You are on page 1of 9

PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG 1.

PEMULIHAN PERNAFASAN Terdapat beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang boleh dipratikkan semasa mangsa mengalami terhenti pernafasan. Kaedah-kaedah ini ialah:a) Pemulihan mulut ke mulut b) Pemulihan mulut ke hidung c) Pemulihan mulut ke lubang pernafasan di tengkok d) Kaedah Holger Neilson e) Kaedah Selvesters f) Kaedah Schafers a) Pemulihan mulut ke mulut Cara pratiknya rapatkan mulut pemulih ke mulut si mangsa. tutup hidung mangsa secara picitan hidung. lakukan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat sambil mata memerhatikan bahagian dada mangsa hembusan yang betul akan memperlihatkan pergerakan dada naik dan tiada kebocoran dari celah bibir mangsa lepaskan picitan hidung mangsa agar udara dapat keluar melalui hidung. lakukan sekali hembusan setiap 5 saat bagi mangsa orang dewasa. Manakala, 1 hembusan setiap 3 saat bagi kanak-kanak dan bayi. permulihan perlu dijalankan berterusan sehingga mangsa dapat bernafas sendiri atau apabila tiba bantuan perubatan. b) Pemulihan mulut ke hidung Kaedah ini boleh dilakukan sekiranya timbul masalah pada bahagian mulut mangsa di mana kaedah pemulihan secara mulut ke mulut tidak dapat dilakukan. Cara pratiknya Rapatkan mulut pemulih ke bahagian hidung si mangsa. Tutup bahagian mulut mangsa supaya udara yang dihembus tidak keluar melalui mulut. Pemulih menghembus udara dari mulut ke hidung mangsa. Semasa hembusan, perhatikan naik dan turun bahagian dada bagi menetukan udara masuk atau tidak ke paru-paru. Buka mulut mangsa dan biarkan udara keluar. Masa yang diambil bagi setiap hembusan adalah seperti kaedah mulut ke mulut.

c) Pemulihan pernafasan melalui lubang pernafasan di leher. Kaedah ini dilakukan bagi mangsa yang menjalani pembedahan tebukan saluran pernafasan kerana mengalami masalah tidak dapat bernafas melalui hidung. Cara pratiknya.

Rapatkan mulut pemulih ke lubang tiub getah mangsa di bahagian leher mangsa. Beri hembusan sambil mata memerhati bahagian dada mangsa bagi jarak menetukan dada mengembang atau tidak. Jarak setiap hembusan adalah sama seperti kaedah yang diterangkan dahulu. d) Kaedah Holger Neilson. Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang mengalami terhenti pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan bagi mangsa-mangsa yang mengandung atau gemuk dan berperut buncit. Cara pratiknya. Mangsa dibaringkan dalam baringan meniarap dengan lengan dan tangan mangsa mengampu bahagian kepala dan mukanya. Palingkan muka mangsa ke kiri/kanan dan donggakkan kepala mangsa ke hadapan supaya saluran pernafasan mangsa terbuka. Pemulih duduk separuh melutut di bahagian kepala mangsa. Kedua-dua tangan pemulih diletakkan di bahagian kiri dan kanan tulang scapula. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan selama kira-kira 2 saat di bahagian tulang scapula mangsa. Angkat bahagian kedua-dua siku mangsa ke atas supaya rongga dada mangsa mengembang. Lakukan selama kira-kira 2 saat. Letakkan kembali tangan pemulih ke bahagian tulang scapula mangsa. Kaedah ini di lakukan berulang kali sehingga mangsa bernafas kembali atau sehingga tiba bantuan perubatan. e) Kaedah Selvesters Cara pratiknya. Letakkan mangsa dalam baringan melentang. Pemulih melutut di bahagian kepala mangsa dengan bahagian lutut pemulih mengepit bahagian kepala mangsa. Dongakkan kepala mangsa. Pegang kedua belah pergelangan tangan mangsa dan letakkan di bahagian dada mangsa. Kenakan tekanan di bahagian dada menggunakan berat badan pemulih. Jangan gunakan kaedah kekuatan tenaga menekan dada mangsa kerana ini boleh mencederakan dada mangsa. Tekanan dilakukan selama kira-kira 2 saat. Angkat dan depangkan kedua-dua belah tangan mangsa supaya memberi ruang dada dan mengembang kira-kira 2 saat. Kembalikan tangan ke bahagian dada dan lakukan kaedah ini berulangkali sehingga mangsa pulih atau bantuan tiba. f) Kaedah Schafers Cara pratiknya. Letakkan mangsa dalam baringan meniarap dengan bahagian tangan mangsa mengampu bahagian kepalanya.

