You are on page 1of 7

Konkrit Tegas Dulu

September 27th, 2011 MonD Leave a comment Go to comments

1.1

Takrifan Konkrit Tegas Dulu

Konkrit bertetulang yang ditegaskan terlebih dahulu supaya tegasan tegangan di mana timbulnya rerambut akibat daripada rekahan yang berlaku pada zon tegangan dapat diatasi. Tujuannya adalah untuk menghadkan kawasan tegasan tegangan struktur di mana

retakan / rekahan akan berlaku pada konkrit apabila beban dikenakan ke atasnya. Proses tegas dulu dalam konkrit bertetulang dibuat dengan menarik atau menegangkan dawai-dawai keluli dan tetulang secukupnya. Apabila dawai atau tetulang ini dilepaskan dari mesin penarik atau penegang, ia akan menarik sama rata konkrit-konkrit yang terdapat disekelilingnya dalam usaha untuk kembali ke ukuran atau saiz asalnya.

Rajah 1.1 Prinsip Teori Tegas dulu Ciri-ciri rekabentuk konkrit tegas dulu mengambilkira iaitu: a) Retakan / rekahan b)Pindahan tegasan c)Lenturan d) Pesongan e) Ricihan Contoh mudah harian terhadap prinsip asas teori tegas dulu ialah kerja yang dilakukan oleh seseorang ketika mengangkat beberapa biji bata. Salah satu daripada cara

mengangkat ialah dengan menyusun bata itu melintang dan mengenakan tekanan yang seimbang dikedua-dua hujungnya.

Rajah 1.2 : Prinsip Asas Teori Tegas dulu Dalam konkrit tegas dulu, tegasan mampatan dulu boleh direkabentuk untuk menahan tegasan tegangan sendeng (ricihan). Di bawah beban kenaan unit tegas dulu akan melentur dan mengurangkan mampatan bina dalam. Tetapi apabila beban diedarkan, mampatan akan kembali semula dan unit akan kembali ke bentuk asalnya.

Rajah 1.3 : Konsep Teori Tegas Dulu Apabila beban dikenakan dan tegasan tegangan terbentuk dalam tetulang keluli, retakan/rekahan juga terbentuk pada konkrit disekeliling tetulang. Ini adalah kerana daya terikan tegangan konkrit adalah rendah. Oleh itu konkrit tegas dulu direkabentuk untuk mengatasi kelemahan ini yang berlaku kepada konkrit tetulang. Tegasan tegangan dalam konkrit dapat diatasi dengan : a) b) Penggunaan tetulang dalam konkrit bertetulang. Penggunaan system teori penegasan dulu.

Konkrit tegas dulu digunakan untuk struktur siap tuang iaitu struktur yang menanggung beban yang tinggi seperti jambatan. 1.2 Prinsip-prinsip Asas Konkrit Tegas Dulu Prinsip yang digunakan ialah dengan memberikan daya mampatan terhadap konkrit. Oleh itu tegasan mampatan akan terdapat dalam konkrit. Tujuannya ialah untuk mengimbangi tegasan tegangan yang terlibat apabila beban dikenakan. Kabel / Besi tetulang akan di tarik dan ditegangkan serta ditambatkan secara kekal di hujung konkrit dan ini akan berlakunya daya tegangan. Daya tegangan ini kemudiannya dilepaskan agar kabel tadi akan cuba kembali ke panjang asal. Proses ini akan menerbitkan / berlakunya daya mampatan (yang berlainan arah) di dalam konkrit. Konkrit yang telah dimampatkan tadi tidak lagi dianggap sebagai beban mati tetapi bertindak seperti mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi untuk mengelakkan retakan. Konkrit adalah kuat dalam mampatan tetapi lemah dalam tegangan. 1.3 Kebaikan Konkrit Tegas Dulu

Hanya 1/5 sahaja daripada berat tetulang yang diperlukan oleh konkrit bertetulang digunakan dalam konkrit tegas dulu. Kuantiti konkrit yang diperlukan adalah kurang. Ahli konkrit tegas dapat diperbaiki. Mempercepatkan masa untuk pembinaan struktur yang besar. dulu diuji semasa pembuatannya dan sebarang kerosakan

