You are on page 1of 2

KATA KERJA

Kata kerja dapat didefinisikan sebagai perbuatan/perlakuan/keadaan melakukan sesuatu. Secara umumnya, kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu: a) Kata kerja tak transitif b) Kata kerja transitif c) Kata kerja terbitan Kata Kerja Tak Transitif Dalam pembentukan ayat, kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sebagai penyambut, kerana kata kerja tak transitif telah sempurna maksudnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk seperti di bawah ini: Bentuk Kata Kerja Tak Transitif Asal celik cicir datang duduk gagal ingat jalan tidur Berawalan beRberadu beredar berbaring bergurau berjuang bekerja berlari berjalan Berawalan meNmenginap melambung melawan melawat melompat memancar menangis menyala Berawalan teRtercengang terduduk termenung terjatuh terlambat tersenyum tertidur terbaring Berapitan beR--an berasakan berciciran berdekatan berjauhan berkeliaran berlainan berlampiran bermusuhan Berapitan beR- -kan beratapkan beralaskan berlapikkan berbantalkan bermandikan berpandukan berdasarkan berbekalkan

Contoh penggunaan dalam ayat. 1. Adik sedang tidur. 2. Ayah sedang berbaring di atas sofa. 3. Anak kecil itu menangis. 4. Ibu kelihatan tersenyum sejak tadi. 5. Pondok usang itu beratapkan atap rumbia.

Kata Kerja Transitif Dalam pembentukan ayat, kata kerja transitif memerlukan objek (frasa nama) sebagai penyambut atau pelengkap. Perhatikan jadual kata kerja transitif di bawah ini. Subjek 1. 2. 3. 4. Zaidi Ah Meng Salim Mereka Kata kerja transitif mengetuk merebus menunggang memuji Predikat Objek pintu itu. telur. kuda. Zamani.

1. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. 2. Kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN--i, mempeR--i, mempeR-, berapitan meN--kan, dan berapitan mempeR--an. 3. Kata kerja transitif pasif terdiri daripada kata kerja transitif pasif berimbuhan beR-, di-, dan teRdan kata kerja pasif tanpa awalan.

Perhatikan ayat-ayat di bawah ini. 1. Seluarnya belum bergosok. 2. Kasut itu digilapnya. 3. Anak hartawan itu kena culik. Kata Kerja Terbitan Kata kerja terbitan terhasil daripada kata adjektif, atau kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama yang diberikan imbuhan beR-, meN--i, meN--kan, mempeR-, mempeR--i, mempeR--kan. Perhatikan jadual kata kerja terbitan di bawah ini. Jenis Kata Kata Adjektif besar calar ganas bunga ubat kecuali serta oleh untuk Kata Dasar Kata Kerja Terbitan memperbesar mencalarkan mengganas berbunga mengubati mengecualikan menyertai memperoleh memperuntukkan

Kata Nama Kata Hubung Kata Sendi Nama

Contoh penggunaan dalam ayat: 1. Pokok mangga itu belum berbuah. 2. Saya bercadang untuk menyertai perarakan itu. 3. Mereka memperoleh keuntungan yang banyak hasil daripada jualan buku itu. Kata kerja transitif mestilah diletakkan awalan beR- atau meN-atau teR- . Kata kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek dalam ayat. Jika terdapat frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat, kata nama tersebut mestilah diletakkan kata sendi namanya. Kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri kedua perlulah dibezakan daripada kata kerja pasif diri ketiga.

Contoh: Kuih itu saya makan. (kata kerja pasif diri pertama) Kuih itu awak makan? (kata kerja pasif diri kedua) Kuih itu dimakan oleh mereka. (kata kerja pasif diri ketiga)

You might also like