Professional Documents
Culture Documents
Sinopsis
Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.
Tema
1 / 20
Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Persoalan
Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.
Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci .
2 / 20
Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya .
Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung .
Plot
i. Permulaan
Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.
3 / 20
ii. Perkembangan
Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.
iii. Puncak
Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu.
iv. Peleraian
Akhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.
4 / 20
Teknik Penceritaan
i. Pemerian
Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.
ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka .
Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita .
5 / 20
iv. Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.
v. Monolog Dalaman
Contoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya .
vi. Monolog
Contoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya .
6 / 20
Watak Utama
Puan Ainun
iii. Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.
hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan yang selamat.
7 / 20
Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya .
Contoh: Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita.
Watak Sampingan
8 / 20
Cik Punita
9 / 20
Contoh : Cik Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun.
Encik Hilal
10 / 20
Contoh: Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.
Latar
Latar Masa
i. Waktu pagi
Contoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang untuk makan tengah hari.
11 / 20
Latar Tempat
Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.
Contoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita.
12 / 20
Latar Masyarakat
Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).
Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita .
iii. Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.
Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.
13 / 20
Gaya Bahasa
ii. Perlambangan
iii. Sinkope
Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam, jawab Puan Ainun.
14 / 20
iv. Simile
Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.
v. Peribahasa
Contoh : Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Nilai
15 / 20
Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu .
Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita .
Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya .
16 / 20
Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.
v. Nilai prihatin
Contoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu .
Pengajaran
Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu .
17 / 20
Contoh: Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli barang-barang kerana dia hendak ke kedai .
iii. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita .
Contoh: Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama jiran.
18 / 20
Soalan
ii. Jelaskan dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini.
Jawapan
i. Dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai tolong- menolong. Contoh: Pu an Ainun dan jiran-jirannya mengamalkan nilai tolong-menolong dengan sentiasa bertegur sapa, menjaga perasaan jiran dan menolong menyiram pokok-pokok bunga. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.
19 / 20
ii. Dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita tinggal di satu taman perumahan. Persoalan penganut agama Hindu yang tidak makan daging kerana menganggap lembu ialah binatang suci. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberia n Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.
20 / 20