Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perkembangan Otak dan Saraf

Perkembangan Otak dan Saraf

Ratings: (0)|Views: 120 |Likes:
Published by ChyNaluri89

More info:

Published by: ChyNaluri89 on Apr 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/29/2013

pdf

text

original

 
PENDAHULUAN
Saraf amat penting dalam diri manusia kerana membolehkan kita berinteraksi melaluiorgan deria. Antara fungsi saraf manusia ialah mendengar, melihat, mencium, merasa dansebagainya. Persatuan neurosains telah ditubuhkan pada tahun 1969, yang berfungsi untumengkaji sistem saraf manusia. Ia meliputi struktur fungsi sejarah evolusi, pengembangan, genetik, biokimia, fisiologi, farmakologi dan patologi. Otak pula boleh memproses maklumat dalam pelbagai cara dalam konsep pembelajaran berasaskan minda. Ini kerana otak kita secara semula jadi di lahirkan untuk belajar dan menyimpan semua pengalaman pembelajaran yang pernah berlaku di dalam hidup. Otak mampu untuk menganalisis, menghurai, membanding, membeza,menghubung kait, mensintesis, menilai, menghakim dan sebagainya. Hal ini menunjukkan perananotak sangat penting kepada manusia dalam pelajaran dan pembelajaran. Melalui pandanganPiaget(1936) yang mengemukakan perkembangan kognitif kanak-kanak dan Vigotsky(1933)membicarakan hubungan pemikiran dengan interaksi sosial. Di samping itu, berdasarkan fahamanahli psikologi tradisional yang dipelopori oleh Stanford Binet memperkatakan tentang tahapkecerdasan dan turut menyumbang kepada kepentingan peranan otak dalam pembelajaran (AtanLong, 1980).
SISTEM SARAF
Badan manusia dilengkapi dengan beberapa sistem yang berbeza yang memainkan peranan berlainan bagi memastikan badan boleh berfungsi dengan baik. Antara sistem yang memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia ialah sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistemekskresi, sistem peredaran, sistem otot, sistem rangka, sistem reproduksi, sistem endoktrin dansistem saraf . Setiap sistem ini saling bekerjasama antara satu sama lain. Sistem saraf merupakankawalan kepada komunikasi tubuh badan dengan persekitaran. Sistem saraf boleh dibahagikankepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.Sistem saraf manusia terbentuk hasil daripada gabungan sel-sel saraf yang dikenali sebagaineuron. Dengan kata lain, neuron adalah unit yang paling asas dalam sistem saraf manusia. Neuronini boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu neuron deria, neuron motor dan neuron perantaraan.Setiap neuron ini mempunyai fungsi yang berlainan dan saling berhubungan antara satu sama lain. Neuron deria atau neuron aferen berfungsi untuk menghantar impuls atau maklumat dari reseptor 
 
kepada sistem saraf pusat. Neuron deria menerima impuls daripada reseptor yang mengesansebarang rangsangan atau perubahan yang terjadi sama ada di dalam tubuh mahupun di persekitaran luar tubuh. Impuls yang diterima daripada reseptor itu akan dihantar ke sistem saraf  pusat di mana maklumat itu akan dijana dan diproses oleh sistem saraf pusat. Impuls yang dihantar adalah dalam bentuk bioelektrik atau gelombang yang bersifat elektrik. Impuls yang dihantar adalah amat spesifik dan dialirkan dengan sangat pantas bagi membolehkan badan menghasilkanrespon dengan serta- merta. Neuron motor atau neuron eferen berfungsi menghantar maklumatyang telah diproses oleh sistem saraf pusat kepada efektor. Neuron perantaraan pula adalah penghubung kepada neuron deria dan neuron motor. Neuron perantaraan akan menghantar impulsyang diterima daripada neuron deria kepada neuron motor. Neuron perantaraan juga dikenalisebagai interneuron.Antara komponen penting yang terdapat dalam neuron adalah badan sel, dendrit, akson,salut mielin dan nodus Ranvier. Di dalam badan sel terdapat nukleus, nukleolus dan sitoplasmayang mengandungi berbagai organel seperti mitochondria serta jasad Golgi. Badan sel yangmengandungi nucleus ini berfungsi mengawal semua aktiviti neuron. Mitochondria yang terdapatdi dalam sitoplasma adalah sangat penting bagi membekalkan tenaga untuk setiap aktiviti sel saraf.Fungsi salut mielin pula adalah untuk melindungi akson. Salut mielin juga akan bertindak sebagai penebat kepada impuls elektrik. Salut mielin terdiri daripada lemak yang menyelaputi akson.Ukuran panjang bagi dendrit dan akson adalah berbeza antara neuron deria dan neuron motor. Neuron deria mempunyai dendrit yang lebih panjang berbanding akson. Manakala bagi neuronmotor, dendritnya lebih pendek berbanding akson. Dendrit dan akson mempunyai fungsi yang berbeza di mana dendrit berfungsi membawa impuls mendekati badan sel manakala aksonmembawa impuls menjauhi badan sel yang bertujuan untuk menghantar impuls itu ke arah organefektor atau pun jaringan sel saraf yang lain. Akson hillock ialah tempat di mana signal outputdijanakan. Sekiranya keadaan pada titik neuron ini tidak normal, impuls tidak akan disalurkan padasepanjang akson. Dendrit adalah unjuran kepada sitoplasma yang terletak di bahagian neuron yang paling hujung bagi menghubungkan akson satu neuron kepada badan sel neuron yang lain.Membran neuron ialah dinding yang terdapat pada neuron yang terdiri daripada dua lapisan lemak. Nodus Ranvier adalah bahagian akson yang tidak disalut meilin. Nodus Ranvier berfungsi untuk mempercepatkan transmisi impuls.
 
