You are on page 1of 5

REFLEKSI MINGGUAN Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum Pada tarikh 10 Januari 2012 merupakan kuliah pertama kami

untuk subjek Pengurusan Kokurikulum ( WAJ 3108 ). Kuliah pertama kami menyentih bab pertama iaitu Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum. Dalam bab ini menyentuh semua pengenalan asas yang perlu diketahui oleh seorang guru. Melalui tajuk ini, saya telah dapat mengenalpasti konsep, objektif, matlamat dan falsafah gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi seorang guru, maklumat-maklumat ini seharusnya dikuasai kerana guru akan terlibat secara langsung dengan gerak kerja kokurilum di sekolah nanti. Mustahil bagi seorang guru dapat menguruskan kokurikulum ini di sekolah nanti tanpa berbekalkan pengetahuan yang cukup. Selain itu, saya juga dapat menerangkan komponen dan jenis-jenis gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Di sekolah, bukan hanya terdapat satu jenis gerak kerja kokurikulum. Malah terdapat beberapa seperti sukan, badan beruniform dan kelab akademik. Dengan tahu dan faham mengenai setiap jenis gerak kerja ini, senang bagi seorang guru mengurus malah menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang kelak. Dalam tajuk ini juga ada menyentuh mengenai carta organisasi gerak kerja kokurikulum. Carta organisasi amat penting untuk mengetahui siapa yang berkuasa memberi arahan atau kelulusan. Saya sendiri dapat menyediakan diri seandainya memerlukan kelulusan untuk sesuatu. Saya tahu siapa yang perlu saya jumpa. Di samping itu juga, saya dapat mengetahui akta, surat pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum. Seorang guru penasihat harus mengetahui semua peraturan-peraturan untuk memudahkan kerja. Saya tidak mustahil akan menjadi guru pembimbing untuk sesebuah kelab di sekolah nanti. Tanpa mengetahui peraturan, kemungkinan saya akan melanggar etika dan memberi contoh yang buruk kepada ahli kelab saya nanti. Oleh itu, dengan memahami bidang tugas saya, saya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Penubuhan Unit-Unit kokurikulum Dalam kuliah gerko pada minggu ini, kami diberikan pendedah mengenai penubuhan unit- unit gerko. Unit- unit apa yang terdapat di sesebuah sekolah sebagai contoh kelab dan persatuan. Dengan itu, serba sedikit memberikan gambaran yang jelas mengenai tugas- tugas guru penasihat dan juga jawatankuasa sesebuah unit tersebut. Berdasarkan pembelajaran saya, penubuhan unit- unit gerko bertujuan baik kerana aktiviti kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan perkara- perkara yang berfaedah. Selain itu juga, dengan mengikuti unit- unit ini, para pelajar dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dengan melakukan pelbagai aktiviti yang lasak, membuka minda dan mencabar. Oleh yang demikian,sayai dapat mengetahui matlamat dan tujuan penubuhan unit- unit gerko ini berdasarkan pembelajaran dan juga pengetahuan sedia ada. Bukan itu sahaja, dengan pendedahan ini saya turut mengetahui prosedur- prosedur penubuhan sesebuah unit gerko itu seperti Persatuan Kadet Remaja Sekolah. Antaranya ialah prosedur Penubuhan Unit-unit Yang Mempunyai Badan Induk iaitu pengetua atau guru berkenaan perlu mengadakan perbincangan dengan badan induk yang berkaitan . Mengisi borang permohonan yang dikeluarkan oleh badan induk dan menyediakan beberapa maklumat lain yang diperlukan mengikut peraturan badan induk berkenaan. Maklumat lain ialah seperti permohonan tauliah pemimpin . Menghantar borang berkenaan kepada Setiausaha atau Pesuruhanjaya atau pegawai penjaga di daerah atau negeri badan induk berkenaan untuk diproses . Akhir sekali perlantikan ahli jawatankuasa dalam sesebuah unit. Bagaimana perlantikan diadakan dan juga jawatan- jawatan yang dipegang. Berbeza antara persatuan, dan bergantung kepada perlembagaan. Pertama ialah Dipilih dalam mesyuarat agung dan yang kedua ialah dilantik dengan kuasa pihak tertentu. Sebagai seorang bakal pendidik, amatlah penting bagi kami untuk mengambil tahu perkara ini kerana saya sendiri akan berhadapan tugas ataupun kerja sebegini kelak.

