You are on page 1of 12

Bilangan Jurnal : Pertama Minggu Praktikum : Minggu Pertama Tarikh : 19 hingga 23 Mac.

2012 Tajuk Jurnal : Minggu pertama di SK Jalan Air Panas Saya dan ahli kumpulan praktikum yang lain telah memilih Sekolah Kebangsaan Jalan Air Panas sebagai sekolah untuk kami laksanakan proses praktikum seperti yang telah ditetapkan. Pada hari pertama kami berada di sekolah ini, kami telah menghadiri sesi perhimpunan mingguan yang dilaksanakan pada setiap minggu, sesi ini telah memberikan peluang dan ruang kepada kami untuk membuat gambaran awal mengenai sekolah pilihan ini. Perhimpunan pagi yang dilaksanakan juga memberikan kemudahan kepada kami untuk mendapatkan inputinput awal mengenai murid-murid yang belajar di sekolah ini. Setelah sesi perhimpunan mingguan selesai dilaksanakan, kami telah bersedia menerima taklimat daripada Tuan Haji Hashiki @ Hashikin B. Haji Hashim mengenai takwin sekolah dan maklumat-maklumat yang perlu dikumpulkan oleh kami untuk penyediaan portfolio. Penerangan yang diberikan oleh GPK Kurikulum ini amatlah bermanfaat kepada kami kerana maklumat yang telah diberikan berkait rapat dengan dunia pendidikan pada masa kini. saya dan pasangan saya iaitu Norafnie Adira Binti Makhtar telah menerima tanggungjawab untuk mengajar tahun satu dan dua, dan guru pembimbing yang telah diberikan kepada kami adalah Puan Meri Binti Abd Karim. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, dapat saya rumuskan bahawa murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, ini memberikan kelebihan kepada pihak sekolah untuk menerapkan semangat 1Malaysia dalam kalangan murid-murid. Perhimpunan pagi ini juga memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk memantau kehadiran murid-murid ke sekolah.Kedua, saya mendapati bahawa sekolah ini mengamalkan budaya memberi salam dengan baik. Murid-murid sentiasa memberikan salam kepada guru tanpa mengira situasi, budaya ini merupakan sesuatu yang sangat untuk diamalkan di semua sekolah. Budaya yang diamalkan ini mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah. Budaya memberikan salam yang telah diterapkan memberikan gambaran
1

positif kepada tetamu yang mengadakan lawatan ataupun mempunyai urusan di sekolah ini. Saya juga berpengalaman menjadi salah seorang guru ganti di dalam kelas 1 Amanah dan beberapa kelas yang lain. Berdasarkan pemerhatian yang saya laksanakan, dapat disimpulkan bahawa murid-murid tahap satu gemar untuk berada dalam kelompok masing-masing. Murid-murid di dalam kelas ini juga didapati bermasalah dalam menerima arahan yang diberikan oleh guru, dan mereka tidak mampu untuk menerima arahan daripada guru. Sebagai contohnya, arahan tolong duduk di tempat masing-masing, arahan ini amatlah mudah namun untuk diaplikasikan di dalam kelas seperti 1 Amanah ia mendatangkan cabaran yang besar kepada saya. Selain itu, saya juga dapat mengesan masalah waktu rehat yang digunakan secara berlebihan oleh murid-murid. Masalah ini mendatangkan kekangan kepada guru yang akan mengajar pada waktu selepas rehat kerana waktu interaksi yang telah dirancang akan terganggu berdasarkan masa kelas yang semakin berkurangan. Saya juga mendapati bahawa matapelajaran Dunia Seni Visual sering dilaksanakan selama dua minggu menjadikan perancangan tahunan matapelajaran terbabit tidak dapat dilaksanakan secara terancang, masalah ini juga mengakibatkan murid-murid tidak mampu untuk menguasai kesemua kemahiran yang telah dirancang di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan. Masalah lain yang timbul berdasarkan pendekatan yang digunakan adalah, murid-murid tidak mampu mencapai tahap seperti yang ditetapkan manakala objektif yang telah dinyatakan oleh guru di dalam RPH juga tidak mampu dikuasai. Penglibatan saya di dalam unit beruniform juga memberikan sedikit pendedahan mengenai permasalahan dan perancangan yang akan dilaksanakan untuk memudahkan saya di masa hadapan. Saya telah memilih unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dan persatuan ini aktif melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang penyertaan saya selama sejam. Aktiviti yang dilaksanakan adalah bacaan ikrar, nyayian lagu PBSM, dan cara menyelamatkan diri di dalam hutan apabila berhadapan dengan bahaya. Pendedahan baharu telah diterima oleh saya sepanjang sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pembimbing PBSM iaitu Encik Aidil, ilmu baharu ini juga memberikan peluang
2

