Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
12Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Anjakan Minda Ke Arah Sikap Benci Akan RASUAH

Anjakan Minda Ke Arah Sikap Benci Akan RASUAH

Ratings:

4.75

(8)
|Views: 1,071|Likes:
Published by ganos
Rasuah umpama najis yang busuk dan sesiapa yang mendekatinya umpama anjing yang suka akan bau busuk yang memualkan. Kalau mahu berperangai seperti itu,jadilah anjing.
Rasuah umpama najis yang busuk dan sesiapa yang mendekatinya umpama anjing yang suka akan bau busuk yang memualkan. Kalau mahu berperangai seperti itu,jadilah anjing.

More info:

Published by: ganos on Dec 17, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/16/2013

pdf

text

original

 
“Pencegahan Rasuah Adalah KomitmenBersama”. Bincangkan.
“Rasuah
”, yang disebut dalam pelbagai bahasa sebagai
corruption
(Inggeris);
kin muong 
(Thailand),
(
China
)
,
oshoku 
(Jepun), dan
ar-risywah
atau
ar-rasywah
(Arab berlaku di mana-mana. Biar dalam apa-apa bahasasekalipun, rasuah tetap merupakan penyakit sosial yang sudah lama menular dalamkalangan warga dunia. Mengikut Kamus Dewan (2007), rasuah ialah pemberianuntuk menumbuk rusuk (menyogok, dan menyuap). Berdasarkan laman web BadanPencegah Rasuah (BPR) Malaysia, rasuah ini dirumuskan sebagai suapan yangberlaku sama ada dalam bentuk material ataupun bukan material dengan tujuanuntuk mendapatkan keutamaan, membenarkan yang salah ataupun melakukantindakan untuk kepentingan tertentu. Yang jelasnya, gejala sosial ini dipandang hinaoleh pelbagai masyarakat di dunia. Sebagai contohnya, dalam kalanganmasyarakat Perancis , rasuah dikaitkan dengan frasa
La corruption est un diable
.Di Jerman pula,
corruption ist ein Teufel 
, manakala bagi warga Jepun, rasuahdianggap
tenka
. Tegasnya, dari barat ke timur , setiap negara menganggap
rasuah itu sebagai amalan syaitan
. Begitulah jijiknya rasuah dari perspektif masyarakat dunia.Sementara itu, dalam ucap utama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa Persidangan Anti-RasuahSerantau Asia dan Pasifik Keempat di Hotel Shangri-la ada menyebut bahawa
rasuah ini perlu ditentang bukan hanya sebab yang mudah, iaitu kesalahan moral 
1
 
tetapi kerana rasuah membawa bebanan besar kepada kesejahteraan ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara.
Ucapan ini membuktikan bahawa masalahrasuah sudah menjadi musuh utama negara yang perlu dibanteras habis-habisan,dan tidak hairanlah Perdana Menteri kita sendiri begitu komited untuk mengatasinyake akar umbi. Sesungguhnya, kita amat memahami tekad Perdana Menteri itukerana rasuah diumpamakan seperti kanser yang akan
membarah , bernanah,berulat 
dan
berbau busuk 
sehinggakan membawa kesan buruk kepada diri sendiri,masyarakat, organisasi dan negara. Lebih mengecewakan ulama Islam jika barahmenjadi budaya dalam kalangan masyarakat Islam kerana dalam hadis yangdiriwayatkan oleh Abu Hurairah
Radhiallahu ‘Anhu 
, ditegaskan bahawa
 
“RasulullahSA.W melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukuman.” 
Bukanlahsusah sangat untuk memahami bahawa rasuah ini merupakan dosa besar yangperlu diperangi kerana rasuah termasuk dalam perkara memakan atau mengambilharta orang lain dengan jalan yang salah. Sikap tidak bertanggungjawab ini akanmenyebabkan ketidakadilan dan penganiayaan berlaku. Sejarah dunia juga banyakmengajar kita bahawa sebuah tamadun besar akan runtuh jika rasuah menjadibudaya rakyatnya. Sebagai bukti, lihatlah sejarah kejatuhan Firaun dan tamadunRom yang begitu “gah” dari segi kuasa tetapi akhirnya runtuh jua. Atas dasar itulah,saya kira sudah tiba masanya kita bermuhasabah sejenak. Adakah kita mahumenerima rasuah sebagai budaya dan kemudian menyaksikan keruntuhan berlakudalam sistem ekonomi, politik dan sosial negara kita ataupun mahu bersama-samakerajaan, khususnya Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengekang amalan buruk inidan menganggap rasuah sebagai najis? Tepuk dada tanya selera!
2
 
Dalam pembicaraan ini, saya kira sudah sampai masanya untuk memikirkanlangkah berkesan bagi memerangi rasuah. Namun begitu, usaha ini tidak bolehdilakukan berseorangan dan memerlukan komitmen bersama, bak kata pepatah
ranting sekerat manakan dapat menyokong berat 
”. Oleh itu, jika kita betul-betulingin memastikan rasuah tidak lagi menjadi budaya masyarakat kita dan mahumendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, tanamkanlah tekad untukmenunjukkan komitmen bersama mencegah rasuah dan jangan biarkannya berakar umbi dalam sanubari rakyat Malaysia lagi. Salah satu usahanya ialah harusbermula daripada sikap diri sendiri. Dalam hal ini, seseorang itu harus bertanyakandiri sendiri sama ada amalan rasuah ini baik ataupun buruk : Memakan hasil yangtidak halal. Mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Membiarkan wang harammendarah daging dalam diri dan keluarga. Memihak kepada yang pihak yang salah.Menghukum orang yang baik, dan melepaskan orang yang jahat. Jika seseorang ituberasakan bahawa rasuah itu salah, maka dia pasti akan menjauhi rasuah.Persoalannya sekarang, bagaimanakah mahu mengubah persepsi seseorangterhadap rasuah? Dalam soal ini, saya melihat kesedaran beragama perlulahdipupuk dalam diri seseorang.Masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka sebagai warganegarayang bertanggungjawab. Tidak malukah kita melihat masyarakat barat yang seringdikaitkan dengan keruntuhan nilai moral tetapi apabila Indeks Persepsi Rasuahdikeluarkan oleh Transparency International meletakkan negara-negara baratseperti Switzerland, Sweden, Norway, malah Amerika Syarikat lebih baik daripadanegara kita yang hanya berlegar di kedudukan ke-44. Oleh hal yang demikian, saya
3

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Citizen Leong liked this
Muhammad Aizat liked this
Muhammad Aizat liked this
Syila Wan liked this
Tan Yeh Pheng liked this
chinhorng2k1 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->