Pemulih duduk melutut selari dengan bahagian pinggang / punggung mangsa dengan muka mengarah ke arah kepala mangsa. Letakkan kedua belah tangan di bahagian pinggang mangsa. Kenakan tekanan dengan menggunakan berat badan ke atas mangsa sekama kira-kira 2 saat. Balikkan badan pemulih ke tempat melutut bagi melemahkan tekanan. Kaedah ini dilakukan berulang-ulang kali sehingga mangsa pulih atau sehingga tibanya bantuan perubatan. Awas !!! Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk atau mangsa yang mengandung.

2) PEMULIHAN PERNAFASAN DAN PERGERAKAN JANTUNG Resusitasi Kardio Pulmonari (CPR) Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada. Kombinasi kedua-dua bantuan tersebut membolehkan darah menerima bekalan oksigen dan seterusnya mengedarkannya ke otak dan lain-lain organ penting. Terdapat beberapa sebab jantung terhenti. Antaranya ialah: i. Penyakit jantung termasuk gelepar ventrikular (ventricular fibrilltion). ii. Kejutan elektrik.

iii. Alahan iv. Pengambilan dadah yang berlebihan. v. Penyakit angin ahmar (stroke). vi. Lemas (asap, gas beracun atau tersumbat saluran pernafasan). vii. Kecederaan. Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa. Ini disebabkan faktor-faktor berikut: a. Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%. b. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada kadar 2% sahaja. c. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa. Di dalam istilah perubatan, terdapat 2 jenis kematian selepas kejadian pernafasan terhenti. Kematian tersebut ialah: a. Kematian klinikal bermaksud kematian sementara di mana sel-sel otak dan sel-sel organ belum mengalami kematian walaupun pernafasan dan jantung terhenti. Kematian klinikal boleh dipulihkan sekiranya bantuan segera dan awal diberikan kepada mangsa selepas kejadian terjadi. b. Kematian biological kematian kekal di mana sel-sel otak dan semua sel-sel organ badan telah mati. Kematian ini tidak boleh dipulihkan kembali. Sel-sel otak akan mula mengalami kematian selepas 4 minit pernafasan dan jantung terhenti. Ia akan mati kekal selepas 10 minit tidak menerima bekalan darah beroksigen. Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi Kardio Pulmonary. Antaranya ialah: a. Saluran pernafasan (airway) b. Pernafasan (breathing) c. Edaran darah (circulation) a) Saluran pernafasan. Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau. Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa. b) Pernafasan Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa. Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa. c) Edaran darah Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadi brachial)

bagi bayi. Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti.

TEKNIK- TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI 1. TEKNIK SEORANG PENOLONG BAGI MANGSA DEWASA. Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan tahap kesedaran mangsa. Menjerit meminta bantuan supaya menarik perhatian orang yang ada berhampiran. Betulkan salur pernafasan mangsa secara teknik dongak kepala dan angkat dagu (head tilt and chin lift). Periksa pernafasan mangsa dengan teknik dengar, lihat dan rasa sambil mata memerhati pergerakan dada mangsa. Periksa selama 3 hingga 5 saat. Beri bantuan pernafasan secara kaedah mulut ke mulut atau mulut ke hidung atau tutup mulut ke lubang pernafasan di leher. Picit hidung dan mulut mangsa. Tarik nafas dan rapatkan betul-betul ke mulut, hidung dan lubang pernafasan mangsa dan berikan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat. Buka mulut atau hidung mangsa supaya udara yang dihembus keluar. Ulang hembusan yang serupa sekali lagi. Perhatikan bahagian dada semasa melakukan hembusan bagi menentukan dada mengembang atau tidak. Periksa pergerakan nadi karotik di bahagian leher selama 5 hingga 10 saat bgai menentukan nadi terhenti atau sebaliknya. Cari kedudukan sternum notch (tempat pertemuan antara kiri dan kanan tulang rusuk di bahagian dada). Letakkan 2 jari di sternum notch sebagai penanda tempat tekanan. Letakkan tumit tapak tangan dan tindihkan tangan tersebut dengan tangan yang satu lagi. Luruskan tangan dan kuncikan sendi-sendi siku dan sendi-sendi bahu supaya tidak dibengkokkan semasa tekanan dilakukan. Beri tekanan di bahagian dada dengan menggunakan tekanan berat badan. Jangan gunakan kekuatan tenaga kerana boleh mencederakan tulang dada dan tulang rusuk. Tekan sedalam kira-kira 1.5 hingga 2 inci (4 - 5cm) mengikut rentak yang sistematik sebanyak 15 kali tekanan. Lakukan tekanan berselang-seli dengan bantuan pernafasan dengan bantuan pernafasan dengan ratio 15: 2. lakukannya sebanyak 4 pusingan dan akhiri dengan 2 hembusan yang terakhir.

