangkan adalah


selaras dengan dasar-dasar pembangunan Negara semasa;
ii. Menentukan skop dan terma rujukan kajian;
iii. Meluluskan pendekatan dan kandungan kajian; dan
iv. Memperakukan penemuan kajian kepada Jawatankuasa
Dasar Kementerian (JKD).

6. LAPORAN KAJIAN

6.1 Laporan kajian yang telah diluluskan oleh JPKSE perlu


dibentangkan kepada Mesyuarat JKD untuk pemerhatian dan keputusan
dasar. Bagi maksud ini, Bahagian/Jabatan/Agensi hendaklah
mengemukakan sebanyak tujuh (7) salinan laporan akhir yang telah
diluluskan kepada urusetia.

6
7. PEMATUHAN

7.1 Di dalam penggunaan Surat Pekeliling ini, Bahagian/Jabatan/Agensi


adalah dinasihatkan supaya mematuhi lain-lain arahan/surat pekeliling
yang berkaitan. Contohnya ialah Pekeliling dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan bagi tatacara pelantikan perunding.

7.2 Sebarang kemusykilan mengenai arahan-arahan yang terkandung


di dalam Surat Pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada Urusetia JPKSE di
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa.

Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Bertarikh : 6 September 2005

7
LAMPIRAN
CONTOH
BIDANG RUJUKAN

CADANGAN KAJIAN PRODUKTIVITI TANAMAN TERPILIH


DAN SEKTOR PEMAKANAN BERASASKAN PERTANIAN

1. TAJUK KAJIAN

Kajian Produktiviti Tanaman Terpilih dan Sektor Pemakanan Berasaskan


Pertanian di Malaysia.

2. LATAR BELAKANG

Dengan penubuhan World Trade organization (WTO) dan liberalisasi


perdagangan dalam sektor pertanian memberi peningkatan persaingan dan
peluang pasaran baru. Krisis kewangan baru-baru ini telah memberikan kesan
kepada Negara-negara membangun termasuk Malaysia. Dengan liberalisasi
pasaran kewangan telah membuatkan spekulasi mata wang asing tidak kukuh.
Penurunan dan perubahan kadar penukaran telah menjejaskan kemantapan dan
keselamatan pembekalan makanan negra. Dalam keadaan kadar tukaran terkini,
import makanan yang tinggi telah merenggangkan lagi simpanan luar Negara
Malaysia. Dalam tahun 2001, bil import makanan Malaysia telah meningkat
kepada RM13 billion berbanding RM10 billion pada tahun 1997.

Permasalahan pasaran ini telah menjana keperluan segera keselamatan makanan


bagi perkembangan pengeluaran makanan domestik. Dasar Pertanian Negara
telah menitikberatkan pengeluaran makanan domestik kepada produk makanan
utama dengan harga kompetitif seperti perikanan, buah-buahan, sayuran dan
produk ternakan. Memandangkan terdapat pelbagai produk dalam tiap-tiap
kategori makanan, produk yang produktif dan kompetitif akan lebih selamat
dalam cabaran pasaran semasa. Persoalannya, apakah komoditi pertanian yang
boleh meningkatkan pengeluaran tinggi bagi menyaingi pasaran yang kompetitif.
Sebagai contoh, bagi buah-buahan yang tidak bermusim, adakah pisang lebih
produktif dan kompetitif daripada nanas dan betik?. Ini akan jadi satu asas
perancangan bagi komoditi-komoditi pertanian pada masa akan datang.

Kajian ini bukan sahaja fokus kepada jumlah perkiraan faktor produktiviti bagi
komoditi makanan pertanian terpilih dan produk makanan agro-based tetapi juga
sebahagian perkiraan faktor produktiviti. Keputusan kajian ini akan
menggambarkan peningkatan faktor input produktiviti di antara komoditi-
komoditi. Maklumat yang diperolehi juga sebagai input kepada penggubal dasar
pada masa hadapan bagi merancang peningkatan produktiviti, kecekapan dan

8
memberi keutamaan kepada komoditi yang potensi serta menggalakkan
pengeluaran yang kompetitif.

Kajian terdahulu, Produktiviti Sektor Makanan Pertanian (MARDI/MOA 2002)


hanya menumpu kepada beberapa komoditi sahaja di antaranya ialah sayuran
daun dan sayuran buah, padi dengan subsidi dan tak ada subsidi, ikan air tawar
dan udang serta ternakan ayam. Bagi ternakan ayam, kebanyakan responden
yang terlibat dalam kajian ini adalah petani yang mengganggotai pertanian
berkelompok.

