You are on page 1of 11

Ahli astronomi

Orang yang mengkaji Alam Semua dan semua yang ada di dalamnya .

Alam Semester
Semua yang wujud , semua ruang angkasa lepas dan segala-galanya yang terdapat di dalamnya.

Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas

Bima Sakti
Galaksi yang menjadi tempat tinggal kita. Nama laluan bintang yang dilihat di langit Bumi

Bintang
Bola gas yang terang dan panas yang menghasilkan tenaga oleh tindak balas neuklear.

Bintang neutron
Bintang yang padat dan kecil , terbentuk daripada letupan Supernova

Atmosfera
Gas menyelubungi planet atau bulan yang diapungkan oleh tarikan graviti.

Balai cerap
Bangunan atau kumpulan bangunan yang menempatkan teleskop

Batuan angkasa
Batuan kecil atau objek berais yang mengorbit Matahari

Fotosfera
Lapisan yang dapat dilihat pada bintang (Matahari)

Galaksi
Kumpulan bintang ,gas dan debu yang sangat besar , yang terus berada bersamasama kerana tarikan graviti.

Gergasi Gas
Empat planet besar yang terbentuk sebahagiannya daripada gas.( Zuhal, Musytari , Uranus & Neptune)

Komet
Objek berdebu , berais dan bersalji yang kecil , ia juga digelar salji comot

Kuar angkasa
Pesawat angkasa lepas dikendali oleh robot yang dihantar untuk meninjau objek dalam Sistem Suria

Lava
Batuan lebur (panas dan cair) yang mengalir keluar dari planet atau bulan (lihat gunung berapi)

Graviti
Daya tarikan . Graviti Matahari menarik Bumi . Graviti Bumi pula menarik kita.

Gunung Berapi
Gunung yang terbentuk daripada material yang bermula dari perut planet. Batuan lebur meledak melalui rekahan planet

Kawah
Lekukan berupa mangkuk dalam permukaan planet , bulan atau asteroid yang terbentuk dari hentaman batu angkasa.

Bulan
Batu , atau jasad ais dan batu yang mengorbit planet atau asteroid

Buruj
Sekumpulan bintang di langit yang dapat dilihat dari bumi dan membentuk corak tertentu seperti corak haiwan.

Elips
Bentuk dua dimensi , bulatan yang bujur.

Maria
Tompokan gelap yang dilihat di Bulan,iaitu lengkungan besar dipermukaan yang dibanjiri lava gunung berapi masa lampau

Medan magnet Meteor

Ruang sekeliling planet atau bintang yang mengalami magnetisme.

Jaluran cahaya yang dihasilkan oleh meteorit ketika bergerak memasuki udara Bumi

Planet Batuan
Empat planet yang hampir dengan Matahari ,iaitu Utarid , Zuhrah , Bumi dan Marikh.

Supernova
Bintang Besar yang meletup dan menghasilkan cahaya yang terang.

Tompok Matahari
Tompokan sejuk dan gelap pada permukaan Matahari

Orbit
Laluan yang diikuti oleh objek untuk mengelilingi objek yang lebih besar.Bulan mengorbit Bumi sebagai contohnya.

planet
Jasad bulat yang besar terbentuk daripada batuan atau gas yang mengorbit Matahari

Protostar
Bintang yang muda usianya.

Nebula
Awan gas dan debu di ruang angkasa

Nebula Suria
Awan gas dan debu yang berputar dan terbentuk dalam Sistem Suria.

Nebula Planet
Sejenis bintang yang mengandungi awan gas dan debu berwarna warni yang mengembang , disingkir oleh bintang yang hampir mati di pusat awan.

You might also like