You are on page 1of 9

LATAR BELAKANG USAHAWAN Nama beliau Abd Halim Bin Rejab, beliau merupakan pengasas produk Minyak Tradisional

Melayu. Beliau di lahirkan pada 27 Disember 1963 di Hospital Besar Seberang Prai, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 beradik, yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan. Beliau di besarkan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau di beri pendidikan di Sek Rendah Bumbung lima kemudiannya di Sek Menengah Kebangsaan Butterworth di Seberang Prai. eliau bekerja di sebuah kilang motosikal Honda yang dikenali sebagai Honda Autopart, yang di tempatkan di Tikam Batu Sg Petani Kedah dan kemudiannya beliau di naikan pangkat sebagai penolong supervisor di kilang tersebut. Pada umur 25 tahun beliau telah bertemu jodoh dengan seorang insan yang bernama Nor Sapurah Bt Mohd Salleh. Setelah setahun mereka bercinta akhinya, Mereka selamat di ijab kalbulkan pada 25 september 1987. Setelah berumahtangga beliau terus menetap di kampung Masjid, Tikam batu Sg Petani, Kedah. Pada tahun 1988 bersamaan 5 september, mereka di kurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel. Cahaya mata tersebut di beri nama sebagai Nurul shazana berusia ( 22 tahun ), kemudiannya pada tahun 1991 mereka dikurniakan seorang lagi cahayamata perempuan yang di beri nama sebagai Nurul Nadiah (19 tahun), di ikuti cahaya mata ketiga yang di beri nama sebagai Nurul fatinizzati (17 tahun) dan seterusnya Mohd Haziq (10 tahun). Beliau menjadikan warna merah dan biru sebagai warna kesukaan beliau, bagi beliau warna merah merupakan semangat yang bekobar-kobar dan manakala warna biru adalah melambangkan kedamaian dan ketenangan. Oleh kerana, beliau suka akan kedamaian dan ketenangan, beliau menjadikan pantai sebagai tempat kesukaan beliau dan keluarga untuk keluar beriadah. Makanan kegemaran beliau ialah ikan masak pedas, beliau sangat menggemari sambaal belacan dan ulam-ulaman bagi beliau ulam-ulaman ini banyak hasiatnya. Manakala minuman kegemaran beliau ialah teh tarik dan susu kambing. Hobi beliau ketika lapang ialah riadah dan melancong bersama keluarga tersayang, banyak tempat yang terdapat di dalam negara, telah dilawati beliau sekeluarga. Sejak dari bangku sekolah lagi beliau mempunyai idola, jika orang lain menjadikan artis sebagai idola pujaan mereka tetapi bagi beliau, beliau menjadikan Rasullulah SAW sebgai idola utama. Rasulullah SAW adalah idola yang paling terbaik untuk di contohi. Rasulullah SAW bukan saja taat kepada perintah Allah ,malah Rasulullah SAW merupakan salah satu tokoh perniagaan yang berjaya pada suatu ketika dahulu. Motto hidup beliau adalah Berjaya untuk hidup. Motto ini bermaksud, tanpa kejayaan manusia tidak dapat hidup dengan sempurna. Bagi beliau kejayaan mempunyai banyak maksud, tetapi bagi beliau, beliau ingin berjaya di dunia dan akhirat. Kehidupan yang indah adalah kehidupan yang seimbang di dunia dan akhirat. Manakala falsafah hidup beliau ialah Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun adakalanya yang diusahakan itu gagal. Bagi beliau melakukan sesuatu kerja itu adalah lebih baik daripada tidak

melakukan apa-apa. Walaupun kerja yang dilakukan itu adakalanya gagal dan ada kalanya berjaya.

