Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Arkeologi

Arkeologi

Ratings: (0)|Views: 245|Likes:
Published by bedds_77

More info:

Published by: bedds_77 on Apr 15, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/25/2013

pdf

text

original

 
Arkeologi ialah kajian secara amali tentang sejarah silam. Ini membabitkan ekskavasiatau penelitian tapak serta kajian dan analisis tentang bahan peninggalan yangditinggalkan oleh orang yang pernah mendiami atau bekerja di situ. Arkeologi ialahcara kita kembali ke sejarah silam untuk mengetahui bagaimana manusia hidupberatus-ratus tahun dahulu,malah beribu-ribu tahun yang lalu. Arkelogisebahagiannya berkaitan benda tetapi sebahagian besar berkaitan manusia.Keterujaan arkeologi terletak pada pembinaan gambaran manusia dengan membuatperkaitan antara barang yang ditemui di atas tanah dengan orang yang tinggal ditempat itu suatu masa lalu.Menurut Grahame Clark,dalam “Archeology and Society” beliau menyatakan bahawaarkeologi merupakan suatu kajian yang sistematik tentang benda-benda kunosebagai suatu alat untuk merekonstruksi masa lampau. Manakala,Stuart Piggot pu;amenyatakan “Arkelogi merupakan suatu disiplin yang mempelajari peristiwa yangtidak disedari dan dibuktikan oleh peninggalan benda-benda yang masih ada,apakahhasil-hasil kekunoan itu produk dari sebuah masyarakat dengan menggunakancatatan tertulis atau tanpa tulisan.Arkeologi yang merupakan suatu bidang saintifik sememangnya menarik. Arkeologiialah suatu bidang ilmu yang menggunakan objek yang dikorek di tapak cari galisebagai sebahagian asas kajian,sama ada barangan seharian atau sampah,disamping harta yang hebat.
PENGENALAN
 Arkeologi umumnya sering dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang mencabar, penemuan yang bernilai,kisah-kisah misteri, tamadun-tamadun purba dan watak-watak utama dalam filem cereka seperti Indiana Jones danThe Lost of King Solomon Mines. Gambaran-gambaran sedemikian hanyalah tokok tambah dari gambaran sebenar bidang ini. Arkeologi sebagai satu disiplin ilmiah telah berkembang lebih dari tiga abad lalu merupakan satu disiplinilmu yang khusus dalam menyingkap masa lalu manusia dan membinanya semula untuk tatapan masa kini. Ianyaberkembang dari satu hobi kepada satu disiplin ilmu yang serius dengan metodologi, teori, teknik dan teknologi yangsentiasa perubahan.Penemuan-penemuan besar dalam perkembangan arkeologi seperti makam-makam diraja Firaun, tinggalan-tinggalan empayar Rom, Maya dan Aztec, kuil dan candi Hindu-Buddha seperti Angkor Wat dan Borobudor sentiasamendapat liputan luas oleh media massa dan membentuk gambaran umum yang menarik. Namun demikian,kegagalan, kekecewaan, pengorbanan, kepayahan ahli arkeologi dalam melaksanakan dan mengembangkan bidangini amat jarang diketahui oleh masyarakat umum.1. 2 APA ITU ARKEOLOGI ? Arkeologi berasal dari perkataan Yunani iaitu arkhaiologia yang bererti perbincangan tentang benda purba atausilam. Istilah ini digubah semula pada abad ke 17 oleh seorang sarjana German bernama George Daux. Terdapatpelbagai definasi tentang arkeologi dan sebagai satu disiplin yang dinamik, ianya telah berubah-ubah bersesuaiandengan ruang kajiannya yang semakin luas dengan aplikasi teknologi semasa. Antara definisi-definisi yang seringdigunakan oleh ahli arkeologi dalam merujuk kepada pengertian bidang ini ialah seperti:-1. Paul Bahn menyatakan pengertian asas arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa lampau yangberasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar, menerangkan dan mengklasifikasikantinggalan-tinggalan budaya, menguraikan bentuk dan perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimanaia terbentuk dan akhir sekali merekonstraksinya semula.2. Grahame Clark mendefinisikan arkeologi sebagai satu bentuk kajian yang sistematik ke atas bahan-bahan purbabagi membentuk semula sejarah. Cottrell Leonard pula mendefinisikan arkeologi sebagai satu cerita mengenai
 
manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti peralatan yang digunakan, monumen, rangka manusia dansegala yang terhasil dari inovasi yang diciptanya.3. Glyn Danial mendefinasikan arkeologi sebagai satu cabang sejarah yang mengkaji tinggalan-tinggalan masalampau. Kajian sejarah yang menggunakan segala maklumat sama adaME 2733: Pengantar Arkeologi 3bertulis, epigrafik atau tinggalan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang manusiamasa silam.4. Frank Hole dan Robert F. Heizer pula merujuk arkeologi sebagai suatu kajian tentang masa silam manusia yangdikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacarapenyelidikan masa lalu yang mengambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orentasi teori ahliarekologi.5. Robert J. Sharer dan Wendy Ashmore melihat arkeologi sebagai bahagian khusus tentang teknik yang digunakandalam menbongkar bukti tentang masa lalu dan sebagai satu disiplin yang mengkaji masyarakat dan kebudayaansilam berdasarkan budaya kebendaan ianya menerangkan perkembangannya serta bagaimana ianya berlaku.6. Glyn Isaac menyatakan disiplin arkeologi sebagai satu disiplin yang cuba menerangkan hubungan di kalanganmanusia dan di antara manusia dengan dunia kebendaan. Menurutnya lagi, ianya merupakan bukan satu disiplinsains jati, sains sosial dan cabang kemanusiaan tetapi lebih merupakan usaha khusus atau tempat untuk semuabidang bertemu.7. J. de Leat menganggap arkeologi sebagai satu disiplin sains dan cabang kepada bidang sejarah.8. Walter Tylor menyatakan arkeologi tidak lebih daripada suatu kaedah dan kumpulan teknik yang khusus untukmendapatkan maklumat mengenai budaya.9. Nik Hassan Shuhaimi menerangkan pengertian arkeologi pada mulanya ialah satu bentuk kajian ke atas bahanpurba melalui kaedah deskriptif yang sistematik pada sekitar awal abad ke 18 kemudiannya berkembang kepadamaksud sejarah purba pada abad ke 19 dan kini sebagai satu disiplin yang bertujuan untuk membentuk semulasejarah kebudayaan, sejarah cara hidup dan proses kebudayaan masyarakat pra sejarah, proto sejarah dan sejarahdengan mengkaji artifak dan non artifak serta melihatnya dalam konteks alam sekitar.Daripada definisi dan pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahwa bidang arkeologi merupakan satu disiplin ilmuyang mengkaji tentang manusia dan kebudayaan masa silam berdasarkan kepada tinggalan dengan kaedahpenyelidikan yang sistematik dengan menggunakan pelbagai pendekatan disiplin-disiplin yang lain seperti sejarah,antropologi, geologi, geografi, matimatik, fizik, zoologi, botani, senibena, kejuruteraan dan lain-lain. Penumpuanterhadap tinggalan-tinggalan kebudayaan tidak hanya tertumpu kepada aspek kebendaan yang dikategorikan kepadabuatan manusia tetapi juga yang bersifat bukan buatan tetapi terhasil secara tidak langsung kesan daripada tindakanmanusia dalam membina kebudayaannya yang dikategorikan sebagai non-artifak.ME 2733: Pengantar Arkeologi 41.3 MATLAMAT PENYELIDIKAN ARKEOLOGIPerkembangan disiplin arkeologi telah memperlihatkan perubahan-perubahan dalam matlamat penyelidikannya yangdisebabkan oleh pemahaman manusia tentang masa silamnya telah bertambah dengan banyak penemuan terbarudan teknik serta teknologi yang digunakan senitiasa berubah dan lebih mudah diperoleh terutama selepas eraPerang Dingin sekitar 1980an. Diawal perkembangan arkeologi sebagai satu aktiviti Purbawanisme pada abad ke 18,ianya hanyalah satu usaha untuk mengumpul barang-barangan antik sama ada untuk koleksi persendirian ataupunmuzium. Ianya berkait rapat dengan era imperialsme Barat terhadap rantau Afrika, Amerika dan Asia. Kesedaranuntuk mengumpul dan melengkapkan dokumentasi khususnya dalam pengkajian sejarah seni, senibina danantropologi telah mengubah sedikit sebanyak matlamatnya daripada hanya mengumpul barang-barang antik disekitar abad ke 19.Menjelang abad ke 20 barulah matlamat asas penyelidikan arkeologi mantap terbina iaitu satu bidang kajian yangmendokumentasikan sejarah tentang apa yang berlaku pada masa silam. Sejak dari itu matlamat bidang iniberkembang bersesuaian dengan keperluan dan kesesuaiannya dalam satu-satu kajian yang dilakukan oleh bidangini. Seperti yang ditekankan oleh beberapa orang ahli arkeologi umpamanya Glynn Isacc yang menyatakan bahawakaedah penyelidikan arkeologi seharusnya ianya diperbaiki tanpa mengubah arkeologi sedia ada, Glyn Daniel pulamenyatakan sampai masanya untuk ahli arkeologi menggambarkan sebaik mungkin dangan bahan-bahan yang adatentang cara hidup dan zaman prasejarah manusia, Watson LeBlanc dan Redman pula menyatakan bahawa salahsatu matlamat arkeologi ialah menerangkan tentang sesuatu peristiwa dan proses di masa lalu dan Lewis Binfordpula menekankan aspek penerangan dan penjelasan terhadap perkembangan fizikal , kebudayaan dan jangkawaktukewujudan manusia adalah antara matlamat terpenting arkeologi.
 
