You are on page 1of 10

1 Course ID : KAE3013 < Group Name : Group B.

PAHAT02(A112PJJ) < Full Name : Ng Su Mui


Title Message Date posted 25 Feb 2012 01:37:32 PM Full Name

Forum 1 (5%)

Kreativiti Kanak-kanak adalah semula jadi dan juga boleh dipelajari. Pada pendapat saya, kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi dan juga boleh dipelajari. Kebanyakan adalah dipelajari melalui mencontohi. Misalnya, mencontohi melalui Membina ayat (seorang) Mula-mula, cikgu memberi satu contoh ayat, iaitu: Saya seorang guru yang mengajar di SJK (c) Aik Ming. Murid A akan mencontohi dan membina ayat seperti berikut: Saya seorang murid yang belajar di SJK (c) Aik Ming. Murid B yang kreatif pula mungkin membina ayat: Saya seorang murid yang pandai di dalam kelas 2H. Manakala anak murid yang kreatif lain pula akan membina ayat: i.Saya seorang murid yang pandai bermain badminton. ii.Saya seorang penyanyi yang popular di kampung saya. iii. Saya seorang pelukis yang popular di negeri Johor. Selepas itu, guru memberi penerangan supaya murid membina ayat yang berlainan. Murid Y mungkin membina ayatnya seperti berikut: Melissa seorang pelakon yang popular di Malaysia. Murid Z pula akan membina ayat: Pn Tay seorang guru yang pakar dalam Bahasa Inggeris. Kreativiti kanak-kanak adalah boleh dipelajari melalui aktiviti bermain. Bermain adalah satu keperluan bagi kanak-kanak yang sedang membesar . Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pandapat yang hampir sama dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada otak kanak- kanak tersebut. Pernyataan ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak- kanak akan turut berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanakkanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif. Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Ho Lai Chee bahawa guru memainkan peranan penting dalam mengembangkan pelbagai kecerdasan murid-murid. Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi. Kanak-kanak yang normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara kreatif, dan menggalakkan interaksi kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya kreatif melalui nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Didapati, i. Pestalozzi Percaya bahawa pendidikan adalah berasaskan kepada pengalaman- pengalaman deria. Melalui pengalaman pengalaman deria yang sesuai, kanak- kanak boleh mencapai pontensi mereka yang semula jadi. ii. Montessori (1923) dalam pendapat beliau yang menyatakan bahawa membenarkan kanakkanak belajar melalui aktiviti bermain adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau mengutamakan latihan, daya penglihatan, daya pendengaran dan daya sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Betulnya kata Cikgu Varatharasan A/L Selladurai kreativiti murid adalah semula jadi dan perlu dipupuk supaya pemikiran kreatif murid semakin luas selepas kelahiran. Murid dipupuk oleh pendidik, mahupun ibu bapa, ahli keluarga lain atau pengasuh kanak-kanak tadika dan guru turut mendorong anak murid kita lebih berminat melakukan aktiviti kreatif. Aktiviti-aktiviti kreatif yang sering dilakukan oleh kanak-kanak seperti : i. menghasil hasil kerja seni dalam kad ucapan yang penuh dengan kekreatifan gambar ataupun kata-kata dan ayat-ayat yang menarik hati supaya gembira untuk Hari Ibu, Hari Bapa,

Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

27 Feb 2012 12:51:07 AM

Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

27 Feb 2012 01:44:43 AM

Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

03 Mar 2012 03:05:31 PM

Ng Su Mui

2
Hari Guru atau harijadi rakan , ii. bercerita kreatif dengan kata-kata adjektif yang berlain tetapi sama maksud mahupun peribahasa yang dapat memberi gambaran pemikiran pendengar supaya lebih jelas selepas membaca buku cerita bergambar berwarna-warni yang berlampiran dengan ayat ringkas, iii. mencipta langkah pergerakan atau postur tarian kreatif supaya berlainan dan menarik perhatian penonton selepas mendengar lagu yang irama dinamik ataupun beberapa persembahan tarian orang lain. Melalui perhatian saya, anak murid sanggup melakukan aktiviti-aktiviti yang kreatif untuk dapatkan kasih sayang ibu bapa dengan cara menarik perhatian ibu bapa. Didapati kesayangan ibu bapa turut mendorong murid bertambah kreatif dalam segala aktiviti kehidupan mereka. Forum 1 (5%) Saya amat setuju dengan pandangan Cikgu Ng Ai Nee bahawa bermain adalah aktiviti bermakna kepada kanak-kanak aktif untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya supaya mendapat keseronokan di alam persekolahan. Kanak-kanak aktif dapat mempelajari lebih banyak pengetahuan selain daripada yang sedia ada dalam buku. Aktiviti bermain berperanan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan kreativiti individu secara menyeluruh dan seimbang. Didapati melalui aktiviti permainan yang bermotif pengajaran nilai moral , kanak-kanak akan dapat memahami apa yang hendak disampaikan dengan lebih cepat berbanding dengan cara tradisional iaitu penerangan guru sehala dengan buku teks. Selain daripada itu, kesabaran dan kepekaan kanak-kanak turut dipupuk melalui permainan. Disebabkan kanak-kanak semua datang dari keluarga berlainan mempunyai prestasi mahir tersendiri dalam bidang kecergasan, kepintaran juga berlainan. Kanak-kanak yang mahir dalam sesuatu bidang tertentu yang bersesuai dalam aktiviti tersebut akan dipilih menjadi ketua. Kepimpinan kanak-kanak juga mendorongnya mengubah pemikiran dan pertuturan supaya kreatif dan jelas serta arahan yang diberi lebih senang difahami oleh semua ahli kumpulannya supaya mendapat kejohanan. Saya amat bersetuju dengan pendapat Cikgu Toh Chin See bahawa guru-guru hendaklah merancang aktiviti bermain dengan sempurna terlebih dahulu dengan alatan yang bersesuaian supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa dan selamat dan akhiri dengan keputusan yang diingini adalah berganda-ganda. Guru boleh merancangkan aktiviti permainan tanah liat semasa waktu Pendidikan Seni Visual dengan memberi tajuk KENDERAAN MASA HADAPAN. Dalam aktiviti ini, guru-guru akan meletakkan beberapa kanak-kanak dalam satu kumpulan dan diminta untuk menghasilkan satu kenderaan yang belum ada dan akan memberi kesenangan pengguna jalan raya pada masa akan hadapan mengikut kreativiti mereka. Kanak-kanak akan diberi kebebasan sepenuhnya untuk merekakan apakah bentuk kenderaan yang akan dibina, saiz dan juga bahan-bahan(butang, pencungkil gigi, alatan hiasan) yang perlu digunakan dalam hasil kraf tangan mereka asalkan tidak membahayakan mereka dan di bawah penguasaan guru. Guru akan bertindak sebagai pemantau dalam aktiviti ini. Melalui aktiviti ini, dapat menyediakan kanak-kanak untuk berhadapan dengan realiti iaitu mungkin kedapatan masalah dalam kenderaan yang mereka ciptakan dan ianya memerlukan pengumpulan daripada idea-idea kreatif daripada ahli kumpulan. Selain itu, aktiviti ini membolehkan kanak-kanak melahirkan ketidakpuasan hati dan pemikiran mereka melalui sesi penilaian dan perkongsian dalam persembahan. Kanak-kanak juga memilih ahli kumpulan yang pandai memberi penerangan kreatif untuk menarik perhatian semua orang supaya persembahan perkongsian kraf tangannya diberi perhatian serius. Melalui situasi begitu, kreativiti pemikiran dan pertuturan serta cara persembahan akan didorong menjadi lebih kreatif. Kanak-kanak dilatih melaluinya secara spontan, mereka akan meminta peluang seperti demikian supaya menjadi lebih kreatif dan inovasi. Saya amat bersetuju dengan pendapat Cikgu Toh Chin See bahawa guru-guru hendaklah merancang aktiviti bermain dengan sempurna terlebih dahulu dengan alatan yang bersesuaian supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa dan selamat dan akhiri dengan keputusan yang diingini adalah berganda-ganda. Guru boleh merancangkan aktiviti permainan tanah liat semasa waktu Pendidikan Seni Visual dengan memberi tajuk KENDERAAN MASA HADAPAN. Dalam aktiviti ini, guru-guru akan meletakkan beberapa kanak-kanak dalam satu kumpulan dan diminta untuk menghasilkan satu kenderaan yang belum ada dan akan memberi kesenangan pengguna jalan raya pada masa akan hadapan mengikut kreativiti mereka. Kanak-kanak akan diberi kebebasan sepenuhnya untuk merekakan apakah bentuk kenderaan yang akan dibina, saiz dan juga bahan-bahan(butang, pencungkil gigi, alatan hiasan) yang perlu digunakan dalam hasil kraf tangan mereka asalkan tidak membahayakan mereka dan di bawah penguasaan guru. Guru akan bertindak sebagai pemantau dalam aktiviti ini. 03 Mar 2012 03:34:26 PM Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

03 Mar 2012 04:25:10 PM

Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

03 Mar 2012 04:25:34 PM

Ng Su Mui

3
Melalui aktiviti ini, dapat menyediakan kanak-kanak untuk berhadapan dengan realiti iaitu mungkin kedapatan masalah dalam kenderaan yang mereka ciptakan dan ianya memerlukan pengumpulan daripada idea-idea kreatif daripada ahli kumpulan. Selain itu, aktiviti ini membolehkan kanak-kanak melahirkan ketidakpuasan hati dan pemikiran mereka melalui sesi penilaian dan perkongsian dalam persembahan. Kanak-kanak juga memilih ahli kumpulan yang pandai memberi penerangan kreatif untuk menarik perhatian semua orang supaya persembahan perkongsian kraf tangannya diberi perhatian serius. Melalui situasi begitu, kreativiti pemikiran dan pertuturan serta cara persembahan akan didorong menjadi lebih kreatif. Kanak-kanak dilatih melaluinya secara spontan, mereka akan meminta peluang seperti demikian supaya menjadi lebih kreatif dan inovasi. Forum 1 (5%) Sangat suka wedsite yang Cikgu Mary Theresa A/P Rayappan tunjukkan, saya berasa amat bermakna untuk para warga pendidik mahupun ibu bapa. Didapati dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR mulai 2011amat disukai oleh anak murid. Misalnya, i. Bahasa Cina Tahun 2 yang saya mengajar amat banyak berlainan dengan sukatan dulu. Dalam setiap unitnya mempunyai pelbagai aktiviti kreatif, sepertipermainan teka perkataan tertentu dengan suatu ayat pendek yang merangkumi 2 perkataan ke atas, permainan pecahkan perkataan-perkataan yang baru dipelajari supaya bahagianbahagianya boleh dicantum menjadi satu perkataan lain yang pernah dipelajari dan permainan susunkan gambar yang telah salah susunan selepas mendengar cerita rakaman CD serta permainan perkataan cari kawan supaya jadi karib. ii. Pendidikan Moral Tahun 2, sukatan yang sedia dalamnya amat bermakna dan telah menumpukan perhatian murid saya dan banyak faedah kepada murid yang bermasalah tingkah laku (ganas). Mereka menyedari bahawa betapa pentingnya hormat-menghormat. Aktiviti permainan yang sedia ada dalam buku teks juga banyak mendatangkan faedah dan dapat menyedarkannya bahawa kesalahan dibuat adalah tidak betul perlu ubah dari semasa ke semasa. Mereka berasa seronok dan melibatkan diri dengan aktif. Murid sentiasa menunjukkan keadaan selalu sedia menerima sesuatu yang menarik perhatiannya. Jikalau Cikgu yang mengajar Pendidikan Moral memulakan kelas dengan cerita yang bernilai ajaran baik dapat menarik perhatian semua murid. Semua murid suka dengar cerita. Dengan cerita yang berajaran baik, murid akan mengingatkanya dalam hati selama-lamanya. Selepas sekolah, ibu bapa mereka juga akan perasan kelakuan mereka akan berubah menjadi disiplin selepas faham ajaran yang disampaikan oleh guru. Murid yang kreatif juga akan mencontohi cara penyampaian cerita tersebut kepada ahli keluarganya dengan cara tersendiri supaya semua orang faham. Melalui ini, kreativiti murid juga dipupuk dalam keadaan tidak sengaja. Didapati Bernie DeKoven, salah satu daripada pemula pergerakan Permainan Baru, telah menumpu hidupnya kepada membangunkan permainan untuk semua peringkat umur yang membawa mereka bersama emosi dalam konteks bermain untuk suka-suka. Untuk mengalami keseronokan yang mendalam dalam permainan dengan pelbagai orang, Bernie mencadangkan bahawa kita mempelajari pelbagai permainan dan format permainan. Dengan cara itu, kami menerima permainan baru untuk kita sendiri keseronokan dan meningkatkan kemungkinan mencari jalan untuk bersenang-senang dengan banyak orang. Didapati keseronokan dapat mencungkil bakat kreatif dan inovasi dalam pemikiran mahupun kelakuan kanak-kanak dengan serta-merta. Berikut adalah beberapa permainan sepanjang hayat kegemaran Bernie, iaitu i.Walking Games,Free-Form Frisbee Golf ii.Waiting Games,Found-Object Song Writing dan Color iii. Indoor Games, Cranks dan Theater of the Air http://helpguide.org/life/pdfs/lifelong_games.pdf Mereka benar-benar permainan untuk semua peringkat umur kerana mereka terutama yang menyeronokkan apabila dimainkan di antara anak-anak dan ibu bapa dan datuk dan nenek, semua bersama-sama pada masa yang sama yang tepat titik. Boleh dikatakan betapa pentingnya permainan dapat memupuk kreativiti dan berkomunikasi supaya menjalin hubungan erat antara satu sama lain. http://helpguide.org/mental/eq7_playful_communication.htm#improving Kreativiti kanak-kanak adalah boleh dipelajari dalam pembelajaran dan pengajaran terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)mulai 2011. Didapati kanak-kanak yang terlibat dalam sukatan KSSR setahun iaitu sekarang yang belajar dalam Darjah 2 mempunyai pemikiran yang amat kreatif dan perangai berani dari memberitahu pandangan mereka. Kecerdasan minda dan kecergasan badan mereka amat disukai oleh orang ramai. 07 Mar 2012 04:59:19 AM Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

