/  2
 
 Nama pengirim: ABDUL SAMAD BIN ABDUL HAKIMAlamat Rumah: No.154,Taman Melor,06700 Pendang,Kedah.Alamat Pejabat: SMK Ayer Puteh Dalam,06700 Pendang,Kedah. No.KP: 650404-02-5461 No.Tel: 04 7593261 / 019 4770621Jawatan: Guru Penolong Kanan Kokurikulum _________________________________________________________________ 
KOKURIKULUM AKTIVITI WAJIB DI SEKOLAH
Bidang pendidikan dikaitkan dengan istilah kurikulum dan kokurikulum.Dua bidang itu telah meletakkan sistem pendidikan menjadi elemen penting ke arahmelahirkan generasi terbaik negara.Pendidikan tidak boleh bergerak di landasantepat jika salah satu bidang keciciran.Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan kokurikulum sebagai :“apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untumenambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yangdipelajari di bilik darjah.”Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dengan jelas memperakui bahawakegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib dilaksanakan.Kegagalan ataukeengganan melaksanakan aktiviti ini di sekolah adalah satu kesalahan dan telahdiperuntukan sejumlah denda berbentuk wang atau penjara.Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid 42.No 11 Tambahan No.41 Perundangan P.U (A) 196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuansekolah daripada kategori yang berikut:a
.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah; b.Hobi dan rekreasi;
 
c.Sukan dan permainan;d.Badan beruniform; ataue.Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.Setiap pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah diwajibkan untuk menyertai tiga gerak kerja yang terdiri daripada unit beruniform,kelab dan persatuan dan kelab sukan permainan.Setiap pembahagian gerak kerja itu pelajar dikehendaki memilih satu unit sahaja yang telah diluluskan oleh KementerianPelajaran.Ringkasnya,seorang pelajar perlu menganggotai satu unit beruniform,satu kelabatau persatuan dan satu kelab sukan yang diwujudkan di sekolah.Contohnya,pelajar A boleh memilih unit beruniform Kadet Remaja Sekolah(KRS),Persatuan Bahasa Inggeris dan Kelab Bola Sepak.Pelajar diberi kebebasanuntuk memilih gerak kerja kokurikulum mengikut minat atau berdasarkan hobi.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...