Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Modul 3 Media Unjuran

Modul 3 Media Unjuran

Ratings: (0)|Views: 2,361|Likes:
Published by gengkapak

More info:

Published by: gengkapak on Apr 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/04/2014

pdf

text

original

 
Modul 3: Media Unjuran
3.0 Media Unjuran ( 1 jam )
Jenis dan Penggunaan Media Unjuran- Projektor Lutsinar (OHP)- Projektor Slaid- Projektor Terus ( Opaque )Kemahiran:
Membandingbeza ciri-ciri alatan Media Unjuran
Penggunaan yang betul bagi Media Unjuran
OHP terdiri daripada:1.Bentuk tradisional – bentuk ini boleh didapati dalam 2 jenis iaitu jenis meja(desktop) dan jenis mudah alih (portable).2.Bentuk berkomputer – Skrin pentas OHP terdiri daripada satu skrin LCDanalog dimana ia dipasang terus kepada output sebuah computer peribadi.Guru hanya perlu menyediakan programnya dalam satu disket danmengunjurkannya melalui computer ke mesin OHP.
OHP merupakan alat yang digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yangsangat berguna untuk membantu kaedah pengajaran terutamanya bagi sesi kelasyang mengandungi ramai pelajar.
OHP mempunyai banyak kelebihan daripada kaedah-kaedah persembahaninformasi visual yang lain kerana tumpuan penuh audien adalah setumpu berbanding dengan kaedah di mana guru menyampaikan maklumat melalui kapur atau marker pen.
Ia juga boleh merupakan suatu persembahan yang tidak perlu dijelaskan melaluilaluan komunikasi lisan kerana apa yang dijelaskan lebih eksplisit serta maklum balas daripada audien / kelas lebih semesta.
Sekiranya perancangan bahan transparensi dibuat dengan baik, ia akan dapatmenyediakan semua gambaran sebagaimana yang diperlukan sewaktu proses pembelajaran.
Penggunaannya menyebabkan proses P & P lebih berkesan dengan tambahan-tambahan warna dan ilustrasi selain daripada penghurufan.
 Prepared by Lu Cheng Soon. Modul 3
1
 
Di samping itu, ia bersifat senang digunakan, bersih, menjimatkan masa dan tenagaserta tidak memerlukan bilik gelap yang memudahkan pelajar mengambil notasewaktu penayangan.Kebaikan-kebaikan lain penggunaan OHP dalam proses P & P adalah seperti:
Boleh disediakan sama ada dalam bentuk hitam putih dan juga warna.
Membolehkan seseorang guru mengajar dengan lebih tenang dan memberikansepenuh perhatian terhadap isi pengajaran.
Transparensi boleh digunakan berulang kali dan penyampaian boleh dilakukansecara lebih teratur dan sistematik.
Penyampai sentiasa dapat berada berhadapan dengan pelajar atau penonton.
Mudah digunakan serta lebih bersih berbanding penggunaan papan hitam dankapur.Panduan menggunakan OHP dalam proses Pengajaran secara berkesan.
Hadkan kepada isi-isi penting sahaja.
Hadkan satu atau dua tajuk bagi satu transparensi,
Hadkan antara 10 – 15 baris sahaja bagi sekeping transparensi,
Gunakan warna yang berlainan bagi memberi penekanan ke atas sesuatu perkarayang penting.
Galakkan penyertaan dan perbincangan yang aktif daripada penonton.
Gunakan teknik-teknik persembahan yang bersesuaian,
Berdiri di sebelah tepi meja OHP.
Selepas selesai satu sesi penyampaian, padamkan suis lampu OHP.
Bagi permulaan pengajaran sebenar, letakkan transparensi di atas pentas tayangandan pasangan suis projector. Laraskan kedudukan visual. Jika ia memuatkan tajuk dan isi pengajaran, tutup isi pengajaran dengan kad legap.
Gunakan penunjuk legap seperti pen dan bukannya jari bagi menegaskan idea atau pernyataan di transparensi serta bukan menunjukkan kepada visual di atas skrin.
 Prepared by Lu Cheng Soon. Modul 3
2
 
Tutup suis apabila menukar helaian transparensi untuk mengelakkan kesilauan.
Elakkan daripada bayangan badan atau tangan di atas skrin. Sekali sekala tolehlahke belakang supaya visual yang ditanyangkan tidak aneh atau terkeluar dari skrin paparan atau senget.Penggunaan secara selamat.
Letakkan projector OHP di atas meja yang kukuh di dalam jarak jangkaan di manafocus imej di skrin tidak melebihi skrin
Pastikan suis projector adalah di dalam keadaan tertutup sewaktu menyambungnyake punca kuasa. Sekiranya sambungan itu panjang, wayar yang digunakan mestilahdibelitkan ke kaki meja untuk mengelakkan projector daripada tertarik jatuh.
Sambungkan plug wayar projector kepada soket elektrik dan pasangkan suiselektrik.
Pastikan permukaan kaca bersih, buka penutup lensa dan penutup kepala penutup penganjur dan periksa kebersihan cermin dan lensa.
Letakkan sekeping transparensi yang mempunyai banyak visual kemudian pasangkan suis projector.
Fokuskan visual di atas skrin supaya jelas dengan memutarkan “tombol focus” sertamenggerakkan sedikit kepala penganjur dan penutup kepala penganjur supaya kekedudukan imej yang seimbang. Sekiranya imej terkeluar, tutup suis projector dengan segera.
Pindahkan projector secara perlahan ke kedudukan yang lebih sesuai. Janganmemindahkan projector sewaktu mentol halogen masih panas dan tunggu sehinggakipas penyejuk larasuhu berhenti. Pasangkan semula suis dan fokuskan imej.
Adalah lebih praktikal sekiranya menutup suis projector untuk 5 – 10 saat sekalisekala semasa tayangan visual. Elakkan memasang suis sepanjang perjalanan pengajaran demi melanjutkan usia mentol.
Tutup suis projector setelah tamat pengajaran. Tutup penutup kepala penganjur danlensa objek. Selepas kipas penyejuk larasuhu berhenti, baru tutup suis dancabutkan plug dari sumber elektrik.
Masukkan wayar projector ke dalam tempat penyimpan secara bergulung. Untuk mengelakkan permukaan pentas tayangan berhabuk, tutupnya dengan kain lembut.Kelebihan / kebaikan transparensi dalam pendidikan.
 Prepared by Lu Cheng Soon. Modul 3
3

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Mohd Saif liked this
Bob Bol liked this
sitilaielah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->