Keputusan kajian ini juga sangat berguna sebagai garis panduan produktiviti
berbagai sub-sektor makanan. Tetapi, setelah setahun indeks produktiviti tidak
sesuai bagi mendapatkan perubahan produktiviti sepanjang masa. Tambahan
pula wakil responden dari pertanian berkelompok sahaja tidak dapat
menggambarkan keadaan sebenar produktiviti bagi tiap-tiap sub-sektor. Kajian
ini juga dapat membantu memperkukuhkan dasar yang dicadangkan supaya
liputan komoditi dan responden dapat diperluaskan bagi memberi kesan kepada
pertumbuhan komoditi dan usahawan secara komersial.

3. OBJEKTIF

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengukur produktiviti tanaman terpilih dan
sektor makanan agro-based di Malaysia. Objektif lain adalah seperti berikut :-

i. Mengukur faktor produktiviti bagi tanaman ladang tembikai, tembikai


susu, pisang, betik dan nanas;
ii. Mengukur faktor produktiviti bagi tanaman sayuran terpilih bermutu
tinggi yang menggunakan kaedah sistem konvensional dan sistem
jagaan terkawal;
iii. Mengukur faktor produktiviti bagi tanaman sawah padi;
iv. Mengukur faktor produktiviti bagi ladang ternakan terpilih;
v. Mengukur faktor produktiviti bagi perusahaan memproses makanan
agro-based terpilih; dan
vi. Untuk mencadangkan dasar pengukuran peningkatan produktiviti,
keutamaan pembangunan komoditi dan menggalakkan produk asas
makanan yang produktif dan kompetitif.

4. JUSTIFIKASi

Satu kajian produktiviti sektor makanan telah dijalankan pada tahun 2000
mengenai sayuran, padi, tembikai, ternakan ayam dan ikan air tawar serta
udang. Jadual di bawah adalah keputusan kajian indeks produktiviti mengikut
sub-sektor pertanian.

9
Jadual 1 : indeks Produktiviti Mengikut Tanaman dan Sub-sektor
Ternakan

Komoditi Purata Jumlah Faktor Indeks


Produktiviti 2000
Sayuran berdaun 2.21
Sayuran berbuah 1.93
Padi dengan subsidi 1.78
Padi tanpa subsidi 1.05
Tembikai 1.36
Ternakan Ayam 1.09

Purata jumlah faktor produktiviti bagi sayuran berdaun didapati tinggi diikuti padi
sayuran bebuah, dengan subsidi, tembikai, ternakan ayam dan padi tanpa
subsidi. Jumlah produktiviti sektor makanan pertanian bagi padi dengan subsidi
dan padi tanpa subsidi masing-masing adalah 1.17 dan 1.15. Mengambil data-
data produktiviti tahun 2000 ini sebagai penanda arasan, Kementerian melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Kementerian telah menetapkan supaya kajian
berterusan mengukur produktiviti komoditi pertanian utama ini diteruskan pada
kadar sekurang-kurangnya setiap dua (2) tahun sekali.

5. METADOLOGI

5.1 Nora Keterangan

Produktiviti ialah nisbah output berbanding dengan input yang digunakan. Ini
menggambarkan tahap penggunaan input secara efektif bagi enterprise.

Produktiviti = Output
Input

Output ialah barang keluaran bagi syarikat. Ia boleh diukur melalui nilai
pengeluaran atau nilai tambah. Input adalah faktor pengeluaran yang digunakan
untuk mengeluarkan output.

Partial Factor Produktivity mengukur produktiviti berdasarkan satu input.

10
Total factor Produktivity diukur berdasarkan melebihi satu input.

Nilai Tambah ialah pendapatan yang diperolehi oleh enterprise yang dijanakan
oleh pekerja dan pelabur. Ia juga mengukur pendapatan bersih bagi sesebuah
enterprise.

Nilai Tambah = Jumlah Output – jumlah bahan dan perkhidmatan


Yang digunakan

Nilai Tambah = Keuntungan + Faedah + Cukai + Guna tenaga +


Susut Nilai

NISBAH PRODUKTIVITI DAN INTERPRITISASI

No Nisbah Maksud

Kompetitif
1. Nilai tambah per Kos Guna Tenaga Nisbah ini menunjukkan
= Nilai Tambah tahap guna tenaga bagi
Kos Guna Tenaga syarikat.

