You are on page 1of 21

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Doktor John Handon Down Etiologi Sindrom Down

Mongoloid

Nama Sindrom Down telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu Doktor John Handon Down. Beliau ialah orang pertama yang menjelaskan penyakit ini. Beliau juga adalah doktor yang pertama kali menggambarkan kumpulan gejala dari sindrom Down pada tahun 1866. Tetapi sebelumnya Esquirol pada tahun 1838 dan Seguin pada tahun 1846 telah melaporkan seorang anak yang mempunyai tanda-tanda mirip dengan sindrom Down. Sumbangan Down yang terbesar adalah kemampuannya untuk mengenali karakteristik fisik yang spesifik dan diskripsinya yang jelas tentang keadaan ini, yang secara keseluruhan berbeza dengan anak yang normal kerana matanya yang khas seperti bangsa Mongol maka dulu disebut juga sebagai Mongoloid, tetapi sekarang istilah ini sudah tidak digunakan lagi kerana dapat menyinggung perasaan suatu bangsa. Kanak-kanak yang menghidap sindrom Down adalah individu yang dapat dikenali dari fenotipnya dan mempunyai kecerdasan yang terbatas, yang terjadi akibat adanya jumlah kromosom 21 yang berlebih. Diperkirakan bahawa materi genetik yang berlebih tersebut terletak pada bahagian lengan bawah dari kromosom 21 dan interaksinya dengan fungsi gen lainnya menghasilkan suatu perubahan homeostasis yang memungkinkan terjadinya penyimpangan perkembangan fisik dan susunan saraf pusat. Selama satu abad sebelumnya banyak hipotesis tentang penyebab sindrom Down yang dilaporkan. Tetapi semenjak ditemukan adanya kelainan kromosom pada sindrom Down pada tahun 1959, maka sekarang perhatian lebih dipusatkan pada kejadian non-disjunctional sebagai penyebabnya, iaitu genetik, radiasi, infeksi dan autoimun. Diperkirakan terdapat predisposisi genetik terhadap non-disjunctional. Bukti yang mendukung teori ini adalah berdasarkan atas hasil penelitian epidemiologi yang menyatakan adanya peningkatan risiko berulang bila dalam keluarga terdapat anak dengan sindrom Down. Seterusnya ialah radiasi dikatakan merupakan salah satu penyebab terjadinya non-disjunetional pada sindrom Down ini. Uchida 1981 (dikutip

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Pueschel dkk.) menyatakan bahawa sekitar 30% ibu yang melahirkan anak dengan sindrom Down, pernah mengalami radiasi didaerah perut sebelum terjadinya konsepsi. Sedangkan peneliti lain tidak mendapatkan adanya hubungan antara radiasi dengan penyimpangan kromosom. Infeksi juga dikatakan sebagai salah satu penyebab terjadinya sindrom Down. Sampai saat ini belum ada peneliti yang mampu memastikan bahawa virus dapat mengakibatkan terjadinya non- disjunction. Faktor lain yang juga diperkiraan sebagai etiologi sindrom Down adalah autoimun. Terutama autoimun tiroid atau penyakit yang dikaitkan dengan tiroid. Penelitain Fialkow 1966 (dikutip dari Puesehel dkk.) seeara konsisten mendapatkan adanya perbedaan autoantibodi tiroid pada ihu yang melahirkan anak dengan sindrom Down dengan ibu kontrol yang umurnya sama. Apabila umur seseorang ibu diatas 35 tahun, boleh diperkirakan terdapat perubahan hormonal yang dapat menyebabkan non-disjunetion pada kromosom. Peruhahan endokrin. seperti meningkatnya sekresi androgen, menurunnya kadar hidroepiandrosteron,

menurunnya konsentrasi estradiol sistemik, perubahan konsentrasi reseptor hormon, dan peningkatan seeara tajam kadar LH (Luteinizing hormon) dan FSH (Follieular Stimulating hormon) seeara tiba-tiba sebelum dan selama menopause, dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya non-disjunction. Selain pengaruh umur ibu terhadap sindrom Down, juga dilaporkan adanya pengaruh dari umur ayah. Penelitian sitogenetik pada orang tua dari anak dengan sindrom Down mendapatkan bahwa 20-30% kasus ekstra kromosom 21 bersumber dari ayahnya. Tetapi korelasinya tidak setinggi dengan umur ibu.

Definisi Sindrom Down Sindrom down adalah suatu kondisi keterbelakangan perkembangan fisik dan mental anak yang diakibatkan adanya abnormalitas perkembangan kromosom. Kromosom ini terbentuk akibat kegagalan sepasang kromosom untuk saling memisahkan diri saat terjadi pembelahan. Sindrom down ialah kelainan kromosom yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal yang boleh dikenalpasti dan biasanya disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual yang berkembang secara perlahan. Kromosom pula ialah adalah serat-serat khusus yang terdapat dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana tedapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down sentiasa mendapat perhatian terutamanya saintis dunia yang tidak jemu mencari rawatan terbaru untuk meningkatkan keupayaan serta memberi ciri tersendiri kepada setiap individu. Manusia normal mempunyai 23 pasangan kromosom. Satu daripada setiap pasang 2

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

kromosom diwarisi daripada ibu dan separuh lagi ialah daripada ayah. Namun bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, kromosom 21 mereka ada tiga. Ini bermakna mereka mempunyai 47 kromosom berbanding hanya 46 kromosom pada orang normal. Kromosom ketiga pada kromosom 21 menyebabkan pelbagai masalah dan menimbulkan ciri-ciri khas Sindrom Down. Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Sindrom Down merupakan kelainan genetik yang terjadi pada kromosom 21 pada berkas q22 gen SLC5A3,yang juga dapat dikenal dengan melihat manifestasi klinis yang cukup khas. Sindrom Down juga merupakan suatu kondisi

