Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendekatan Dakwah

Pendekatan Dakwah

Ratings: (0)|Views: 770 |Likes:
Published by Wahab Chik
Pendekatan Dakwah.
Kertas kerja ini dibentangkan oleh Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar, Timbalan Mufti Negeri Selangor pada Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, 28-30 Mei 2007, Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS).
Pendekatan Dakwah.
Kertas kerja ini dibentangkan oleh Dato’ Hj. Abdul Majid bin Omar, Timbalan Mufti Negeri Selangor pada Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, 28-30 Mei 2007, Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS).

More info:

Published by: Wahab Chik on Apr 19, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/25/2013

pdf

text

original

 
PENDEKATAN DAKWAH BI AL-LISAN WA KITABAH.
1
 Oleh:Dato’ Hj. Abdul Majid bin OmarTimbalan MuftiJabatan Mufti Negeri Selangor.
Pendahuluan.
Berdakwah merupakan satu tugas atau tanggungjawab yang perlu kepadaperaturan, disiplin (sistem) atau perancangan dalam melaksana danmenjayakannya. Tugas atau tanggungjawab ini tidak boleh diambil mudahdan ianya tidak boleh dilaksanakan secara bersahaja dan melulu. Malah iaadalah tugas yang amat sukar dan memerlukan kepada beberapa cara(
uslub 
) dan kaedah (
wasilah 
) atau pendekatan yang terbaik bagi membantupendakwah agar dakwahnya itu sampai dan memberi kesan kepada golongansasaran.
Uslub 
atau cara berdakwah adalah jalan yang perlu diikuti oleh pendakwahuntuk menyampaikan dakwahnya kepada umat manusia, salah satudaripadanya adalah dengan melalui pendekatan dakwah
bi al-lisan wa kitabah 
. Prinsip asas melalui pendekatan sedemikian telah dinyatakan Allahs.w.t. melalui firman-Nya:
2
yang bermaksud:
1
 
Kertas kerja ini dibentangkan pada Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari, 28-30 Mei 2007,Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP, Bangi, anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor(ILDAS).
2
An-Nahl, ayat 125.
1
 
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaandan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yangengkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya TuhanmuDialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, danDialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayahpetunjuk.
Persiapan Pendakwah Dengan Pelbagai Ilmu.
Para pendakwah perlu mempersiapkan dirinya dengan pelbagai disiplin ilmu.Setelah mempelajari dan memahami isi kandungan al-Quran dan al-sunnah,pendakwah juga perlu memperlengkapkan dirinya dengan ilmu bahasa, ilmuberkaitan dengan kemanusiaan termasuklah budaya, psikologi dan sains danilmu-ilmu lain sebagai sumber pengetahuan pendakwah.Ilmu adalah sumber yang paling penting bagi para pendakwah keranaberdakwah adalah perbuatan menyeru manusia agar beramal dengan ilmuyang disampaikannya. Pendakwah perlu mengetahui apa yangdidakwahkannya, tanpa ilmu tidak mungkin ia mampu dipraktikkan.Kepentingan ilmu bagi para pendakwah merangkumi dua perkara:1. Bagi menyusun program dakwah untuk menghadapi gerakan musuh-musuh Islam kerana mereka mempunyai rancangan yang amat rapi danterpeinci.2. Bagi mempersiapkan kader-kader (pelapis) pendakwah dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendakwah. Olehitu, mereka perlu mengetahui segala permasalahan dan sasaran yangtepat.Di samping itu, pendakwah perlu menguasai prinsip asas yang terkandungdalam Islam yang berteraskan aqidah, syariah dan akhlak, serta dapatmembezakan antara yang baik dan buruk, yang benar dan batil dengansebaik-baiknya. Para pendakwah mempelajari perkara kebaikan untuk ia
2
 
mengamalkannya serta menyeru orang lain untuk turut samamelaksanakannya. Pendakwah juga perlu mempelajari sesuatu keburukandengan tujuan untuk memelihara atau membenteng diri daripadanya danmenyeru orang lain agar menjauhinya. Saidina Umar al-Khattab r.a. berkata,
‘Saya mempelajari kejahatan bukan untuk melakukannya, tetapi untuk menjauhinya dan sesiapa yang tidak mengetahui tentang kejahatan, maka ia akan terjebak (jatuh) ke dalamnya’ 
.Pendakwah juga perlu mengetahui perkara yang melibatkan dari sudut hukumdalam Islam (ilmu
fiqh 
) agar segala tindakan dan penyampaian dakwah yangdilakukan berdasarkan dalil dan fakta yang jelas. Setelah mendalami ilmuagama seperti ilmu
fiqh 
, kemahiran dan penguasaan terhadap ilmu yang lain juga adalah penting seperti ilmu berkaitan dengan kemanusiaan termasuklahbudaya, psikologi dan sains. Ilmu seperti ini akan membantu pendakwahmengetahui keadaan orang yang didakwahnya. Ini kerana, setiap individu ituberbeza dari segi keadaan hidup dan kefahaman mereka, maka cara untukberdakwah juga adalah berbeza. Cara berdakwah kepada orang yang berilmuberbeza dengan cara berdakwah kepada orang yang jahil.Oleh yang demikian, pendakwah perlu mendalami ilmu-ilmu kemanusiaankerana dengan pengetahuan tersebut, pendakwah dapat mengetahui carauntuk berinteraksi dengan individu yang berbeza. Ilmu mantik umpamanya,dapat membantu pendakwah mengetahui pemikiran, asal-usul dalil danhujahnya serta mengetahui pelbagai wasilah dan cara berdakwah. Di sampingitu, pendakwah juga perlu mempelajari ilmu psikologi iaitu ilmu berkenaan diri(
nafs 
) yang dapat mendorong manusia memahami diri manusia yang lain,tabiat atau perangainya, matlamat kehidupannya, keinginan sertakemahuannya dengan cara yang sebaik-baiknya.Pengetahuan tentang masyarakat juga amat penting kerana pendakwah perlumengetahui keadaan sosio-budaya sesebuah masyarakat, termasuklahperkara yang berkaitan adat resam, cara hidup dan akhlak mereka.Pengetahuan berhubung cara untuk berkomunikasi juga amat penting danperlu dititikberatkan oleh pendakwah agar apa yang cuba disampaikan dapat
3

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
azanilputra liked this
Syifa Akma liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->