You are on page 1of 5

PESTA BAHASA MELAYU LUAK BATU KIKIR PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA TAJUK CERITA

: SEKOLAH KEBANGSAAN JEMPOL : MUHAMMAD ADAM ZIKRI B. MOHD FAUZI : SI DERHAKA

SI DERHAKA
Pergi ke kolam memancing ikan, Jangan lupa membawa umpan, Si Derhaka tajuk sembahan, Marilah dengar jadikan teladan. Dengarnya kawan-kawan...... Begini ceritanya... Seman tinggal di Kampung Hulu Petai. Rupa Seman hodoh dan kulit badannya berbelang-belang. Bagaimanapun Seman disayangi oleh ibu bapanya. Begitulah kawan-kawan. Kita harus bersyukur dengan anugerah tuhan kerana di sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya. Penduduk kampung itu sering mencari petai di dalam hutan. Di pinggir hutan itu terdapat sekeping batu leper. Penduduk kampung sering melihat puteri bunian berdiri di atas batu leper itu. Pada suatu hari, Seman keluar mencari kayu api di dalam hutan. Entah bagaimana, tiba-tiba Seman tersesat. Puas dia mencari jalan keluar tetapi tidak berjumpa. Mana pula jalan keluar ini? Seman berasa cemas. Apabila berasa letih, Seman berehat lalu tertidur di atas batu leper itu. Tidak lama kemudian, Seman terjaga dan berasa terperanjat. Kawan-kawan nak tahu di mana Seman berada? Ha.......Dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah istana. Dia dikelilingi dayang-dayang yang cantik. Tiba-tiba muncul tuan puteri bunian yang jelita sambil berkata. Sekarang kakanda sudah menjadi suami adinda, kata tuan puteri yang jelita. Tiba-tiba Seman teringat akan kisah istana puteri bunian di dalam hutan. Tahulah Seman yang dia kini berada di alam bunian.

Roslina2009

Sejak itu, Seman dan tuan puteri bunian hidup bahagia di istana. Ha......rupa Seman pun telah berubah. Dia amat segak dan ubuhnya tidak berbelang-belang lagi. Sudah lama benar Seman berada di istana puteri bunian. Dia teringat akan kedua-dua ibu bapanya. Dia amat rindu kepada mereka. Setiap hari, Seman hanya bermurung di istana. Tuan puteri bunian tahu apa yang difikirkan oleh suaminya. Kakanda pulanglah berjumpa dengan ibu bapa kakanda. Kalau perlu bantuan, gosoklah batu ini, kata tuan puteri bunian. Tuan puteri bunian memberikan Seman sebutir batu permata. Dia menasihati Seman supaya tidak menderhaka. Kawan-kawan mahukah menjadi anak yang derhaka?. Balasan orang yang menderhaka amat dahsyat. Mendengar kata-kata isterinya itu, hati Seman menjadi girang. Tanpa membuang masa Seman terus pulang ke kampung halamannya. Setiba di kampung, Seman disambut kedua-dua ibu bapanya. Mereka berasa sangat gembira dan tidak menyangka Seman masih hidup. Ibu bapa Seman bercadang mengadakan kenduri. Malangnya mereka tidak ada makanan dan pinggan mangkuk yang cukup. Tiba-tiba Seman teringat akan batu permatanya. Tetapi kawan-kawan...malangnya ibu Seman telah membuang batu permata itu. Ibunya menyangka batu hitam itu tidak berguna. Seman berasa amat marah. Seman memarahi ibunya yang cuai. Ibu Seman menangis ketakutan. Ayahnya pula tergamam melihat kelakuan anak mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, tiba-tiba Seman berasa tubuhnya amat panas. Seman mendapati wajahnya bertukar menjadi hodoh dan tubuhnya berbelang-belang semula. Kini, Seman menerima nasib buruk akibat perbuatannya yang menderhaka. Ingat ya kawan-kawan...jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa kita. Sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu. Mereka juga telah banyak berjasa kepada kita. Oleh itu hormatilah dan sayangilah mereka. Bunga mawar bunga selasih, Sekian terima kasih.