07 Mar 2012 05:37:29 AM

Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

07 Mar 2012 06:22:14 AM

Ng Su Mui

4
Kanak-kanak yang terlibat dalam KSSR sentiasa belajar dalam keadaan seronok, contohnya: i. Bahasa Malaysia, nyanyian lagu (mengikut lirik yang disedia) ii. Bahasa Inggeris, kerja kraftangan (gunting dan tampal) iii. Pendidikan Moral, kerja kraftangan (hasilkan jadual-jadual dengan hiasan dan kad ucapan) iv. Dunia Seni Visual, selepas siap hasil kerja sanggup bekerjasama membersihkan dan kongsi idea dan sebagainya. Perhubungan antara kanak-kanak sangat erat mahupun dengan cikgunya. Didapati mereka sentiasa meluangkan idea kreatif kepada ibu bapa supaya menunjukkan kepintaran demi mendapat kesayangan daripadanya. Kanak-kanak belajar dalam keadaan selesa mahupun gembira dan bersungguh-sungguh telah berjaya mendorong memupuk kekreatifannya. Forum 1 (5%) Menurut Kamus Dewan, mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif, manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kreativiti merupakan proses yang berterusan, ia merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Perkembangan dan pembesaran kanak-kanak peringkat umur bawah empat tahun memerlukan pengasuhan yang sempurna dan teratur. Minda kanak-kanak tersebut perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti yang boleh menjana perkembangan minda yang positif dan kreatif. Oleh sebab itu, guru atau ibu bapa perlulah menyediakan satu persekitaran yang boleh membantu mereka mengembangkan daya kreativiti dan ruang untuk meluahkan perasaan. Saya menyedar bahawa kreativiti kanak-kanak sekarang semakin kreatif kebanyakan baka yang diwarisi daripada ibu atau bapa (faktur keturunan). Kreativiti berinovasi jikalau kanakkanak diasuh,dilatih,dan dibina secara berterusan serta dibimbing. Kanak-kanak sendiri mengorganisasi segala pemerhatian dan pengalaman sematamata, malahan turut mengadaptasikan pemikiran dengan memuatkan idea-idea bagi memperkukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu perkara apa yang mereka lihat,apa yang mereka dengar semuanya akan merangsang kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta melalui penggabungan ilmu, pengalaman dan kemahiran mereka secara terancang dan sistematik. Sebagai warga pendidik haruslah merangsang kemahiran berfikir secara kreatif da kritis(KBKK) pelajar. Dengan pembelajaran yang kreaktif, kanak-kanak dapat mengenerasasikan idea yang baru atau mencungkil bakat mereka. Cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti kanak-kanak ialah dengan melukis, menyanyi, berlakon, permainan dan sebagainya. Kreativiti kanak-kanak juga boleh dibentuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Kreativiti adalah unsur yang penting dalam proses pembelajaran seseorang kanak-kanak sekarang yang setanding dengan sukatan terkini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Oleh itu, ibu bapa atau para pendidik mempunyai peranan yang besar dalam membentuk dan merangsang minda kreatif kanakkanak. Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah bersesuaian kanak-kanak pada masa kini. Kanak-kanak juga dapatkan ilmu pengetahuan baru melalui kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) selain daripada aktiviti bermain untuk mendapatkan pengetahuan baru mahupun gambar atau lagu berkaitan. Kemahiran ICT amat diperlukan dan mereka yang masih jahil ICT seolah-oleh buta huruf pada zaman yang dahulu.Berkemahiran dalam ICT bukan bermakna kita harus tahu aspek pengaturcaraan atau mesti pakar dalam pembinaan bahan multimedia tetapi lebih kepada menggunakan kemudahan tersebut untuk membantu mempercepat, mempermudah dan menjimat kos dalam proses mengakses maklumat atau sebarang keperluan lain. Setakat ini kanak-kanakzaman kini sudah mengetahui e-mel, Facebook, Youtube dan pelbagai aplikasi lain yang berkaitan dengan kehidupan harian. Oleh sebab itu tidak ada sebab pelajarpelajar tidak dapat menggunakan kemahiran yang tersedia ada untuk memangkin proses pembelajaran kecuali kanak yang berasal dari keluarga yang miskin. Kepekaan kanak-kanak semakin bertambah kemungkinan besar daripada minuman susu sejak lahir yang disedia oleh ibu bapa. Nutrien yang ada dalam kandungan susu amat diambil berat oleh ibu bapa kerana ianya dapat menyempurnakan perkembangan otakdengan lengkap juga termasuklah kesihatan kanak-kanak. Cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti kanak-kanak ialah dengan melukis, menyanyi, berlakon, permainan dan sebagainya. Kreativiti kanak-kanak juga boleh dibentuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Demontrasi guru dengan cara menghasilkan kraftangan hanyalah sebagai panduan permulaan bagi kanak-kanak untuk menciptakan hasil kerja mereka yang tersendiri dan unik. Guru seharusnya tidak memaksa kanak-kanak yang berkreaktif dan berinovasi mesti mengikut dan menghasilkan hasil kerja yang serupa dengan guru. Malahnya guru harus menggalakkan kanak-kanak menghasilkannya dengan kekreatifan masing-masing.Kreativiti adalah unsur yang penting dalam proses pembelajaran seseorang kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa atau para pendidik mempunyai peranan yang besar dalam 09 Mar 2012 04:35:53 AM Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

