You are on page 1of 10

PUTERI

BULUH
BETUNG
SI NOPSI S

 Raja Muhammad pergi menebas hutan rimba bersama rakyat jelata baginda. Di tengah
rimba itu mereka terjumpa serumpun buluh betung yang terlalu tebalnya. Mereka cuba
menebas buluh betung itu tetapi buluh-buluh itu tetap tumbuh. Raja Muhammad
akhirnya berjaya memarang buluh betung tersebut. Tiba-tiba dari sebuah rebung yang
hampir ditetak oleh Raja Muhammad keluar seorang kanak-kanak perempuan yang
terlalu cantik parasnya. Kanak-kanak itu dibawa pulang dan dinamakan Puteri Betung.
Raja Muhammad dan permaisuri baginda memelihara puteri tersebut dengan penuh
kasih sayang. Raja Ahmad mendengar khabar adindanya beroleh kanak-kanak di dalam
rebung betung. Raja Ahmad bersama permaisuri baginda berangkat ke istana Raja
Muhammad. Raja Ahmad ingin melihat Puteri Betung. Raja Ahmad kemudian telah
membuka sebuah negeri baharu yang bernama Balik Rimba. Pada suatu hari ketika
keluar berburu, Raja Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan rimba itu dan ada seorang
tua di dalam surau itu. Raja Ahmad menceritakan peristiwa saudaranya yang beroleh
puteri di dalam rebung betung. Orang tua itu memberitahu bahawa sekiranya baginda
inginkan anak, baginda perlu tunggu di situ sebentar. Tidak lama kemudian seekor
gajah besar datang sambil membawa seorang kanak-kanak. Gajah besar itu
memendikan kanak-kanak tersebut. Orang tua itu memberitahu Raja Ahmad supaya
menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut. Orang tua itu
dan surau pun ghaib. Raja Ahmad mengumpulkan segala hulubalangnya untuk
mendapatkan kanak-kanak tersebut . Ketika gajah besar mandi setelah memandikan
kanak-kanak tersebut, kesempatan ini digunakan oleh Raja Ahmad untuk mendapatkan
kanak-kanak itu. Kanak-kanak tadi dibawa ke istana dan dinamakan Merah Gajah.
Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.
WA TA K DAN PER WA TA KAN

 Watak Utama Watak Sampingan


Raja Ahmad  Raja Muhammad
Adinda baginda bernama Raja Kakanda baginda bernama Raja
Muhammad. Baginda telah Ahmad. Raja Muhammad telah
membuka sebuah negeri yang menjumpai seorang kanak-kanak
bernama Balik Rimba. Seorang di dalam rebung buluh betung.
raja yang bijaksana, berani, dan Sangat sayang akan puteri
gigih berusaha. baginda serta menghormati
kakandanya.
 Orang Tua
Tinggal di dalam hutan rimba.
Keturunannya tidak diketahui.
Mempunyai kesakitan, suka
membantu dan simpati dengan
nasib Raja Ahmad yang tidak
mempunyai cahaya mata.
Latar
 LATAR TEMPAT
Latar tempat cerita ini adalah di dalam hutan rimba, surau dan di dalam istana
raja serta di negeri Balik Rimba.
 LATAR MASA
Latar masa cerita Puteri Buluh Betung tidak tidak dinyatakan dengan begitu
jelas. Namun pembaca boleh mangagak bahawa cerita itu berlaku pada
zaman dahulu berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Contohnya,
peristiwa Raja Ahmad hendak mengambil kanak-kanak daripada seekor gajah.
Peristiwanya berlaku pada hari Khamis dan Jumaat.
 LATAR MASYARAKAT
Latar masyarakat yang digambarkan dalam cerita ini masyarakat istana.
Masyarakat istana diwakili oleh Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Kedua-dua
raja ini dihormati oleh rakyat dan hidup dalam kemewahan. Sebahagian
anggota masyarakat dalam cerita ini mempunyai ciri-ciri masyarakat
penyayang. Misalnya, Raja Muhammad yang sebaik sahaja melihat seorang
kanak-kanak perempuan yang cantik parasnya di dalam serumpun buluh
betung, baginda mengambil kanak-kanak itu lalu didukung dan dibawa ke
istana.
PLOT
 Permulaan
Bersama rakyat jelata, Raja Muhammad pergi menebas hutan rimba. Terjumpa
serumpun buluh betung yang terlalu tebalnya. Ketika Raja Muhammad cuba
memarang rebung tersebut, keluar seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu
cantik parasnya. Puteri itu dinamakan Puteri Betung.
 Perkembangan
Raja Ahmad pergi memburu, malangnya tidak beroleh seekor perburuan pun. Raja
Ahmad terjumpa sebuah surau di hutan rimba itu. Raja Ahmad mengumpul segala
hulubalangnya untuk mendapatkan kanak-kanak yang tinggal di atas gajah
tersebut.
 Perumitan
Gajah tersebut cuba mengambil kembali kanak-kanak lelaki yang telah dirampas
oleh Raja Ahmad.
 Klimaks
Raja Ahmad berjaya mendapatkan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tadi dibawa
ke istana dan dinamakan Merah Gajah.
 Peleraian
Setelah dewasa, Merah Gajah dikahwinkan dengan Puteri Betung.
Tem a D an Persoal an