Mendokumentasikan masa silam manusia dan persekitarannya menurut kronologi peristiwa tanpa dokumen bertulismemerlukan kaedah dan teknik kajian bukan hanya bergantung kepada aspek teoritikal tetapi juga bantuan teknologidan disiplin lain. Ini perlu untuk memperolehi bahan dokumentasi yang benar, relevan dan tepat dalam erti kata lainfakta yang benar dan telah teruji kebenarannya. Segala maklumat yang diperolehi bukan hanya dapat membantukepada pengkajian sejarah tetapi juga kajian lain khususnya yang melibatkan manusia, kebudayaan dan persekitaranfizikal yang merangkumi alam flora dan fauna sebagai sokongan kepada perkembangan manusia.Menjelang akhir abad ke 20, matlamat arkeologi tidak hanya terhad kepada dokumentasi atau sekadar mesin pencarimaklumat terbaru tetapi juga mempelbagaikan sumber-sumbernya. Pada awal perkembangan arkeologi, sumber bahan budaya tidak bertulis seperti artifak alat batu, tembikar, monumen, kubur dan penempatan menjadi tumpuan.Namun dengan kemunculan Arkeologi BaruME 2733: Pengantar Arkeologi 5sekitar 1960an, sumber yang bersifat non artifak seperti tanah, bahan organik dan mineral telah dikaji sama pentingdengan artifak bahan budaya.Kesimpulannya, matlamat utama arkeologi ialah mencari dan menambah dokumentasi sejarah tentang manusiadengan bersumberkan bahan budaya dan persekitaran fizikal. Bagi mencapai matlamat ini kaedah dan teknikpenyelidikannya akan sentiasa dikemas kini. Seterusnya ia akan mempelbagaikan matlamat arkeologi denganbersandarkan etika penyelidikan yang ilmiah. Inilah yang akan membezakannya dengan industri perdagangan antikdan aktiviti pemburuan harta purba.1. 4 SKOP BIDANG KAJIANKajian terhadap manusia dan perkembangannya akan mengambil kira jangkamasa kewujudannya, bentukperkembangan fizikal dan kebudayaannya dan relevannya terhadap penyelidikan sejarah dan disiplin lain yangmemerlukan data maklumat dari penyelidikan arkeologi. Ini menjadikan skop bidang arkeologi amat luas baik darisegi jangkamasa dan persoalan yang dikaji.Dari segi tempoh jangkamasa, ianya amat berkait rapat dengan sejarah geologi bumi yang berusia 5000 juta tahun.Tempoh ini dibataskan dengan bidang kajian dalam sub-disiplin arkeologi. Ini bermakna skop jangkawaktu ditentukanoleh permasalahan kajian, jenis tapak ataupun sub-disiplin arkeologi. Skop kajian sub-sub disiplin arkeologi akandibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3.1. 