SEJARAH PERNIAGAAN Beliau bersyukur kepada Allah kerana di kurniakan kebolehan untuk mengurut dan membuat minyak urut. Sejak dari kecil, bila tiba musim cuti sekolah ayah beliau sering mengajak beliau masuk kehutan untuk mencari akar kayu. Kemudian akar kayu tersebut di gunakan untuk membuat minyak urut. Minyak urut tersebut di buat bukanlah untuk di jual tetapi hanya untuk kegunaan keluarga beliau. Jika beliau terluka ataupun terseliuh ketika bersukan, pasti ayahnya akan menggunakan minyak tersebut untuk mengubati diri beliau. Ayah beliau juga pernah mengajar beliau bagaimana cara untuk mengurut badan, ketika terseliuh dan sakit. Kerana memiliki kebolehan tersebut beliau di beri kepecayaan oleh kawan-kawannya untuk mengurut mereka. Beliau tidak pernah meminta upah dari rakan-rakanya kerana apa yang dilakukanya semua ikhlas dan bukan untuk di minta balasan. Bagi beliau, beliau Cuma mampu membantu, Baik dan buruk semuanya datang dari Allah SAW. Banyak orang yang telah di bantunya termasuklah mengurut orang yang lumpuh. Pada suatu hari kawan beliau datang ke rumah beliau dan menyuruh beliau mengurut kakinya yang terseliuh dengan mengunakan minyak beliau. Tapi malangnya beliau tidak dapat membantu kerana beliau berada di Pulau Pangkor atas urusan kerja. Beliau mengsyorkan kepada rakannya itu supaya mendapat rawatan dari doktor. Tetapi rakannya tetap ingin rawatan dari beliau. Walaupun, terpaksa menunggu beliau. Rakannya yakin bahawa minyak beliau dapat membantu kakinya untuk sembuh semula. Semasa berehat di loby hotel, beliau merasa sungguh bersalah kerana tidak dapat membantu rakannya. . Puas beliau memikirkan, bagaimana cara untuk menghilangkan rasa bersalah beliau terhadap rakan tersebut. Akhirnya, beliau mendapat satu jalan penyelesaian. Di mana, Jalan penyelesain tersebut ialah membuat minyak dengan lebih banyak. Kemudiannya, di jualkan kepada rakan-rakannya. Beliau juga bercadang untuk memberi panduan bagaimana cara-cara untuk mengurut. Dengan cara ini rakan-rakannya boleh mengurut diri mereka sendiri dengan mengikut panduan yang diberi di dalam kertas. Bermodalkan wang sendiri beliau memulakan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan. Pada mulanya, beliau hanya berjaya menjual 10 botol sahaja dalam masa satu hari. Setelah produk ini di pekenalkan untuk orang ramai, Beliau tidak sangka bahawa produk minyak beliau mendapat sambutan yang begitu hebat daripada pelangan. Permintaan tinggi daripada pelangan membuatkan beliau betul-betul ghairah untuk mencuburi dalam bidang perniagaan. Akhirnya, Beliau telah berjaya memasarkan produk beliau di seluruh Malaysia.

CIRI-CIRI PERIBADI Sentiasa fikirkan kejayaan bukan kegagalan.

Bagi diri beliau KEJAYAAN berasal daripada perkataan jaya yang bermaksud dapatan, hasil, kebahagiaan, keberhasilan, keberuntungan dan kebesaran. Lawannya ialah kegagalan yang bererti kebuntuan, kekandasan, kekecewaan, ketewasan dan kunci mati. Anda memerlukan pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi .

Berjiwa besar. Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya dalam pemikiran terpahat kejayaan, maka kejayaan yang akan diraih. Tidak syak lagi jika selama ini pemikiran anda memegang kegagalan, maka segala usaha anda juga akan berakhir dengan kegagalan. Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran kejayaan jika mahu berjaya. Anda mesti berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat untuk mencapai impiandunia. Bersikap Inisiatif dan bertanggungjawab. Pada pendapat beliau keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya. Komitmen yang tinggi. Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan. Orentasi Peluang (kesempatan). Bagi beliau Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut. Mengambil Risiko Secara Sederhana. Bagi beliau Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira. Apabila seorang usahawan melibatkan diri

didalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya. Mempunyai Keyakinan dan Optimistik. Pada pendapat beliau. Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Seorang yang Kreatif dan Inovatif. Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari. Sentiasa Mencari Maklumbalas. Setiap Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan yang telah mereka lakukan. Menuju ke arah Kejayaan. Bagi beliau Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai usahawan adalah wang menjadi satu keinginan yang kuat. Kepada usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan. Mempunyai Kebolehan menentukan Visi. beliau tahu apa yang ingin di capai. beliau mempunyai visi atau konsep untuk firma tersendiri. Tidak semua usahawan mempunyai visi diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut. Memiliki Kemahiran Mengatur. Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, beliau berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Beliau berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.

Kawalan Fokus Dalaman. beliau percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang mereka lakukan. Toleransi terhadap Kegagalan. Bagi beliau, Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan kejayaan.

Lebih Bertenaga. Pada pendapat beliau, Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan.

Berdikari. Bagi beliau, Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting. Fleksibel. Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan. Berani Menyahut Cabaran. Walaupun persaingan banyak, namun beliau tetap berani memasarkan barangan beliau Pemurah. Sentiasa menolong, orang yang memerlukan bantuan. Gigih. Beliau pernah mencuba pelbagai jenis perkejaan termasuklah jualan langsung. Antara jualan langsung yang pernah di cuburi adalah seperti Gano,Hio,Radix dan lain-lain lagi. Sentiasa fikir ke depan. Menetapkan matlamat hidup dalam jangka masa 10 tahun dari sekarang

Meletakkan target dalam hidup. Sentiasa meletakkan satu hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita Sentiasa memotivasikan diri. Menjadikan buku-buku,vcd keusahawanan, sebagai rujukan. Menjadikan orang yang berjaya sebagai contoh

