You are on page 1of 20

TUGASAN INDIVIDU BAHASA MELAYU UNTUK PENULISAN ILMIAH (UVM6013)

Sebagai bahasa yang dinamik, bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sentiasa mengalami perkembangan sehingga terjadinya banyak perbezaan antara kedua-dua bahasa tersebut.

NAMA NO. PASSPORT KURSUS

: AHMAD ZUBAIR SULTAN : V300858 : BAHASA MELAYU UNTUK PENULISAN ILMIAH (UVM6013)

SESSION/SEM FAKULTI

: 201120122 : KEJURUTERAAN MEKANIKAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA JOHOR BAHRU 2012

1. Asal Usul Bahasa Melayu Untuk mengetahui asal usul bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Kira-kira dalam tahun 1500 tahun sebelum Masihi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro (Melayu Muda) . Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto (Melayu Tua) seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.

BAHASA BAHASA AUSTRIS

BAHASA-BAHASA AUSTRO-ASIA

BAHASA-BAHASA TIBET-CINA

BAHASA-BAHASA AUSTRONESIA

Rajah 1: Rumpun Bahasa Austris Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil : 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. 2. Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti 3. Bahasa-bahasa Melanesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia 4. Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Bahasa Melayu tergolong dalam cabang bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu

dikenali sebagai bahasa Melayu kuno dan jauh berbeza dengan bahasa Melayu yang moden. Bentuk bahasa Melayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang 2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang 3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang 4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya. Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh bahasa Melayu kuno di dalamnya. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan

dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi : 1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) Gandasuli, Jawa Tengah 2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masihi. 3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. Catatan tertulis pertama dalam bahasa Melayu Kuna berasal dari abad ke-7 Masihi, dan tercantum pada beberapa prasasti peninggalan Kerajaan Srivijaya di bagian selatan Sumatera dan wangsa Syailendra di beberapa tempat di Jawa Tengah. Tulisan ini menggunakan aksara Pallawa. Selanjutnya, bukti-bukti tertulis bermunculan di berbagai tempat, meskipun dokumen terbanyak kebanyakan mulai berasal dari abad ke-18. Sejarah penggunaan yang panjang ini tentu saja mengakibatkan perbezaan versi bahasa yang digunakan. Ahli bahasa membagi perkembangan bahasa Melayu ke dalam tiga tahap utama, iaitu

Bahasa Melayu Kuna (abad ke-7 hingga abad ke-13) Bahasa Melayu Klasik, mulai ditulis dengan huruf Jawi (sejak abad ke-15)

Bahasa Melayu Moden (sejak abad ke-20) Walaupun demikian, tidak ada bukti bahawa ketiga bentuk bahasa Melayu

tersebut saling bersinambung. Selain itu, penggunaan yang meluas di berbagai tempat memunculkan berbagai dialek bahasa Melayu, baik karena penyebaran penduduk. Selepas masa Srivijaya, catatan tertulis tentang dan dalam bahasa Melayu baru muncul semenjak masa Kesultanan Melaka (abad ke-15). Laporan Portugis dari abad ke-16 menyebut-nyebut mengenai perlunya penguasaan bahasa Melayu untuk bertransaksi perdagangan. Seiring dengan runtuhnya kekuasaan Portugis di Melaka, dan bermunculannya berbagai kesultanan di pesisir Semenanjung Malaya, Sumatera, Kalimantan, serta selatan Filipina, dokumen-dokumen tertulis di kertas dalam bahasa Melayu mulai ditemukan. Surat-menyurat antar pemimpin kerajaan pada abad ke-16 juga diketahui telah menggunakan bahasa Melayu. Karena bukan penutur asli bahasa Melayu, mereka menggunakan bahasa Melayu yang "disederhanakan" dan mengalami percampuran dengan bahasa setempat, yang lebih popular sebagai bahasa Melayu Pasar (Bazar Malaya). Tulisan pada masa ini telah menggunakan huruf Arab (kelak dikenal sebagai huruf Jawi) atau juga menggunakan huruf setempat, seperti hanacaraka. Rintisan ke arah bahasa Melayu Moden dimulai ketika Raja Ali Haji, sasterawan istana dari Kesultanan Riau Lingga, secara sistematis menyusun kamus ekabahasa bahasa Melayu (Kitab Pengetahuan Bahasa, iaitu Kamus Loghat MelayuJohor-Pahang-Riau-Lingga penggal yang pertama) pada pertengahan abad ke-19. Perkembangan berikutnya terjadi ketika sarjana-sarjana Eropah (khususnya Belanda