keterbelakangan perkembangan fizik dan mental anak yang diakibatkan adanya abnormaltas perkembangan kromosom dan kromosom ini terbentuk disebabkan kegagalan sepasang kromosom untuk saling memisahkan diri saat terjadi pembelahan. Sindrom Down juga boleh dikenal sebagai trisomi. Kromosom merupakan serat-serat khusus yang terdapat di dalam setiap sel di dalam badan manusia dimana terdapat genetic yang menentukan sifat seseorang. Risiko mendapat anak Sindrom Down dikaitkan dengan usia ibu ketika mengandung dan terutamanya mengandung pada umur yang melebihi 35 tahun (lingkungan 35 hingga 45 tahun). Peningkatan umur boleh menyebabkan wanita menghasilkan telur yang berumur juga dan ini akan menyebabkan kromosom kehilangan keupayaan membahagi dengan baik dan akan mengakibatkan anak tersebut mungkin mengalami kecacatan genetik. 5% kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan Translocation. Keadaan ini biasanya berlaku pada pemindahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Mekanisme ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Semua individu yang menghidap Sindrom Down di seluruh dunia mempunyai wajah atau ciri yang seiras atau sama dan mereka juga menghadapi masalah dalam perkembangan fizikal dan otak yang lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Kelainan yang berdampak pada keterbelakangan pertumbuhan fisik dan mental ini pertama kali telah dikenal oleh Dr.John Longdon Down pada tahun 1866. Menurutnya, Sindrom Down menimpa satu di antara tujuh ratus kelahiran atau diantara lapan ratus hingga seribu kelahiran bayi. Dapat diperkirakan bahawa saat ini terdapat empat juta orang yang menghidap Sindrom Down di seluruh dunia. Menurut Pathol pada tahun 2003 yang mengatakan bahawa kelebihan kromosom akan mengakibatkan perubahan karakteristik fisik dan mengubah keseimbangan 3

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

genetic tubuh serta kemampuan intelektual dan gangguan dalam fungsi fisiologi tubuh.Menurut Lancet, terdapat tiga tipe Sindrom Down iaitu 21 reguler dan translokasi serta mosaic. Tipe yang pertama ialah trisomi 21 reguler yang kesemua sel dalam tubuh seseorang individu akan mempunyai tiga kromosom 21 dan Sembilan puluh empat persen dari semua kasus Sindrom Down adalah dari tipe ini. Tipe yang kedua adalah translokasi. Dalam tipe ini, kromosom 21 akan berkombinasi dengan kromosom yang lain. Menurut Lancet, seringnya salah satu orang tua yang menjadi karier kromosom yang ditranslokasi ini tidak menunjukkan karakter penderita Sindrom Down. Sebanyak 4% dari total kasus dalam tipe ini. Tipe yang ketiga ialah mosaic yang hanya sel yang tertentu sahaja yang mempunyai kelebihan kromosom 21 bagi tipe ini dan 2% adalah penderita tipe mosaic ini serta biasanya kondisi si penderita lebih ringan.

Punca-punca Sindrom Down Kanak-kanak sindrom down mempunyai bilangan kromoson 47 berbanding 46 kromosom pada sel yang normal. Pertambahan kromosom ini disebabkan oleh proses pembentukan sel yang tidak berlaku dengan sempurna sehingga

menyebabkan berlakunya terlebih sel. Dianggarkan 95% daripada kes sindrom down adalah disebabkan masalah ini. Terdapat 3 jenis sindrom down yang disebabkan oleh faktor genetik iaitu Trisomi 21, Mosaicism dan Translokasi Robertsonian. Faktor keturunan juga turut menyumbang kepada kes sindrom down. Jika terdapat sejarah kes-kes sindrom down pada pihak keluarga sebelah ibu dan bapa maka risiko untuk mendapatkan anak sindrom down adalah lebih tinggi. Kelahiran bayi yang comel pasti menjadi peristiwa yang menggembirakan bagi setiap pasangan apabila tiba waktunya. Namun hakikatnya, bukan semua bayi yang dilahirkan adalah sempurna. Ada kemungkinan bayi yang dilahirkan adalah bayi istimewa yang dianugerah Tuhan dengan Sindrom Down. Sindrom Down adalah masalah genetik yang paling kerap berlaku iaitu pada kadar satu kes dalam setiap 700 kelahiran. Sindrom Down juga adalah masalah genetik paling utama yang menjadi penyebab bagi masalah terencat akal. Secara umumnya, Sindrom Down boleh disebabkan satu daripada tiga masalah genetik iaitu non -disjunction, translokasi atau mosaic. Masalah non-

disjunction ( kegagalan kromosom untuk mengasing secara betul dalam proses meiosis ) berlaku ketika pembentukan telur wanita adalah penyebab utama Sindrom Down (95 peratus daripada kelahiran bayi sindrom Down). Ia menyebabkan berlakunya berlebihan kromosom pada kromosom 21 yang juga dikenali sebagai 4

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Trisomy 21. Risiko ini meningkat dengan peningkatan umur seseorang wanita atau ibu dengan kebarangkalian berlaku adalah satu kes dalam 700 kelahiran bagi wanita yang hamil ketika berusia 30 tahun. Ibu mengandung yang berumur 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak yang mengalami sindrom down. Faktor ini disebabkan masalah kelewatan mendirikan rumah tangga yang berlaku di dunia. Jadual di bawah menunjukkan risiko mendapat anak sindrom down mengikut tahap umur ibu mengandung. Usia ibu 20 tahun 25 tahun 30 tahun 35 tahun 40 tahun 45 tahun RISIKO SINDROM DOWN Peluang memiliki bayi dengan sindrom down 1 dalam 1600 1 dalam 1300 1 dalam 1000 1 dalam 365 1 dalam 100 1 dalam 30

Risiko bertambah kepada 1 kes dalam 100 kelahiran apabila wanita mengandung pada usia 40 tahun dan satu kes dalam 30 kelahiran berlaku jika si ibu melebihi 45 tahun. Ia juga antara penyebab utama keguguran yang berlaku dalam trimester pertama. Lebih kurang 3 peratus masalah Sindrom Down disebabkan translokasi. Masalah translokasi biasanya terjadi di antara kromosom 14 dan 21. Bagi penyebab ini, ada kebarangkalian ibu bapa bayi Sindrom Down itu adalah pembawa genetik ini. Oleh itu, risiko mendapat bayi Sindrom Down adalah tinggi untuk kelahiran selanjutnya. Sebaik-baiknya ibu bapa menjalani ujian analisis kromosom jika ingin mempunyai anak lagi apabila penyebab Sindrom Down berkenaan membabitkan masalah translokasi genetik. Selebihnya, lebih kurang 2 peratus masalah Sindrom Down disebabkan mosaicism; iaitu bayi yang dilahirkan menunjukkan ciri-ciri Sindrom Down tetapi berkemungkinan mempunyai IQ normal. Kromosom berlebihan pada kromosom dua puluh satu boleh mempengaruhi hampir setiap organ bayi Sindrom Down sehingga menyebabkan terjadi pelbagai masalah yang dikaitkan dengan sindrom ini. Apabila umur ibu diatas 35 tahun diperkirakan terdapat perubahan hormonal yang dapat menyebabkan non dijunction pada kromosom. Perubahan endokrin seperti meningkatnya sekresi androgen, menurunnya kadar hidroepiandrosteron, menurunnya konsentrasi estradiolsistemik, perubahan konsentrasi reseptor hormon dan peningkatan kadar LH dan FSH secara tiba-tiba sebelum dan selam menopause. Ibu yang terdedah kepada kepada radiasi (sinar x) khususnya ditempat kerja juga mempunyai risiko yang tinggi mendapat anak sindrom down. Pengambilan 5

