You are on page 1of 9

Modul 4: Teknik-teknik penghasilan Lutsinar dan Penggunaan OHP (1 Jam)

Teknik penghasilan lutsinar Teknik dan penggunaan OHP dalam pengajaran

Kemahiran: Mendedahkan kepada pelbagai teknik persembahan menggunakan lutsinar Penggunaan OHP dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran

Transparensi boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai cara . Antara teknik atau kaedah yang utama ialah: Cara lukisan dan tulisan tangan. Proses ini memerlukan beberapa keeping transparensi jenis write-on seperti asetat atau PVC yang murah dan senang didapati. Segala maklumat dituliskan di permukaan plastic transparensi tersebut sama ada menggunakan pena felt, pena penanda, atau pena overhead sama ada kekal atau tidak kekal. Penghasilan transparensi ini lebih menarik sekiranya diwarnakan bahagianbahagian tertentu dengan pena felt bermata tebal. Bagi penjagaan permukaan transparensi tersebut, biasanya helaian kertas kosong yang bersih diletakkan di atasnya semasa ianya disimpan. Penulisan kaedah kedua ialah dengan menggunakan penulisan pindah kering yang diwarnakan dengan pita berwarna. Dengan menggunakan pita berwarna ini, bukan sahaja dapat mewarnakan penghurufan tetapi juga dapat mewarnakan ilustrasi-ilustrasi yang terkandung di dalamnya. Penggunaan pita berwarna ini adalah sangat bersesuaian bagi memfokuskan pandangan kepada objek utama yang hendak ditekankan. Transparensi jenis thermal, Terdapat banyak jenis mesin thermal yang boleh digunakan untuk menyediakan transparensi. Antara jenama yang utama adalah seperti Fordifax Transparency Maker, 3M, Riso, Zufra-Asthrotherm dan sebagainya. Walaupun apa juga jenama mesin thermal tersebut, kaedah menggunakannya hamper

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

sama. Berikut merupakan antara langkah-langkah asas semasa menggunakan mesin thermal bagi menghasilkan transparensi: Tentukan kawalan dedahan exposure control kepada peringkat yang diperlukan. Sediakan bahan yang hendak disalin ke transparensi di atas kertas yang sama saiznya. Letakkan bahan master atau utama itu di bawah transparensi sebagimana arahan yang disediakan. Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin dan dalam beberapa saat sahaja bahan itu akan tersalin ke transparensi.

Transparensi daripada mesin pendua / fotostat, Cara menyediakan transparensi ini juga memerlukan jenis transparensi khas. Antara yang terdapat di pasaran adalah stabile transparencies DIN A4 (12mm) dan Photocop Quality (PPC). Teknik yang digunakan bagi menghasilkan transparensi menggunakan mesin fotostat sama sepertimana anda membuat salinan pendua salinan kertas biasa. Antara langkah asas yang perlu diikuti ialah: Sediakan bahan yang sama saiz dengan transparensi. Masukkan plastic transparensi di tempat kertas penyalin. Prosesnya sama seperti menyalin kertas biasa.

Cara pemindahan gambar, Teknik ini merupakan satu cara memindahkan gambar dari majalah, akhbar, jurnal dan lain-lain media cetak kepada plastic transparensi. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kualiti cetakan transparensi yang bik, imej-imej yang hendak dipindahkan haruslah daripada kertas jenis berkapur. Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut: Gambar asal yang dicetak dengan kertas berkapur (clay based).

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

Filem untuk lapisan atau laminasi (laminating), contohnya seal laminating film vistafoil. Air sabun panas atau sejuk digunakan untuk melembutkan kertas. Varnish untuk gambar (untuk menguatkan gambar yang terletak di transparensi). Kapas untuk menggosok gambar tersebut.

Cara menyediakan transparensi dengan cara pemindahan gambar adalah: Pilih gambar yang sesuai dan potong ianya. Seterusnya potong vistafoil sama saiz dengan gambar yang telah dipotong. Tanggalkan lapisan pada foil dan lekatkan pada gambar. Gosok permukaan supaya tidak terdapat gelembong udara. Rendam ke dalam air sabun selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu tanggalkan kertas daripada filem secara perlahan. Bersihkan habuk kertas dengan menggunakan air dan kapas. Akhir sekali, keringkan di udara dan semburkan dengan varnish apabila kering.