09 Mar 2012 04:47:55 AM

Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

09 Mar 2012 05:09:58 AM

Ng Su Mui

5
membentuk dan merangsang minda kreatif kanak-kanak. KSSR telah memberi peluang kepada kanak-kanak meluangkan idea mereka dalam pembelajaran dan pengajaran dengan cara guru menggalakkan murid berkongsi idea yang difikirkan tanpa menyinggung perasaan antara sama lain. Sebagai guru mereka harus menerima idea yang disampaikan dan mebimbingkannya supaya keyakinan meningkat demi kebaikan pembelajaran kanak-kanak semakin seronok dan sukakan pembelajaran bersamasama dengan rakan mereka. Forum 1 (5%) Thomas Edison yang mencipta mentol pernah menyatakan bahawa,"Tindakan melakukan 1000 kali percubaan bukanlah bermakna kegagalan beliau mencipta mentol, sebaliknya beliau mempelajari 1000 cara salah mencipta mentol." Elbert Einsten pula berkata, " Imaginasi adalah lebih penting daripada ilmu pengetahuan." Zig Ziglar pula mencatatkan, "Kegagalan bukanlah jalan mati, sebaliknya merupakan persimpangan." Sama-sama kita renungkan kata-kata cendekiawan ini. Terdapat 3 perkara utama yang ditekan, iaitu PERCUBAAN, IMAGINASI dan KEGAGALAN. Dalam kehidupan harian, kita perlu menjalankan tugas dan peranan kita untuk memakmurkan bumi. Dalam merealisasi peranan tersebut sudah pasti kita akan berusaha untuk melakukan terbaik bersesuaian dengan fitnah manusia yang lemah. Sebagai seorang guru, kami haruslah menyampaikan pengajaran yang bersesuaian untuk memupuk kreativiti kanak-kanak yang sedang belajar. Namun, kelemahan tidak menghalang kita mencapai kejayaan dalam hidup. Kita perlu berani mencubakan sama ada dalam tindakan atau menghasilkan sesuatu yang baharu. Dengan menggunakan minda, kita berfikir dan berimaginasi. Kita perlu berani mendepani kegagalan kerana dalam kegagalan terkandung hikmah yang kita tidak ketahui. Kegagalan juga mematangkan kehidupan kita. Cabaran kehidupan masa hadapan semakin kompleks dan getir. Hanya mereka iaitu kanakkanak iaitu masa masa akan datang yang sentiasa berfikir di luar kotak, menggunakan kreativiti dan berani mencetuskan idea baharu dapat bersaing di persada tempatan dan antarabangsa. Kami sebagai guru akan memberikan kesan kepada pembangunan bangsa. Oleh hal yang demikian apabila kita berjaya menjadi pencetus inovasi, sebenarnya dalam masa yang sama kita dapat mengangkat darjat dan ketamadunan bangsa. Pencapaian akademi kanak-kanak cemerlang masih belum cukup untuk menbentuk seseorang yang berkualiti. Penglibatan seseorang dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan mampu menjana kreativiti dan inovasi. Pelangi hari ini tidak mampu berjanji untuk muncul pada hari esok.keyakinan diri perlu ditingkatkan bagi merealisasikan segala impian. Berhadapan dengan dunia yang kian mencabar, sebagai pelajar sewarjanya mempunyai daya saing yang tinggi. Ketinggian ilmu yang dimiliki dapat menjadikan jati diri kita tidak mudah rapuh. Sejak dari awal, kanak-kanak di Jepun sememangnya telah didedahkan dengan amalan membaca. Mereka menyanjung tinggi adat dan budaya warisan nenek moyang tanpa mempedulikankan anasir asing biarpun menyelinap secara diam. Kanak-kanak perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang meliputi beberapa aspek, iaitu, kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah , kemahiran kerja sepasukan, pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan bermoral professional, dan kemahiran kepimpinan. Semasa di alam persekolahan, kanak-kanak perlu menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti masyarakat, sukan atau kebudayaan. Menyedari pelbagai cabaran yang mendatang, kanak-kanak seharusnya lebih peka dan tidak mudah mengalah. Sebagai wagra pendidik, kita perlu sentiasa sensitif terhadap isu semasa yang berlaku sama ada di dalam Negara atau di luar Negara. Istilah bagai katak di bawah tempurung harus dijauhi. Inilah penting supaya informasi yang guru sampaikan adalah tepat sekali. Corak masa depan negara terletak pada tangan kanak-kanak pada hari ini. Kanak-kanak hari ini merupakan cerminanmasa hadapan negara. Tuntasnya, kanak-kanak kreatif dan inovasi memacu kegemilangan negara masa hadapan. Kanak-kanak cemerlang, pantas berfikir, cepat bertindak Kreativiti dan inovasi menjadi penentuan kekuatan sesebuah tamadun bangsa. Kita harus menjadi bangsa peneraju dan pemula dalam segenap bidang, bukan lagi bangsa pengikut teknologo yang dicipta oleh negara-negara maju. Memang tidak dapat dinafikan kanak-kanak yang kreatif dan inovasi mampu menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Mereka ini berfikir di luar kotak dan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan biasa, ujar Nadira. Dalam era globalisasi ini, internet menjadi wahana komunikasi massa. Justeru, kanak-kanak perlu sentiasa meningkatkan kemahiran diri dan berdaya saing . remaja perlu perlu ada kesedaran tentang pembangunan holistik diri. Bukan sahaja memiliki kekuatan akademik yang 10 Mar 2012 02:54:12 PM Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