Periksa pergerakan nadi selama 5 hingg 10 saat kembali. Teruskan rResusitasi Kardio Pulmonary jika pergerakan nadi belum pulih. Jika nadi pulih, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa 3 hingga 5 saat. Jika tiada, jalankan bantuan pernafasan sahaja dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa pulih ataupun tiba bantuan perubatan. 2. TEKNIK BANTUAN DUA ORANG AHLI BANTUAN (MANGSA DEWASA) Pembantu pertama berperanan sebagai pemeriksa taraf kesedaran, memeriksa pernafasan, membantu pernafasan dan memeriksa pergerakan nadi mangsa. Tekniknya sama dengan kaedah Resusitasi Kardio Pulmonari seorang ahli bantuan. Pembantu kedua berperanan sebagai pemanggil bantuan perubatan serta menjalankan tekanan jantung (chest compression) apabila mendapat isyarat bahawa tiada pergerakan nadi si mangsa. Lokasi dan kedudukan tangan adalah sama dengan teknik resusitasi terdahulu. Beri 5 kali tekanan dan diikuti dengan sekali hembusan pernafasan oleh pembantu pertama. Tekanan hembusan dan tekanan dilakukan dengan ratio 5 : 1 dan diteruskan sehingga 10 pusingan. Akhiri pusingan ke 10 dengan sekali hembusan oleh pembantu pertama. Sekiranya masih tiada pergerakan nadi, maka diteruskan tekanan dan hembusan seperti terdahulu. Jika pergerakan nadi telah dirasai, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa. lakukan bantuan sekali hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa boleh bernafas. Sekiranya pembantu kedua keletihan, pertukaran boleh dilakukan dengan pembantu kedua memberi isyarat dengan sebutan tukar dan meneruskan 5 tekanan yang terakhir sebelum pembantu pertama mengambil tempatnya. Manakala pembantu kedua mengambil tempat pembantu pertama. 3. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI MANGSA KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN ) SEORANG PEMBANTU. Aturan bantuan dari A hingga C adalah hampir sama dengan kaedah orang dewasa. cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu : a) Tekanan dada mangsa cuma menggunakan sebelah tumit tapak tangan sahaja. b) Dalam tekanan yang diberikan adalah 1 hingga 1.5 inci sahaja. c) Ratio hembusan dan tekanan adalah 1:5 d) Kadar pusingan adalah 10 pusingan sebelum pemeriksaan nadi dijalankan. e) Bantuan pernafasan berterusan adalah pada kadar 1 kali bagi setiap 3 saat. 4. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI MANGSA BAYI ( 1 TAHUN KE BAWAH ) Tekniknya sama dengan orang dewasa dan kanak-kanak kecuali perkara-perkara berikut : a. Hidung mangsa tidak perlu dipicit semasa hembusan dilakukan. Pembantu menggunakan mulut untuk menutup mulut dan hidung si mangsa. b. Ampu bahagian tulang skapula bayi dengan lengan supaya keadaan kepala mangsa terlangut dan secara tidak langsung akan membuka saluran pernafasan.