kepada saya untuk mengkaji tahap penerimaan maklumat dan arahan yang telah dikemukakan kepada murid-murid. Pemerhatian ini membuktikan bahawa muridmurid sekolah ini tidak mampu untuk menerima arahan dengan baik dan melaksanakan arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Kesimpulanya, pendedahan selama seminggu yang telah diterima oleh saya memberikan ilmu yang boleh dipraktikkan pada masa hadapan. Pendedahan awal ini juga memnberikan kesedaran yang tinggi kerana apa yang cuba dibayangkan oleh saya selama ini tidak sama dengan dunia realiti yang berlaku di sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Kedua : Minggu Kedua


3

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30. Mac. 2012 ( Jumaat ) Tajuk Jurnal : Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan

a) Masalah / Peristiwa Hari ini ( 30. Mac. 2012 ), saya telah menghadapi masalah sewaktu melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid di dalam kelas tidak melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai setiap arahan yang telah dikemukakan. Hal ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan pengajaran harian. Masalah ini juga memberikan impak kepada saya untuk mengesan kelemahan yang terdapat pada murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh guru. b) Analisis Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan secara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada guru-guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang telah dikemukakan oleh guru dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang cuba dilaksanakan. Terdapat juga sebilangan kecil murid yang menjadi punca membuat bising di dalam kelas mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak memberikan perhatian kepada arahan yang telah dikemukakan oleh guru. Di samping itu, masalah ini juga timbul kerana murid telah menerima budaya bahawa guru perlu bersuaran lantang dan menggunakan sedikit kekerasan dalam penyampaian arahan oleh guru.

c) Cadangan Tindakan Susulan Cadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini adalah :4

a) Saya patut membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti tepuk semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing dan mendengar arahan yang akan dikemukakan oleh guru. Pergerakan juga mampu membantu saya mengawal tingkah laku murid dan seterusnya memberikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima oleh keseluruhan kelas.
b) Cadangan tindakan kedua adalah menyediakan plan A dan B

sewaktu mengalami masalah terbabit. Plan B mampu memberikan peluang kepada saya untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Plan B yang akan dilaksanakan oleh saya adalah menyediakan satu aktiviti lain yang mampu menarik perhatian murid di dalam kelas seperti kuiz, menyalin nota, dan sebagainya. c) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan menggunakan pendekatan yang lebih lembut dalam memberikan arahan kepada murid-murid. Pendekatan ini mungkin akan lebih sesuai dengan murid-murid yang berada di tahap satu. Pendekatan ini juga memberikan kelebihan kepada saya dalam mengatasi masalah suara yang sering di alami selepas melaksanakan proses pegajaran. d) Cadangan aktiviti yang terakhir adalah mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada guru dan pensyarah pembimbing. Nasihat yang dikemukan oleh mereka mampu memberikan pengetahuan baharu kepada saya dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh seminggu. Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan ringkas perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar proses pengajaran
5

berjalan lancar. Sekiranya masalah yang berlaku ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan memberikan kesan kepada pengajaran yang akan dilaksanakan. Perancangan yang akan dilaksanakan di minggu hadapan akan dilaksanakan dengan lebih baik supaya masalah yang telah dikesan pada minggu ini dapat diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Ketiga : Minggu Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 3. April. 2012 ( Selasa )


6

Tajuk Jurnal

: Masalah murid kelas 2 amanah tidak berjaya sepenuhnya

melaksanakan aktiviti yang dirancang.

