You are on page 1of 25

UJIAN PEMASANGAN ASAS

Keperluan Pengujian Pemasangan


Setiap pemasangan yang telah / baru siap atau
sebarang pemasangan tambahan ataupun sebarang perubahan yang dibuat terhadap sesuatu pemasangan, perlu diuji dengan beberapa ujian sebelum boleh digunakan dengan selamat.

Oleh itu Pengujian bolehlah dianggap sebagai


penentuan sama ada sesebuah pemasangan itu siap atau tidak.

Tujuan Pengujian Pemasangan


Tujuan
utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan bagi suatu pemasangan atau pendawaian adalah untuk:
1. Memastikan keselamatan pemasangan. dan 2. Mematuhi kehendak peraturan IEE (STM,

SESB dll) Di samping itu, pengujian juga dapat mengenalpasti


3. kekurangan & kelemahan pemasangan dan 4. mencari punca kerosakkan ( jika ada )

Jenis-jenis Pengujian Pemasangan


Pada amnya pengujian boleh dibahagikan kepada tiga
jenis, iaitu:

1. Pengujian Dalaman - Pengujian awal sebelum

bekalan hidup diberikan.

2. Pengujian Rasmi

- Pengujian yang dijalankan oleh Pihak Pembekal sebelum disambungkan ke bekalan utama. ( TEN / SESB ).
Pada pemasangan lama atau baru ( jika ada ).
4

3. Pengujian Mencari - Pengujian mencari kerosakan


Punca Kerosakkan.

Pemeriksaan Mata Kasar


Sebelum sesuatu ujian pemasangan dijalankan,
pemeriksaan secara penglihatan ( pemeriksaan mata kasar ) perlu terlebih dahulu dilakukan.

Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan

setiap perkara yang bersangkut-paut dengan kerjakerja pemasangan itu tiada sebarang kerosakan fizikal pada alat-alat pemasangan atau kabel yang disambungkan kepadanya dan mematuhi kehendak IEE.
5

Pemeriksaan Mata Kasar ( sambungan )


Di antara perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Sambungan pengalir - ketat dan baik Penggunaan kod warna kabel - betul Pemilihan saiz kabel betul Jenis fius dan nilainya - betul dan sesuai Sambungan kabel fasa (hidup) sahaja pada suis. Kabel pelindung disambungkan kepada elektrod bumi. Pemasangan elektord bumi dilakukan dengan betul. Papan tanda amaran diletakkan di tempat sesuai Kedudukan (lokasi) papan suis & peralatan sesuai dll. Alat pelindungan daripada renjatan- disediakan dan masih boleh berfungsi.
6

membuat pemeriksaan secara mata kasar ialah seperti berikut:

Jujukan Ujian Pemasangan


Jujukan ujian mengikut Peraturan IEE, ialah :
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ujian Keterusan Litar gelang Menguji Keterusan Pengalir Pelindung Mengukur Rintangan Elektrod Bumi Mengukur Rintangan Penebatan Menentukan Kekutuban Mengukur Galangan Gegelung Rosak ke Bumi Menguji Kendalian Pemutus Litar ke Bumi

Ujian-ujian ini hendaklah dijalankan mengikut urutan agar


sebarang bahaya dapat dielakkan terhadap orang yang membuat pengujian dan juga menjamin pemasangan itu sempurna.

Cara-cara Pengujian pemasangan dijalankan

1. Ujian Keterusan Litar Gelang. Tujuan pengujian ini dilakukan ialah bagi memastikan
gelang yang tidak putus dan rintangannya hampir sifar ).
pelbagai atau penguji loceng dan bateri.

setiap pengalir pada litar gelang mempunyai keterusan yang baik. ( Pengalir pada litar gelang ini seolah-olah seperti

Pengujian ini boleh dijalankan dengan menggunakan meter

Terdapat dua cara bagaimana ujian ini dijalankan:


i. Ii. Menguji dipangkal litar di Kotak Fius Agihan. Menguji di pangkal dan dipertengahan litar.

Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)


2. Ujian Keterusan Pengalir pelindung.
Ujian ini dijalankan bagi memastikan pengalir pelindung
itu betul sambungannya dan mempunyai sambungan yang baik dari segi elektrik dan mekanik. pelbagai atau menggunakan penguji loceng dan bateri.

Ujian ini boleh dijalankan dengan menggunakan meter

* Nama lama pengalir pelindung ialah pengalir keterusan bumi (e.c.c)

Cara-cara Pengujian dijalankan ( sambungan )


3. Ujian Rintangan Elektrod Bumi.
(T5)

Ujian ini dijalankan apabila sesuatu pemasangan itu

gagal memperolehi nilai galangan gelung bumi yang dikehendaki ataupun untuk menguji keterusan elektrod bumi yang telah dipasang. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai Meggar Penguji Bumi.

10

Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)


4. Ujian Rintangan Penebatan. Bagi memastikan ketahanan penebatan antara
pengalir dan ketahanan penebatan pengalir dengan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas. Ujian ini dijalankan dengan menggunakan Penguji Megger. Ujian rintangan penebatan terbahagi kepada dua:
i. Ii. Ujian penebatan antara pengalir. Ujian penebatan antara pengalir dengan Bumi.

Bacaan ujian mestilah tidak kurang dari 1M. Jika kurang daripada nilai itu, bererti pemasangan itu telah mengalami kerosakan.
11

Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)


5. Ujian Kekutuban Tujuan pengujian ini

dijalankan ialah untuk memastikan semua alat kawalan satu kutub berada pada pengalir hidup ( fasa ) sahaja. tepi pemegang lampu edison, dan bahagian kiri soket alur keluar dan palam berada pada pengalir Neutral.

Ujian ini juga adalah untuk memastikan sambungan Kekutuban yang salah boleh mendatangkan bahaya

renjatan elektrik semasa membuat pemasangan atau penggunaan alat.


12

Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)


6. Ujian Galangan Gegelung rosak ke bumi. (T5)
Ujian ini dijalankan bagi mengetahui nilai galangan
gelung bumi pada sesuatu pemasangan. Nilai tersebut kemudiannya digunakan untuk menentukan jenis peranti perlindungan kebocoran arus ke bumi (PLBB) yang sesuai. Sekiranya PLBB telah sedia ada, kita akan dapat mengetahui sama ada ianya berkesan ( berfungsi ) atau tidak apabila berlaku kebocoran pada pemasangan itu.

13

Cara-cara Pengujian dijalankan (sambungan)


7. Ujian Pemutus Litar Bocor ke Bumi.
Ujian ini dijalankan bagi memastikan sama ada
pemutus litar yang digunakan akan berkendali apabila berlaku arus bocor ke bumi. Biasanya peranti ini akan bekerja pada voltan minimum 45V ( tidak lebih 50V ), antara pengalir bumi dengan pengalir hidup. Ujian ini perlu dijalankan sesingkat yang boleh bagi mengelakkan bahaya kebocoran yang mungkin terjadi sekiranya peranti itu tidak berkendali ( rosak ).
14

Alat-alat Pengujian
Diantara alat-alat kelengkapan pengujian yang asas,
ialah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Meter Pelbagai ( Multimeter ) Loceng dan Bateri Penguji Megger Penguji Pemutus litar jenis arus.

15

Alat-alat Pengujian ( sambungan )


1. Meter Pelbagai (Multimeter).
Meter ini boleh digunakan
untuk mengambil bacaan Voltan ( Volt ), Arus (Ampere), dan Rintangan (Ohm). membuat pengujian: i. Menguji Keterusan litar gelang. ii. Menguji Keterusan pengalir pelindung. iii. Menentukan Kekutuban.

Peranti ini digunakan untuk

16

Alat-alat Pengujian ( sambungan )


2.
Loceng dan Bateri.

Bateri

dan loceng ini disambungkan secara siri dengan 2 punca dibiarkan tidak bercantum dan digunakan sebagai punca uji. untuk menguji keterusan (sambungan). Jika ada keterusan / sambungan loceng akan berbunyi.

