You are on page 1of 15

HOKI

AHMAD FAUZI DAN ASYRAFF

pengenalan
Bilangan Pemain Dan Cara Permainan

Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan. Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu. Kawasan Permainan
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak jauh.

Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang berumput panjang.

Sejarah hoki
Terdapat catatan yang telah di kenal pasti mengesahkan bahawa permainan ini mengunakan kayu dan bola yang kemudianya di katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang yang telah pun bermula berabad lamanya.Menurut catatan yang telah diperolehi,ia dimainkan oleh orang-orang Greek,parsi,dan rom sejak tahun 2000 S.M lagi. Namun,permainan ini kemudianya lenyap,sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak,tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang dipertandingkan pada tahun 1928. Sejak itu,ia dimainkan dalam sukan olimpik. Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan dimana hoki dimainkan buat pertama kalinya.

Sejarah ada juga menunjukan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukan atas sebuah makam Bani Hassan dekat Minia,mesir yang sekitar 2000 S.M. Ia menunjukan lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan Buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. sebelum penemuan ini,dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menungang kuda untuk bermain Polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki halus yang wujud lebih awal. Di Ireland,hoki dikenali sebagai Hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty,tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu Houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa,Namun begitu Hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil Commok sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama Hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England

Hoki di malaysia
Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada awal pengenalan, sukan ini hanya menarik minat orang-orang inggeris dan Eropah sahaja. Walau bagaimanapun, masa berubah dengan pantas sehingga pada tahun 1904 telah berlangsungnya perlawanan pertama di negara kita iaitu antara Selangor dan Singapura. Mulai tahun 1920 permainan ini mula menular di kalangan penduduk tempatan dimana berlakunya anjakan yang memberangsangkan apabila banyak penyertaan yang diterima untuk mempelajari dan bermain. Semua perimgkat umur mula meminati sukan ini tidak mengira bangsa dan jantina. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negerinegeri Selat.

Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.

Alatan hoki
Kayu Hoki

Kayu hoki, pada kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan. Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan antara 510g hingga 794g untuk lelaki. Bagaimanapun biasanya kayu yang beratnya 510g- 624g sering digunakan. Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

Jangkamasa Permainan Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70 minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35 minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola keluar atau pemain mengalami kecederaan.

Peralatan yang lain juga penting dalam sukan hoki antaranya shin guard(diletakkan dipangkal betis), kasut yang bersesuaian, dan yang paling penting set untuk penjaga gol. Jelas disini hoki mengutamakan keselamatan pemain.
Shin guard yang wajib dipakai dalam sukan hoki

Kasut yang biasa dipakai untuk bermain di turf

Game hoki

1)hockey ice yang menggilakan: http://www.funny-games.biz/power-play.html 2) hah..banyaknya GAME!!!!!!!!! http://www.hockeyflashgames.com/

3)dah Pro ke?? ke tingkat yang seterusnya pula: http://www.hockeyflashgames.com/play/molson_pro_hockey.htm


4) yang ini..link untuk Hoki padang yang sebenar...ujilah kemahiran itu! http://www.hockeyflashgames.com/play/field-hockey.htm 5)HEBATNYA...PUKULAN KENCANG!: http://www.hockeyflashgames.com/play/rapidshot-hockey.htm

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN HOKI


Antara kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola. 1.Menggelecek Menggelecek adalah kemahiran yang penting. Kemahiran ini perlu dikuasai untuk membawa bola, melepaskan diri daripada pemain lawan, mengekalkan pemilikan bola, menukar arah, dan sebagainya. Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu menggelecek longgar, menggelecek rapat, dan menggelecek Indian(Indian Dribble).

2. Memukul Memukul juga kemahiran asas dalam permainan hoki yang perlu dikuasai oleh setiap pemain. Kelebihan kemahiran memukul ini adalah membolehkan bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain.
kedudukan yang betul semasa memukul bola statik.Pastikan kayu dipegang dengan kemas.

Pastikan pemain fokus pada bola semasa hendak memukul bola. Pegangan dan hayunan kayu yang betul juga dapat menghasilkan pukulan yang kuat.

3. Menolak Kemahiran menolak adalah berlainan dengan kemahiran memukul, walaupun tugasnya sama seperti kemahiran memukul. Antara perbezaan ketara jika dibandingkan dengan kemahiran memukul ialah kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki dan kuasa atau tekanan yang dikenakan kepada bola adalah berlainan. Kebiasaannya tiada bunyi ketukan terhasil dari tolakan bola. 4. Menerima dan menahan bola Kemahiran menerima atau menahan bola juga salah satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh pemain. Kemahiran ini digunakan untuk menerima bola yang dihantar dari rakan sepasukan supaya kedudukan atau pemilikan bola masih berada dalam kawalan pasukan sendiri, tidak jatuh ke pasukan lawan. Kedudukan semasa menerima atau menahan bola boleh dilakukan semasa berada dalam kedudukan statik ataupun sedang bergerak.

Kesalahan yang kerap dilakukan


Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain atau pelajar semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat. Iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan. iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola. v. Bahu tidak menunju ke arah sasaran bola yang hendak dipukul. Semoga pelajar atau pemain dapat mengenalpasti dan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dalam mengusai kemahiran.

You might also like