Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
belia intervensi

belia intervensi

Ratings: (0)|Views: 241 |Likes:
Published by O'ra Catherine Lajo

More info:

Published by: O'ra Catherine Lajo on Apr 17, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/23/2014

pdf

text

original

 
1
1.0)
 
PENGENALAN
Disedari atau tidak, dalam era globalisasi kini, pelbagai gejala sosial dan masalahkemorosotan disiplin mula menular dalam remaja di Malaysia terutama yang melibatkanpelajar sekolah. Perkembangan gejala-gejala sosial dan masalah kemorosotan disiplin inisemakin meningkat dari hari ke hari. Saban hari, ada-ada sahaja paparan yang berbagaicerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh pelajar tersebut baik salah laku yangkecil mahupun besar. Hal ini telah menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini danproses-proses pencegahan yang sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari terusmenjadi barah dalam masyarakat di Malaysia.
 “Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial”,
 
Buli gugat semangat belajar” dan “Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”.
Begitulah antara tajuk-tajuk beritayang terpapar di dada-dada akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti inimembayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah padamasa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Walaupunpelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanyaretorika semata-mata.Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadipemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan programpembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesatdalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telahmembawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan pelajar sekolah. Keruntuhanakhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yangburuk kepada keluarga, masyarakat dan Negara.Perlakuan buli merupakan salah satu isu yang membabitkan salah laku danmelibatkan kemorosotan disiplin pelajar. Masalah buli merupakan salah satu isu yang hangatdibincangkan sekarang baik oleh ibu bapa, guru-guru, masyarakat sekitar mahupun pihak Kementerian Pendidikan sendiri. Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melaluiperbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri.Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar,menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina. Menurut Olweus (1993b) pula, terdapat tiga jenistingkah laku buli iaitu fizikal, verbal dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku buli fizikaladalah seperti memukul, menarik rambut dan menendang. Tingkah laku buli verbal ialah
 
2
seperti mengejek, menghina dan mengusik. Tingkah laku buli yang berkaitan dengantingkah laku anti sosial pula ialah memulau, mengata, fitnah dan merosakkan harta benda.Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsungmanakala tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk verbal juga merupakan tingkah laku buliberbentuk psikologi. Tingkah laku buli dalam bentuk antisosial juga boleh berlaku dalambentuk fizikal seperti merosakan harta benda atau dalam bentuk psikologi sepertipemulauan dan fitnah.Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajarlelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan. Namun begitu, perlakuan buli dalamkalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan, malah ia semakin meningkat. Suratkhabar perdana, Utusan Malaysia keluaran 30 Mac 2004 melaporkan di muka hadapanseorang pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibatdibelasah oleh sekumpul pelajar senior. Pada 1 Mac 2009 yang lalu, Seorang pelajar lelakitingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang yang tidak tahan dibulibeberapa pelajar di asrama sekolah itu sejak dua minggu lalu membuat laporan polis.Kemudian, tiga hari selepas itu ,iaitu pada 3 Mac 2009, satu lagi kes buli dilaporkan dimanaseorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan, Pahang,Mohd Azwan Md Ribi,15, melecur teruk di lengan kanannya diseterika senior di asramahanya kerana enggan membelikan rokok. Isu di atas menunjukkan beberapa kes buli yangberlaku di Malaysia. Keadaan ini menunjukkan, setiap hari, ada-ada sahaja kes buli berlakusama ada di dalam kawasan sekolah, asrama mahupun di luar kawasan sekolah yangmembabitkan pelajar dan ini membuktikan bahawa betapa seriusnyanya gejala inisehinggakan mampu boleh membawa maut.Ekoran itu, pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu sama ada pihak sekolah mahupun pihak atasan dalam menangani isu ini. Namun demikian, masalah buliyang melibatkan pelajar sekolah ini memang sukar dibendung 100% kerana ia berkait rapatdengan latar belakang keluarga yang memberi sumbangan besar terhadap tingkah lakuseseorang. Oleh yang demikian, faktor-faktor atau punca-punca kepada penyebab masalahini terlebih dahulu harus diteliti dan dikenalpasti agar langkah-langkah pencegahan dapatdilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif serta proses-proses intervensi dapatdijalankan dengan segera kepada pelajar yang terlibat.
 
3
2.0)
 
JENIS MASALAH DAN FAKTOR-FAKTOR BULI
Sesungguhnya, isu buli di sekolah merupakan satu isu yang sangat membimbangkanpelbagai pihak. Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang tidak aman dan selamat disekolah. Oleh sebab itu, kini sekolah bukan lagi dianggap tempat yang selamat malah ramaiyang mula beranggapan yang negative terhadap institusi sekolah. Perbuatan membuli, samaada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, tidak sewajarnyamenjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah. Dalam hal ini, pelbagai faktor ataupunca berlakunya buli dapat dikenalpasti. Antaranya ialah persekitaran keluarga. Sepertiyang kita sedia maklum, persekitaran yang terdekat dan terpenting buat para pelajar adalahkeluarga mereka. Mengikut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personalitiseseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkahlaku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu diMalaysia dan di barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telahdikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsepkendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997). Maka, di sini jelasmenunjukkan bahawa, kebanyakan pelajar yang terjebat dengan tingkah laku buli ini adalahkerana kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh sebab itu, mereka akan bertindak agresif terhadap pelajar lain kerana wujud perasaan dendam, kecewa dan untuk mendapatkan perhatian daripada pelajar lain.Punca ini amat bersesuaian dengan Teori Psikoanalisis (Mahmod Nazar, 2001), yangmenyatakan bahawa setiap manusia secara semula jadinya menginginkan keseronokan dancuba mengelak kesakitan. Jika keinginan untuk memperoleh keseronokan dan mengelak kesakitan terhalang maka seseorang itu menjadi agresif. Seseorang yang agresif mempunyaidorongan naluri dalaman yang berlainan dengan seseorang yang tidak agresif. Dengan ini,mereka akan melepaskan perasaan mereka dengan melakukan perbuatan buli iaitu denganmencederakan orang lain. Berdasarkan teori psikoanalisis, Dollard dan rakan-rakan (dalamMaksan Musa, 1997) pula, beliau mengemukakan hipotesis kekecewaan- agresif. Menuruthipotesis kekecewaan
 –
agresif, tingkah laku agresif adalah disebabkan kekecewaan. Setiapindividu mempunyai kecenderungan secara semula jadi atas faktor biologi menjadi agresif bila kecewa.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Mya Aisar liked this
Mya Aisar liked this
Mya Aisar liked this
Punita Muniandy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->