You are on page 1of 2

Nama : Wan Suhaiza Azieha Bt Wan Ahmad No.

Matrik: 146827 ISU PEMBUANGAN BAYI Kes pembuangan bayi diibaratkan sebagai penyakit sosial segelintir masyarakat kita yang tandus nilai keagamaan dan kemanusiaan. Penyakit sosial ini turut mencerminkan kerapuhan pegangan agama dan ketandusan nilai kemanusiaan anggota masyarakat sehinggakan mereka keliru antara perkara yang baik dan mungkar disisi Allah swt. Dalam islam itu sendiri melarang penganutnya menggugurkan janin dengan sengaja apatah yang sudah cukup sifatnya kerana tindakan seumpama itu dianggap membunuh. Inikan pula membuang bayi yang sudah dilahirkan ke dunia dengan penuh kesakitan untuk melahirkan anak tersebut. Islam melarang keras penganutnya berlaku zalim sesama makhluk dan sekiranya perkara itu tetap dilakukan nescaya Allah swt akan memberi ganjaran yang setimpal di akhirat nanti. Mereka yang melakukan pembuangan bayi ini harus dihukum dengan setimpal kerana telah melakukan kesalahan yang berat. Hal ini kerana bayi itu dibuang itu meninggal dunia kerana dibuang ke dalam tong sampah, dicampak kedalam sungai dan ada yang dibiarkan begitu sahaja sehinggakan bayi tersebut meninggal kerana digigit semut. betapa kejamnya manusia pada hari ini dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini tidak bertamadun sehinggakan manusia dizaman yang serba canggih dan moden ini bersikap seperti orang pada zaman jahiliah. Kemana hilangnya nilai kemanusian dalam diri mereka? Banyak punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya ialah perasaan ingin mencuba yang kuat dalam diri para remaja. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada guide line dari orang-orang yang sepatutnya. Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial. Namun tidak semua yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Terdapat segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata

mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya

hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, dan lain-lain. Islam tidak melarang kita untuk mencari hiburan tetapi setiap hiburan itu mestilah mempunyai batas-batas yang telah digariskan oleh syariat. Memandangkan masalah pembuangan bayi meninggalkan kesan buruk dalam masyarakat, pelbagai langkah dan inisiatif perlu diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Ibu bapa mestilah memainkan peranan yang sewajarnya terhadap anak-anak dari sudut pergaulan sesama rakan agar tidak melampaui batas. Nilai murni dan kemanusiaan serta pegangan agama yang kukuh haruslah disalurkan dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil kerana melentur buluh biarlah ketika rebungnya. Insan yang berakhlak mulia sejak kecil pasti tidak sanggup bertindak di luar norma kehidupan untuk melakukan sesuatu perlakuan yang negatif. Selain itu, pendedahan kepada pendidikan moral dan agama merupakan langkah yang wajar kerana dapat menerapkan nilai-nilai mulia. Undang-undang bagi kes pembuangan bayi mesti diperketatkan lagi. Hukuman juga mestilah setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Tindakan perundangan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada segelintir masyarakat supaya tidak melakukan sesuatu dengan sesuka hati. Oleh itu, semua pihak haruslah memandang serius permasalahan ini supaya ianya tidak menjadi barah dalam mesyarakat kita pada hari ini.

You might also like