You are on page 1of 3

ROXELANA ANASTASIA LISOVSKA

Patung Roxelana di Dataran Roxelana, Rohatyn, Poland. Roxelana Anastasia Lisovska adalah wanita Ukraine yang dilahirkan di Rohatyn pada tahun 1500. Rohatyn adalah sebuah pekan di Poland yang mempunyai ramai penduduk berbangsa Yahudi, memungkinkan Roxelana juga berketuruan Yahudi. Roxelana telah dijadikan tawanan oleh orang-orang Tatar Crimea apabila dia ditangkap oleh orang-orang Tatar itu dalam serangan mereka ke atas Ukraine. Kemudian Roxelana telah dibawa ke pasar hamba di Kaffa, Crimea, dan seterusnya dijual sebagai hamba di Istanbul, Turki. Selepas itu, Roxelana telah dipilih menjadi gundik di Istana Sultan Sulaiman, Khalifah Othmaniah dari tahun 1520 hingga 1566. Ketika Roxelana mula menjadi gundik Sultan Sulaiman, Khalifah Othmaniah itu telahpun mempunyai 4 orang ketua gundik dan 300 orang gundik bawahan. Sultan Sulaiman bebas bersama dengan mana-mana gundik pilihannya, tetapi 4 orang ketua gundik berkenaan adalah gundik-gundik yang paling diminatinya dan paling kerap bersamanya. Seorang daripada ketua gundik itu, Sultana Gulbehar yang dianggap sebagai isterinya, walaupun tidak pernah bernikah dengannya, telahpun melahirkan seorang putera bernama Mustafa. Mustafa dianggap sebagai Putera Mahkota ataupun pewaris tahta Sultan Sulaiman.

Kehadiran Roxelana telah mengubah status Sultana Gulbehar dan Putera Mustafa, kerana Sultan Sulaiman telah jatuh cinta dengan Roxelana, membuatkan Sultana Gulbehar cemburu dan sakit hati terhadap Roxelana, sehingga mereka kerap bertengkar dan bergaduh. Selepas suatu pergaduhan yang serius, Sultan Sulaiman telah menghalau Sultana Gulbehar dan Putera Mustafa keluar dari istananya pada tahun 1534 ke daerah terpencil Turki. Semenjak itu, Roxelana mula menjadi wanita yang berkuasa dalam kerajaan Othmaniah Sulaiman. Hasil percintaannya dengan Sultan Sulaiman, Roxelana telah melahirkan 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan sebelum bernikah dengan Sultan Sulaiman. Anak perempuan mereka, Mihrimar telah dikahwinkan dengan ahli kewangan Bulgaria, Rustem Pasha yang seterusnya dilantik menjadi Menteri pada tahun 1543. Anak-anak lelaki mereka, Salim, Bayazid dan Jehangir dilobi sebagai Putera Mahkota, tetapi Sultan Sulaiman lebih berminat mengekalkan Putera Mustafa sebagai Putera Mahkotanya. Sultan Sulaiman mempunyai seorang Menteri Kanan yang amat dipercayainya, Ibrahim Pasha, seorang berbangsa Greek dan beragama Kristian. Ibrahim mula berkhidmat dengan kerajaan Othmaniah semenjak berumur 6 tahun sebagai hamba, tetapi disebabkan kebijaksanaan dan kebaikannya, beliau telah dinaikkan pangkat sehingga menjadi Menteri Kanan. Sultan Sulaiman amat menghargai Ibrahim sehingga berjanji bahawa Ibrahim tidak akan dihukum bunuh atas apa kesalahanpun. Menyedari akan sifat buruk Roxelana dan ancaman kekasih Sultan Sulaiman itu terhadap kerajaan Othmaniah, Ibrahim kerap menasihati Sultan Sulaiman agar tidak terlalu percayakan Roxelana. Roxelana menyedari akan peranan yang dimainkan oleh Ibrahim dan ancaman Menteri Kanan itu terhadap rancangannya untuk berkuasa sepenuhnya dalam kerajaan Othmaniah Sulaiman. Oleh itu, Roxelana telah memfitnah Ibrahim merancang untuk mengambil-alih tahta Sultan Sulaiman. Akibatnya, Sultan Sulaiman telah memperolehi fatwa bagi membatalkan janjinya tidak menghukum bunuh Ibrahim dan seterusnya menjatuhkan hukum bunuh ke atas Ibrahim. Sultan Sulaiman membatalkan janji ini seminggu sebelum Ibrahim dibunuh pada tahun 1536 dengan membina sebuah masjid di Istanbul. Seterusnya, Roxelana memfitnah pula Putera Mustafa sehingga Putera Mahkota itu juga mati dibunuh oleh Sultan Sulaiman. Pengaruh Roxelana ke atas Sultan Sulaiman begitu hebat sehingga Sultan Sulaiman sanggup membunuh bukan sekadar Menteri Kanannya, tetapi juga Putera Mahkotanya. Dengan kematian Ibrahim dan Putera Mustafa, tiada siapa lagi yang boleh menghalang Roxelana melaksanakan rancangannya untuk melantik anak lelakinya sebagai Putera Mahkota. Seterusnya, Roxelana telah berjaya memujuk Sultan Sulaiman supaya menikahinya dan menjadikannya Permaisuri Othmaniah. Bagaimanapun Roxelana tidak sempat melihat impiannya menjadi kenyataan, iaitu melihat puteranya menjadi Sultan kerana usianya telah lanjut dan dia meninggal dunia pada tahun 1558. Selepas kematian Roxelana, Beyazid menjadi pilihan untuk dijadikan Putera Mahkota berbanding Salim, seorang pemabuk yang berhasrat untuk menjadi Putera Mahkota.