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

dadah juga dapat mengundang kepada kes sindrom down. Selain itu kelainan kehamilan juga berpengaruh. Selain itu ada faktor lain seperti gangguan intragametik, organisasi nukleolus, bahan kimia dan frekuensi koitus. Perkembangan fizikal kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down Di dalam perkembangan fizikal kanak-kanak Sindorm Down, keupayaan mereka mengangkat, berlari, berjalan dan melompat adalah tidak sama dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak normal biasa mampu mengangkat benda-benda yang agak berat tetapi bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah mereka tidak mampu melakukannya kerana otot-otot mereka yang agak lemah, begitu juga dengan keupayaan mereka berjalan, berlari dan melompat. Mereka tidak mampu melakukan semua itu kerana kelemahan pada otot-otot mereka dan juga kemungkinan masalah adalah disebabkan jantung mereka. Jadi perkembangan fizikal mereka tidak sama seperti kanak-kanak biasa yang seusia dengan mereka. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down boleh mengikut pelbagai kaedah intervensi awal bagi meningkatkan potensi dan kefungsian mereka. Terapi pertuturan memain peranan penting bagi kanak-kanak Sindrom Down dan alat artikulasi bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down perlu dikenalpastikan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi pertuturan. Terapi ini dijalankan secara berperingkat mengikut kemampuan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari peti suara mengikut hurufhuruf yang mudah dengan melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang boleh menarik perhatian mereka serta menarik. Guru perlu sentiasa menggunakan bahasa yang mudah difahami dan menggunakan ayat pendek dalam aktiviti pengajaran bagi merangsang kanak-kanak Sindrom Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan boleh membantu mengotimumkan proses pembelajaran. Segala aktiviti yang dirancang atau dilaksanakan tidak boleh berterusan dan harus meletak pada masa yang sesuai iaitu ketika mereka masih aktif atau segar dan guru tersebut harus menumpukan satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya kanak-kanak Sindrom Down boleh memahami isi pengajaran tersebut. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai pelbagai tahap masalah pembelajaran, yang mungkin pelbagai daripada sederhana kepada teruk. Gangguan spektrum autistik juga lebih biasa. Kemahiran motor halus adalah lambat dan sering ketinggalan kemahiran motor kasar dan boleh menganggu perkembangan kognitif mereka. Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota. 6

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus dan sukar untuk dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot kasar atau otot halus. Menurut Huttenlocher, ( 1990, 1994 ) kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Kemahiran motor kasar boleh terjejas dari kecil hingga besar. Latihan pergerakan motor kasar dan motor halus yang dilakukan kepada mereka adalah berbeza. Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar seperti penggunaan bola untuk melihat kemahiran mereka dalam membaling dan menangkap bola, bersukan dan sebagainya. Pergerakan motor halus dilaksanakan dengan menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti menggunting kertas, membuat kraftangan, memasukkan benang ke dalam jarum, melukis lukisan yang mudah, menyusun dan sebagainya. Masalah fizikal yang dihadapi oleh kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down ialah masalah pendengaran dan penglihatan. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami keterbelakangan perkembangan dan kelemahan akal. Mereka mengalami masalah lambat pada peringkat awal dalam semua perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, bercakap dan perkembangan motor halus mereka juga lambat. Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat disebabkan otot-otot yang lembek, tetapi akhirnya mereka juga berjaya melakukan dan hampir semua pergerakan kasar. Mereka juga mengalami gangguan tiriod dan gangguan pendengaran akibat infeksi telinga berulang dan atitis serosa. Apabila umur mereka sudah mencapai tiga puluh tahun, mereka akan mula hilang ingatan, penurunan kecerdasan dan perubahan keperibadian. Bagi kanakkanak yang menghidap Sindrom Down, mereka sering mengalami gangguan pada beberapa organ tubuh seperti kulit, hidung dan saluran cerna yang berkaitan dengan alergi. Kajian penyelidikan telah membuat kajian yang menunjukkan orang yang menghidap Sindrom Down 44% daripada mereka akan meningga dunia apabila umur mereka mencecah ke enam puluh tahun. Hanya 14% daripada mereka yang hidup dan umur mereka hanya sampai enam puluh lapan tahun. Tingginya angka kejadian penyakit jantung yang dialami oleh mereka. 80% daripada mereka akan mati kerana leukimia dan adalah lima belas kali dari populasi normal. Bagi penyakit Alzheimer adalah menurun. 7

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Kanak-kanak Sindrom Down tidak mampu melakukan tugasan yang mencabar. Mereka juga sukar menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan mereka atau rumah seperti mencari kekunci, pilih kekunci yang sesuai serta membuka pintu rumah. Kabanyakan kanak-kanak Sindrom Down mempunyai beberapa jenis masalah penglihatan seperti rabun dekat, rabun jauh, bersilang mata dan saluran air mata juga tersekat. 40% hingga 60% kanak-kanak Sindrom Down yang menghadapi masalah kehilangan pendengaran selepas kelahiran mereka. Gejala yang muncul akibat Sindrom Down dapat bervariasi mulai dari yang tidak tampak sama sekali, tampak minimal sampai muncul tanda yang khas. Kanakkanak yang mempunyai Sindrom Down cenderung untuk kelihatan berbeza dan tanda khas seperti mereka adalah mudah dikenali dengan penampilan fisik yang menonjol berupa bentuk kepala yang relative kecil dari normal ( microchephaly ) dengan bahagian anteroposterior kepala mendatar. Kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down biasanya mata yang ke atas menyenget dan profil rata muka. Ciri-ciri muka adalah seperti lidah yang menonjol, telinga yang kecil dan belakang rata kepala. Mereka mempunyai paras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongolia. Pada bahagian wajah biasanya tampak sela hidung yang datar dan pangkal hidungnya adalah kemek serta jarak diantara dua mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Ukuran mulutnya adalah kecil manakala ukuran lidahnya adalah besar dan menyebabkan lidahnya selalu terjulur. Pertumbuhan giginya lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala mereka biasanya lebih kecil dan agak lebar dari bahagian depan ke belakang manakala lehernya agak pendek. Mata mereka adalah sipit dan berlaku gangguan penglihatan kerana adanya perubahan pada kornea dan lensa. Manifestasi mulut mereka menghadapi masalah mengunyah, menelan dan bercakap serta mulut mereka adalah terbuka. Kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down juga cenderung untuk menjadi lebih pendek daripada rata-rata dengan nada otot yang lemah dan mempunyai tangan yang pendek termasuk luas jari-jarinya serta jarak antara jari pertama dan kedua serta kakinya melebar. Jari-jari mereka adalah pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat yang dinamakan simian crease. Kaki mereka juga adalah pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dari tapak kaki. Badan mereka adalah lebih gemuk dan lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. Kulit mereka adalah kering,lembut dan tipis. Sementara itu, lapisan kulit biasanya tampak kariput ( dermatoglyphics ). Mereka juga mempunyai otot yang lemah dan ini menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lambat dalam perkembangan motor kasar. 8

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Hampir separuh daripada kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down mempunyai kecacatan jantung. Ada yang boleh dirawat, ada yang tidak boleh.

Mereka juga mempunyai masalah usus yang boleh menyukarkan makan dan meningkatkan risiko masalah seperti sembelit dan masalah-masalah kelenjar tiroid. Bagi kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down juga mengalami masalah seperti jantung berlubang jenis kebiruan ( cyanotic spell ) dan susah bernafas. Mereka juga mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kekurangan hormone tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Mereka juga mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian leher yang

menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh ( atlantoaxial instability ) di mana ini berlaku di kalangan 10% bagi kanak-kanak yang mempunyai Sindrom Down. Sebahagian kecil daripada mereka mungkin mempunyai risiko menghidap leukemia demential ( penyakit di mana sel darah putih melipat ganda tanpa terkendalian ) dan Alzheimer ( penyakit kemurunduran susunan saraf pusat ). Kanakkanak Sindrom Down juga kerap berbatuk dan selsema. Kanak-kanak Sindrom Down yang mempunyai otot iang lemah yang dikenali sebagai hypotonia menyebabkan mereka sukar belajar bergolek, duduk, berdiri dan bercakap. Hypotonia ini tidak dapat diubati tetapi secara amnya akan bertambah baik dengan peredaran masa dan dirawat dengan rawatan fizikal. Alat permainan yang digunakan dalam teknik pengajaran perlulah

bersesuaian kerana ini boleh ditambah bagi mengelak kebosanan mereka serta guru perlu memberi pujian kepada setiap kecermerlangan yang dicapai oleh kanak-kanak Sindrom Down. Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka wajar dibantu pada usia awal. Antara langkah yang perlu diambil ialah mengadakan permainan bahasa atau kegiatan yang dapat menarik perhatian mereka dan cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan kanak-kanak Sindrom Down. Guru jangan terlalu banyak bertanya dan tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang untuk menjawab. Guru harus gunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami oleh mereka. Semasa bertutur, kita bolehlah buat aksi atau lakonan dan latihan yang berterusan. Pilih masa yang sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif. Tumpu kepada satu perkara dan beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru. Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka.Kita juga boleh selalu memberi tindak-balas kepada setiap percakapan kanak-kanak Sindrom Down. Peringatan kepada guru-guru dan ibu bapa adalah cara terbaik untuk kanak-kanak Sindrom Down mempelajari perkara baru ialah dengan melalui boneka. Guru atau ibu bapa juga harus memilih alat permainan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak Sindrom Down. Di samping 9

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

juga boleh menyediakan bahan sampingan untuk permainan khayalan. Guru atau ibu bapa janganlah terlalu memaksa mereka untuk melakukan sesuatu perkara dan pilih boneka pilihan atau kesayangan mereka kerana ini dapat dijadikan pendorong kepada kanak-kanak Sindrom Down. Apabila kanak-kanak Sindrom Down boleh bermain dengan alat permainan mudah maka mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. Jangan biar kanak-kanak Sindrom Down bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak balas daripada rakan. Bagi ibu bapa yang dikurniakan dengan anak Sindrom Down, janganlah terlalu sedih dan ibu bapa perlu tabah dan atasi perasaan itu dengan menyayangi, membimbing dan mengajar mereka seperti anak normal.Ibu bapa perlu membuat rujukan doktor, sekiranya mendapati anak mereka Sindrom Down. Dapatkan maklumat mengenainya, dengan menghubungi pusat Sindrom Down. Ibu bapa juga boleh menadi ahli bagi persatuan Sindrom Down kerana cara itu dapat bertukar pengalaman dan berkongsi maklumat demi kebaikan anak mereka.

Perkembangan kognitif kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down Dari segi perkembangan kognitif bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah mereka kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Ini adalah kerana perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, Kepandaian kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah lebih rendah daripada kanak-kanak normal. Perkembangan kognitif di kalangan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah sentiasa berubah-ubah dan ia tidak dapat diramalkan. Dari segi mental, pertumbuhan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah lebih lambat daripada kanak-kanak normal. Keupayaan untuk memikirkan tentang banyak perkara tidak mungkin dapat dicapaikan seperti mana dapat dicapaikan bagi kanak-kanak normal. Keupayaan mental kanak-kanak Sindrom Down agak kebelakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal dan pertumbuhan mental mereka juga ketinggalan agak jauh kebelakang dari kanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka. Ini mungkin disebabkan oleh kerosakan saraf-saraf otak yang dialami oleh mereka. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai pelbagai kebolehan dan kejayaan mereka di sekolah adalah berbeza. Terdapat perbezaan dalam pertuturan antara kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dengan kanak-kanak normal. Mereka mempunyai kelewatan pertuturan. Walaupun ini merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, namun mereka masih memerlukan pertuturan untuk membantu mereka dengan menyampaikan sesuatu dengan terapi baik. 10