dan Inggeris) mulai mempelajari bahasa ini secara sistematis karena menganggap penting menggunakannya dalam urusan pentadbiran. Hal ini terjadi pada paruh kedua abad ke-19. Bahasa Melayu Moden dicirikan dengan penggunaan alfabet Latin dan masuknya banyak kata-kata Eropah. Pengajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah sejak awal abad ke-20 semakin membuat popular bahasa ini. Di Indonesia, pendirian Balai Pustaka (1901) sebagai percetakan buku-buku pelajaran dan sastera menghantarkan kepopularan bahasa Melayu dan bahkan membentuk suatu jenis bahasa tersendiri yang mulai berbeza dari induknya, bahasa Melayu Riau. Kalangan peneliti sejarah bahasa Indonesia masa kini menjudulinya "bahasa Melayu Balai Pustaka" atau "bahasa Melayu van Ophuijsen". Van Ophuijsen adalah orang yang pada tahun 1901 menyusun ejaan bahasa Melayu dengan huruf Latin untuk penggunaan di Hindia-Belanda. Ia juga menjadi penyunting berbagai buku sastera terbitan Balai Pustaka. Dalam masa 20 tahun berikutnya, "bahasa Melayu van Ophuijsen" ini kemudian dikenal luas di kalangan orang-orang peribumi dan mulai dianggap menjadi identiti kebangsaan Indonesia. Puncaknya adalah ketika dalam Kongres Pemuda II (28 Oktober 1928) dengan jelas dinyatakan, "menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia". Sejak saat itulah bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan. Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia) dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia (MABBIM) berencana menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa resmi dalam organisasi ASEAN, dengan memandang lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam bahasa Melayu.

Rencana ini belum pernah terealisasikan, tetapi ASEAN sekarang selalu membuat dokumen asli dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam bahasa resmi masing-masing negara anggotanya. 2. Pelbagai Ragam Bahasa Melayu Bahasa Melayu sangat bervariasi. Penyebab yang utama adalah tidak adanya institusi yang memiliki kekuatan untuk mengatur pembakuannya. Kerajaan-kerajaan Melayu hanya memiliki kekuatan peraturan hanya pada wilayah kekuasaannya, padahal bahasa Melayu dipakai oleh orang-orang jauh di luar batas kekuasaan mereka. Akibatnya muncul berbagai dialek (geografi) mahupun sosial (dialek sosial). Pemakaian bahasa ini oleh masyarakat berlatar belakang etnik lain juga memunculkan berbagai ragam di mana-mana, yang masih dipakai hingga sekarang. Ada kesulitan dalam mengelompokkan bahasa-bahasa Melayu. Sebagaimana beberapa bahasa di Nusantara, tidak ada batas tegas antara satu ragam dengan ragam lain yang penuturnya bersebelahan secara geografi. Perubahan dialek sering kali bersifat bertahap. Aksara pertama dalam bahasa Melayu atau Jawi ditemukan di pesisir tenggara Pulau Sumatera, menunjukkan bahawa bahasa ini menyebar ke berbagai tempat di Nusantara dari wilayah ini, berkat penggunaannya oleh Kerajaan Srivijaya yang menguasai jalur perdagangan. Istilah Melayu atau sebutan bagi wilayahnya sebagai Malaya sendiri berasal dari Kerajaan Melayu yang bertempat di Batang Hari, Jambi, di mana diketahui bahasa Melayu yang digunakan di Jambi menggunakan dialek "o"

sedangkan di kemudian hari bahasa dan dialek Melayu berkembang secara luas dan menjadi beragam. Istilah Melayu atau Malaya berasal dari Kerajaan Melayu, sebuah kerajaan Hindu-Budha pada abad ke-7 di hulu sungai Batanghari, Jambi di pulau Sumatera, jadi secara geografi semula hanya mengacu kepada wilayah kerajaan tersebut yang merupakan sebahagian dari wilayah pulau Sumatera. Dalam perkembangannya pemakaian istilah Melayu mencakup wilayah geografi yang lebih luas dari wilayah Kerajaan Melayu tersebut, mencakup negeri-negeri di pulau Sumatera sehingga pulau tersebut disebut juga Bumi Melayu seperti disebutkan dalam Kakawin