Jehangir pula sudahpun mati. Akibatnya, berlakulah perang saudara di mana Sultan Sulaiman telah menyebelahi Salim, menyebabkan Salim telah menang dan dilantik sebagai Putera Mahkota. Bayezid dan 5 orang anaknya telah dibunuh. Sultan Sulaiman pula telah mati pada tahun 1566 disebabkan serangan jantung. Sultan Salim, anak Roxelana seterusnya mewarisi tahta Sultan Sulaiman dan mentadbir kerajaan Othmaniah dengan buruk kerana sifatnya yang pemabuk sehingga beliau telah mati pada tahun 1574 akibat tergelincir dan jatuh mengakibatkan kecederaan teruk di kepalanya disebabkan terlalu mabuk. Sebelum mati, Sultan Salim telah memimpin tentera Othmaniah menyerang Cyprus bagi mendapatkan arak Cyprus yang berkualiti tinggi, atas nasihat ahli kewangan Portugis berbangsa Yahudi, Joseph Nasi. Serangan ini yang pada awalnya berjaya, telah membawa kepada kehancuran tentera laut Othmaniah apabila kalah teruk kepada Tentera Laut Pakatan Kristian dalam Pertempuran Lepanto pada tahun 1571. Kerajaan Othmaniah seterusnya diwarisi oleh Sultan Murad, cucu Roxelana, yang lebih buruk perangainya dari Sultan Salim, bapanya. Sultan Murad telah membunuh kesemua 5 orang adik-beradiknya dan menyimpan begitu ramai gundik sehingga harga hamba perempuan di pasaran Istanbul telah naik 2 kali ganda. Di akhir hayatnya, Roxelana telah melaksanakan kerja-kerja amal sepertimana lazimnya orang di akhir hayat, bilamana dia telah mewujudkan suatu yayasan yang telah membiayai sebuah masjid, 2 sekolah Al-Quran, sebuah pancutan air awam dan sebuah hospital wanita di Istanbul. Ketika menjadi Permaisuri, Roxelana juga telah bergiat aktif dalam politik antarabangsa mempengaruhi Sultan Sulaiman terutamanya dalam urusan di Poland dan Crimea. Roxelana adalah kebanggaan rakyat Poland, terutamanya orang Yahudi Poland di atas peranannya yang menyumbang kepada kemusnahan kerajaan Othmaniah. Sumbangannya telah diabadikan dengan tertegaknya Patung Roxelana di Dataran Roxelana, Rohatyn, Poland dan dalam puisi dan lagu memujinya di kalangan masyarakat Eropah Timur. Kepada IKAM, Roxelana, anaknya dan cucunya adalah individu yang paling bertanggung-jawab memusnahkan kerajaan Othmaniah.

You might also like