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Perkembangan kognitif kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran berfikir dan mengingat. Kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down ialah pertuturan. Pengetahuan mereka mengenai dunia ini biasanya adalah diperolehi melalui permainan, manipulasi dan penerokaan. Pengajaran konsep seperti warna, saiz, nombor dan bentuk dapat membantu mereka dalam mengenal perkataan yang asas perlu dipelajari untuk membantu mereka dalam pertuturan. Kemahiran pertuturan dan bahasa telah memain peranan yang utama bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Perkembangan kognitif juga merujuk kepada pengetahuan mengenai dunia dan memahami dunia melalui fizikal dan sosial. Pengetahuan yang biasa diperolehi oleh kita ialah melalui semua pancaindera dan sentuhan kita tatapi bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down ialah mereka melihat semua perkara atau aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka serta melalui permainan atau mengguna objek-objek di dalam jangkauan mereka. Mereka lebih mudah memahami atau mengingat dengan melalui permainan dan mainan mereka adalah seperti menyusun kotak dan sebagainya yang boleh memberangsangkan mereka untuk berfikir. Mereka memahami tingkah laku dan tindakan yang dilakukan oleh orang di sekelilingnya serta peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia mereka kerana mereka bermain dengan cara yang imaginasi dengan mainan mereka seperti berlakon atau bermain menjadi seorang petani, membuat makanan, meletakkan boneka tidur atau bermain dengan keretapi. Oleh itu, permainan telah memain peranan yang penting dalam membantu perkembangan kognitif kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dan aktiviti permainan boleh digunakan untuk mengajar banyak perkara lagi yang perlu dipelajari oleh mereka. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down menunjuk keseronokan semasa dalam permainan. Perkembangan kognitif dalam 1 hingga 2 tahun pertama bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down memberi tumpuan kepada keupayaan untuk membangun dan meningkatkan kebolehan dalam permainan manipulatif dengan mainan kanak-kanak dan kemudian ialah pemahaman mereka tentang persekitaran atau dunia yang ditunjukkan dalam permainan seperti permainan meniru dan mereka akan mempunyai daya imaginasi mereka. Mereka belajar mengenai ciri-ciri objek dan melalui peristiwa yang berlaku dalam dunia mereka serta belajar saiz, warna dan bentuk benda dan mengenal benda tersebut sama ada panas, sejuk, basah atau kotor. Menurut penyelidik Jennifer Wishart dan rakan-rakannya yang telah membuat kajian pada kanak-kanak Sindrom Down, mereka telah memerhatikan bahawa apabila kanak-kanak Sindrom Down berhadapan dengan cabaran kognitif dalam 11

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

persekitaran makmal, kanak-kanak Sindrom Down sering mengelakkan diri daripada melakukan tugasan yang diberi oleh guru berbanding dengan kanak-kanak normal dan tingkah laku ini adalah termasuk enggan melihat tugas, berjuang keluar dari kerusi atau secara tiba-tiba akan menangis.

Pembangunan sosial bagi kanak-anak yang menghidap Sindrom Down Pertumbuhan dari segi sosial bagi kanak-kanak Sindrom Down adalah begitu ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka agak lambat berinteraksi dengan orang asing yang ahli-ahli bukan dari keluarga mereka seperti rakan sebaya, guru atau jiran. Dari segi pembangunan sosial, kanak-kanak Sindrom Down adalah sangat rendah dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan perempuan, belum faham perbezaan lelaki dan perempuan walaupun umur mereka sudah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan rakan-rakan sebaya juga tidak menampakkan

kematangan. Mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak normal. Kanak-kanak Sindrom Down tidak pandai untuk menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran yang asing terutamanya yang bukan dari keluarga mereka. Mereka kemungkinan akan kurang berkeyakinan diri serta berasa rendah diri yang menjadikan mereka sukar menyesuaikan diri dalam masyarakat, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mendapat sokongan dari masyarakat di sekeliling mereka.

Pertumbuhan kasih sayang, suka, duka dan pelbagai perasaan tetap ada pada kanak-kanak Sindrom Down. Mereka juga mempunyai emosi seperti kanak-kanak normal. Mereka juga akan menangis, sayangkan sesuatu, ketawa dan marah seperti yang dilakukan oleh kanak-kanak normal cuma perbezaannya adalah mereka tidak dapat atau pandai mengawal emosi mereka sepertimana yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak normal. Untuk kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, perkembangan sosial biasanya merupakan satu kekuatan bagi mereka yang bermula di peringkat awal. Banyak kesan yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down menyampaikan mesej mereka melalui lisan atau bukan lisan seperti nada suara, ekspresi muka dan postur badan. Walaupun mereka tidak memahami semua bahasa pertuturan yang digunakan dalam suatu situasi sosial tetapi mereka masih mampu menyampaikan mesej utama mereka tentang perasaan dan berkelakuan dengan cara yang sesuai walaupun kelewatan dalam pembangunan kemahiran bahasa pertuturan.

12

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down, mereka akan dipengaruhi oleh masyarakat, keluarga, sekolah, persekitaran dan cara mereka dilayan oleh orang lain. Sebilangan kecil kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai gangguan neuro develop mental, termasuk gangguan spectrum autistic dan kanak-kanak seperti ini akan menghadapi kesukaran bersosial dengan masyarakat atau dengan orang lain. Pengaruh dalam pembangunan sosial adalah seperti perangai, personaliti, bahasa, keupayaan kognitif, keluarga, masyarakat, persekitaran, jangkaan dan pengurusan. Pembangunan sosial bermula dari hari perawalan kehidupan bayi dan dipengaruhi oleh pengalaman mereka dengan ibu bapa atau penjaga mereka. Sesetengah ibu bapa yang mendapat anak yang menghidap Sindrom Down biasanya akan berasa tertekan dan menghadapi kesukaran dalam menjaga anak mereka serta mereka mudah berputus asa. Tetapi bagi sesetengah ibu bapa pula, mereka dapat mengatasi masalah ini dengan berani,yakin serta tidak akan mudah berputus asa dalam menjaga anak mereka yang menghidap Sindrom Down. Dalam kata erti lain, pembangunan sosial adalah satu proses yang dinamik dan interaktif di mana tingkah laku kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dengan ibu bapa mereka adalah saling mempengaruhi antara satu sama lain dan pengalaman yang berterusan di mana kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempengaruhi perkembangan mereka di samping untuk solek biologi mereka. Pembangunan tingkah laku dan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dipengaruhi oleh perangai dan personaliti yang berbeza seperti ada kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down suka keluar dan bergaul, ada yang pemalu dan mendapati dia sukar untuk berkawan dengan orang lain. Kajian penyelidikan telah menunjukkan bahawa pelbagai ciri-ciri yang berbeza sikapnya dan personaliti di kalangan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down adalah sama seperti julat yang diperhatikan di kalangan kanak-kanak normal. Kajian penyelidikan juga menunjukkan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down selalunya berfikiran tenang dan gembira serta tiada kerunsingan dan mereka naf. Sesetengah kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down akan menghadapi kesukaran seperti gangguan spectrum austime ( ASD ), defisit perhatian gangguan hiperaktif ( ADHD ), gangguan kompulsif obsessional ( OCD ), kebimbangan atau kemurungan yang perlu didiagnosis dan dirawat sewajarnya. Kesukaran seperti ini akan menjejaskan pembangunan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Pembangunan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dipengaruhi oleh pemahaman mereka tentang persekitaran di sekeliling mereka dan tingkah laku orang lain. Oleh itu, kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down 13