e) Masalah / Peristiwa Hari ini ( 3. April. 2012 ), saya telah merancang aktiviti baharu dalam proses perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 2 Amanah seperti yang dirancang. Namun perancangan yang telah dilaksanakan oleh saya boleh dianggap kurang memuaskan kerana tidak semua murid mampu untuk menghasilkan aktiviti tiupan dengan baik. Murid-murid tidak melaksanakan proses yang betul mengikut urutan dan mereka tidak mendengar arahan yang telah diberikan oleh guru semasa menghasilkan tiupan. Hal ini telah memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah dikemukakan dalam rancangan pengajaran harian, selain itu masalah ini juga menyebabkan saya bermasalah untuk memberikan markah kepada hasil karya mereka. Masalah ini memberikan impak kepada saya untuk mengesan masalah dan kelemahan yang berlaku kepada murid-murid dalam perlaksanaan aktiviti yang telah dirancang. f) Analisis Pada pandangan saya, masalah yang timbul ini disebabkan oleh masalah murid yang tidak memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh guru. Selain itu, murid juga tidak diberikan pengalaman dan pengetahuan asas mengenai teknik yang tepat dalam mengaplikasikan teknik yang betul semasa menghasilkan tiupan. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa muridmurid kelas ini tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas, mereka lebih suka untuk tidak memberikan perhatian terhadap apa yang telah murid kelas ini menjadi punca kepada situasi bising di dalam kelas dan menarik perhatian rakan-rakan yang lain supaya tidak mendengar arahan guru. Manakala, budaya guru menggunakan kekerasan dan nama suara yang tinggi menjadikan murid tidak akan memberikan perhatian terhadap apa yang dikemukan oleh saya. Nada suara yang tinggi memainkan peranan yang paling penting kerana hanya dengan langkah ini kami mampu untuk mengawal kelas dengan lebih baik. g) Cadangan Tindakan Susulan
7

Cadangan tindakan susulan mengatasi masalah ini adalah :-

yang boleh dikemukakan untuk

e) Saya patut menerapkan budaya mendegar arahan terlebih dahulu sebelum melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Murid-murid perlu diberikan peneguhan yang sesuai agar budaya mendengar arahan di dalam kelas dapat diterapkan untuk menjamin kelancaran pengajaran pada hari terbabit. Budaya ini mampu memberikan kemudahan kepada saya untuk mengawal kelas dan menjayakan apa yang telah dirancang dengan sebaiknya
f) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalan menyediakan

aktiviti yang selingan yang lebih menarik agar sedikit perhatian yang telah diberikan oleh murid-murid tidak akan berubah dalam masa yang singkat. Aktiviti selingan yang menarik mampu untuk menarik perhatian mereka dan mengesan tindak balas yang akan diberikan oleh mereka sepanjang sesi pengajaran. Antara aktiviti selingan yang boleh dilakasanakan adalah teka-teki yang berkaitan dengan aktiviti tiupan, ataupun mengadakan kuiz untuk mengesan tahap pemahaman yang diterima oleh mereka g) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan memberikan penerangan yang lebih mendalam tetapi menggunakan kaedah yang menarik seperti bercerita. Pendekatan bercerita mungkin akan memudahkan mereka untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai apa yang akan diajar di dalam kelas. Pemilihan pendekatan ini juga memberikan saya kelebihan untuk mengawal kelas kerana murid-murid tahap satu lebih berminat untuk mendengar cerita daripada disogokkan dengan fakta dalam proses pembelajaran mereka. h) Cadangan tindakan susulan yang terakhir adalah saya cuba mendapat nasihat yang bernas daripada guru pembimbing yang lebih berpengalaman dalam mengatasi masalah ini. Nasihat dan pendedahan latar belakang murid yang telah diberikan
8

membolehkan saya untuk membuat analisis mengenai sikap dan tingkah laku setiap murid di dalam kelas. h) Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi pada minggu ketiga ini pada minggu yang terakhir. Perlaksanaan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan dilaksanakan diharapkan mampu memberikan impak yang positif di dalam kelas pada minggu hadapan. Jika tempoh yang dinyatakan di atas tidak dapat mencapai objektif cadangan tindakan, saya akan berusaha untuk memberi cadangan kepada guru psv kelas terbabit untuk memggunakan pendekatan yang saya rancangkan agar ia mampu memberi kesan walaupun temph untuk melihat keputusan penggunaan pendekatan ini adalah lama. Selain itu, saya juga akan mencadangkan kepada guru terbabit untuk menggunakan pendekatan yang lain agar murid tidak akan bosan apabila belajar di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Keempat : Minggu Ketiga

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 6. April. 2012 ( Jumaat )


9

Tajuk Jurnal

: Masalah murid-murid 1 Dedikasi tidak dapat memahami

konsep teknik capan dalam menghasilkan karya.