Melalui proses cetakan menggunakan pencetak. Salah satu teknik terbaru di dalam menghasilkan transparensi ialah dengan terus mencetaknya dengan menggunakan pencetak (printer). Pencetak utama yang boleh digunakan bagi mencetak transparensi ialah pencetak jenis semburan dakwak (ink jet) dan juga pencetak jenis laser. Transparensi yang dihasilkan boleh dalam bentuk cetakan hitam putih dan juga cetakan yang berwarna-warni. Plastic transparensi yang digunakan adalah khas untuk pencetak dan ianya boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual aksesori computer. Biasanya terdapat plastic transparensi yang dihasilkan khas untuk sesetengah jenama pencetak dan ada juga plastic transparensi yang boleh digunakan merentasi jenama pencetak. Plastik transparensi biasa sama ada plastic jenis thermal, write on, fotokopi dan sebagainya tidak boleh digunakan pada pencetak kerana ianya tidak mampu menampung atau memegang dakwat yang digunakan. Sekiranya

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

digunakan pada pencetak jenis laser pula, ianya akan cair dan merosakkan pencetak. Teknik-teknik persembahan menggunakan transparensi. Teknik berperingkat-peringkat. Urutan Teknik ini hanya menggunakan sekeping kertas untuk diletakkan diatas lutsinar dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga keseluruhan maklumat disampaikan kepada pelajar. Masking teknik ini digunakan dengan menutup bahagian yang belum dipaparkan kepada pelajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan pada pelajar dan juga memudahkan para pelajar memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang sedang ditunjukkan sahaja. Dari masa ke semasa bahagian-bahagian lain yang ditutup akan dipaparkan secara berperingkat. Bahagian yang telah diterangkan bolehlah ditutup semula. Tindah-Tindih (Overlay) Teknik ini menambahkan bahagian dengan menindih dengan lapisan transparensi lain untuk melengkapkan persembahan. Teknik ini diperkembangkan dengan pelbagai cara berdasarkan kreativiti guru. Pasang-tutup Teknik ini digunakan dengan memasang dan mematikan suis OHP pada ketika yang dirasakan bersesuaian. Misalnya untuk menarik perhatian pelajar kepada perkara atau isu yang hendak ditunjukkan, suis OHP dihidupkan. Sekiranya guru mahukan pelajar memberikan perhatian terhadap apa hendak guru perkatakan, suis OHP dimatikan. Menulis terus (Write On) Teknik ini sama seperti penggunaan papan pengajaran yang mana seseorang guru boleh terus menulis pada helaian transparensi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kelebihannya ialah guru dapat berhadapan dengan pelajar semasa menulis atau memberi penekanan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dirasakan penting. Teknik Pergerakan. Penunjuk (Pointer) Teknik ini menggunakan sebarang bahan legap seperti pen misalnya untuk dijadikan penunjuk. Penunjuk diletakkan di atas transparensi atau digerakkan mengikut keadaan. Teknik ini dapat membantu guru menunjukkan sesuatu aliran pergerakan secara perlahanlahan.

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

Bentuk-bentuk potongan Bahan lutsinar atau bahan legap boleh digunakan dalam bentuk-bentuk tertentu. Selain dari itu, bahan-bahan sebenar seperti daun, bulu ayam dan sebagainya juga dapat ditunjukkan untuk mengkaji bentuknya. Lutsinar Gulung Teknik ini menggunakan transparensi gulung yang dipasangkan kepada roller attachment pada mensin OHP. Wayang kulit Bahan diperbuat daripada kotak dan dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki dan dipersembahkan menggunakan kaedah yang sama seperti pertunjukkan wayang kulit. Teknik ini sesuai bagi persembahan bagi sesi bercerita. Sangga Sangga digunakan untuk membuat pergerakan seperti jarum pada jam. Teknik Demonstrasi Penghabloran dan Medan Magnet - Pentas OHP boleh digunakan bagi menunjukkan eksperimen sains yang mudah seperti proses penghabloran di dalam bekas kaca atau pembentukan medan magnet dengan menggunakan lapisan asetat. Pergerakan Gelombang Pergerakan gelombang dapat ditunjukkan dengan menggunakan bekas kaca yang mengandungi air. Pergerakan ombak juga dapat dilihat pada skrin secara berulang-ulang.

