You are on page 1of 21

TAHAP PENGGUNAAN PERANTI PELINDUNG DIRI DALAM KALANGAN KAKITANGAN KESIHATAN

MUHAMMAD FAHMI BIN SHAHARON BPPKP2009-8405

PENGENALAN
Pengasapan adalah satu kaedah pengawalan kepadatan

nyamuk yang amat berkesan dengan berorentasikan penggunaan campuran kimia beracun mengikut nisbah tertentu disemburkan menggunakan mesin fogging di sesuatu kawasan yang disasarkan. Jarak maksima keberkesanan fogging boleh mencapai sehingga 30 kaki dan melitupi setiap ruang yang diasapi. (Edward L. Jeramy,1998)

Peranti pelindung diri atau Personal Protective

Equipment(PPE) merujuk kepada satu pakaian fizikal yang dipakaikan di tubuh manusia dengan tujuan perlindungan contohnya seperti topi perlindungan,topeng pelindung nafas atau apa sahaja pakaian keselamatan yang mengurangkan mahupun mengelakkan terjadinya kecederaan dari barang tumpul,barang tajam,hazard,haba,kimia,infeksi mahupun kesan sampingan negatif dari sesuatu pekerjaan.

Pengasapan dan Peranti Pelindung Diri Aktiviti pengasapan bermula dengan membancuh racun kimia dengan nisbah tertentu di bengkel pengasapan. Racun-racun kimia ini mampu meninggalkan iritasi pada kulit manusia yang terdedah. Mesin pengasapan yang digunakan akan menghasilkan bunyi yang amat bising sehingga boleh mendatangkan mudarat kepada telinga. Jadi PPE yang spesifik telah direka khas untuk dipakai untuk setiap proses-proses kerja dalam pengasapan. Ini adalah contoh perkaitan mudah antara pengasapan dan PPE. perkaitan di antara pengasapan dan PPE amatlah jelas dan secara langsung bagi menggalakkan sebarang hazard menimpa pekerja-pekerja yang mengendalikan aktiviti pengasapan ini.

RANGKAIAN MASALAH
Masalah kesihatan Masalah kesihatan yang dimaksudkan disini lebih kepada penyakit yang bakal dihadapi pengendali pengasapan samada dalam jangka masa pendek atau panjang. Masalah Risiko Masalah risiko lebih kepada masalah kecederaan yang mungkin dialami oleh pekerja sepanjang proses pengasapan sebelum ke lapangan,semasa di lapangan mahupun selepas pulang dari aktiviti di lapangan. Contohnya masalah risiko adalah semasa pekerja membancuh racun yang mempunyai hazrd hakisan yang tinggi. Jika pekerja gagal memakai PPE yang sepatutnya kecederaan boleh berlaku sekelip mata.

Punca Permasalahan Saya selalu memerhatikan ramai kakitangan yang mengambil ringan tentang pengguaan PPE ini semasa membancuh racun,semasa penyemburan,dan langkah-langkah keselamatan selepas melakukan penyemburan. Saya perhatikan pekerja yang mengendalikan aktiviti fogging selalunya tidak memakai PPE dengan cara yang betul. Saya perhatikan kelengkapan PPE di Pejabat Kesihatan Daerah selalunya kurang lengkap mahupun dalam keadaan uzur.

KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kepada kepentingan kajian ini amatlah signifikan kerana ia boleh dijadikan kayu ukur pada kesedaran pekerja sekaligus langkah pembetulan etika ini boleh dilakukan seperti mengadakan kursus latihan cara kerja yang betul atau

sebagainya. Ini boleh menjadi laporan bagi pihak PKD untuk mengambil langkah pembaikan untuk memastikan PPE yang disediakan masih berada dalm keadaan yang sempurna dan mencukupi bagi setiap pekerja.

OBJEKTIF

Objektif Umum Untuk mengetahui tahap penggunaan peranti pelindung diri dalam kalangan pekerja di Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai sepanjang aktiviti fogging dijalankan sehingga tamat.

Objektif Spesifik Untuk mengenal pasti apakah alat peranti pelindung diri yang patut digunakan sepanjang aktiviti fogging dilaksanakan.

