You are on page 1of 3

KATA NAMA AM

Kata nama am ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang, binatang, benda, dan tempat secara am atau umum. Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Nama Am benda

Contoh permaidani, tongkat, tikar, langsir, kotak, komik, biskut, roti, gelas, pinggan, piring, tempayan, botol, sangkar, selipar, kalendar monyet, bangau, siamang, landak, ular, serigala, singa, cacing, siput, jengking, kijang, seladang, pelanduk, tenuk penghulu, pekebun, wanita, pelajar, jurubina, pensyarah, emak, adik, tukang masak, penyelia, juruwang, wartawan, pengarah, seniman, pengetua bank, klinik, perpustakaan, asrama, hospital, plaza tol, pawagam, kafe taman bunga, pasar malam, pam minyak, pejabat, bengkel, restoran, universiti, maktab

Ayat Contoh 1 Almari itu berpintu dua. 2 Kipas itu berpusing ligat. 3 Ayah membeli dua buah komputer baru.

haiwan

1 Burung itu terbang tinggi di udara. 2 Pak Jabit membeli dua ekor lembu jantan. 3 Leher zirafah itu panjang sekali.

manusia

1 Wanita itu paling dikehendaki oleh polis. 2 Adiknya bekerja sebagai seorang juruhias. 3 Ibunya jarang menjenguknya di asrama.

tempat

1 Mereka sering berkelah di pantai itu. 2 Orang ramai berkumpul di balai raya itu. 3 Kita digalakkan menyimpan wang di bank.

Dalam penulisan, kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal katanya. Contoh: 1 Encik Wong membeli sebuah kereta baru. Kata nama am hanya ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya apabila digunakan pada permulaan ayat atau memulakan ayat cakap ajuk. Contoh: 1 Masjid itu baru siap dibina. 2 Ayam jantan saya berkokok pada setiap pagi, kata Salman.

KATA NAMA KHAS


Kata nama khas ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama orang,, haiwan, benda, dan tempat yang tertentu atau khas. Perhatikan penerangan di bawah ini. Kata Nama Khas benda Contoh Perodua Kelisa, Colgate, Salem, Mercedes Benz, Nissan Sentra, JVC, Blaufunk, Ray Ban, Polo, Bata, Byford, Utusan Malaysia, Kriss, Shell, Coca Cola, Philips, Reebok Sang Rangkak, Pak Belang, Si Jalak, Sang Tikus, Sang Bedal, Bujang Senang, Si Tompok, Si Comel, Sang Badak, Raja Singa Azlina, Razak, Muhamad, Suzana, Ricky, Lionel, Edmund, Jasmin, Dalip Singh, Jeremy Wong, Sameon, Bush, Hock Seng, Patricia, Diana Melaka, Tawau, Hatyaai, Tanjung Pagar, Danau Toba, Dengkil, Wisma Yakin, Pasar Pudu, Stadium Nasional, Plaza Imbi, Lot 10, Pudu Raya Ayat Contoh 1 Kakak memakai seluar jean berjenama Lee. 2 Radionya jenis Nasional. 3 Encik Maarof memandu kereta Jaguar.

haiwan

1 Si Comel manja dengan tuannya. 2 Si Tompok berkelahi dengan Sang Tikus. 3 Pak Belang tidur dengan lama sekali.

manusia

1 Zamri jarang pergi ke perpustakaan. 2 Jonah lulus dengan cemerlang dalam ujiannya. 3 Wak Saringat berasal dari Jakarta. 1. Ayah ingin menginap di Hotel Federal selama beberapa hari. 2 Ibunya bekerja di Bank Negara Malaysia. 3 Kakitangan pejabat itu melancong ke Pulau Bali.

tempat

Dalam penulisan, kata-kata khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal katanya. Contoh: 1 Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan.

KATA NAMA TERBITAN


Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Kata nama terbitan terhasil daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata sendi yang diberikan imbuhan. Imbuhan yang dapat membentuk kata nama terbitan ialah imbuhan -an, peN--an, peN-, ke--an, peR--an, dan sebagainya. Perhatikan penerangan di bawah ini. Jenis Kata Kata Nama Kata Dasar menteri, guru, jalan, rumah, kebun, raja, pulau, rakyat, harta, berita, darat minum, mati, soal, cuci, didik, pakai, pandang, tarik, usaha, tulis, baca jujur, riang, cantik, besar, suci, kotor, jahat, jahil, mudah, kaya, manis, bulat oleh, untuk kecuali, serta Kata Nama Terbitan kementerian, perguruan, perjalanan, perumahan, perkebunan, kerajaan, kepulauan, kerakyatan, hartawan, pemberita, daratan minuman, kematian, soalan, pencuci, pendidik, pakaian, pemandangan, tarikan, usahawan, tulisan, pembaca kejujuran, keriangan, kecantikan, kebesaran, kesucian, kekotoran, kejahatan, kejahilan, kemudahan, kekayaan, pemanis, kemanisan, bulatan perolehan, peruntukan kekecualian, penyertaan, peserta

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Sendi Nama Kata Hubung

Ayat contoh: 1 Kementerian Pelajaran sedang mengkaji cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar pada masa kini. 2 Tulisannya seperti cakar ayam. 3 Permainan gasing semakin diminati oleh remaja pada masa kini.

You might also like