Contoh : Jambatan dan Fly- over. 1.4 Kaedah-kaedah Proses Pengasan

Terdapat dua kaedah iaitu : a) Kaedah Tegang Dulu (Pre-Tensioning) b)Kaedah Tegang Kemudian (Post-Tensioning)

a)

Kaedah Tegang Dulu

i) Acuan dipasang mengelilingi tendon (contoh : kabel keluli)

ii) Konkrit diisi dan dibiarkan mengeras serta diawetkan. iii) Apabila konkrit telah mencapai kekuatan yang diperlukan, tendon tadi dilepaskan dari tambatan dan hydraul jack. iv) Oleh kerana konkrit telah mencengkam pada tendon, maka tendon tadi tidak akan bergerak dan kekal kepada panjang asal. v) Tendon dipotong rata pada permukaan konkrit di kedua-dua hujung dan dicat dengan cat pencegah karat.

Rajah 1.4 : Konkrit Tegas Dulu

Rajah 1.5 : Contoh kaedah tegang dulu bagi produksi talian panjang

Rajah 1.6 : Alat Pemegang Untuk Tegas Dulu

a)

Kaedah Tegang Kemudian


1. Tendon dimasukkan ke dalam satu salur / logam yang boleh melentur di mana satu hujungnya akan diikat pada bucu hydraul jack. 2. Acuan disediakan pada bentuk yang diperlukan. 3. Konkrit diisi ke dalam acuan yang mengandungi tendon dalam salur logam tadi dan dibiarkan mengeras sehingga kekuatan yang diperlukan tercapai. 4. Setelah konkrit mencapai kekuatannya, kotak acuan dibuka dan tendon ditarik serta ditegangkan tambatan. 5. Tambatan dilengkapkan dengan plat. 6. Apabila tendon mengecut, ia akan menarik plat (di kedua-dua hujung) masuk ke dalam & seterusnya menghasilkan tegasan mampatan dalam konkrit. dengan menggunakan bucu hydraulik dan diikat pada

Rajah 1.7 : Konkrit Tegas Kemudian 1.4 Ciri-ciri tetulang/tendon yang digunakan Tetulang keluli terdiri daripada keluli yang mempunyai tegasan yang tinggi 100140 tan/in dan dengan tegasan tegangan yang dibenarkan 60 tan/in. Keluli yang digunakan biasanya selapis, dua lapis atau tiga lapis dan seterusnya sehingga setebal 4mm dalam garispusat. Jenis-jenis dawai tetulang biasanya dikenali sebagai : a) b) Kabel : Sekumpulan tendon. Tendon : Dawai-dawai, bar atau lembar yang dibentuk dalam keadaan sejuk

dikenali sebagai hard drawn wires. c) Bar : Tetulang dengan keratan padu.

d)

Lembar heliks : Sekumpulan dawai yang dipintal atau dipusingkan dalam bentuk

heliks. 1.5 Ciri-ciri Konkrit yang digunakan Konkrit hendaklah terdiri daripada konkrit kualiti kelas satu. Segala proses pembuatan atau bancuhannya diteliti dan diawasi dengan baik dan sempurna mengikut penentuan yang ditetapkan. Simen yang digunakan adalah terdiri daripada simen mengeras cepat supaya bancuhan yang telah dibuat cepat keras dan kering dengan lebih awal. Dengan ini ahli struktur dapat digunakan dengan lebih awal lagi. Setiap ahli struktur biasanya diwapkan supaya cepat mengeras. Nisbah bancuhan bahan ialah 1:1:3. Nisbah air-simen yang digunakan ialah 0.45. Proses pemadatan dibuat dengan mesin penggetar. Kekuatan mampatan yang mesti dicapai hasil daripada ujian kiub ialah lebih daripada 43 N/mm pada umur 28 hari. Kekuatan mampatan minima yang mesti tercapai ialah 28.5 N/mm.

You might also like