2. Kos Unit Guna tenaga Nisbah ini menunjukkan


= Kos Guna tenaga kos guna tenaga
Jumlah output berbanding jumlah
output.

Produktiviti Guna Tenaga Menunjukkan kekayaan


3. Nilai Tambah per pekerja = Nilai Tambah syarikat seimbang
Jumlah Pekerja dengan jumlah pekerja

4. Jumlah Output per pekerja = Jumlah Output Memberi petunjuk yang


Jumlah efisien dan keupayaan
Pekerja pemasaran

Produktiviti Modal Menunjukkan tahap


5. Nilai Tambah per Aset Tetap = Nilai Tambah penggunaan aset tetap
Aset Tetap

11
5.2 Sumber Data

● Data Sekunder

Sumber data akan dirujuk sekurang-kurangnya 3 tahun daripada laporan


tahunan. Maklumat/data yang diperolehi akan disusun mengikut petani
atau laporan kewangan dan akaun untung/rugi syarikat.

● Kajian Primer

Kajian primer akan dijalankan sekiranya terdapat petani atau syarikat


tidak mempunyai laporan tahunan kewangan dan akaun untung/rugi yang
lengkap. Petani atau kakitangan syarikat tersebut akan ditemuduga oleh
enumerator menggunakan soal selidik berkaitan.

5.3 Bentuk Sampel dan Saiz Sampel

Kajian ini akan dijalankan di seluruh Malaysia. Pensampelan berstrata


akan digunakan dalam kajian ini. Komoditi yang berkaitan akan dipilih
daripada daerah-daerah utama bagi tiap-tiap negeri. Pensampelan rawak
akan digunakan ke atas pengeluar di peringkat daerah yang akan
dikendalikan oleh pegawai Jabatan Pertanian Daerah. Bagi setiap komoditi
sekurang-kurangnya 50 responden akan dipilih. Jumlah saiz sample bagi
kajian ini dianggarkan 600 responden.

5.4 Data

Senarai data yang perlu adalah seperti berikut :

● Petani/latar belakang syarikat (modal berbayar, tahun penubuhan,


status syarikat dan lain-lain)
● Output (kuantiti, nilai, stok, harga dan lain-lain)
● Faktor input (tanah,guna tenaga, modal, bahan-bahan, utiliti,
faedah bank, pengurangan, gaji, jumlah jam dan lain-lain).

12
5.5 Pengukuran Produktiviti

Dalam kajian ini semua faktor produktiviti berbagai komoditi akan dikaji dan
dibuat anggaran. Malah agregat semua faktor produktiviti sektor makanan
pertanian secara keseluruhan akan dikira.

Perkiraan,

Bagi komoditi tertentu,

● Faktor produktiviti bagi tanah = Output


Tanah

● Faktor produktiviti bagi guna tenaga = Output


Guna tenaga

● Faktor produktiviti bagi modal = Output


Modal

● Jumlah faktor produktivti = Output


Tanah + Guna tenaga + Modal + Lain
input

6. PENDEKATAN PROJEK DAN STRATEGI

Kajian produktiviti telah dijalankan oleh MARDI pada tahun 1999 melibatkan
beberapa komoditi. Strategi dan pendekatan yang sama telah digunakan dalam
kajian ini. MARDI ialah agensi pelaksanaan bagi merancang dan mengurus
pungutan data dan analisis. Jabatan Pertanian dan FAMA akan menyediakan
pengurusan pentadbiran dan logistik bagi kajian ini. Perbadanan Produktiviti
Negara juga akan menyediakan kepakaran dalam pelaksanaan dan penyeliaan
bagi kajian ini. Kajian ini diharap dapat merapatkan perhubungan di antara
penyelidik, pekerja pengembangan dan petani melalui pelaksanaan kajian ini.

13
7. SKOP PROJEK

Perkara-perkara yang diliputi dalam kajian ialah :


● Data latar belakang syarikat/petani
● Output syarikat dan nilai (Tahun 2002, 2003, 2004)
● Faktor input syarikat dan nilai (Tahun 2002, 2003, 2004)

8. LIPUTAN PROJEK

Kajian awal meliputi sample ladang-ladang komersial dan perusahaan


memproses makanan berasaskan pertanian.