11 Mar 2012 06:28:21 AM

Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

11 Mar 2012 08:23:46 AM

Ng Su Mui

6
baik dan mampu berdikari, malahan mempunyai nilai tambah dalam diri seperti nilai kepimpinan dan berfikir secara kritis, jelas Suffian, mantan Presiden Persatuan Sains dan Matematik di KYS pada 2009. Tambahan Nadira, bagi saya menjafi seorang pelajar yang cemerlang tidak cukup dengan membaca buku dan mendapat keputusan peperiksaan yang bagus sahaja. Semasa saya ditemu duga untuk mendapatkan biasiswa BNM, bukan pencapaian akademik sahaja diukur, malahan aspek-aspek lain turut diambil kira seperti kokurikulum dan aktiviti yang menambah nilai diri Bagi Suffian, pengalaman mengadakan kelas ini banyak mengajar kepadanya tentang erti tidak putus asa dan jangan sesekali meletakkan had dalam diri, maksudnya lita mampu melakukan sesuatu perkara ada pada mulanya mustahil untuk dilakukan. Kanak-kanak yang sememangya sinonim dengan sifat agresif, bertenaga dan berjiwa kental seharusnya memanipulasi kelebihan ini menjadi kanak-kanak cemerlang yang pantas berfikir dan cepat bertindak mencipta kegemilangan. Forum 1 (5%) Perkataan kreatif merujuk kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baharu dan asli. Daya kreativiti tercetus apabila seseorang menjiwai, memahami dan berfikir tentang situasi atau peristiwa secara kritis. Pemikiran yang kreatif ini menjadi asaas terhasilnya sesuatu inovasi. Perlataan inovasi pula berasal daripada perkataan Latin innovationem, yang bermaksud memperbaharui. Dalam konteks hari ini, inovasi merujuk pembaharuan atau penambahbaikan bagi produk atau kaedah yang sedia ada. Sesuatu ciptaan atau inovasi tidak semestinya dihasilkan oleh profesional. Inovasi bertujuan menyelesaikan masalah, memudahkan urusan, atau memenuhi keperluan semasa yang akhirnya dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja. Misalnya, kaedah ternakan kanvas yang diaplikasikan untuk penternakan ikan air tawar dapt meningkatkan pengeluaran ikan dan menampung kekurangan bekalan ikan di dalam negara. Pemupukan ilmu melalui minat membaca yang disemai sejak usia kecil akan mendorong semangat ingin tahu dalam diri kanak-kanak. Hal ini secara tidak langsung akan menggalakkan mereka untuk berfikir secara kreatif dan analitis. Pemikiran kreatif akan menggalakkan minda untuk berfungsi dengan berkesan. Semua manusia dilahirkan dengan daya kreativiti yang tersendiri. Namun, kebolehan ini akan merudum dimakan waktu seandaianya tidak digunakan dengan sewajarnya. Budaya kreatif dan inovasi seharusnya dipupuk sejak peringkat kanak-kanak lagi. Penerapan sikap pada peringkat ini akan menyebabkan mereka berupaya mengaplikasikannya dalam kerjayaan dan kehidupan apabila dewasa kelak. Sifat ingin tahu dan berimaginasi tinggi terbentuk secara semula jadi dalam diri kanak-kanak patut dimanfaatkan dengan sebaikbaiknya. Dalam proses melahirkan idea baharu, seseorang individu ada kalanya memerlukan persekitaran dan suasana yang baharu. Penulis atau pengkarya selalunya akan memencilkan diri di tempat-tempat seperti pulau, tepian tasik atau pergunungan untuk mendapatkan ilham. Ada juga yang mengembara untuk melihat dunia sekeliling bagi mencambah buah fikiran. Latihan fizikal seperti senaman dan berjoging dapat membantu lantaran pengaliran darah yang lancar ke saraf otak yang dapat mencerdaskan minda. Proses sumbang saran dan perbincangan juga mampu memanifestasikan idea baharu yang akhirnya mencetuskan inovasi. Kesan positif Imaginasi Kreativiti adalah pemikiran imaginatif, baru dan asli apabila menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk baru. Imaginasi kreatif merupakan kemampuan berimaginasi yang hebat dan memberi hasil di luar jangkaan. Sebagai seorang guru perlu berfikiran positif apabila berhadapan dengan kanak-kanak ber daya imaginasi kreatif tinggi. Apabila kanak-kanak menunjukkan imaginasi dalam kumpulan, guru perlu menggunakan pendekatan terbaik untuk mencungkil bakat daripada tingkah laku yang ditunjukkan dan membantu mereka meluah atau merealisasikan imaginasi yang ditunjukkan supaya dapat dikongsi bersama individu di sekeliling mereka. Kemahiran berfikir kreatif dirumuskan sebagai kecekapan atau Keupayaan menggunakan minda menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea. Imaginasi kanak-kanak boleh dikaitkan dengan pemikiran simbolik mereka. Pemikiran simbolik kanak-kanak sebagai kreativiti mereka meneroka alam di sekeliling mereka menerusi pemerhatian mereka bersama individu yang rapat dengan mereka. Mereka mudah meniru perlakuan dan tingkah laku role model dalam kehidupan mereka dan biasanya mereka akan menokok tambah plot cerita dengan dunia khayalan mereka. Kesan negatif Imaginasi Mereka menunjukkan tingkah laku dan perlakuan yang mungkin kelihatan pelik, melucukan dan kadang-kala membimbangkan bagi menggambarkan pemikiran simbolik yang sedang mereka lalui. Guru wajar sensitif terhadap imaginasi kreatif yang ditunjukkan olah kanak-kanak dan 13 Mar 2012 10:04:36 AM Ng Su Mui