Nagarakretagama. Pusat Bandar Kerajaan Melayu semakin mundur ke pedalaman karena serangan Srivijaya dan masyarakatnya tersebar keluar Bumi Melayu, belakangan masyarakat pendukungnya yang mundur ke pedalaman berasimilasi ke dalam masyarakat Minang kabau menjadi puak Melayu (suku Melayu Minang kabau) yang merupakan salah satu marga di Sumatera Barat. Srivijaya berpengaruh luas hingga ke Filipina membawa penyebaran Bahasa Melayu semakin meluas, tampak dalam prasasti Keping Tembaga Laguna. Bahasa Melayu kuno yang berkembang di Bumi Melayu tersebut berloghat "o" seperti Melayu Jambi, Minang kabau, Kerinci, Palembang dan Bengkulu. Semenanjung Melaka dalam Nagarakretagama disebut Hujung Medini ertinya Semenanjung Medini.

Dalam perkembangannya orang Melayu migrasi ke Semenanjung Malaysia (Hujung Medini) dan lebih banyak lagi pada masa perkembangan kerajaan-kerajaan Islam yang pusat mandalanya adalah Kesultanan Melaka, istilah Melayu bergeser kepada Semenanjung Melaka (Semenanjung Malaysia) yang akhirnya disebut Semenanjung Melayu atau Tanah Melayu. Tetapi nyatalah bahawa istilah Melayu itu berasal dari Indonesia. Bahasa Melayu yang berkembang di sekitar daerah Semenanjung Melaka berloghat"e". Kesultanan Melaka dimusnahkan oleh Portugis tahun 1512 sehingga penduduknya sampai ke kawasan timur kepulauan Nusantara. Bahasa Melayu Purba sendiri diduga berasal dari pulau Kalimantan, jadi diduga pemakai bahasa Melayu ini bukan penduduk asli Sumatera tetapi dari pulau Kalimantan. Suku Dayak yang diduga memiliki hubungan dengan suku Melayu kuno di Sumatera misalnya Dayak Salako, Dayak Kanayatn (Kendayan), dan Dayak Iban yang semuanya berloghat "a" seperti bahasa Melayu Baku. Penduduk asli Sumatera sebelumnya kedatangan pemakai bahasa Melayu tersebut adalah nenek moyang suku Nias dan suku Mentawai. Dalam

perkembangannya istilah Melayu kemudian mengalami perluasan makna, sehingga muncul istilah Kepulauan Melayu untuk menamakan kepulauan Nusantara Secara sudut pandang histori juga dipakai sebagai nama bangsa yang menjadi nenek moyang penduduk kepulauan Nusantara, yang dikenal sebagai rumpun IndoMelayu terdiri Melayu Proto dan Melayu Deutro. Setelah mengalami tempoh masa yang panjang sampai dengan kedatangan dan perkembangannya agama Islam, suku

Melayu sebagai etnik mengalami penyempitan makna menjadi sebuah etnoreligius (Muslim) yang sebenarnya di dalamnya juga telah mengalami amalgamasi dari beberapa unsur etnik M. Muhar Omtatok, seorang Seniman, Budayawan dan Sejarawan menjelaskan sebagai berikut: "Melayu secara puak (etnik, suku), bukan dilihat dari faktor ginekologi seperti kebanyakan puak-puak lain. Di Malaysia, tetap mengaku berpuak Melayu walau moyang mereka berpuak Jawa, Mandailing, Bugis, Keling dan lainnya. Beberapa tempat di Sumatera Utara, ada beberapa Komuniti keturunan Batak yang mengaku Orang Kampong - Puak Melayu Kerajaan Srivijaya dari abad ke-7 Masihi diketahui memakai bahasa Melayu (sebagai bahasa Melayu Kuna) sebagai bahasa kenegaraan. Lima prasasti Kuna yang ditemukan di Sumatera bagian selatan peninggalan kerajaan itu menggunakan bahasa Melayu yang bertaburan kata-kata pinjaman dari bahasa Sanskerta, suatu bahasa Indo-Eropa dari cabang Indo-Iran. Jangkauan penggunaan bahasa ini diketahui cukup luas, karena ditemukan pula dokumen-dokumen dari abad berikutnya di Pulau Jawa dan Pulau Luzon. Kata-kata seperti samudera, isteri, raja, putera, kepala, kahwin, dan kaca masuk pada tempoh hingga abad ke-15 Masihi. Pada abad ke-15 berkembang bentuk yang dianggap sebagai bahasa Melayu klasikal (classical Malay atau medieval Malay). Bentuk ini dipakai oleh Kesultanan Melaka, yang perkembangannya kelak disebut sebagai bahasa Melayu Tinggi. Penggunaannya terbatas di kalangan keluarga kerajaan di sekitar Sumatera, Jawa, dan Semenanjung Malaya. Laporan Portugis, misalnya oleh Tome Pires, menyebutkan