FAKTOR KEJAYAAN. Diri sendiri. Terdapat tiga faktor yang di tekankan oleh beliau iaitu: budaya merancang, beramal dan beriman, adil dan jujur. 1. Budaya merancang. Usahawan perlu mempunyai perancangan dan tujuan di dalam setiap tugasan yang harus dilaksanakan. Dengan adanya idea, fikiran dan daya intelek yang mantap, usahawan boleh menentukan tujuan dan perancangan bagi menguruskan sumber-sumber yang ada. 2. Beramal dan beriman. Usahawan perlulah mempunyai sifat beramal dan beriman. Ilmu yang tinggi kalau tidak diamalkan tidak memberi sebarang makna. Seterusnya usahawan perlulah beriman dan yakin apa jua keputusan yang akan diperolehi adalah di atas ketetapan Allah S.W.T .Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Iman itu bukanlah dengan angan-angan dan perhiasan tetapi ia adalah apa yang tertanam teguh dalam hati dan dibuktikan melalui amalan (Ibn Najjar dan AdDaylami) 3. Adil dan Jujur. Sifat adil dan jujur merupakan sifat yang penting apabila menguruskan sesuatu urusniaga, sumber, wang dan sebagainya. Ini terbukti dengan pecahnya monopoli ekonomi oleh pihak Yahudi apabila Rasulullah S.A.W. menampilkan sifatnya yang adil dan jujur di dalam urusniaga

Faktor Kejayaan beliau dari aspek keluarga dan masyarakat. Kejayaan usahawan bukan dicapai secara bersendirian. Tanpa sokongan masyarakat, segala produk, perkhidmatan atau proses yang hasilkan tidak memberi sebarang makna. Ini kerana masyarakat memainkan peranan penting untuk merealisasikan impian usahawan. Sering kali juga kita melihat dari kaca tv dan membaca dari majalah mahupun akhbar bahawa setiap

kejayaan yang dikecapi oleh usahawan pasti ada sokongan dari ahli keluarga mereka. Sebagai usahawan, usaha pertama tidak semestinya memperolehi kejayaan dan selalunya kaum keluargalah yang akan memberikan nasihat dan kekuatan untuk meneruskan usaha tersebut sehingga berjaya

Kejayaan usahawan dari aspek Kerajaan dan agensi swasta. Pihak kerajaan turut sama memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan sebanyak mungkin usahawan yang berjaya dengan menyediakan persekitaran ekonomi yang mengalakkan. Dengan mempunyai ramai usahawan yang berjaya, peluang pekerjaan akan bertambah dan secara tidak langsung akan mengurangkan kadar pengangguran. Untuk berjaya di dalam perniagaan, modal merupakan satu sumber yang amat diperlukan. Oleh itu kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan yang memerlukannya.

Faktor persekitaran Kejayaan dan kegagalan perniagaan juga bergantung kepada faktor persekitaran perniaagaan itu. Keseimbangan politik dan ekonomi dapat membantu sesuatu perniagaan. Rakyat Malaysia bertuah kerana negara ini dilimpahi kedamaian dan kestabilan politik dan ekonomi. Usahawan dapat menjalankan perniaagaan dengan aman dan selamat

PROFIL SYARIKAT MINYAK TRADISIONAL MELAYU Tarikh Mula Operasi : 2 Mac 2001 Pengasas 1/ Pengerusi Eksekutif : Abd Halim Bin Rejab Alamat Syarikat : Lot 804 kampung baru, hutan gelam 08000 sg petani kedah Cawangan : Sungai Petani (KEDAH) dll kawasan Jenis : Memberi perkhidmatan rawatan kesihatan. : Menyediakan kursus Keusahawanan. : Menyediakan kursus mengurut Objektif Syarikat : Perniagaan :

Memasarkan / mengedarkan produk kesihatan.

Melahir dan membimbing para usahawan yang berdikari dan bebas kewangan. : Menyediakan peluang perniagaan yang sistematik kepada semua kaum. : Membantu memberikan kesihatan dan kecantikan kepada pengguna secara semulajadi tanpa kesan sampingan. : Menjadi gergasi di dalam industri kecantikan yang berasaskan kesihatan. : Membina rumahtangga yang bahagia dan cemerlang. : Membentuk perkembangan minda anak-anak agar menjadi lebih pintar dan cemerlang.

: Membantu mengurangkan pengangguran

Kesimpulan

Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi, mereka haruslah mempunyai ciri-ciri usahawan yang berjaya dan memegang teguh kepada semua kompetensi keusahawanan yang dinyatakan sebelum ini. Usahawan juga haruslah bersikap berani dan cekal dalam mengharungi segala rintangan dalam dunia keusahawanan. Para usahawan di negara ini haruslah bersyukur kerana pihak kerajaan sentiasa memberikan bantuan dan galakan secara intensif dan setiap masa bagi menggalakkan usahawan untuk menceburi bidang keusahawanan yang boleh menjamin dan meningkatkan kualiti hidup mereka dan masyarakat. Namun, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menasihati dan menyarankan kepada usahawan supaya tidak lagi mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan kerana jika ia terus diamalkan, mereka akan menjadi lemah dan sukar untuk berdikari atau dapat membuat keputusan bijak apabila menghadapi sesuatu masalah dalam perniagaan kelak. Maka, seseorang usahawan yang tulen haruslah berdikari, berani menghadapi risiko dan tidak takut kepada kegagalan serta sanggup menjadikan kepayahan dalam perniagaan sebagai satu cabaran untuk mencapai matlamat hidup yang lebih baik bagi dirinya, perniagaannya dan keluarganya.

Lampiran:

Rujukan. www.facebook.com (minyak tradisional melayu) http://mtm-malaysia.blogspot.com/

You might also like