Forum 1 (5%)

13 Mar 2012 10:06:48 AM

Ng Su Mui

Forum 2 (5%)

31 Mar 2012 11:55:00 PM

Ng Su Mui

Forum 2 (5%)

01 Apr 2012 12:54:10

Ng Su Mui

7
berusaha untuk mengeksplorasi perlakuan dan pemikiran yang mereka tunjukkan. Pemikiran simbolik yang disebut sebagai simbolik fikiran merupakan perwakilan realiti melalui penggunaan konsep-konsep abstrak seperti kata-kata, gerakan dan nombor. Simbol biasa digunakan oleh mereka bagi merujuk kepada objek konkrit, peristiwa dan perilaku. Ciri pemikiran simbolik merupakan bahasa, di mana kata-kata atau simbol mengekspresikan sesuatu konsep. Daya khayalan atau imaginasi kanak-kanak yang tinggi selalunya sukar diduga dan kadang kala di luar jangkaan kita. Contohnya : Kemalangan di jalan raya berlaku di berhampiri rumah kanak bernama B.Jikalau seseorang dewasa yang tidak dikenali olehnya ingin memberi pertolongan kepadanya , dia berimaginasi bahawa dewasa yang bermisai banyak adalah orang jahat maka menolak pertolongan yang dihulur. Maka nyawanya berkemungkinan tidak terjamin ketika waktu kecemasan. Forum 2 (5%) Didapati ramai tokoh yang dikenali berimaginasi kreatif kerana telah menghasilkan teori-teori berguna untuk masa kini. Newton ialah salah seorang yang berjaya mengkaitkan peristiwa harian demi menghasilkan teori-teori yang berguna. Imaginasi positif sebagai kerjaya seseorang pada masa akan datang. Penulis novel mestilah seorang yang berimaginasi kreatif. Beliau dapat mengkaryakan hasilnya yang diminati oleh ramai peminat. Beliau pasti pandai dalam bidang mereka cipta rangka ceritanya dengan cara yang disukai dan berjaya mengikat hati pembaca. Ini akan mendatangkan gaji lumayan bagi diri sendiri yang gunakan imaginasi kreatifnya di bidang yang bersesuaian. Makakala penulis lirik pasti memerlukan imaginasi unik dan kreatif serta inovasi untuk meninggikan mutu kerjanya supaya lagu dinyanyikan menjadi popular. Lirik lagu yang dihasilkan akan disukai oleh pendengar. Dengan ini, pelukis kreatif juga memerlukan banyak imaginasi positif supaya dapat menghasilkan karyalukisan yang unik dan dipandang tinggi oleh orang ramai. Malahnya tukang masakan yang mahir dan berimaginasi kreatif pasti menghasilkan hidangan masakan sedap dan berkhasiat dengan mencamtumkan masakan barat dengan masakan timur demi mendatangkan peminatnya. Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Melalui bercerita kanakkanak yang berimaginasi unik dapat memahami rangka cerita itu dengan lebih mendalam. Bagi daya imaginasi kanak-kanak yang kreatif pula sudah tentu mereka adalah gembiran dan mendapat kepuasan selepas mendengar cerita. Melalui teknik penceritaan, kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari seperti perbuatan baik atau kelakuan patut ada padanya melalui cerita. Disebabkan manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri sendiri kerana kanak-kanak akan mengingatinya selepas mendengar cerita. Guru haruslah memahami kehendak dan perilaku kanak-kanak supaya guru dapat mengajar dengan lebih efektif. Mereka mendidik dan mengajar kanak-kanak untuk membantu meningkatkan intelek,emosi,rohani dan jasmani mereka. Guru merupakan pengganti ibu bapa di sekolah. Guru memainkan peranan dalam mendidik ke arah perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak berkembang melalui persekitaran mereka. Forum 2 (5%) Saya berpendapat bahawa kanak-kanak memerlukan seseorang ataupun bahan-bahan yang boleh merangsangkan minda mereka agar memperkembangkan daya imaginasi kreatif mereka. Individu yang paling memberi dorongan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah ibu bapa. Ibu bapa boleh menyediakan bahan-bahan seperti buku cerita, isi dalamannya mempunyai gambargambar yang menarik dan berkisar tentang kehidupan harian yang dekat dengan pengalaman mereka. Contoh, anggota tubuh badan haiwan, hidupan nyawa dan bukan nyawa, bagaimana hujan terjadi dan sebagainya. Ibu bapa juga boleh membaca bersama-sama dengan anak mereka dan menceritakan sesuatu itu dengan kaedah yang ringkas, logik dan benar. Melalui cara ini, kanak-kanak pasti cepat berimaginasi semasa ceritakan sesuatu fenomena berlaku. Secara tidak langsung, perhubungan erat antara ibu bapa dengan anak juga dijalinkan dengan mesra. Sekianya kanakkanak itu didedahkan dengan konsep, pengetahuan itu akan terus dibawa ke alam persekolahan. Jikalau tidak guru memerlukan banyak masa dan bahan-bahan untuk membuktikan bahawa konsep atau fakta sebenar. Sains mampu memberi imaginasi yang tinggi terhadap kanak-kanak. Melalui sains, dapat memenuhi perasaan ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak akan cuba mencari sebab dan akibat tentang sesuatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa harus mendorong dan menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dengan memberi konsep dan pendekatan. Di samping itu, imaginasi juga membantu kanak-kanak untuk menjadi seorang menguatkan daya tumpuan dan mempunyai minda yang positif. Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Saya setuju dengan kenyataan ini. 01 Apr 2012 02:46:36 AM Ng Su Mui AM

01 Apr 2012 01:34:43 AM

Ng Su Mui

Forum 2 (5%)

