You are on page 1of 1

ANCAMAN GETIR TERHADAP PAYUDARA

Payudara adalah salah satu anggota yang penting kepada kaum wanita yang menjadi lambang kepada mereka sebagai seorang wanita di samping organ-organ seksual yang lain.

Seperti juga organ-organ yang lain, organ payudara ini terdedah kepada berbagai-bagai ancaman bahaya yang boleh memberi kesn dan ancaman kepada wanita pemilik payudara itu sendiri.

Menurut Dr. Hasan Mat, Pakar Bedah Am di Pusat Perubatan Kampung Bharu, nisbah wanita yang mengidap penyakit barah payudara tidaklah begitu ramai seperti yang mungkin disangkakan.

Kata beliau, Barah payudara berlaku dalam hanya segelintir wanita, namun akibat yang ditimbulkan adalah menakutkan, kerana ia boleh menyebabkan kematian.

Menurut Dr, Hasan Mat dalam risalahnya KETUMBUHAN DI PAYUDARA, kebiasaannya barah payudara melibatkan wanita selepas menjangkau usia 45 tahun, namun begitu katanya ada kes yang melibatkan wanita berusia dua puluh empat tahun.

Beliau menasihatkan mana-mana wanita yang mempunyai saudara perempuan yang mengdap penyakit barah perlu menjalani pemeriskaan secara berkala di samping melakukan pemerikasaan sendiri terhdap payudra mereka.

You might also like