Alat ini sesuai di gunakan

17

Alat-alat Pengujian ( sambungan )


3.
Penguji Megger.

Megger

ialah alat penguji Rintangan Penebatan. Voltannya diperolehi dari janakuasa yang diputar oleh tangan atau dari bateri bersama litar elektronik. Megger mampu mengeluarkan 500V pada punca ujinya dan skala pengujinya mampu menyukat dalam kilo-ohm dan Mega-ohm.
18

Tempoh Pengujian
Pengujian-pengujian yang dijalankan seperti diatas, tidak
dapat menjamin keselamatan pemasangan itu selamalamanya, oleh itu pengujian semula perlu dilakukan dari masa ke semasa mengikut tempoh yang dikehendaki supaya sebarang bahaya dapat dielakkan.

Tempoh sesuatu pemasangan itu hendak diuji, biasanya

bergantung kepada jenis pendawaian yang digunakan, keadaan tempat dan kebenaran yang diberikan oleh pihak pembekal.

( Lihat Jadual yang dilampirkan ).

19

Tempoh Pemeriksaan Pemasangan - IEE


Bil Jenis Pemasangan Tempoh antara Pemeriksaan

1
2 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pemasangan biasa
Pemasangan Pertanian Masjid / Gereja Penggera Kebakaran Jentera berkereta Panggung / Stesen minyak / K.Dobi Kilang Lampu Kecemasan

5 3 2 1 1 1

Tahun
Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun

Kerap kali Tidak tetap

Pemasangan Sementara

3 Bulan

20

Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian

Jenis-jenis kerosakan yang mungkin berlaku ke


atas pendawaian elektrik adalah seperti berikut:

(i).
(ii). (iii).

Litar Buka.
Litar Pintas. Kerosakan Bumi.

21

Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )


(1).
Litar Buka.

Ini bermakna arus tidak dapat mengalir di dalam litar kerana punca
bekalan terpotong ( putus ).

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan


kerosakan litar buka iaitu seperti: a). b). c). d). Pengalir di dalam kabel terputus. Sesentuh suis tidak berfungsi dengan baik. Sambungan pengalir kabel terkeluar dari punca tamatan. Kerosakan mekanikal pada pemegang lampu, soket keluaran dan suis.

22

Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )

(2).

Litar Pintas.

Litar Pintas terjadi apabila punca fasa dan punca


neutral bersentuhan di antara satu dengan lain tanpa beban.

Jika berlaku litar pintas, peranti pelindung akan


dan boleh menyebabkan kebakaran ).

terpelantik ( trip ) lalu memotong bekalan elektrik. ( jika tidak trip, kabel menjadi panas

23

Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )


Di antara sebab berlakunya Litar Pintas ialah:
a). Berlaku kerosakan pada penebat kabel. b). Sambungan pengalir kabel longgar di punca tamatan sehingga bersentuhan dengan kutub / fasa yang berlawanan. c). Berlaku kerosakan pintas pada aksesori pendawaian suis, soket, pemegang lampu dan lain-lain.

d). Berlaku kerosakan pintas pada peralatan elektrik kipas, seterika, cerek elektrik dan perkakas lain.
24

Jenis-jenis Kerosakan Pendawaian ( sambungan )

(3).

Kerosakan Bumi.

Kerosakan yang berlaku apabila punca fasa ( hidup )

bersentuh dengan pengalir bumi atau mana-mana bahagian logam bagi sistem pendawaian atau pada punca perkakas elektrik. menjadi punca fasa dan merbahaya kepada pengguna, jika tersentuh boleh menyebabkan renjatan elektrik.

Kerosakan ini akan menyebabkan bahagian logam Alat

penguji megger digunakan untuk menguji kerosakan bumi, dan bacaannya hendaklah tidak kurang dari 0.5M bagi peralatan yang baik.
25

You might also like