You are on page 1of 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Topik Sub Topik Hasil Pembelajaran

: : : : : : : :

Kajian Tempatan 4 Rajawali 25 Ogos 2010 10.30 pagi 11.30pagi 42 orang pelajar Perihal Masyarakat Kemudahan dan Perkhidmatan Awam Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :a. Menyatakan maksud kemudahan dan perkhidmatan awam. b. Menyenaraikan 3 kemudahan awam di kawasan sekolah. c. Menyatakan 2 kesan terhadap kawasan yang tidak mempunyai kemudahan dan perkhidmatan awam.

Objektif Pembelajaran

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :a. Mengetahui dan menghargai kepentingan kemudahan perkhidmatan awam yang disediakan .

b. Memperihalkan identiti kemudahan perkhidmatan awam c. Mengenali ciri-ciri kemudahan perkhidmatan awam. Pengetahuan sedia ada : Murid mempunyai pengetahuan asas tentang kepelbagai jenis kemudahan perkhidmatan awam Nilai-nilai murni . KBKK : Mereka cipta, menyusun, membuat rumusan, menganalisis, menghubung kait dan menjana idea. Unsur Patriotisme Alat Bantu Mengajar : : Murid menghargai dan menjaga kemudahan perkhidmatan awam Projektor LCD,Komputer riba, Speaker, Pensel warna,Kertas,Puzzle, Sampul surat, Bakul dan Bola tenis. : Mendengar arahan, Bertanggungjawab,Yakin, Berani dan Kerjasama.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Langkah/ Masa Hasil Pembelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set induksi ( 6 minit )

Tayangan Video Kemudahan awam yang disediakan di seluruh negara

Murid menonton tayangan video yang ditunjukkan oleh guru. Murid menjawab soalan daripada guru : 1. Apakah kemudahan awam yang terdapat di dalam video tadi 2. Adakah kamu dan rakan kamu pernah melihat, menggunakan kemudahan awam tersebut?

Kaedah kelas

TKP Visual/Ruang Verbal/Linguistik

ABM Projektor LCD Komputer riba Speaker

Murid mendengar penerangan daripada guru mengenai perkaitan video dengan pelajaran.

Nilai Berani Yakin

KBKK Menghubungkait. Membuat gambaran mental.

Langkah 1 ( 12 minit )

Aktiviti 1 Menyenaraikan jenis kemudahan dan perkhidmatan awam. Menyatakan fungsi kemudahan dan perkhidmatan awam.

Murid mendengar penerangan guru tentang jenis-jenis kemudahan awam dan fungsinya.

Kaedah kelas dan individu.

Seterusnya, murid mencatatkan isi pengajaran dengan melukis dan mewarnakan peta minda masingmasing di atas kertas A4.

TKP Verbal/Linguistik Visual/Ruang Muzik

ABM
Kemudahan Awam

Pensel warna Kertas Speaker. Komputer riba.

Murid diberitahu bahawa hasil kerja mereka akan dibukukan menjadi buku skrap dan dipamerkan di sudut bacaan kelas sebagai bahan rujukan.

Nilai Mendengar arahan.

Muzik akan dimainkan sebaik tugasan bermula dan apabila dihentikan, semua murid berhenti melakar peta minda masing-masing.

KBKK Merekacipta. Menyusun. Membuat gambaran mental.

Murid diberi peneguhan dan bimbingan oleh guru semasa melakukan tugasan.

Langkah 2 (15 minit )

Aktiviti 2 Menghuraikan jenis-jenis kemudahan dan perkhidmatan awam setempat. Membanding beza kemudahan dan perkhidmatan awam setempat dengan yang

Pembahagian kumpulan. Murid diminta merujuk nombor di belakang kertas peta minda masing-masing.

Kaedah koperatif (aktiviti)

TKP Verbal/Linguistik Interpersonal Kinestetik/Fizikal. Logik/Matematik.

Murid dengan nombor yang sama akan bergerak dan berkumpul untuk membentuk kumpulan.

Setiap kumpulan diberikan sekeping papan puzzle. Setiap kumpulan dipecahkan kepada tiga pasukan.

ABM

terdapat di tempat lain.