a) Masalah / Peristiwa Hari ini ( 6. April. 2012 ), saya telah melaksanakan aktiviti baharu dalam skop pembelajaran murid-murid tahun satu. Proses pengajaran yang dilaksanakan oleh saya agak memberikan kejayaan kerana 90% murid mampu untuk meghasilkan karya walaupun mereka tidak memahami konsep teknik capan yang akan dipelajari. Namun begitu, kejayaan aktiviti yang dilaksanakan ini kurang memuskan, ini adalah disebabkan murid-murid tidak memahami dan mendapat gambaran yang jelas apa mengenai aktiviti capan yang dihasilkan oleh mereka. Terdapat sebilangan besar murid-murid tidak menggunakan cara yang betul dalam proses mengecop dan mewarnakan bahan yang disediakan, mereka mengambil jalan mudah dengan mewarnakan kertas lukisan mereka dengan berus supaya ianya kelihatan penuh tanpa perlu mengulang proses mengecop. Tindakan yang dilakukan oleh murid ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam mencapai objektif yang telah digariskan. b) Analisis Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya di dalam kelas, masalah ini timbul kerana saya kurang memberikan penerangan terhadap aktiviti yang akan dilaksanakan. Masalah ini timbul kerana murid tidak menerima dengan baik input yang cuba diberikan oleh saya semasa melaksanakan aktiviti pengajaran. Selain itu, masalah ini juga timbul kerana murid kurang memberikan perhatian terhadap apa yang cuba diterangkan oleh saya kerana mereka lebih tertarik dengan bahan-bahan yang terdapat di atas meja, dan mereka tidak sabar untuk melaksanakan aktiviti terbabit tanpa mengetahui cara untuk melakukanya. Situasi yang telah berlaku membuktikan bahawa murid tida boleh diberikan bahan-bahan dengan lebih awal kerana mereka tidak akan menumpukan perhatian kepada guru dan mereka akan menjadi kurang terkawal. Selain itu, budaya guru yang kurang memberikan penerangan kepada murid telah mengakibatkan murid tidak mendapat gambaran dengan lebih jelas mengenai perjalanan aktiviti yang akan dilaksanakan.
10

c) Cadangan Tindakan Susulan Cadangan tindakan susulan mengatasi masalah ini adalah :a) Saya perlu peka dan cuba memberikan penerangan yang ringkas namun masih mampu difahami oleh murid-murid. Saya perlu memberikan penerangan yang lebih jelas dan menggunakan bahasa yang mudah kerana murid-murid tahun satu tidak pernah didedahkan dengan aktiviti seni yang baharu. Selain itu , saya juga bercadang untuk menggunakan kaedah berkumpulan supaya saya boleh mengesan kelemahan dan kekurangan penerimaan maklumat oleh murid-murid. Murid juga harus diberikan peneguhan yang bersesuaian kerana langkah ini mampu membantu guru mengawal murid ketika guru memberikan penerangan aktiviti yang akan dilaksanakan. b) Cadangan tindakan susulan yang kedua adalah guru menggunakan aplikasi ICT dengan menyediakan carta alir ataupun video agar murid mudah memahami proses capan. Pengaplikasian teknologi ini akan memberikan kelebihan kepada guru dalam mengawal kelas kerana murid akan lebih berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti, ini adalah disebabkan proses pengajaran yang dilaksanakan akan menjadi interaktif. c) Saya juga mencadangkan guru menyediakan contoh karya yang menggunakan teknik capan dengan lebih menarik dan pelbagai. Pneyediaan bahan bantu mengajar sebegini boleh membantu memberikan gambaran awal kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan. Cadangan ini juga mampu memudahkan guru untuk menarik perhatian murid-murid kerana murid tahun satu mudah tertarik dengan sesuatu yang tidak pernah dilihat ataupun dicuba oleh mereka sebelum ini. Pemilihan penyediaan bahan bantu mengajar yang pelbagai dan menarik akan membantu guru untuk menarik minat dan perhatian murid, dan secara tidak langsung murid akan lebih tertarik dengan pengajaran guru terbabit.
11

yang boleh dikemukakan untuk

d) Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba untuk membaiki masalah ini di minggu yang keempat.. Perlaksanaan dan penambahbaikan dalam proses pengajaran yang akan dilaksanakan diharapkan mampu memberikan impak yang positif terhadap murid-murid pada minggu hadapan dan minggu-minggu yang seterusnya. Jika cadangan tindakan ini tidak berjaya dilaksanakan pada minggu hadapan, saya akan memberikan cadangan kepada guru agar mereka cuba menggunakan bahan yang berasaskan multimedia interaktif di dalam proses pengajaran mereka. Selain itu, saya juga akan mencadangkan kepada guru terbabit untuk menggunakan pendekatan yang lebih baik agar murid tidak bosan untuk belajar di dalam kelas.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

12

You might also like