Untuk mengetahui bagaimanakah keadaan peranti pelindung diri yang disediakan di PKD SPT. Untuk mengetahui adakah PPE digunakan dengan cara yang betul dalam semasa aktiviti semburan.

Untuk mengenal pasti bagaimana etika kerja kakitangan PKD SPT sebelum,semasa dan selepas mengendalikan aktiviti semburan.

HIPOTESIS
Antara hipotesis saya ialah..

Para pekerja yang mengendalikan aktiviti fogging ini akan mengambil ringan soal pemakaian PPE. Ini kerana berdasarkan pemerhatian saya di Pejabat Kesihatan Daerah lain mendapati pekerja amat tidak mementingkan PPE dari segi etika kerja mereka. Kebanyakan pekerja yang sudah biasa turun ke lapangan bagi aktiviti semburan ini mengalami masalah kesihatan dan kecederaan seperti masalah gegendang telinga dan kegatalan kulit selepas aktiviti semburan. Saya merasakan bahawa pekerja yang mengendalikan aktiviti semburan ini kurang pendedahan mengenai kepentingan PPE dan tidak tahu cara memakai PPE dengan sempurna. Saya beranggapan bahawa alat peranti pelindung diri di sini tidak mencukupi ataupun berada dalam keadaan yang tidak baik.

DEFINISI TERMA
Fogging (Pengasapan)

Satu langkah kawalan kepadatan serangga dalam sesuatu kawasan yang telah disasarkan.

Peranti Pelindung Diri

Pakaian mahupun alat yang digunakan sebagai perisai terakhir antara hazard dengan manusia yang bekerja dalam persekitaran berisiko.

Hazad

Satu situasi dimana boleh mengancam nyawa,kesihatan,harta benda,mahupun persekitaran seseorang.

Pestiside

Racun serangga yang melibatkan unsur kimia ataupun biological yang digunakan untuk membunuh serangga.

Racun

Satu bahan yang mampu memudaratkan sesuatu organisma hasil dari tindak balas kimia atau molekul.

LIMITASI KAJIAN Memandangkan terdapat Masalah masa yang terhad.


Salah satu masalah lagi ialah apabila pegawai yang

banyak kertas kerja lain yang perlu disiapkan,jadi kajian dilakukan dengan pantas dan tergesa-gesa. berkenaan sibuk dengan tugas mereka dan tiada masa senggang untuk saya menanyakan apa-apa soalan berkenaan PPE dan fogging.

Masalah lainnya ialah pengangkutan. Saya tidak

mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke perpustakaan untuk mengumpul maklumat. Saya terpaksa meminjam motorsikal rakan untuk bergerak ke mana-mana.

Pengasapan(Fogging) adalah satu langkah pengawalan LITERATUREnyamuk dewasa dalam sesebuah REVIEW jangka pendek

kawasan.(Norris,2002).

Pestiside adalah sejenis bahan kimia atau biologikal yang

digunakan untuk membunuh sesuatu organisma. Semua pestiside adalah racun. Dalam banyak situasi,pestiside berfungsi dengan meresap melalui kulit lalu melumpuhkan sistem imun dan sistem saraf serangga.(Buckley,2001)

Peranti Pelindung Diri adalah sejenis pakaian luaran

mahupun peralatan ataupun bahan yang direka khas untuk melindungi manusia dari risiko kecederaan mahupun penyakit. peranti pelindung diri dianggap sebagai langkah pencegahan diri apabila risiko luaran tidak dapat diminimakan.Jadi peranti pelindung diri adalah halangan terakhir antara manusia dan hazard. Dengan kata lain, peranti pelindung diri tidak mengurangkan hazard,tetapi melindungi diri dari hazard. (Liew Kar Weng,2009).

Peranti pelindung diri atau PPE direka untuk melindungi

pekerja dari persekitaran kerja yang berisiko membawa kecederaan mahupun penyakit yang terhasil dari asosiasi diantara bahan kimia,radiological,fizikal,elektrikal,mekanikal,atau apa-apa hazard sekalipun. Contoh PPE adalah topeng muka,google,topi keras,safety boots,penyumbat telinga(ear-muff) dan banyak lagi. (OSHA,2011)

METADOLOGI

Latarbelakang Tempat Kajian Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah ialah salah satu pejabat kesihatan yang wujud diantara pecahan daerah pentadbiran di Negeri Pulau Pinang. Kawasan operasi Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai mempunyai luas 324.46 km persegi bersempadan dengan daerah Seberang Perai Utara, daerah Seberang Perai Selatan dan daerah Kulim, Kedah di Timur. Dari segi demografi, daerah Seberang Perai Tengah mempunyai jumlah penduduk sebanyak 294,051 orang iaitu 19.34% daripada penduduk Negeri Pulau Pinang.