Sinaps ialah pertemuan hujung akson dengan sel-sel yang lain yang terlibat dalam penghantaran impuls. Sinaps boleh dibahagikan kepada tiga iaitu sinaps akso-somatik, sinaps akso-dendritik dan sinaps akso-aksonal. Sinaps akso-somatik ialah pertemuan hujung akson dengan selsoma neuron yang lain. Sinaps akso-dendritik pula ialah pertemuan hujung akson dengan dendritmanakala pertemuan antara hujung akson satu neuron dan hujung akson satu neuron yang laindikenali sebagai sinaps akso-aksonal. Selain sinaps kimia terdapat juga sinaps elektrik. Namun begitu, sinaps elektrik jarang berlaku. Sinaps sangat penting bagi memastikan sistem saraf dapat berfungsi dengan teratur. Dengan kata lain, sinaps merupakan geganti satu arah kepada neurondengan neuron yang lain serta neuron dengan efektor. Kebiasaannya impuls akan ditransmisikandari unsur prasinaps kepada postsinaps. Ruang antara terminal prasinaps dan postsinaps dikenalisebagai klef sinaps. Pada bahagian terminal prasinaps terdapat vesikel sinaps yang mengandungi bahan neurotransmitter. Bahan neurotransmitter ini akan dirembeskan pada klef sinaps apabilaunsur prasinaps telah diuja. Perkara ini akan menentukan sama ada membran subsinaps akanmengalami pengujaan atau pun perencatan. Potensial rehat adalah nilai pada membran potensialsekiranya tiada rangsangan bertindak pada sel tersebut. Potensial rehat ini mempunyai nilai yangtetap untuk jangka masa yang lama.Sistem saraf pusat adalah sangat penting bagi mentafsirkan impuls yang diterima daripadareseptor organ deria. Komponen utama dalam sistem saraf pusat ialah otak dan saraf tunjang. Otak adalah sangat penting dalam mengawal pemikiran, kecerdikan, ingatan serta emosi manusia. Otak  pula terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu serebrum, serebelum dan pangkal otak. Pada pandangan dorsal, otak terbahagi kepada empat lobe iaitu occipital lobe, frontal lobe, parietal lobedan temporal lobe. Setiap bahagian otak ini mempunyai fungsi dan peranan masing-masing yang berbeza. Dalam pembentukan sistem saraf pusat, otak telah disambungkan dengan seberkas tisusaraf dan sel-sel sokongan yang panjang, tirus dan berbentuk tiub. Tisu saraf dan sel sokongan inidikenali sebagai saraf tunjang. Saraf tunjang bermula dari pangkal otak hingga ke pangkal turusspina.Saraf tunjang adalah pusat untuk sebarang tindakan refleks yang dijalankan oleh badanmanusia. Saraf tunjang akan membolehkan dan menyediakan laluan kepada impuls untuk disalurkan daripada otak kepada sistem saraf periferi. Dalam saraf tunjang terdapat jirim putih dan jirim kelabu. Merujuk kepada keratan rentas saraf tunjang, jirin kelabu berada pada bahagiandalam manakala jirim putih berada pada bahagian luar. Jirim kelabu terdiri daripada saraf neuronyang banyak, namun jirim putih terdiri daripada gentian saraf yang bermeilin.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->