TAJUK 1 : PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN1.1Pengenalan Perniagaan
Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangandan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyakmemberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhikehendak dan keperluan manusia dengan menyediakan berbagai-bagai barangandan perkhidmatan yang dikeluarkan sama ada di dalam negara ataupun diimportdari luar negara.Selain itu, perniagaan juga menjanakan keuntungan yang menggalakkan manusiaberkecimpung dan mengembangkan perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilikyang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka.
1.1.1Definisi Perniagaan
“Business is the distribution and exchange of all the surplus goods producedin the fields, seas, forests and factories of the earth so that they reach thefinal consumer in the right place and at the right price”Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihanyang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilangsupaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada tempat dan hargayang berpatutan.
Vincent A. Gabriel (1995) m.s 5
Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan danperkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan.
Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa danAbdullah Munsi b. Abdul Rahim (1999) m.s 1
Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuanmendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
Zumilah Zainalaludin (1999) m.s 3
Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatandengan wang atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atausebarang bentuk faedah.
Norhayah Zulkifli et. al (1999) m.s 2
“Business is an organization that provides goods or services in order to earnprofits”Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atauperkhidmatan untuk mendapat keuntungan.
Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998) m.s 2