5 KEPENTINGAN PENYELIDIKAN ARKEOLOGI Arkeologi adalah satu disiplin ilmu yang berlandaskan penyelidikan saintifik dalam mengkaji sejarah masa lampaumanusia dan kebudayaannya. Walaupun pada peringkat awal ianya merupakan tidak lebih dari satu aktiviti mencariharta karun namun perkembangannya lebih seabad yang lalu telah banyak merubah identitinya. Perubahan yangberlaku telah mematangkan bidang ini daripada kegiatan purbawanisme kepada disiplin yang saintifik keranakesekutuannya dengan disiplin-disiplin jurusan sains tulen dan sains sosial dalam perkembangan ilmu di Eropah dan Amerika Syarikat.Perkembangan ini membolehkan arkeologi dianggap sebagai satu disiplin yang mempunyai tatacara penyelidikanyang teratur dan ini akan diperbincangan dalam bab-bab seterusnya dalam modul ini. Berlandaskan pendekatan danmetodologi yang dikemaskini seiring dengan perkembangannya telah membolehkan pengetahuan mengenai masalampau manusia dapat dituntut kembali yang diperolehi dari interpretasi tinggalan-tinggalan budaya. Perkembanganpenyelidikan ini telah banyak membantu para ahli arkeologi, antropologi dan sarjana sejarah berhadapan denganpersoalan-persoalan mengenai masyarakat purba.ME 2733: Pengantar Arkeologi 6 Akan tetapi hingga ke hari ini masih timbul kekeliruan tentang kepentingan penyelidikan arkeologi khususnya dikalangan yang mereka meraih keuntungan komersial dari masa silam. Bagi golongan ini penyelidikan arkeologihanyalah satu bidang yang terlalu cerewet, berkos tinggi dan tidak ekonomik. Sikap negatif ini amat sukar dibendungapabila ianya melibatkan hal-hal perundangan, politik dan pelaburan bernilai berjuta ringgit. Sesetengah pihak pulamelihat penyelidikan arkeologi tidak lebih dari satu bidang yang hanya menggunakan teknik yang rapi dan perlahandalam membongkar tinggalan purba yang kemudiaannya diperagakan dimuzium. Fenomena ini telah wujud sekianlama meskipun di negara Eropah yang telah jauh lebih maju dalam menjalankan penyelidikan arkeologi mereka.Memang tidak dinafikan bahawa penyelidikan arkeologi bertujuan untuk mendapatkan tinggalan-tinggalan purba,namun iannya tidak bermakna bidang ini hanya melibatkan aktiviti-aktiviti eksplorasi dan pengumpulan artifak. Ahliarkeologi mempunyai tanggungjawab lain yang lebih berat selain dari mengalicari tapak arkeologi. Mereka harusmemberi penjelasan dan interpretasi terhadap data-data yang diperolehi daripada setiap penemuan yang dibuat danbukan mudah untuk berkomunikasi dengan masyarakat silam melalui bahan tidak bertulis. Seperti yang dinyatakanoleh G.R. Willey dalam bukunya A History of Archaeology, hanya satu peratus sahaja maklumat tentang masyarakat

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->