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

dengan kelewatan perkembangan kognitif ( mental ) mungkin menghadapi kesukaran dalam menjadi sosial yang kompeten dan dalam mengawal atau mengawal selia sendiri kelakuan mereka. Kadar kemajuan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak yang

menghidap Sindrom Down juga mempengaruhi semua aspek dalam perkembangan sosial mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mudah mengalami kekecewan kerana menghadapi kesukaran dalam menjelaskan atau menyampaikan perasaan mereka serta mesej yang ingin disampaikan oleh mereka. Oleh itu, perkembangan mereka adalah lebih lambat atau perlahan dalam pertuturan bahasa dan perkembangan kognitif akan lebih berisiko untuk tingkah laku dan masalah sosial serta akan menjadi lebih mencabar untuk mengurus bagi tempoh yang lebih lama ketika zaman kanak-kanak. Perkembangan sosial mereka akan menjadi semakin baik dengan peningkatan umur mereka. Bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down yang lahir dari keluarga yang berbeza akan mempengaruhi perkembangan sosial mereka seperti dalam keluarga yang miskin, bermasalah atau mempunyai ibu bapa yang kurang bernasib baik seperti menghadapi pengangguran dan ini akan menjadi kesukaran serta cenderung dalam pembangunan sosial kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down manakala bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down yang lahir dari kekuarga yang sederhana atau harmoni, pembangunan sosial mereka akan menjadi lebih baik dari keluarga yang menghadapi banyak masalah. Ini telah menunjukkan bahawa perbezaan keluarga mempunyai kesan yang sama mengenai kemajuan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dengan kanak-kanak yang normal. Di samping itu, sesetengah keluarga menghadapi kesukaran menyesuaikan diri untuk menjadi ibu bapa kanak-kanak yang hilang upaya dan mereka menggunakan sistem sokongan di luar keluarga untuk mempengaruhi kemajuan anak mereka yang menghidap Sindrom Down. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down suka melakukan sesuatu perkara untuk mendapatkan reaksi yang mereka mahu seperti melarikan diri yang biasanya mengakibatkannya dikejar dan pelbagai tingkah laku yang lain seperti menyentuh kerja sekolah kanak-kanak yang lain atau membuat bunyi di dalam kelas untuk menarik perhatian guru. Ramai kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai keupayaan untuk belajar rutin sosial harian dengan meniru dan menyalin tingkah laku orang lain. Pembelajaran tiruan adalah kekuatan bagi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down dan mereka mengambil maklumat dengan melihat tingkah laku yang dilakukan oleh kanak-kanak yang lain yang juga menghidap Sindrom Down.Adalah penting untuk kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down mempunyai persahabatan 14

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

dengan kanak-kanak yang sama dengannya. Mereka amat memerlukan sokongan untuk membangunkan tingkah laku sosial yang sesuai dengan mereka. Sekolah boleh mengadakan aktiviti seperti sukan, koir, projek kumpulan dan sebagainya untuk merapatkan hubungan antara kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Pada zaman kini, ada orang yang menghidap Sindrom Down hidup dengan bahagia dan ada juga yang dapat berkahwin serta mempunyai kehidupan masingmasing. Ada juga yang memegang pekerjaan serta menjadi pemuzik, pelakon atau pelukis. Mereka adalah memerlukan banyak masa untuk mencapai tahap ini. Kanakkanak Sindrom Down selalunya mempunyai personality introvert. Mereka kurang aktif dalam pergaulan dan melakukan aktiviti berkumpulan. Mereka tidak berapa suka dengan orang baru atau orang yang asing kepada mereka terutamanya orang yang mereka belum kenali. Mereka sukar diajak untuk berbicara dan ini mungkin disebabkan mereka kurang fasih berbahasa atau lambat dalam pertuturan serta kekurangan keyakinan dalam diri mereka. Kadang-kala mereka bersifat pemalu dan kadang-kala bersifat pendiam. Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak Sindrom Down yang bersifat ekstrovert dan juga ambivert. Mereka yang berpersonaliti begini biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran, terutamanya ibubapa, keluarga , jiran-jiran dan masyarakat di sekeliling. Orang yang berada disekeliling mereka akan memberi motivasi kepada mereka untuk lebih berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup bermasyarakat. Apabila kanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai keyakinan diri, maka mereka akan lebih berani bergaul dengan orang-orang disekeliling mereka dan mudah masuk dalam kumpulan-kumpulan, pandai menyesuaikan diri dengan rakanrakan, guru-guru dan sebagainya. Perasaan malu mereka dengan sendiri akan hilang dan mereka lebih suka bergaul dengan orang lain terutamanya dalam melakukan aktiviti berkumpulan. Kanak-kanak normal pula lebih berpersonaliti ekstrovert. Mereka adalah mudah dan cepat mendapat kawan serta suka bergaul dengan orang lain atau berkumpulan dan mereka adalah lebih berkeyakinan diri daripada kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak normal adalah lebih cepat menerima kawan baru dan bersifat terbuka dalam pergaulan. Jika terdapat kanakkanak normal yang bersifat introvert, ini adalah kemungkinan terjadi disebabkan faktor-faktor genetik atau persekitaran. Contohnya masalah kegemukan akan membuatkan seseorang kanak-kanak itu membencikan dirinya dan berjauhan dengan rakan-rakannya kerana berasa malu serta takut disisihkan oleh kawankawannya. Jadi personality ini boleh berubah pada setiap individu tidak kira kanakkanak normal ataupun kanak-kanak Sindrom Down.