c. Pemeriksaan nadi adalah pada nadi brakial ( bahagian lengan). Ini disebabkan leher bayi pendek. d. Penandaan lokasi tekanan adalah dengan menanda garisan lurus antara dua puting susu bayi dengan 3 jari tangan. Letak 2 jari di atas tulang sternum manakala 1 jari diangkat. Tekan menggunakan dua jari sedalam 0.5 hingga 1.0 inci sebanyak 5 kali tekanan dengan kadar 100 kali seminit. Pusingan keseluruhan adalah 20 pusingan. -Periksa pergerakan nadi. Jika ada nadi, periksa pernafasan mangsa. Lakukan bantuan pernafasan sekali bagi setiap 3 saat berterusan jika di dapati mangsa tidak bernafas. 5. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK / TERSEKAT PERNAFASAN(ORANG DEWASA YANG MASIH SEDAR ) Jika mangsa berseorangan tanpa sebarang pembantu, ia boleh menjalankan beberapa kaedah bagi mengeluarkan benda asing yang tersekat dalam saluran pernafasan. Antaranya ialah : i. Menggunakan kaedah berdiri di belakang penyandar bangku dan meletakkan bahagian abdomennya di penyandar bangku tersebut.Tundukkan badan ke hadapan bangku berulang-ulang kali. Tundukan akan menyebabkan udara yang terdapat di abdomen menolak keluar udara dan seterusnya membantu mengeluarkan bendasing yang tersekat. ii. Menggunakan Teknik Heimlich iaitu menggenggam penumbuk satu tangan. Letakkan penumbuk tersebut di bahagian abdomen dan tangan yang satu lagi diletakkan di atas penumbuk tersebut. Lakukan tekanan ke arah dalam dan ke atas secara cepat dan berulangkali kerana daya tekanan yang kuat dan cepat akan memaksa udara di dalam paru-paru keluar dan menolak bendasing keluar. Sekiranya terdapat membantu semasa kejadian tercekik bendasing, maka pembantu boleh menjalankan tugasnya melalui kaedah-kaedah berikut : - Tanya mangsa sama ada ia boleh bernafas, tercekik dan batuk. Jika mendapat tindakbalas positif dari mangsa, jangan lakukan apa-apa ke atas mangsa melainkan berada di sisi mangsa kerana kebiasaannya mangsa akan berusaha sendiri mengeluarkan bendasing tersebut. - sekiranya mangsa memberi tindakbalas negatif, maka pembantu perlu mengambil tindakan melakukan bantuan-bantuan berikut : a) Teknik Heimlich -berdiri di belakang mangsa. -peluk bahagian pinggang mangsa. -genggam penumbuk dengan ibu jari dimasukkan ke dalam pada satu tangan dan letakkan di bahagian atas sedikit dari pusat. Lapikkan genggaman tersebut dengan tangan sebelah lagi. -tekan penumbuk dengan cepat dan berulangkali secara gerakan ke dalam dan ke atas. Tekanan tersebut dapat memaksa udara di paru-paru keluar dan seterusnya menolak keluar bendasing yang menyekat saluran pernafasan. Kaedah ini tidak sesuai dilakukan kepada mangsa yang gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung. b) Tekanan Dada ( chest thrusts ) Kaedah ini sesuai bagi mangsa gemuk, berperut buncit dan perempuan mengandung. caranya

