You are on page 1of 8

BINCANGKAN ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN EKONOMI DI INDIA

Bermula apabila kegiatan pertanian menjadi sumber ekonomi utama pada akhir zaman Vedik. Lebihan hasil pertanian secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan bandar dan aktiviti perdagangan luar dan dalam negara. Aktiviti perdagangan semakin pesat apabila permintaan meningkat. Pertambahan kilang dari masa ke masa menjadikan kegiatan ekonomi india menjadi semakin pesat.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi di india:


- penubuhan persatuan2 perdagangan dan perindustrian - penubuhan syarikat2 perdagangan -sistem mata wang -sistem cukai

ISI-ISI PENTING
PERSATUAN PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN

Didapati di semua bandar utama


Meliputi semua jenis perdagangan & perindustrian Menyatukan anggota-anggota syarikat dan pekerja2 persendirian untuk membentuk sebuah badan korparat yang tunggal.

Berkuasa menetapkan gaji pekerja, kualiti dan harga barangan yang dihasilkan.
Persatuan ini dikawal oleh raja melalui seorang penyelia iaitu Bhandagarika yang bertugas sebagai bendahari. Mempunyai mahkamah sendiri untuk membicarakan kes2 yang membabitkan anggotaangotanya. Anggota yang didapati bersalah akan disingkirkan dan dihalang daripada mewarisi perniagaan. Mahkamah ini juga berkuasa menyelesaikan masalah sosial anggotanya.

Setiap persatuan diketuai oleh Elder (Jyesthaka) yang disandang oleh anggota yang paling kaya dalam persatuan. Dibantu oleh sebuah majlis yang terdiri daripada anggota yang berpengalaman. Sesetengah persatuan mempunyai tentera untuk melindungi anggota-anggotanya Berperanan sebagai bank, menerima deposit dan memberi pinjaman kepada para pelancong. Bertindak sebagai pemegang amanah tabung kewangan milik institusi keagamaan.

SYARIKAT-SYARIKAT PERDAGANGAN Mempunyai cawangan di semua bandar. Contoh Viravalanjigar yang bermaksud Company of Gentlemen Merchants Di bawah kawalan sebuah majlis pusat di Mysore. Memberi perlindungan kepda anggota-anggotanya dalam memajukan perniagaan mereka. Konvoi-konvoi perdagangan dikawal oleh para pegawai syarikat dan di bawah perlindungan oleh askar-askar persendirian.

SISTEM MATA WANG Orang-orang India mewarisi penggunaan mata wang daripada orang Parsi. Peringkat awal, mata wang yang digunakan diperbuat daripada perak atau gangsa yang tidak berbentuk sekata. Lambang raja terdapat pada mata wang india (hanya digunakan selepas abad ke-2 M) Kulit kowri digunakan oleh golongan miskin sebagai mata wang. Zaman pemerintahan Maurya, mata wang emas jenis dinara Rom digunakan secara meluas di India. Penggunaan mata wang emas semakin meluas pada zaman pemerintahan Naga.

Amalan riba dan peminjam wang amat berpengaruh di kalangan masyarakat india.
Kadar faedah dan peraturan2 hutang dan gadai janji ditetapkan. Raja memberi pinjaman kepada petani sebagai galakkan kepada kegiatan pertanian dan pengairan. Terdapat juga peminjam2 wang professional (terdiri daripada pedagang kaya raya) seperti ceti.

SISTEM PERCUKAIAN Sumber ekonomi yang utama pada zaman pemerintahan Maurya. Pelbagai jenis cukai diperkenalkan :

Levi :dikenakan ke atas para petani Bhaga : petani harus menyerahkan 1/6 daripada hasil pertanian mereka kepada raja Bali : cukai keagamaan Kara : penyerahan sebahagian daripada hasil buah-buahan dan bunga kepada kerajaan. Sanabhakata : penduduk kampung membekalkan makanan kepada tentera raja yang melalui wilayah mereka. Hiranya : cukai dibayar dalam bentuk tunai Cukai pengairan dan cukai persatuan pedagang juga dikenakan Cukai darurat diperkenalkan untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan.

KESIMPULAN
Faktor2 tersebut banyak membantu dalam pembangunan ekonomi di India

Keadaan ini secara tidak langsung telah membentuk sebuah organisasi yang teratur dalam sistem ekonomi sesebuah kerajaan yang dapat meningkatkan lagi ekonominya sehingga ke peringkat antarabangsa.

You might also like