You are on page 1of 1

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1A. PENGENALAN A. Kertas satu mempunyai 40 soalan.

Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit. Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah) Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting. B. PEMILIHAN JAWAPAN * Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap * Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor. * Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:a.Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang betul. C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA * Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti mengingat kembali mengira mengidentifikasi mencari persamaan mengaplikasi mencari perbezaan mendeduksi membuat perbandingan menginterpretasi * Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan. Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan. D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN 1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akanmembuang masa jika mengambil masa yang lama. 2. Bulatkan nombor-nombor soalanyang tidak dapat dijawab 3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu. 4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawapan yang paling mungkin sekali. 5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpadijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah. 6. Setelah mendapat jawapan bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawapan. 7. Pastikan jawapanyang dihitamkan sepadan dengan jawapan dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan 8. Semak semula jawapan yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar . E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF A. Aneka Pelengkap 1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha A. untuk mencari untung B. meningkatkan taraf hidup C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan B. Aneka Pilihan 2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian? I. mengalakkan persaingan II. mendapatkan lebih banyak modal III. mengurangkan risiko kerugian IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan A. I,II dan III B. II,III dan IV C. I,II dan IV D. I,III dan IV (Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawapan.Dalam soalan di atas,Jika sukar untuk mencari jawapan tepat.Oleh itu,tolak dahulu jawapan yang paling tidak tepat.Akhir sekali, jika terdapat 2 jawapan yang sukar dibezakan.Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawapan anda betul lebih tinggi.)

You might also like