You are on page 1of 1

Konsep pemilihan bahan http://spc.upm.edu.

my/webkursus/EDU3305/notakuliah/

Konsep Pemilihan Bahan Bahan pengajaran yang boleh juga dianggap sebagai media berperanan "membantu"
guru melaksanakan proses pengajaran dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Dalam konteks konsep pemilihan bahan ia membawa maksud: i. mencari, menilai dan memilih bahan yang sesuai diguna dan dapat dimanfaatkan ii. bahan yang ditetapkan dalam sukatan pelajaran iii. bahan yang ada di dalam kelas dan persekitaran iv. bahan yang boleh dibina sendiri v. boleh berdiri sendiri (tanpa memerlukan guru sepenuhnya) vi. bahan yang berinteraksi bersama guru untuk penyampaian yang lebih berkesan

Berdasarkan tujuan dan objektif pengajaran, guru haruslah memilih dengan teliti
bahan/media yang hendak digunakan sama ada ia terdiri daripada bahan cetak, bahan rakaman (audio) atau pun bahan tontonan (visual)

Bahan:
1. Bahan rujukan : meliputi sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber. Bahan-bahan ini penting bagi guru membuat kajian dengan teliti untuk pengajaran yang berkesan juga untuk guru merancang persediaan mengajar bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna serta merancang penggunaan media pengajaran dengan lebih teliti dan sesuai dengan objektif, pelajar dan kaedah. 2. Bahan pengajaran: merangkumi apa sahaja alat atau media yang dapat digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini terdiri daripada bahanbahan bercetak seperti buku teks pegangan/kajian, majalah, bahan fotostat dan lembaran kerja. Bahan atau media elektronik seperti radio, televisyen, video, OHP, transperensi, projekter slaid, komputer, bahan 3 dimensi, glob dan guru sendiri sebagai media pengajaran. 3. Bahan pembelajaran : merangkumi buku teks pegangan, teks rujukan, lembaran kerja, bahan fotostat, majalah dan apa sahaja bahan yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang digunakan oleh pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

You might also like