adanya bahasa yang difahami oleh semua pedagang di wilayah Sumatera dan Jawa. Magellan dilaporkan memiliki budak dari Nusantara yang menjadi juru bahasa di wilayah itu. Ciri paling menonjol dalam ragam sejarah ini adalah mulai masuknya kata-kata pinjaman dari bahasa Arab dan bahasa Parsi, sebagai akibat dari penyebaran agama Islam yang mulai masuk sejak abad ke-12. Kata-kata bahasa Arab seperti masjid, kalbu, kitab, kerusi, selamat, dan kertas, serta kata-kata Parsi seperti anggur, cambuk, dewan, saudagar, temasya, dan tembakau masuk pada masa ini. Proses penyerapan dari bahasa Arab terus berlangsung hingga masa sekarang. Kedatangan pedagang Portugis, diikuti oleh Belanda, Sepanyol, dan Inggeris meningkatkan informasi dan mengubah kebiasaan masyarakat pengguna bahasa Melayu. Bahasa Portugis banyak memperkaya kata-kata untuk kebiasaan Eropah dalam kehidupan sehari-hari, seperti gereja, sepatu, sabun, meja, bola, balu, dan jendela. Bahasa Belanda terutama banyak memberi pengayaan di bidang pentadbiran, kegiatan resmi (misalnya dalam upacara dan kemiliteran), dan teknologi hingga awal abad ke-20. Kata-kata seperti asbak, polisi, kulkas, knalpot, dan stempel adalah pinjaman dari bahasa ini. Bahasa yang dipakai pendatang dari Cina juga lambat laun dipakai oleh penutur bahasa Melayu, akibat kontak di antara mereka yang mulai intensif di bawah penjajahan Belanda. Sudah dapat diduga, kata-kata Tionghoa yang masuk biasanya berkaitan dengan perniagaan dan keperluan sehari-hari, seperti pisau, tauge, tahu, loteng, teko, tauke, dan cukong.

Jan Huyghen van Linschoten pada abad ke-17 dan Alfred Russel Wallace pada abad ke-19 menyatakan bahawa bahasa orang Melayu/Melaka dianggap sebagai bahasa yang paling penting di "dunia timur". Luasnya penggunaan bahasa Melayu ini melahirkan berbagai varian tempatan dan tempoh. Bahasa perdagangan menggunakan bahasa Melayu di berbagai pelabuhan Nusantara bercampur dengan bahasa Portugis, bahasa Tionghoa, mahupun bahasa setempat. Terjadi proses pidginisasi di beberapa kota pelabuhan di kawasan timur Nusantara, misalnya di Manado, Ambon, dan Kupang. Orang-orang Tionghoa di Semarang dan Surabaya juga menggunakan varian bahasa Melayu pidgin. Terdapat pula bahasa Melayu Tionghoa di Batavia. Varian yang terakhir ini malah dipakai sebagai bahasa pengantar bagi beberapa surat khabar pertama berbahasa Melayu (sejak akhir abad ke-19). Varian-varian tempatan ini secara umum dinamakan bahasa Melayu Pasar oleh para peneliti bahasa. 3. Timbulnya Perbezaan Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Perkembangan penting terjadi ketika pada pertengahan abad ke-19 Raja Ali Haji dari istana Riau-Johor (pecahan Kesultanan Melaka) menulis kamus ekabahasa untuk bahasa Melayu. Sejak saat itu dapat dikatakan bahawa bahasa ini adalah bahasa yang full-fledged, sama tinggi dengan bahasa-bahasa internasional pada masa itu, karena memiliki kaedah dan dokumentasi kata yang berdefinisi dengan jelas. Pemerintah kolonial Hindia-Belanda menyedari bahawa bahasa Melayu dapat dipakai untuk membantu kalangan pegawai peribumi karena penguasaan bahasa Belanda para pegawai peribumi dinilai lemah. Dengan menyandarkan diri pada