15

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Perubahan personaliti boleh dibentuk oleh orang-orang yang terdekat dengan mereka seperti ibu bapa, keluarga, guru-guru atau orang di sekeliling mereka. Kita perlu memberi input dan pendidikan ke arah positif demi membentuk personaliti yang sempurna atau baik bagi kanak-kanak Sindrom Down. Suasana persekitaran memain peranan yang penting dalam membantu pembesaran kanak-kanak Sindrom Down. Ketenangan dan kemesraan ibu bapa atau penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat. Kanak-kanak Sindrom Down perlu berasa selamat, disayangi dan diterima masyarakat atau keluarga kerana ini dapat membantu mereka membentuk imej diri yang positif serta mendorong mereka untuk belajar. Dari segi emosi pula, kanak-kanak Sindrom Down ini tidak berupaya menguasai perasaan serta mengawal perasaan mereka ketika marah atau cemburu. Mereka kurang mempunyai perasaan malu dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Mereka akan menjerit dan menangis tanpa segan dikalayak ramai jika kemahuan mereka tidak dapat dituruti. Perasaan segan atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak-kanak Sindrom Down, mereka kurang faham

perbezaan peranan lelaki dan peranan perempuan, jadi perasaan malu kepada lain jantina kurang kepada mereka. Masalah Perkembangan Pelajaran Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan. Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada lambat dari pelbagai aspek. Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak ini mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam

perkembangan motor halus dan kasar. Contohnya mereka ini lambat dalam berlari berbanding kanak-kanak biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti menulis, melukis dan lain-lain juga amat lambat berkembang. Namunperkembangan motor halus dan kasar akan berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka. Pekembangan kognitif pula, kanak-kanak sindrom down kurang mempunyai kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaalukan,

pembentukan konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Namun perkembangan sosial mereka amat 16

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

menggalakkan kerana kanak-kanak jenis ini sangat periang. Hal ini, menjadikan mereka amat digemari oleh ahli keluarga mereka. Langkah pencegahan Sindrom Down Beberapa langkah dalam pencegahan Sindrom Down yang dapat dilakukan iaitu meliputi ibu-ibu yang akan dan sedang mengandung. Sememangnya bagi wanita atau ibu yang ingin mengandung, umur mereka adalah tidak digalakkan mencecah atau melebihi tiga puluh lima tahun disebabkan kesuburan. Jika seorang wanita atau ibu yang pernah mengalami masalah seperti pernah melahirkan anak yang cacat atau mengalami masalah keguguran. Mereka hendaklah merujuk kepada pakar atau doktor untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak-anak Sindrom Down. Dengan melalui pemeriksaan, mereka akan mengetahui penyebabnya dan seterusnya ibu atau wanita tersebut boleh mengambil langkah pencegahan dengan segera. Jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawatnya tidak dapat dijalankan lagi walauun dengan melakikan pemeriksaan darah atau ari-ari seorang seperti yang telah dinyatakan serta kromosom dari cairan ketuban. Zaman kita sekarang penuh dengan teknologi canggih, dengan adanya teknologi yang canggih dalam bidang perubatan, maka bagi ibu-ibu yang sedang mengandung boleh menjalani ujian untuk mengesan gejala Sindrom Down sebagai langkah pencegahannya. Kaedah ujian ini merupakan satu langkah pencegahan yang boleh dilakukan dalam tempuh yang terdekat iaitu dalam tempoh tiga bulan pertama ketika kehamilan. Prosedur bagi ujian ini tidak akan mendatangkan kesan serta menyakitkan dan ianya juga kurang merbahaya bagi bayi di dalam kandungan dan kaedah ini tidak melibatkan pengambilan cecair dari dalam rahim seseorang ibu. Wanita yang berumur tiga puluh tujuh tahun dan ke atas adalah berkemungkinan mendapat bayi atau anak Sindrom Down dan adalah satu dalam setiap satu ratus tiga puluh lapan kehamilan di dunia. Prosedur terbaru yang telah diperkenalkan dikenali sebagai FTPS atau Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan pertama yang dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan Sindrom Down. Ujian ini boleh dijalankan kepada ibu-ibu yang mengandung dari minggu sebelas hingga minggu empat belas kehamilannya. Jika seseorang wanita atau ibu mengalami kehamilan, maka mereka juga boleh melakukan ujian untuk menguji selnya bagi bayi yang sedang besar dalam kandungannya. Ia merupakan satu kaedah yang baru dan dikenali sebagai Pensempelan Vilus Korion. Kaedah ini membolehkan seorang doktor mengambil sel ini pada minggu yang kelima kehamilannya dan kaedah tersebut dilakukan dengan 17

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

hanya memasukkan satu tiub pig yang halus serta melalui vagina ibu dan seterusnya ke dalam uterus. Dengan adanya bantuan ultrasound, ia dapat memberikan gambaran tentang kandungan uterus serta tiub pig yang telah diletakkan di antara pengalas uterus dan korion yang merupakan satu membran yang melingkung bayi dalam kandungan yang sudah membesar. Seterusnya, penyedut akan digunakan untuk mengeluarkan satu sample Vilus Korion dan melaluinya sambungan bagi Korion dapat dilihat. Sel-sel ini adalah merupakan sel yang mengandungi genetik dan kromosom yang sama seperti bayi dan ia boleh diuji bagi pengesahan sebarang kecacatan genetik.

Contohnya,satu kariotip akan menunjukkan sama ada bayi yang akan dilahirkan menghidap Sindrom Down atau sebaliknya. Disamping itu, terdapat juga dua lagi kaedah ujian yang lain yang boleh digunakan untuk mengumpul sel iaitu melakukan ujian Amniosentesis yang boleh dilakukan kira-kira minggu keenam belas kehamilan. Ujian Amnioseniesis dilakukan dengan menggunakan sebatang jarum panjang untuk mengeluarkan sedikit bendalir Amnium dan sel fetus. Selepas sel dianilisis serta ujian kromosom yang boleh mengesan kekurangan biokimia boleh dijalankan. Dalam fetoskopi, satu periskop yang kecil dengan satu sumber cahaya sejuk disisipkan melalui satu belahan yang kecil di dalam uterus. Melalui kaedah ini membolehkan kita melihat sebahagian kecil fetus di dalam kandungan dan mengalami sample kulit serta darah bagi tujuan untuk dalakukan ujian. Langkah pencegahan selepas mendapati seorang kanak-kanak menghidap Sindrom Down adalah dengan melaksanakan program kerjasama antara pelbagai disiplin. Kerjasama antara disiplin adalah termasuk terapi pertuturan, guru pendidikan khas, terapi bahasa, ahli psikologi, pentadbir dan ahli-ahli lain yang mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh digunakan oleh ibu bapa bagu mengembangkan potensi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Pengesahan dan intervensi awal adalah sungguh penting bagi mengenalpasti masalah kecacatan yang dialami. Sokongan, fahaman dan galakan daripada guru dan ibu bapa amatlah diperlukan bagi mengembang potensi kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down. Kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai kecerdasan dan deria harus menjurus kepada perkembangan mental dan individu berkeperluan khas. Segala tindakan dan susur atur program pendidikan kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down atau berkeperluan khas harus menepati pengembangan potensi agar ianya tidak menjadi masalah sosial.

