Professional Documents
Culture Documents
by Aqif Melihat pada senarai orang terkaya di dunia yang mempunyai aset sehingga ratusan bilion dolar, pasti ada satu rahsia yang tersembunyi disebalik kekayaan mereka.
Ketepikan sebarang isu penipuan atau perkara-perkara yang negatif. Kita fokus pada kelebihan dan peluang yang diambil mereka untuk mengubah dunia. Seterusnya menjadi orang kaya yang ada aset sehingga cecah nilai bilion. Menurut kajian yang dikeluarkan oleh Forbes, untuk mencapai status bilionair dengan cara yang mudah adalah pemilihan industri yang betul. Ini bermaksud, industri itu memenuhi 3 elemen penting iaitu: 1. 2. 3. Lumayan. Sedang pesat membangun. Konsumernya ramai.
Justeru itu, artikel ini akan menyenaraikan 10 industri perniagaan yang lumayan. Tidak mustahil apabila kita menjadi sebahagian daripada industri ini, kita berpeluang untuk memperoleh nilai kekayaan bilion dolar dan mengubah dunia. Lebih menarik, industri yang paling lumayan ketika ini berkaitan dengan berita jual beli blog yang bernilai jutaan ringgit.
8. Hartanah Menghasilkan 27 orang bilionair. 9. Pembuatan - Menghasilkan 18 orang bilionair. 10. Sukan Menghasilkan 15 orang bilionair. Sekali lagi diingatkan, maklumat ini berdasarkan statistik yang diperoleh di Amerika Syarikat. Namun pada pandangan kasar, ia adalah logik dan tidak jauh bezanya di negara Malaysia. Di Malaysia, antara industri yang sedang pesat membangun sekarang adalah industri teknologi dan media. Pembongkaran 10 industri perniagaan paling lumayan ini merupakan satu pendedahan peluang yang ada di sekeliling kita. Semoga ia dapat memberikan kita inspirasi dan idea untuk mengambil sesuatu yang baik-baik. Kongsikan artikel ini di Facebook, Twitter dan blog kita semua untuk membantu orang ramai menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Industri perniagaan ini sungguh luas dan terdapat pelbagai peluang. Tinggal kita sahaja yang kurang peka dan masih lagi berada pada tahap dogma yang rendah.