Panduan Merekabentuk Maklumat pada Transparensi.


Skrin yang ringkas. Secara amnya, sebuah skrin persembahan pengajaran sesuai memaparkan tidak lebih dari 15 baris teks dan satu grafik sahaja. Teks yang ditaip juga perlu dipecahkan kepada beberapa perenggan yang pendek. Pastikan juga jarak antara perenggan pertama dan kedua menggunakan 2 jarak langkau. Penggunaan warna teks, saiz, font dan jarak langkau (spacing) Dalam memilih warna teks yang sesuai, pastikan anda memilih warna yang kontras dengan warna latar belakang skrin agar ianya akan dapat dilihat dengan jelas. Di antara warna yang dicadangkan ialah :

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

Warna Latar Belakang Biru tua / Hitam Kuning Muda dan Tua Hijau Muda

Warna Teks yang sesuai Kuning / putih Biru tua/ Hitam Hitam / Biru Tua

Pemilihan warna teks yang tidak sesuai ialah merah dan hijau. Warna ini kurang sesuai digunakan keranya ianya tidak dapat dilihat oleh pengguna yang rabun warna. Kombinasi warna yang paling selesa dilihat oleh mata terutama di waktu malam ialah: Warna Latar Belakang Hijau Biru Warna Teks yang sesuai Putih Putih

Oleh kerana itulah, kebanyakkan papan tanda di jalan raya mempunyai kombinasi warna di atas. Pemilihan saiz dan jenis tulisan (font) juga penting kerana saiz tulisan yang terlalu kecil akan menyukarkan pengguna untuk membaca isi pelajaran yang ingin diajar. Di samping itu penggunaan jenis tulisan yang terlalu berstail juga akan menyukarkan pengguna dalam membaca teks yang ingin dipaparkan. Panduan dalam memilih saiz teks ialah: Times New Roman / Arial dengan 12 hingga 14 point

Pemilihan spacing atau jarak langkau teks yang anda taip juga perlu diambilkira . Pilihlah jarak langkau yang sesuai seperti 1 , 1 dan 2. Jangan gunakan jarak langkau yang terlalu rapat atau terlalu jauh. Kedudukan teks di skrin. Kedudukan teks di skrin juga turut mempengaruhi kualiti persembahan anda. Dalam memaparkan teks, pastikan kedudukannya konsisten dan tetap. Sekiranya ianya sering berubah-ubah kedudukan, maka pelajar akan lebih memberi penumpuan kea rah perubahan kedudukan paparan teks dari penukaran paparan isi pelajaran itu sendiri. Seharusnya persembahan

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

membantu pelajar kea rah memberi penumpuan yang lebih kea rah penukaran isi pelajaran yang diajar di skrin dari factor lain. Jarak margin teks yang ditaip dari skrin juga perlulah sesuai. Pastikan teks yang ditaip tidak terlalu hamper atau jauh dengan sisi skrin. Dalam menentukan jarak margin ini, jangan terikut dengna jarak margin yang ada di dalam buku. Untuk persembahan, jarak margin yang sesuai ialah dalam julat 1 2 cm. Penggunaan tajuk dan nombor muka surat skrin. Bagi memudahkan seseorang guru ataupun pelajar mengesan dimanakah isi kandungan yang sedang dipersembahkan, adalah digalakkan penggunaan tajuk dan nombor muka surat digunakan pada setiap helaian skrin. Penggunaan saiz tulisan yang pelbagai. Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang pelbagai juga sesuai digunakan untuk membantu pengguna dalam membezakan antara tajuk dan isi pelajran. Penggunaannya juga dapat menarik perhatian pengguna dan menjadikan skrin persembahan anda kelihatan lebih menarik. Walaupun begitu, pastikan anda tidak menggunakan bilangan saiz dan jenis tulisan yang terlalu pelbagai di dalam persembahan anda. Bilangan maksimum empat jenis saiz dan jenis tulisan yang sesuai digunakan dalam satu skrin paparan dicadangkan. Dalam menggunakan saiz tulisan dan jenis tulisan yang pelbagai pastikan ianya konsisten. Maksudnya di sini, semua tajuk besar akan mempunyai saiz dan jenis tulisan yang sama dan begitu juga untuk tajuk kecil dan isi pelajaran.