 TEMA PERSOALAN
Pengarang memaparkan kisah  Pembukaan negeri baru
penemuan kanak-kanak yang Raja Ahmad bersama bala tentera
luar biasa. Seorang kanak-kanak baginda telah bertungkus lumus untuk
perempuan dijumpai di dalam membuka sebuah negeri yang diberi
rebung buluh betung dan nama Balik Rimba.
seorang kanak-kanak lelaki  Menghormati orang yang lebih tua
dibawa di atas kepala gajah.
Kedua-dua kanak-kanak tersebut Sebagai anak muda, Raja Ahmad
dijumpai oleh raja yang menghomati orang tua yang dijumpainya
memerintah. di surau. Seterusnya dengan bantuan
orang tua itu, baginda berjaya
meendapatkan kanak-kanak lelaki yang
tinggal di atas gajah.
Gay a Bahasa

 Ayat
1- Ayat-ayat yang panjang.
2- Ayat-ayat yang pendek.
Contoh:
Maka berpalinglah gajah itu.
 Diksi
1- Kata pangkal ayat seperti maka, syahadan dan bahasa Melayu
klasik mejelis dan gedubangnya.
2- Gaya bahasa istana seperti kakanda, baginda, hamba, tuanku dan
sebagainya.
3- Penggunaan bahasa Arab misalnya salam, ghaib, dan Jumaat.
Nil ai
 Kasih Sayang
Nilai kasih sayang terpancar ketika Raja Muhammad membatalkan niat
baginda untuk memarang rebung betung apabila terlihat seorang kanak-kanak
perempuan yang cantik parasnya muncul dari rebung betung itu.
 Hormati-menghormati
Nilai hormat-menghormati tergambar melalui watak Raja Ahmad. Walaupun
Raja Ahmad berketurunan raja, namun sebaik sahaja baginda menemui orang
tua di dalam surau, baginda memberi salam tanpa memikirkan kedudukan
baginda sebagai seorang raja. Dengan bantuan orang tua itu baginda berjaya
mendapatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tinggal di atas seekor gajah
besar.
 Kesabaran
Nilai sabar juga turut diselitkan dalam cerita ini. Nilai initerpancar melalui
watak Raja Ahmad. Waluapun Raja Ahmad tidak memperoleh seekor haiwan
buruan pun, baginda tetap sabar.
 Gigih Berusaha
Nilai ini terdapat juga dalm cerita ini. Contohnya, Raja Ahmad gigih berusaha
untuk mendapatkan kanak-kanak lelaki yang tinggal di atas kepala gajah.
PENGAJARAN

 Kita mestilah  Kita hendaklah


menghormati ornag mempunyai
yang lebih tua perasaan kasih
daripada kita. sayang sesama
manusia
TAMA T

 Puan Ku Zaleha
 Nur Liyana
 Marha Nadhirah
 Hanoor Haini
 Nurul Farhana

You might also like