Sistem Fail Dan Surat Menyurat Kuliah ini memberi pengenalan mengenai fail iaitu satu folder yang boleh di rujuk semula serta bertujuan untuk menyimpan bahan-bahan atau dokumen yang penting. Selain daripada itu, saya juga dapat mempelajari mengenai sistem fail utama yang merangkumi jenis pengkelasan fail. Jika sebelum ini, saya hanya mengetahui 2 jenis pengkelasan fail iaitu mengikut abjad dan mengikut nombor tetapi selepas menghadiri kuliah ini, saya telah mendapat ilmu baru berkaitan dengan jenis pengkelasan fail. Pengkelasan fail juga boleh dikelaskan mengikut perkara dan kawasan atau tempat. Seorang guru akan terlibat secara langsung dengan penyimpanan fail, justeru itu amat penting untuk mengetahui teknik penyusunan agar tidak berterabur. Di samping itu, saya juga mendapat tahu mengenai maksud fail yang mengikut warna. Terdapat 5 kategori fail yang mengikut warna dan mempunyai makna tersendiri sebagai contoh fail yang berwarna merah jambu merupakan fail yang sulit yang berkaitan dengan dokumen ataupun rahsia negara. Saya juga turut mempelajari mengenai penulisan surat rasmi yang lengkap, proses failing, penomboran dokumen, tempoh penyimpanan fail, senarai fail panitia dan masalah yang dihadapi dalam sistem perfailan. Pensyarah juga ada menayangkan video berkenanaan sistem fail. Saya seorang bakal guru harus menitik beratkan mengenai sistem fail ini kerana apabila saya menjadi guru kelak, setiap benda atau maklumat haruslah didokumentasikan. Dokumentasi yang teratur akan memudahkan penilaian dibuat. Kesimpulannya, tajuk kuliah pada hari ini iaitu sistem perfailan adalah amat berguna bagi saya kerana dalam sistem pendidikan yang baru iaitu Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) pada hari ini lebih banyak menggunakan sistem perfailan iaitu guru perlu menyediakan fail peribadi bagi setiap pelajar bermula daripada tahun satu dan akan terus diibawa sehingga ke tahun enam sebagai penilaian mereka. Sebagai bakal guru, saya harus bersedia dengan ilmu-ilmu ini agar ianya dapat membantu saya kelak.

Pengelolaan Aktiviti Dan Pertandingan Melalui kuliah yang disampaikan, saya mengetahui bagaimana untuk menjayakan sesebuah persatuan ataupun kelab di sesebuah sekolah. Antaranya ialah, guru penasihat dan pihak pentadbir sekolah memainkan peranan. Dengan itu, barulah aktiviti ko- kurikulum di sekolah berjalan dengan lancar. Selain itu juga, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan di sekolah dan dilaksanakan secara mingguan, bulanan, semester, penggal dan tahunan. Melalui pendedahan ini, dapat membantu kami dalam mempratikkannya di sekolah apabila kami sudah bergelar guru kelak. Melalui kuliah tajuk ini juga, saya mendapati bahawa terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu diikuti semasa mengadakan sebarang aktiviti kokurikulum. Hal ini perlu dititikberatkan oleh urusetia atau pengerusi bagi sesuatu pengelolaan aktiviti tersebut agar aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan mencapai objektif pengelolaan aktiviti tersebut. Semasa menjalani kuliah ini, kami dapat mengetahui aktiviti yang dijalankan dan juga takwim pengelolaan aktiviti sesebuah sekolah. Bukan itu sahaja, malah aktiviti ko- kurikulum ini mempunyai tujuannya pelaksanaannya iaitu mengimbangkan antara akademik dan kurikulum. Seterusnya, memantapkan lagi pengurusan jurulatih dan penasihat dalam sesebuah persatuan ataupun kelab yang dikelolakan oleh mereka. Dari sini, sebagai seorang bakal guru kami telah mengetahui perkara ini justeru memudahkan kami apabila mengendalikan aktiviti kelak justeru dapat membaiki kelemahan yang sedia ada agar lebih baik lagi di masa akan datang. Secara keseluruhannya, bagi memastikan setiap aktiviti atau program yang dianjurkan berjalan dengan lancar, beberapa perkara perlu diambil kira seperti kertas kerja aktiviti, pemantauan aktiviti serta penilaian aktiviti. Satu penilaian dan mesyuarat post mortem perlu dijalankan bagi melihat keberkesanan program yang dijalankan supaya segala kelemahan dan kekurangan yang timbul dapat diatasi serta dapat dielakkan pada program program yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Pengurusan Mesyuarat Dalam kuliah kali ini, saya didedahkan mengenai pengurusan mesyuarat. Dengan memahami tajuk ini, saya dapat menerangkan tujuan utama sesuatu mesyuarat. Mesyuarat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu mesyuarat agung tahunan, mesyuarat tergempar dan lain-lain. Seorang bakal guru seperti saya harus mengetahui jenis-jenis mesyuarat agar kelak dapat mempersediakan diri apabila berada di sekolah kelak. Selain itu juga, saya dapat mempelajari mengenai bidang tugas sesuatu jawatan seperti pengerusi, setiausaha dan lain-lain. Pengerusi akan merasmikan mesyuarat manakala setiausaha akan mencatat minit mesyuarat. Saya seorang bakal guru akan terlibat secara langsung dalam bidang ini di sekolah nanti, justeru itu amat penting bagi saya untuk mengetahui bidang tugas sesuatu jawatan. Di samping itu juga, melalui tajuk ini saya dapat mengetahui prosedur sebelum, semasa dan selepas mesyuarat. Prosedur ini penting untuk melicinkan perjalanan mesyuarat. Setiap butir perlu diambil kira contohnya seperti kehadiran. Setiap guru harus mengetahui prosedur-prosedur ini kerana dengan mengetahui setiap prosedur, nilai profesionalisme akan meningkat. Seorang guru akan banyak terlibat dalam mesyuarat tidak kira apa-apa jenis mesyuarat. jadi, seorang bakal guru haruslah bersedia dengan ilmu-ilmu mengenai mesyuarat agar tidak ketinggalan dalam mengejar maklumat semasa di sekolah nanti. Kesimpulannya, mesyuarat penting untuk membincangkan sesuatu perkara. Tanpa persediaan yang cukup, sia-sialah mesyuarat dijalankan. Kata putus tidak akan dicapai dan disepakati. Oleh itu, guru haruslah memainkan peranan penting untuk melicinkan sebarang urusan.

You might also like