PETA SELURUH KAWASAN JAJAHAN DI BAWAH DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Kumpulan Sasaran dan Persampelan

Saya difahamkan tidak semua kakitangan di dalam Unit

Vektor ini terlibat dalam aktiviti pengendalian pengasapan. Berikut adalah kakitangan yang terlibat. Berikut adalah kakitangan kesihatan yang menguruskan aktiviti pengasapan dalam Unit Vektor.

1. PPKP Bahagian Kawalan Vektor = Puan NorIia Binti Jamakuddin (PPKP U29) 2. Ketua PKA Unit Vektor = Encik Robert Green (PKA) 3. Ketua Aktiviti Semburan = Encik Johari Bin Desa (PKA) 4. Pembantu Ketua Aktiviti Semburan = Nasaruddin Bin Yob (PKA) *Empat individu ini adalah sasaran sampel kajian saya.

Rekabentuk Kajian Kajian saya ini menggunakan rekabentuk deskriptif yang berorentasikan pengumpulan data secara sistematik dan dipersembahkan untuk memberikan gambaran jelas mengenai tahap penggunaan PPE sebelum,semasa,dan selepas aktiviti semburan dalam kalangan kakitangan kesihatan di Daerah Seberang Perai Tengah.

Kaedah Pengumpulan Maklumat 1.Soal Jawab bersama PPKP U29 Unit Vektor Saya telah melakukan satu sesi soal jawab bersama Puan Norilia,PPKP U29 Unit Vektor untuk mendapatkan maklumat tentang pengasapan memandangkan beliau adalah pegawai yang bertanggungjawab memantau aktiviti pengasapan bagi Unit Vektor PKD SPT.
2.Maklumat dari laman sesawang dan buku di perpustakaan. Untuk mengkaji lebih mendalam tentang fogging dan peranti pelindung diri,saya telah melakukan carian di laman sesawang sebagai salah satu sumber maklumat. Saya juga telah berkunjung ke perpustakaan terdekat bagi membaca buku dan mencatat maklumat yang berkenaan. 3.Pemerhatian Ini adalah antara metodologi utama saya dalam mendapatkan hasil kajian. Saya akan turun ke lapangan semasa aktiviti pengasapan dijalankan bagi memerhatikan tahap kesedaran kakitangan terhadap penggunaan peranti pelindung diri.Saya juga akan memerhatikan etika kerja mereka dari sudut keselamatan cara kerja. 4.Borang soal selidik. Saya akan menyediakan satu borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan berunsurkan pengenalpastian tahap kesedaran kakitangan yang mengendalikan aktiviti fogging terhadap kepentingan penggunaan peranti pelindung diri semasa bekerja. *Kumpulan sasaran ialah semua Pembantu Kesihatan Awam (PKA) di bawah unit vektor yang terlibat di bawah aktiviti tugas pengasapan.

KAEDAH ANALISIS DATA

Maklumat-maklumat yang saya kumpulkan di lapangan nanti akan saya persembahkan kedalam bentuk jadual. Kemudian saya akan menganalisa hasil dari jadual tersebut ke dalam peratusan penggunaan PPE yang digunakan oleh PKA-PKA yang bertugas semasa semburan. Contoh jadual adalah seperti di bawah :

RUJUKAN
Di bawah adalah sumber rujukan saya : BUKU 1. Prof. Buckley Henderson 1998, Pest Control In Indutry. Blue Wine Publisher.
2. Dr.Hendri Cahill 2001, How To Keep Us Safety at

Work,Ashtom Book Production.

3. Dr.Ramsay,Dr. Barney,Prof. Deren 2000,Hazards

Around You,Blue Garmin Publisher. Publisher.

4. Prof. Grubert Anthony 1994,Pesticide,Fishermans

TERIMA KASIH

You might also like