You are on page 1of 2

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2001/2002 Februari/Mac 2002

JTW 105 Komunikasi Perniagaan


Masa : 2 jam

Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi DUA muka surat yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini. Jawab TIGA soalan. Jawab SOALAN 1 di Bahagian A yang diwajibkan dan pilih DUA soalan daripada Bahagian B. Tuliskan angka giliran anda di setiap kertas jawapan anda. Baca arahan dengan teliti sebelum anda menjawab soalan.

2/-

[JTW 105] -2BAHAGIAN A 1. Di senaraikan di bawah elemen-elemen yang terdapat di dalam sesuatu proses komunikasi. Jelaskan elemen-elemen tersebut dan kepentingannya dalam menjayakan sesuatu proses komunikasi:(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Penghantar (sender) Mesej Saluran Penerima Maklumbalas Konteks Komunikasi bukan lisan Komunikasi lisan Bahasa tubuh (body language) Homophili dan hetrophili (50 markah) BAHAGIAN B 2. Rekabentuk dokumen perniagaan adalah penting bagi menarik minat pembaca dan mengekalkan tumpuan minat pembaca. Apakah ciri-ciri yang anda boleh pertimbangkan dalam menghasilkan rekabentuk dokumen yang menarik ? (25 markah) 3. Anda telah memohon jawatan Pengurus Pemasaran disebuah syarikat multinasional yang mengeluarkan produk kecantikan dan telah dijemput untuk menghadiri temuduga. Apakah persiapan yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temuduga tersebut? Jelaskan. (25 markah) 4. Terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai bahawa produk keluaran syarikat anda tidak berkualiti. Anda telah diminta mengatur sesi penerangan yang melibatkan perbagai kumpulan sasaran. Jelaskan persediaan yang perlu anda lakukan untuk menjayakan sessi penerangan tersebut. (25 markah)

- ooo 0 ooo -

You might also like