9. JANGKA MASA PROJEK

2004-2005 (2 Tahun)

10. JANGKAAN OUTPUT

● Indeks produktiviti bagi tembikai, tembikai susu, pisang, nanas dan


betik.
● Indeks produktiviti bagi sayur-syuran terpilih termasuk yang ditanam
di bawah persekitaran terkawal.
● Indeks produktiviti bagi padi.
● Indeks produktiviti bagi ternakan terpilih
● Indeks produktiviti bagi produk makanan agro-based
● Mencadangkan polisi bagi meningkatkan produktiviti
● Menentukan keutamaan dalam pembangunan komoditi; dan
● Menggalakkan produk makanan berdasarkan produktiviti dan
persaingan.

14
11. PENERAJU KAJIAN

PENERAJU BIDANG DAN SUMBANGAN


1. Kementerian Pertanian Menyedia Dana dan Menyelaras
2. MARDI Kepakaran, Latihan, Pelaksanaan
3. Jabatan Pertanian Pentadbiran dan logistik
4. FAMA Pentadbiran dan logistik
5. Perbadanan Produktiviti Negara Kepakaran, Menyelia
6. Ladang Komersial/Petani Ahli

12. PERSONAL

Nama Jurusan Kepakaran Komoditi


Raziah Mat Lin Ketua Projek Pengeluaran Ekonomi Buah-buahan
Ariffin Tawang Penganalisa Ekonomi Pertanian Padi
Abu Kasim Ali Penganalisa Perniagaan Pertanian Memproses
Makanan
Tajaruddin Jasi Penganalisa Ekonomi Pertanian Ternakan
Abdul Munir Jaafar Penganalisa Perangkawan -
Illias Mohd Khir Penganalisa Ekonomi Pertanian Sayuran

13. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

Aktiviti Tahun 2004 Tahun 2005


1. Ulasan Data Sekunder Januari
2. Penentuan Responden Januari
3. Reka bentuk Soal Selidik Februari
4. Latihan Enumerator Februari
5. Percubaan Soal Selidik Mac
6. Pelaksanaan Kajian Awalan April - Disember
7. Pengurusan Data dan Analisis Januari – April
8. Laporan Awal Mei – November
9. Laporan Akhir/Pembentangan Disember

15
14. LAPORAN DAN DOKUMENTASI

Laporan dan Dokumentasi Tarikh Penghantaran


1. Senarai responden Februari, 2004
2. Data asas responden Mei 2004
3. 1st kuarter input dan data output April 2004
4. 2nd kuarter input dan data output Julai 2004
5. 3rd kuarter input dan data output Oktober 2004
6. 4th kuarter input dan data output Januari 2005
7. Laporan Awalan Ogos 2005
8. Laporan Akhir Disember 2005

15. CADANGAN PERBELANJAAN

PERKARA TAHUN TAHUN


2004 (RM) 2005 (RM)
1. Penyelidikan dan Pengangkutan Pegawai
Penyelidik ke 13 negeri di Malaysia
- Tambang Kapal Terbang 30 trip x RM 20,000 10,000
1000 ( Tahun 1 dan ½ Tahun 2)
- Perbatuan 100,000km x 60 (Tahun 1 40,000 20,000
dan ½ Tahun 2)
- Makanan dan penginapan 20,000 10,000
2. Barangan Penyelidik 13,800 12,000
3. Latihan untuk enumerator
- Enumerator 20 x 500 x 2 hari 20,000 -
- Jurulatih 2 x 1000 x 2 hari 4,000 -
4. Yuran untuk enumerator dan responden
- Yuran enumerator : 600 x 100 (3
lawatan) 60,000 -
- Cenderahati responden : 600 x 10 6,000 -

16
5. Bayaran untuk Pegawai MARDI
menghadiri mesyuarat 6 RO x 10 x 0.60 62,000
sen/km
- Yuran Profesional* 2,200
Jumlah 186,000 114,000
Jumlah Besar (Tahun 2004 + Tahun 2005)
= 300,000.00

*Lihat Apendiks 1
Apendiks 1

YURAN PROFESIONAL
NAMA GAJI JUMLAH PENGGANDA JUMLAH
BULANAN BULAN KOS (RM)
Raziah Mat Lin 5,109.49 2.5 1.1 14,051.10
Abu Kassim Ali 5,109.49 2.0 1.1 11,240.88
Ariffin Tawang 5,944.39 2.0 1.1 13,077.66
Tajaruddin Jasi 2,609.63 2.0 1.1 5,741.19
Illias Mohd Khir 5,593.49 2.0 1.1 12,305.68
Abdul Munir Jaafar 5,109.49 1.0 1.1 5,620.44
JUMLAH 62,036.95

17

You might also like