Panduan Merekabentuk Maklumat pada Transparensi Secara Umum.


Selain dari panduan-panduan merekabentuk maklumat yang telah dibincangkan, berikut dinyatakan juga panduan-panduan umum yang boleh diikuti bagi menghasilkan kepingan transparensi yang dapat membantu sesuatu persembahan atau pengajaran dan pembelajaran. Saiz huruf yang paling sesuai ialah 18 point atau lebih jika menggunakan computer dan jika menggunakan mata pen mekanikal saiz paling minimum ialah 0.5 mm dan
Prepared by Lu Cheng Soon Modul 4

bagi pembaris stensil pula 5 mm. Jangan gunakan huruf sambung seperti menulis di atas kertas kerana perkataan itu mungkin kecil dan tidak jelas apabila ditunjukkan ke atas layar. Jarak maksimum antara penonton dengan imej di layer ialah 8T iaitu 8 x tinggi imej yang ditayangkan. Gunakan huruf besar untuk tajuk atau label yang mengandungi kurang daripada lima patah perkataan. Jika lebih daripada lima, gunakan huruf kecil dan huruf besar apabila perlu. Luangkan jarak 1.5 kali lebar huruf m kecil di antara dua perkataan. Jarak di antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya ialah 3 kali lebar huruf m kecil. Jarak di antara ayat/frasa di atas dengan ayat/frasa yang di bawahnya ialah lebih kurang 1.5 kali tinggi huruf kecil. Padankan warna huruf dengan warna latar belakang transparensi supaya mudah dibaca. Huruf berwarna cerah jika dipadankan dengan latar belakang yang gelap akan menghasilkan pandangan atau kebolehbacaan yang lebih jelas. Jika latar belakang transparensi itu cerah, maka huruf atau garisan yang ditulis atau dilukis hendaklah tebal dan gelap. Setiap keeping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip kesederhanaan iaitu tidak terlalu banyak teks dan visual pada satu keping tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan penonton. Transparensi yang baik biasanya mempunyai satu idea dan idea ini mungkin boleh diperkembang melalui teknik berlapis. Transparensi berbentuk melintang adalah lebih baik dari berbentuk tegak kerana dapat mengurangkan kesan herotan baji dan darjah penglibatan menjadi lebih luas dan terang. Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod atau bingkai lain yang sesuai supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan dikatalog. Hadkan nota-nota rajah kepada perkara yang mustahak sahaja. Terlalu banyak perkara disampaikan akan menjemukan pelajar. Hadkan satu tajuk di dalam sekeping transparensi. Jika perkara mengenai tajuk terlalu panjang gunakan beberapa transparensi bagi tajuk itu. Bezakan masa tayangan untuk setiap transparensi. Transparensi yang mengandungi penerangan yang mudah difahami bolehlah ditukar dengan cepat dan sebaliknya.

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

Gunakan teknik tindan-tindih untuk memisahkan bahagian-bahagian sesebuah tajuk yang kompleks. Gunakan dakwat kekal jika transparensi yang sama akan digunakan berulang kali. Lebih baik jika ilustrasi yang kompleks dilukiskan terlebih dahulu di atas kertas dan kemudian ditekap ke lutsinar. Nombor transparensi yang akan digunakan mengikut susunannya untuk memudahkan penyampaian. Gunakan warna yang berlainan untuk memberikan tekanan ke atas perkara yang penting. Galakkan penyertaan dan perbincangan yang aktif daripada pelajar. Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun & Zaidatun Tasir (2000). Teknologi Pendidikan dari yang tradisi kepada yang terkini. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Prepared by Lu Cheng Soon

Modul 4

You might also like