bahasa Melayu Tinggi (karena telah memiliki kitab-kitab rujukan) sejumlah sarjana Belanda mulai terlibat dalam standardisasi bahasa. Promosi bahasa Melayu pun dilakukan di sekolah-sekolah dan didukung dengan penerbitan karya sastera dalam bahasa Melayu. Akibat pilihan ini terbentuklah "embrio" bahasa Indonesia yang secara perlahan mulai terpisah dari bentuk semula bahasa Melayu Riau-Johor. Pada awal abad ke-20 perpecahan dalam bentuk baku tulisan bahasa Melayu mulai terlihat. Pada tahun 1901, Indonesia (sebagai Hindia-Belanda) menggunakan ejaan Van Ophuijsen dan pada tahun 1904 Persekutuan Tanah Melayu (kelak menjadi bagian dari Malaysia) di bawah Inggeris mengguna ejaan Wilkinson. Ejaan Van Ophuijsen diawalkan dari penyusunan Kitab Loghat Melayu (dimulai tahun 1896) van Ophuijsen, dibantu oleh Nawawi Soetan Mamoer dan Moehammad Taib Soetan Ibrahim. Selanjutnya perkembangan bahasa dan kesusasteraan Indonesia banyak dipengaruhi oleh sasterawan Minangkabau, seperti Marah Rusli, Abdul Muis, Nur Sutan Iskandar, Sutan Takdir Alisyahbana, Hamka, Roestam Effendi, Idrus, dan Chairil Anwar. Sasterawan tersebut banyak mengisi dan menambah perbendaharaan kata, sintaksis, mahupun morfologi bahasa Indonesia. Sebenarnya tidak banyak perbezaan antara kedua bahasa tersebut. Berbagai varian bahasa Melayu digunakan di berbagai wilayah Indonesia dan semua mengakui bahawa bahasa yang digunakan di Provinsi Riau dan sekitarnya adalah bahasa Melayu Standard (atau bahasa Melayu Tinggi, bahasa Melayu Piawai). Perbezaan latar belakang sejarah, politik, dan perlakuan yang berbeza menyebabkan munculnya

perbezaan tata bahasa, peristilahan dan kosa kata, pengucapan, serta tekanan kata pada dua bentuk standard moden yang sekarang dipakai. Dari latar belakang penjajahan asing bisa dikatakan bahawa bahasa Indonesia lebih menyerap bahasa Belanda sedangkan bahasa Malaysia lebih menyerap bahasa Inggeris. Dari segi perlakuan, kedua-dua bahasa tersebut diperlakukan sesuai dengan kebijakan kebahasaan di negara masing-masing, namun ada perhimpunan yang mengatur bahasa Melayu yang disebut dengan Majlis Bahasa Brunei DarussalamIndonesia-Malaysia (MABBIM). Dari segi penyerapan kata di negara masing-masing, bahasa Indonesia yang didasarkan dari bahasa Melayu berdialek Riau menyerap pula bahasa-bahasa daerah di Indonesia seperti bahasa Jawa. Sebelum abad kedua puluh, bahasa Melayu ditulis menggunakan aksara yang diubah dari aksara Arab yang dikenal sebagai Huruf Jawi. Setelah abad dua puluh, bahasa Melayu ditulis menggunakan huruf Latin, dikenal sebagai Rumi, dan penggunaan huruf Latin ini telah hampir menggantikan huruf Jawi secara keseluruhan dalam kehidupan sehari-hari. Rumi pada awalnya digunakan di Malaya (kini bagian dari Malaysia) dan Hindia Belanda (kini Indonesia). Hal ini menunjukkan kedua negara tersebut merupakan bekas jajahan Britain dan Belanda. Dalam bahasa Indonesia, huruf vokal u pada awalnya dilambangkan dengan oe, seperti halnya dalam Bahasa Belanda. Perubahan resmi oe menjadi u dilakukan pada tahun 1947. Hal serupa juga terjadi di Malaysia, sampai tahun 1972, huruf