berdiri di belakang mangsa. genggam penumbuk sebelah tangan. letak genggaman mengarah ke ibu jari di bahagian tengah tulang dada mangsa. lapikkan penumbuk dengan tangan yang sebelah lagi. tekan ke arah dalam dengan kuat dan cepat berulangkali. lakukan teknik ini sehingga bendasing keluar atau sehingga mangsa pengsan. 6. TEKNIK MERAWAT MANGSA TERCEKIK DARI SEDAR HINGGA PENGSAN ( MANGSA DEWASA ) Letak mangsa dalam keadaan melentang. Minta bantuan perubatan. Dongakan kepala mangsa dengan teknik dongakan dahi dan angkat bahu ( head tilt/chin tilt ). Periksa kerongkong mangsa bagi menetukan tedapat bendasing. Keluarkan bendasing dengan jari telunjuk. Beri bantuan pernafasan. Jika hembusan tidak masuk, ianya menandakan masih terdapat bendasing yang menyekat salur pernafasan. Lakukan tekanan dengan teknik Hemlich secara duduk di atas bahagian paha mangsa. Tindihkan tumit tapak tangan dengan tangan sebelah lagi. Kuncikan bahagian sendi siku dan bahu dan luruskan tangan. Tekan secara ke arah dalam dan ke atas 5 kali secara sistematik. Periksa mulut mangsa. Korek tekak mangsa supaya bendasing dapat dikeluarkan. Beri bantuan pernafasan. Jika masih tersekat, lakukan ulangan teknik tekanan Hemlich sehingga bendasing keluar. Sekiranya mangsa gemuk atau mengandung, tekanan secara teknik tekanan dada ( chest thrusts ) sebanyak 5 kali. 7. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA TIDAK SEDAR (MANGSA DEWASA) Jalankan pemeriksaan tahap kesedaran mangsa. Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa pernafasan mangsa 3 hingg 5 saat. Lakukan hembusan kaedah mulut ke mulut. Jika di dapati hembusan tidak masuk, betulkan sekali lagi kedudukan kepala mangsa. Lakukan hembusan sekali lagi. Jika tidak masuk juga, maka sah terdapat bendasing di dalam saluran pernafasan mangsa. Lakukan teknik Heimlich atau teknik tekanan dada seperti yang diterangkan dahulu. Periksa bendasing pada mulut mangsa dan keluarkan bendasing dengan jari. Ulang teknik yang serupa sekiranya masih gagal mengeluarkan bendasing sehinggalah bendasing tersebut dapat dikeluarkan. Lakukan tekanan dada ( chest compression ) sekiranya nadi di dapati tiada seperti mana teknik CPR. Sekiranya ada pergerakan nadi, lakukan bantuan pernafasan seperti mana kaedah CPR berterusan sehinggalah tiba bantuan perubatan atau mangsa pulih.

8. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA KANAK-KANAK YANG SEDAR Teknik yang dijalankan adalah sama dengan teknik yang dilakukan kepada mangsa dewasa yang sedar. 9. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA KANAK-KANAK DARI SEDAR KEPADA TIDAK SEDAR Sama seperti teknik mengeluarkan bendasing kepada orang dewasa yang sedar kepada tidak sedar. 10. TEKNIK MENGELUARKAN BENDASING MANGSA BAYI YANG TIDAK SEDAR DIRI Baringkan mangsa secara melentang. Tentukan tahap kesedaran mangsa. Dapatkan bantuan perubatan. Dongakkan dahi dan angkat bahu mangsa supaya saluran pernafasan terbuka. Periksa penafasan mangsa 3 hingga 5 saat. Berikan sekali hembusan. Jika tidak masuk, re-posisikan kepala mangsa. Berikan sekali lagi hembusan. Jika kali kedua masih tidak masuk, terdapat bendasing menyekat saluran pernafasan mangsa. Masukkan lengan pemulih di bahagian belakang bayi dan ampukan bahagian kepalanya. Lengan lagi sebelah diletakkan di bahagian dada mangsa dan tangan mengampu di bahagian dagu bayi. Angkat bayi dengan merendahkan bahagian kepalanya dan pusingkan badannya supaya berkeadaan muka dan dadanya mengadap ke bawah. Ampu bayi dengan bahagian paha. Lakukan tepukan sebanyak 5 kali tepukan pada bahagian tulang skapula bayi. Terbalik semula supaya muka bayi mengadap ke atas tetapi dalam keadaan kepalanya mencuram arah ke tanah. Ampu badan bayi dengan paha. Lakukan teknik tekanan pada dada bayi sebanyak 5 kali tekanan. Letakkan bayi di atas lantai dan buka mulut bayi. Buang bendasing dengan menggunakan jari kelingking apabila bendasing diperolehi. Jangan korek mulut bayi sekiranya bendasing tidak kelihatan. Lakukan sekali bantuan pernafasan. Pastikan ianya masuk atau tidak. Jika tidak masuk, lakukan kaedah di atas semula. Jika udara masuk, beri hembusan sekali lagi dan seterusnya memeriksa nadi bayi. Lakukan tekanan dada jika nadi terhenti atau lakukan bantuan pernafasan sahaja jika terdapat pergerakan nadi.

You might also like