01 Apr 2012 02:32:37 AM

Ng Su Mui

Forum

08 Apr 2012

Ng Su Mui

8
3 (5%) Disebabkan kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Kanak-kanak yang kreatif adalah pintar cerdas kebanyakkannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Kanak-kanak tersebut mungkin mempunyai Intellectual Quatient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kanak-kanak yang kreatif dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif, seni visual dan seni tari. Mereka mempunyai ingatan yang kuat, tahap pemikiran tinggi, berminat kepada sesuatu yang kompleks dan mencabar minda dan dapat memproses maklumat dengan cepat. Berkebolehan dalam penyelesaikan masalah dengan baik kerana kebolehan fizikal dan mental yang berbeza dengan orang lain.Mereka juga bersifat gigih serta berorientasikan matlamat, pengamatan yang luar biasa, sensitiviti yang tinggi daripada orang biasa. Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pintar cerdas. Kebanyakkan mereka amat mementingkan kesempurnaan dan tidak suka akan kegagalan. Seorang kaunselor dan konsultan pendidikan di New York, telah merumuskan kajiannya berkaitan kanak-kanak pintar cerdas yang mementingkan kesempurnaan dalam semua perkara yang mereka lakukan. Apabila berada di dalam satu kumpulan kanak-kanak pintar cerdas sentiasa menekankan kesempurnaan. Mereka lebih suka untuk menjadi seseorang yang teliti dari pelajar yang sederhana. Sifat mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan ini menjadi satu tekanan yang berkesan kearah pencapaian yang cemerlang. Kreativiti merupakan mauduk dan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Literasi kreatif ialah suatu keadaan yang mana seseorang individu atau sekelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui dan mampu mengaplikasikan daya kreativiti dalam usahanya untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah,menerbitkan idea dan menghasilkan sesuatu inovasi sama ada produk, proses atau sistem. Dalam konteks literasi kreatif, seharusnya memahami dan mengetahui i. Konsep berfikir secara kreatif dan inovatif ii. Kepintaran kreatif iii. Tindakan kreatif iv. Faktor-faktor dan elemen yang merangsang kreativiti v. Teknik-teknik berfikir kreatif vi. Penyelesaian masalah secara kreatif Mengikut pandangan kajian , ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan kreatif. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan iaitu boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik. Kreatif juga boleh dilihat dari aspek sosial sama ada memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia. Teknik penyelesaian masalah boleh dilatih dengan mencabar anak menyelesaikan masalah mereka sendiri berbanding meminta bantuan guru. Tunjukkan cara bagaiman guru menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Mulai kanak-kanak kecil, dewasaboleh mengajar kanak bahasa untuk menyelesaikan masalah bermula dengan permainan perkataan mudah yang akan secara langsung mengajar mereka menyelesaikan sesuatu situasi. Sebaik saja kanak-kanak ke sekolah, mereka akan belajar bagaimana menyelesaikan pelbagai situasi. Apabila usia mencecah lapan atau sembilan tahun, mereka mempunyai kapasiti untuk membezakan antara benar dan tidak serta pilihan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Fokuskan jalan penyelesaian berbanding masalah yang dihadapi untuk memudahkan kanakkanak mengatasi sebarang halangan. Sediakan satu cara kerja untuk anak menyelesaikan sesuatu masalah tetapi jangan campur tangan, Kanak- kanak yang kreatif memang bijak menyelesaikan masalah kehidupan harian mereka. Biasanya, ciri-ciri kanak-kanak kreatif ialah mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, pengucapan yang tinggi penggunaan bahasanya dan mudah mesra dalam pergaulan. Kanakkanak yang kreatif suka meneroka, bereksperimen, mengolah objek, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Ini kerana mereka mempunyai daya pemikiran yang pintar untuk menghasilkan sesuatu jika memiliki sikap yang kreatif. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Bagi kanak-kanak yang kreatif biasanya mereka bersifat fleksibel. Selain itu, kanak-kanak yang kreatif selalu memberi idea atau jawapan yang asli dan tidak meniru idea orang. Idea kanak-kanak yang kreatif kadang-kadang unik, menarik, dan tersendiri. Justeru, kanak-kanak yang kreatif mempunyai naluri keberanian yang tinggi dalam jiwa 11:42:08 AM

Forum 3 (5%)

08 Apr 2012 11:57:32 AM

Ng Su Mui

Forum 3 (5%)

08 Apr 2012 12:19:41 PM

Ng Su Mui

Forum 3 (5%)