konsonan c di Malaysia dilambangkan dengan ch, sedangkan Indonesia mengikuti Belanda yang menggunakan tj. Sehingga kata cucu di Malaysia dulu ditulis chuchu dan di Indonesia ditulis tjoetjoe, sampai akhirnya sistem Ejaan Yang Disempurnakan diperkenalkan di Indonesia pada tahun 1972, yang mengganti tj dengan c. Indonesia mengganti konsonan dj dengan j, yang sudah terlebih dahulu digunakan di Malaysia, sedangkan konsonan lama j digantikan oleh y, seperti halnya di Malaysia. Demikian juga bunyi desah yang berasal dari bahasa Arab, yang dulu ditulis 'ch' di Indonesia, kini menjadi kh dalam kedua bahasa. Akan tetapi, oe masih dapat ditemukan, misalnya pada nama presiden pertama Indonesia, Sukarno (ditulis Soekarno). Kombinasi huruf ch dan dj masih dapat ditemukan pada nama-nama semacam Achmad dan Djojo (diucapkan Akhmad dan Joyo), meskipun kini orang-orang lebih suka menggunakan ejaan pasca-1972. Namun demikian ada beberapa ejaan yang masih dipertahankan atas sebab sejarah, contohnya "wang" (Semenanjung Malaya) dan "uang" (Indonesia). Tanggal 16 Ogos 1972 H. M. Soeharto, Presiden Republik Indonesia, merasmikan penggunaan Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan (EYD) melalui pidato kenegaraan di hadapan sidang DPR yang dikuatkan pula dengan Keputusan Presiden No. 57 tahun 1972. Dengan EYD, ejaan dua bahasa serumpun, yakni Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia, semakin dibakukan.

4. Perbezaan yang penting antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia Bahasa Indonesia berbeza dari bahasa Melayu di Malaysia karena bahasa Indonesia memiliki lebih banyak perkataan yang berasal dari bahasa Jawa dan bahasa Belanda meski bahasa Indonesia didasarkan dan didominasi dari bahasa Melayu Riau, contohnya "pejabat pos" di Malaysia dikenal dengan sebutan "kantor pos" di Indonesia. "Kantor" ini berasal dari kata Belanda kantoor untuk "pejabat". 4.1 Perbezaan kosa kata Beberapa contoh kata-kata yang berbeza jauh antara kedua bahasa:
Bahasa Inggeris March August Chalengge Speak Shop Ticket pharmacy Monday Restaurant Because hospital Zoo Television University Head office Car Cair Bahasa Melayu di Malaysia Mac Ogos Cabaran Bertutur, berbual Kedai Tiket Farmasi, kedai ubat Isnin Restoran, kedai makan Kerana Hospital Taman haiwan, zoo Televisyen Universiti Ibu pejabat Kereta Kerusi Bahasa Melayu di Indonesia Maret Agustus Tantangan Berbicara, bercakap-cakap Toko, Karcis, tiket Apotek, toko obat Senin Rumah makan, restoran Karena Rumah sakit Kebun Binatang Televisi Universitas Kantor pusat Mobil/oto kursi

4.2 Kata-kata yang berbeza maknanya Selain perbezaan kosa kata, kedua bahasa juga memiliki perkataan-perkataan yang sama tetapi berbeza maksudnya (homonim). Oleh karena perkataan-perkataan

tersebut sering kali digunakan dalam kedua bahasa tersebut, maka hal tersebut mudah disalahfahamkan. Perbezaan makna ini terbentuk atas penuturan yang menjadi kelaziman dari kedua negara, sedangkan dalam segi tertulis tidak terbentuk perbezaan yang ketara sebab makna yang ada dalam bahasa Malaysia juga sebenarnya ada dalam bahasa Indonesia. Beberapa perbezaan tersebut di antaranya:
Perkataan Ahli Akta Baja Banci Bercinta Biji Bisa Bogel Boleh Bontot/buntut Bual Budak Butuh Comel Email Gampang Jabatan Jahat Jawatan Jemput Jeruk Jimat Kacak Kaki tangan Makna dalam bahasa Melayu Anggota, Pakar Undang-undang Bahan untuk menyuburkan tumbuhan Perhitungan bilangan penduduk Menyatakan rasa kasih sayang terhadap orang lain Penjodoh bilangan racun Telanjang/tidak berpakaian dapat Punggung/pangkal Bersembang(berbual) Anak kecil, orang mudah Alat kelamin laki-laki Cantik dan menarik e-mel Anak luar nikah Bagian dari pentadbiran yang mengurus tugas-tugas tertentu maling Kedudukan resmi, pangkat Mengajak, menyilakan datang Makna dalam bahasa Indonesia Pakar Surat resmi yang disyahkan oleh pemerintah Besi tahan karat Seseorang berjenis kelamin wanita dan pria Melakukan hubungan seksual