18

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

Rawatan Bagi Sindrom Down Sehingga kini masih belum ada ubat untuk merawat sindrom down. Namun masih ada beberapa terapi untuk kanak-kanak ataupun orang yang mempunyai sindrom down bagi perkembangan dari aspek sosial, kognitif dan emosi. Terapi Kuda, menurut Mc Callum terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut

amat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down. Menurut Chassigne pula menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanakkanak ini dalam membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan juga ia dapat mendorong semangat penunggang. Melalui aktiviti ini berkuda ini, kanak-kanak sindrom down dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka dapat menyentuh dan menunggang kuda tersebut. Selain itu, ia dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi di mana kanak-kanak sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda . Hal ini, meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap

bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka perlu membelai kuda tersebut supaya kuda itu terasa tidak terancam. Terapi Air, sesuai untuk kanak-kanak sindrom down dalam

perkembangan fizikal dan motor halus dan motor kasarnya. Selain itu otot-otot juga dan otak dapat dirangsangkan. Hal ini kerana pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak sindrom down dapat

memperkembangkan sistem kognitif mereka dimana semasa dalam air mereka perlu menggunakan beberapa anggota badan ataupun sistem pernafasan dalam satu masa. Oleh itu, mereka dapat selarikan pergerakan badan dan sistem pernafasan dalam keadaan stabil. Air dapat memberi ketenangan kepada kanak-kanak sindrom down . Maka, kaedah ini dapat membantu mereka dalam pengawalan emosi. Selain itu, aktiviti ini membina kemahiran sosial mereka juga, di mana mereka terdedah dengan persekitaran luar. Terapi Cara Kerja, adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti

hidup seseorang. Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan harian, penjagaan diri dan keamanan diri di tempat kerja dan riadah. Terapi ini melibatkan penilaian kognitif dan persepsi kanak-kanak sindrom

19

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

down dan kebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju dan membuat kerja rumah. Terapi cara kerja mengembangkan semua aspek di mana mereka perlu melakukan tugas harian selalunya terapi ini di ajar di sekolah bagi mata pelajaran kemahiran hidup. Terapi Urut, dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan

pembentukan otot bagi kaki dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu, peningkatan aktiviti fungsi motor halus dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi. Hal ini dapat mengawal postur badan. Terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutan yang kerap dapat mempercepatkan perkembangan motor-motor halusnya seperti memegang, menulis dan sebagainya. Ibu bapa boleh mempelajari urutan in dari pakar urut. Pakar ini dapat mengajar dengan cara yang betul dalam mengurut kanak-kanak keperluan sindrom down. Kesimpulan Sindrom Down merupakan kecacatan baka ( genetik ) dan tidak boleh diubati. Dianggarkan Sindrom Down terjadi pada kadar satu bagi setiap enam ratus lima puluh kelahiran. Perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak Sindrom Down adalah lambat berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak Sindrom Down perlu pendidikan khas seawal yang mungkin agar dapat membantu mereka belajar berdikari. Pengidap Sindrom Down boleh menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain jika dididik dengan betul. Sindrom Down terbahagi kepada tiga iaitu Trisomi, Translocation dan Mosaic. Tidak kira jenis apa, kanak-kanak Sindrom Down boleh dikenali melalui wajah mereka yang seiras. Masalah bahasa juga dapat dilihat dengan jelas berbanding dengan kanak-kanak normal. Tunjuk ajar dan didikan daripada guru atau ibu bapa yang berkesan dapat membantu mereka untuk berdikari apabila tamat persekolahan nanti. Perbezaan mereka dengan kanak-kanak normal adalah sangat ketara dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Jadi pertumbuhan, perkembangan dan personaliti mereka adalah tidak sama dengan kanak-kanak normal. Ini adalah disebabkan kecacatan yang dialami oleh mereka dari segi mental dan fizikal sejak kelahiran mereka. Perkembangan kanak-kanak normal dari segi fizikal, emosi, kognitif dan sosial adalah bersesuaian dengan peringkat umur mereka tetapi perkembangan Untuk kanak-kanak Sindrom Down pula adalah terkebelakang berbanding dengan umur mereka. Ini adalah disebabkan oleh kebolehan intelek kanak-kanak sindrom Down ini rendah berbanding dengan kanak-kanak normal. Tahap kerencatan mental kanak-kanak Sindrom Down inilah yang menyebabkan mereka kurang dari segi 20

Tugasan 1: Sindrom Down

Group B.PAHAT02(A112PJJ) D 20102041532

Ng Su Mui 830223-01-5588

pencapaian dalam aspek-aspek fizikal, emosi. Sosial dan kognitif berbanding dengan kanak-kanak normal yang sebaya dengan mereka. Kanak-kanak Sindrom Down perlu didedahkan dengan konsep-konsep konkrit, iaitu konsep yang boleh dilihat dan disentuh. Peneguhan adalah sangat penting dilakukan dengan serta merta apabila sesuatu tugasan telah selesai tidak kira objektif tercapai atau pun tidak tercapai. Kita sebagai pendidik harus bijak menangani permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak Sindrom Down ini.

Bibliografi 1. Anda Ingin Tahu Mengenai "Sindrom Down" Dengan Lebih Lanjut, Dr. Wan Asma Wan Ismail, Kelantan Malaysia, 2011 2. The Child With Special Needs (Anak Berkebutuhuan Khusus), Stanley l. Greenspan, M.D dan Serena Wieder, Ph . D serta Dra. Friadiawati Sulungbudi, Jakarta 3. Gifts: Mothers Reflect on How Children with Down Syndrome Enrich Their Lives, Kathryn Lynard Soper, Woodbine House USA, 2007 4. Fine Motor Skills in Children with Down Syndrome: A Guide for Parents and Professionals (Topics in Down Syndrome) Maryanne BrunI, Woodbine House USA, 1998 5. Hajah Hasnah Udin. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP,1988.
http://fazlie-biosensei.blogspot.com/2008/10/masalah-genetik-punca-sindrom-down.html http://ambassadors.net/archives/issue24/educators.htm http://www.scribd.com/doc/36967347/Laporan-Sindrom-Down http://www.kesehatan123.com/2387/sindrom-down/ http://widypsikologi.wordpress.com/2010/02/18/pengertian-down-syndrome-penyebab-danpencegahannya/

21

You might also like