Roslina2009

PESTA BAHASA MELAYU LUAK BATU KIKIR PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 NAMA SEKOLAH NAMA PESERTA TAJUK CERITA : SEKOLAH KEBANGSAAN JEMPOL : NUR FARAH ZAHIDAH BT NORAZAM : SI DERHAKA

SI DERHAKA
Pergi ke kolam memancing ikan, Jangan lupa membawa umpan, Si Derhaka tajuk sembahan, Marilah dengar jadikan teladan. Dengarnya kawan-kawan...... Begini ceritanya... Seman tinggal di Kampung Hulu Petai. Rupa Seman hodoh dan kulit badannya berbelang-belang. Bagaimanapun Seman disayangi oleh ibu bapanya. Begitulah kawan-kawan. Kita harus bersyukur dengan anugerah tuhan kerana di sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya. Penduduk kampung itu sering mencari petai di dalam hutan. Di pinggir hutan itu terdapat sekeping batu leper. Penduduk kampung sering melihat puteri bunian berdiri di atas batu leper itu. Pada suatu hari, Seman keluar mencari kayu api di dalam hutan. Entah bagaimana, tiba-tiba Seman tersesat. Puas dia mencari jalan keluar tetapi tidak berjumpa. Mana pula jalan keluar ini? Seman berasa cemas. Apabila berasa letih, Seman berehat lalu tertidur di atas batu leper itu.

Roslina2009

Tidak lama kemudian, Seman terjaga dan berasa terperanjat. Kawan-kawan nak tahu di mana Seman berada? Ha.......Dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah istana. Dia dikelilingi dayang-dayang yang cantik. Tiba-tiba muncul tuan puteri bunian yang jelita sambil berkata. Sekarang kakanda sudah menjadi suami adinda, kata tuan puteri yang jelita. Tiba-tiba Seman teringat akan kisah istana puteri bunian di dalam hutan. Tahulah Seman yang dia kini berada di alam bunian. Sejak itu, Seman dan tuan puteri bunian hidup bahagia di istana. Ha......rupa Seman pun telah berubah. Dia amat segak dan ubuhnya tidak berbelang-belang lagi. Sudah lama benar Seman berada di istana puteri bunian. Dia teringat akan kedua-dua ibu bapanya. Dia amat rindu kepada mereka. Setiap hari, Seman hanya bermurung di istana. Tuan puteri bunian tahu apa yang difikirkan oleh suaminya. Kakanda pulanglah berjumpa dengan ibu bapa kakanda. Kalau perlu bantuan, gosoklah batu ini, kata tuan puteri bunian. Tuan puteri bunian memberikan Seman sebutir batu permata. Dia menasihati Seman supaya tidak menderhaka. Kawan-kawan mahukah menjadi anak yang derhaka?. Balasan orang yang menderhaka amat dahsyat. Mendengar kata-kata isterinya itu, hati Seman menjadi girang. Tanpa membuang masa Seman terus pulang ke kampung halamannya. Setiba di kampung, Seman disambut kedua-dua ibu bapanya. Mereka berasa sangat gembira dan tidak menyangka Seman masih hidup. Ibu bapa Seman bercadang mengadakan kenduri. Malangnya mereka tidak ada makanan dan pinggan mangkuk yang cukup. Tiba-tiba Seman teringat akan batu permatanya. Tetapi kawan-kawan...malangnya ibu Seman telah membuang batu permata itu. Ibunya menyangka batu hitam itu tidak berguna. Seman berasa amat marah. Seman memarahi ibunya yang cuai. Ibu Seman menangis ketakutan. Ayahnya pula tergamam melihat kelakuan anak mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, tiba-tiba Seman berasa tubuhnya amat panas.

Roslina2009

Seman mendapati wajahnya bertukar menjadi hodoh dan tubuhnya berbelang-belang semula. Kini, Seman menerima nasib buruk akibat perbuatannya yang menderhaka. Ingat ya kawan-kawan...jangan sesekali menderhaka kepada ibu bapa kita. Sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu. Mereka juga telah banyak berjasa kepada kita. Oleh itu hormatilah dan sayangilah mereka. Bunga mawar bunga selasih, Sekian terima kasih.

Roslina2009

You might also like