08 Apr 2012 12:31:54 PM

Ng Su Mui

9
mereka. Semakin banyak halangan atau cabaran yang mereka hadapi akan mendorong mereka semakin berani untuk menerokai cabaran tersebut sehinggalah hujung jalan untuk menghasilkan idea inovatif dan menemui titik kejayaan. Forum 3 (5%) Saya amat bersetuju dengan fakta yang dihujahkan oleh Cikgu Toh. Didapati kanak-kanak yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan diri sendirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Kanak-kanak yang kreatif akan sentiasa peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka juga pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya, mereka ini sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kanak-kanak yang kreatif lebih minat dalam eksperimen, dan mencipta kaedah baru dalam sebarang tugasan. Adakalanya mereka berimaginasi memikir jauh ke hadapan. Mereka menunjukkan tahap minat yang maksimum dalam menghasilkan sesuatu projek. Hal ini demikian kerana projek-projek tersebut akan menggalakkan mereka supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Jika ada yang cuba menandingi idea yang mereka telah lakukan, pelbagai persoalan akan diajukan. Mereka akan bertanyakan pelbagai soalan sehingga mereka berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kepada mereka. Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Sedangkan pemikiran yang ada pada kanak-kanak tersebut adalah kreatif. Pemikiran sebagai PENYELESAIAN MASALAH, semua aktiviti kognitif atau pemikiran pada asasnya ialah penyelesaian masalah. Dalam kehidupan harian seseorang, penyelesaian masalah ialah aktiviti yang kerap dilakukan, sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat permainan dan rekreasi atau semasa pembelajaran. Pada asasnya, terdapat tiga ciri utama penyelesaian masalah, iaitu, keadaan matlamat, keadaan awal, dan pelaksana. Biasanya penyelesaian masalah dilihat sebagai mencari ruang masalah yang terdiri daripada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian. Keadaan awal ialah kesedaran tentang masalah dan pemilihan tindakan untuk menukar keadaan awal dalam ruang masalah. Apabila sesuatu tindakan di ambil, maka kanak-kanak tersebut adalah pada tahap keadaan pertengahan, iaitu mereka telah menukar keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila ia mencapai matlamatnya mereka dikatakan telah sampai pada keadaan matlamat atau penyelesaian masalah. Kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan melalui penilaian. Penilaian terhadap kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan melalui pemerhatian di dalam bilik darjah. Kaedah pemerhatian membolehkan guru menilai penguasaan kemahiran amali, kemahiran sosial dan amalan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Manakala, pemerhatian pada hasil kerja dapat menolong guru mengesan kreativiti murid berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Oleh itu, pemerhatian penting dalam menentukan kreativiti seseorang kanak-kanak. Kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan melalui mata pelajaran seperti mata pelajaran muzik, pendidikan seni dan kemahiran hidup. Misalnya, guru Pendidikan Muzik menguji kreativiti kanak-kanak dari segi penyampaian nyanyian dengan permainkan alat-alat muzik. Melalui persembahan kanak-kanak yang disampaikan, guru dapat mengetahui kreativiti kanakkanak di tahap peringkat yang berkaitan. Guru harus mengredkan kanak-kanak pada tahap yang bersesuaian kepada kanak-kanak. Guru pendidikan Seni Visual boleh menilai kanakkanak melalui karya hasil kerja yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Sama ada hasil rekaannya kreatif inovasi mahupun berguna atau luar biasa dengan rakannya. Kesemuaan memerlukan daya kreativiti kanak-kanak untuk menghasilkannya. Melalui informasi internet, didapati tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti iaitu : Kaedah Psikometrik, Kaedah Historiometrik danKaedah Biografi. Malahnya saya berpendapat bahawa kreativiti kanak-kanak sesuai dinilai dan digredkan dengan kaedah pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhatian adalah satu kaedah yang bersistematik yang dilakukan oleh guru untuk mengumpul data atau maklumat atau merekodnya dengan tepat. Guru perlu memiliki kemahiran memerhati secara prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak melalui pemerhatian yang dibuat terhadap tingkah laku, perbualan dan hasil kerja kanak-kanak. Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Selain itu, guru boleh menilai hasil kerja murid melalui rekod kerja yang dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep dan kemahiran yang mereka ketahui dan kuasai. Guru memainkan peranan sebagai fasilitator untuk menggalakkan pemikiran kreativiti kanakkanak.Guru adalah watak penting untukmewujudkan situasi yang membolehkan kanak-kanak menyatakan idea-idea yang kreatif terlintas dalam fikiran yang relevan kepada sesuatu isu khusus. Pendapat dan idea yang dikemukakan oleh kanak-kanak haruslah diterima. Guru juga perlulah mewujudkan suasana baik dan ceria untuk membolehkan kanak-kanak itu menunjukkan kebolehannya tanpa menyimpan sebarang perasaan negatif yang mengganggu pemikiran sehingga menyebabkan emosi kanak-kanak tersebut. 08 Apr 2012 01:00:14 PM Ng Su Mui

Forum 3 (5%)

08 Apr 2012 05:10:30 PM

Ng Su Mui

Forum 4 (5%)

08 Apr 2012 12:50:51 PM

Ng Su Mui

Forum 4 (5%)

08 Apr 2012 01:56:47 PM

Ng Su Mui

10
Forum 4 (5%) Kreativiti boleh mempercepatkan tanggapan menguatkan keinginan dan mempadukan minat. Imaginasi mempunyai peranan yang penting dalam mengendalikan aktiviti kreatif. Murid-murid di sekolah dilatih untuk menajamkan daya imaginasinya melalui latihan-latihan seperti mencari pertalian di antara fakta, mencari persamaan dan perbezaan di antara benda-benda dalam alam semesta ini, menguji andaian yang telah dirumuskan. berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi dan mengekalkan semangat berani mencuba dalam pembelajaran. Murid-murid boleh dilatih untuk menentukan matlamat yang akan dicapainya merancang aktivitiaktiviti, bekerja dalam kumpulan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan buah fikiran. Murid-murid juga diberi kebebasan membuat percubaan-percubaan, menentukan kaedah menggunakan alat-alat dan bebas menunjukkan kebolehannya. Dengan cara demikian kreativiti akan wujud di sekolah-sekolah. Pengalaman-pengalaman dapat diluaskan dengan cara menghasilkan ciptaan atau melahirkan idea kerana aktiviti tersebut dapat memberi makna pada pengalaman -pengalaman itu sendiri. Hasil kerja murid perlu dicatat dan disimpan oleh guru sebagai bukti kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak. Cara ini dapat membantu guru dan ibu bapa lebih memahami perkembangan kreativiti kanak-kanak dan seterusnya membantu meningkatkan pengetahuan dan minat kanak-kanak. Misalnya Dunia Seni Visual (KSSR) Tahun 2 yang saya mengajar, Setiap bahan atau hasil kerja murid dikumpulkan dalam bentuk portfolio. Beberapa bahan yang dikumpulkan dalam portfolio tersebut ialah hasil lukisan, mewarna, lakaran, kraf tangan, model, rakaman video kanak-kanak dan gambar-gambar yang diambil semasa kanakkanak menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK Pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan danpencapaian pelajar. Luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai. Tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajar-pelajar di dalam kelas. Cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni. Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah. Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif. Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Teknik Penaksiran Dan Penilaian Segala maklumat yang diperolehi daripafa proses penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak perlulah dicatatkan dengan jelas dan sistematik.terdapat beberpa teknik mrekod maklumat yang diperolehi secara sistematik berkaiatan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar. Rekod Anekdot dan juga rekod Berterusan. Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002). Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999). 08 Apr 2012 03:14:34 PM Ng Su Mui

Forum 4 (5%)

08 Apr 2012 05:21:27 PM

Ng Su Mui

Forum 4 (5%)

08 Apr 2012 05:38:09 PM

Ng Su Mui

You might also like