menyelesaikan masalah kawalan kelas, kurang minat pelajar terhadap pengajaran gurudan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalamkelas, juga dapat menarik minat pelajar terhadap matematik serta mampu mencapaiobjektif pelajaran yang dirancang maka kenapa tidak guru terus menggunakannyadalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.Kita semua maklum permainan matematik merupakan salah satu medium bagimemastikan matematik diminati dan berada di hati setiap pelajar demi untuk membantu meningkatkan pencapaian mereka. Bagi merealisasikannya para guru mestiberperanan sebagai agen penggerak dan penggalak kepada minat pelajar terhadapmatematik seterusnya membawa kepada peningkatan pencapaian pelajar.
2.0
PERMAINAN MATEMATIK DAN IMPAKNYA TERHADAPPEMBELAJARAN MATEMATIK
Permainan matematik boleh menyediakan aktiviti yang sangat efektif danmenyumbang kepada peningkatan motivasi di semua peringkat umur murid. Disamping itu, permainan matematik juga sesuai digunakan dalam semua peringkatkeupayaan murid baik di peringkat awal usia sehinggalah ke peringkat remaja dandewasa. Ini disokong oleh kenyataan berikut;
“Mathematical recreactionals can serve as a very effective means of motivation at
almost all levels of instruction and
for students of varying levels of ability.”
(Max A. Sobel & Evan M. Maletsky, 1988; pg. 73)
2.1
Perihal Permainan Matematik
Menurut Saiful Azrul (2009) kaedah bermain sambil belajar dijalankan secara spontanuntuk faedah aktiviti itu sendiri. Ini bermakna aktiviti ini memberi kepuasan dalamkeadaan sedar atau tidak. Terdapat juga unsur-unsur spontan, kurang berstruktur, tiadapaksaan dan menimbulkan kepuasan dalam aktiviti permainan matematik. Sebagaicontoh apabila murid-murid bermain batu seremban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan sambil menguasai kemahiran asas penambahandalam matematik.Selain itu, permainan matematik juga boleh dikatakan sebagai suatu aktivitiyang melibatkan seorang atau lebih daripada seorang pemain, mempunyai peraturan-peraturan tertentu, memerlukan pemain memikir tentang strategi-strategi tertentuuntuk menguasai permainan, disusun berasaskan kepada prinsip matematik dan direkaserta dipersembahkan dengan gaya, lakaran, warna serta corak yang menarik. Apayang lebih penting dalam setiap permainan matematik terdapat kemahiran tersirat danapabila dimainkan ia dapat membantu murid dalam pembelajaran matematik itusendiri.Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, Saiful Azrul (2009) berpendapatpemilihan permainan matematik perlu berkaitan dengan objektif pembelajaran,peringkat umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid. Arahan tentangpermainan matematik juga perlu jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini jugaperlu melibatkan semua murid. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesuatupermainan hendaklah diberi serta merta agar murid bermotivasi untuk meningkatkanlagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu