You are on page 1of 1

Unsur: Bahasa Isu Semasa: Penggunaan Buku Interlok Sebagai Buku Teks Tingkatan 5 Sumber: Internet Isu dan

cabaran mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih lagi hebat diperkatakan. Antara isu yang masih lekat dalam ingatan rakyat Malaysia ialah penggunaan buku Interlok untuk dijadikan sebagai buku teks untuk pelajar tingkatan lima. Interlok asalnya adalah sebuah buku sastera yang berjaya memenangi Sayembera 10 tahun Kemerdekaan. Buku tersebut akan digunakan sebagai matapelajaran sastera yang akan dipelajari di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penggunaan buku tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan kemarahan dari pelbagai kaum terutamanya kaum India. Ini kerana buku tersebut telah menimbulkan kontroversi berkaitan dengan perkauman kaum. Penggunaan perkataan pariah telah yang di sebut hanya sekali dan tidak di huraikan lebih lanjut. Ia merujuk kepada satu kasta dalam masyarakat di India yang datang ke Pulau Pinang yang berada dalam satu kapal yang sama. Dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan dalam perkara 152 msetilah digunakan untuk maksud rasmi( termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak yang berkuasa awam). Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapa pun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.

You might also like