benih 1. boleh, dapat; 2. racun 1. Pendek dan kecil 1. Bisa;2.Mengizinkan 1. ekor;2. Terakhir (urutan anak) Omong Kosong/cakap besar (Sombong) Hamba abdi, hamba sahaya Perlu Menggerutu, bersungut-sungut Lapisan pelindung gigi mudah Amanah dalam memegang kedudukan penting resmi dalam suatu pekerjaan, jawatan Durjana, tidak baik Kantor pemerintahan, jabatan 1. Memetik; 2. Pergi mendapatkan orang yang akan diajak pergi bersama Buah-buahan (sayur, telur, ikan dll) Buah jeruk yang diasamkan atau diasinkan Cermat, hemat, tidak boros Azimat, benda bertuah Tampan, menarik (bagi lelaki) 1.Memegang pinggang dengan kedua tangan; 2. tampak gagah, segak Pekerja, seorang yang diupah Anak buah, seorang yang diperalat

Kapan Karya Kerajaan Kereta Khidmat Pajak Pelan Pejabat Pengajian Percuma Pijat Polis

Kain kafan (penutup mayat) kerja Semua bentuk pemerintahan mobil

Pusing Pupuk Tambang Tandas Sulit

Bilamana (berbeza dengan kafan) Hasil karya (pekerja seni) Sistem pemerintahan yang dipimpin oleh raja Semua kenderaan beroda yang digerakkan oleh makhluk hidup Servis, kerja untuk memenuhi 1.Hormat, takzim; 2.layanan (tidak digunakan keperluan orang ramai lagi) Gadai janji Cukai Rancangan pembinaan atau Perlahan, tidak cepat pembangunan Tempat bekerja Orang yang memiliki jabatan resmi Pendidikan Pembelajaran Al-Quran Cuma-cuma, gratis Tidak berguna, sia-sia Kutu, ralat pemprograman urut Komputer 1.Mata-mata, Angkatan 1.Dasar (insurans) ; 2. Negara kota (Yunani) keselamatan Sipil; 2. Dasar (insurans) Bergerak dalam bulatan, Dalam keadaan keseimbangan terganggu, sakit Berkeliling, berputar kepala Menyemai (nilai murni) Penyubur tanaman Bayaran penggunaan pengangkutan Tempat menggali mineral; 2. Tali yang kuat Awam Jamban, Tempat Membuang Air Menjelaskan/menyelesaikan dengan pasti Rahsia; Sukar Sukar, jarang didapati

4.3 Sama kata tetapi huruf berbeza Inggeris Bus Truck Different Taxi Mean Bussines Is Headland Bay Damage Official Bridge Civil Indonesia Bus Truk Beda Taksi Arti Bisnis Yaitu Tanjung Teluk Rusak Resmi Jembatan Sipil Bas Trak Beza Teksi Erti Bisnes Iaitu Tanjong Telok Rosak Rasmi Jambatan Sivil Melayu

5.

Senarai Pustaka

Adelaar, K.A. 1988. More on Proto-Malayic. Dalam: Mohd. Thani Ahmad dan Zaini Mohammed Zain (peny.) Rekonstruksi dan cabang-cabang Bahasa Melayu induk, pp.59-77. Seri monograf sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bellwood, P. 1993. Cultural and biological differentiation in peninsular Malaysia: the last 10,000 years. Asian Perspectives 32:37-60. Hudson, A.B. 1970. A note on Selako: Malayic Dayak and Land Dayak languages in West Borneo. Sarawak Museum Journal 18:301-318. Konjo, Ian. 2012. http://jaririndu.blogspot.com/2012/01/sejarah-perkembanganbahasa-indonesia.html uala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Norhashimah Jalaludin, 2007. Asas Fonetik. Pustaka.

Normaizam bt Hamid, dkk. 2011. Modul Bahasa Melayu Akademik 1, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Besut, Trengganu. Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like