Pasukan pertama akan menyelesaikan puzzle. Puzzle tersebut adalah berkaitan dengan salah satu jenis kemudahan awam. Pasukan terpantas menyiapkan puzzle akan mendapat 6 markah.

Puzzle. Sampul surat.

Nilai Bertanggungjawab Yakin. Berani. Kerjasama.

KBKK Menyusun. Menganalisis. Membuat gambaran mental. Menghubung kait.

Pasukan kedua akan mendapatkan klu daripada guru tentang kemudahan awam yang tertera pada puzzle yang telah dihasilkan. Klu tersebut berupa skrip simulasi lakonan seterusnya murid melakonkan adegan tersebut di hadapan kelas.

KLU

Pasukan ketiga akan meneka jawapan yang betul hasil daripada simulasi lakonan oleh pasukan kedua. Pasukan yang dapat meneka dengan betul

diberikan 6 markah lagi. Jawapan (secara lisan) : Telefon Awam

Langkah 3 ( 20 minit )

Aktiviti 3 Menerangkan cara yang betul untuk menggunakan kemudahan awam. Menyatakan kesan sekiranya tiada kemudahan atau perkhidmatan awam. Mencadangkan cara meningkatkan mutu kemudahan dan perkhidmatan awam.

Murid menjawab kuiz dalam kumpulan. Soalan soalan yang dipaparkan di skrin terdiri daripada aras rendah, sederhana dan tinggi. Sebelum memulakan kuiz, seorang wakil kumpulan akan berdiri di hadapan kelas untuk melakukan aktiviti fizikal untuk memungut markah. Sebuah bakul kecil dan penanda (garisan) akan ditempatkan di hadapan kelas dengan jarak antara keduanya sejauh dua meter. Bakul

Kaedah koperatif (aktiviti)

TKP Verbal/Linguistik Interpersonal Kinestetik/Fizikal.

ABM Bakul. Bola tenis. Projektor LCD. Komputer riba. Speaker.

2 meter Nilai Penanda da Kerjasama. Yakin

Berani.

Bertanggungjawab Wakil kumpulan tersebut akan berdiri di belakang penanda dan melontar bola . tenis ke dalam gelung. Setiap lontaran yang berjaya dilakukan KBKK akan diberikan 2 markah. Lontaran yang Menjana idea. tidak berjaya pula tidak akan diberikan sebarang markah. Menghubungkait. Ahli dalam setiap kumpulan akan bergilir-gilir bertugas melontar bola apabila tiba giliran menjawab kuiz. Setiap murid yang berjaya akan diberikan keistimewaan untuk memilih soalan pelbagai aras yang tertera di skrin. Pelajar yang tidak berjaya pula hanya dibenarkan memilih soalan aras tinggi. Setiap soalan yang berjaya dijawab akan diberikan 2 markah tambahan. Pelbagai bentuk soalan disediakan oleh guru. Contoh : Meneka jenis kemudahan awam yang sesuai digunakan berdasarkan gambar seseorang bermain bola sepak.

Soalan 5

Jawapan : Padang Bola Sepak Masa menjawab bermula sebaik sahaja alunan muzik degupan jantung lupdup dimainkan. Sebaik sahaja muzik dihentikan, ahli kumpulan tersebut tidak dibenarkan lagi menjawab soalan. Kumpulan yang mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang. Permainan diteruskan sehingga selesai mengikut masa yang diperuntukkan.

Penutup ( 7 minit )

Rumusan dan sesi soal jawab

-murid ditayangkan dengan gambar-gambar kemudahan dan perkhidmatan awam sekitar sekolah dan kawasan setempat.

Kaedah kelas.

TKP

-murid diberi penerangan oleh guru tentang kemudahan dan perkhidmatan awam tersebut. -murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru :i. ii. iii.

Visual/Ruang. Verbal/Linguistik.

ABM Projektor LCD Komputer riba Speaker

Apakah perasaan kamu semasa melakukan aktiviti hari ini? Apakah langkah-langkah untuk menjaga dan menghargai kemudahan Apakah perkara yang boleh dilakukan untuk menanamkan rasa cinta dan sayang kepada kemudahan perkhidmatan awam
-murid mendengar rumusan dan ulasan

Nilai Yakin.

dari guru mengenai aktiviti ini.

KBKK Mengkategori. Merumuskan.

You might also like