You are on page 1of 108

MANUAL PENYEDIAAN SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF

www.townplan.gov.my/landuseportal

Tarikh Terbitan

: September 2008

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jalan Cenderasari 50646 Kuala Lumpur Tel : 03-26989211 Faks: 03-26070619

Hak Cipta Terpelihara


Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia terlebih dahulu.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur, Malaysia

PERUTUSAN KETUA PENGARAH


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia telah berjaya menerbitkan Manual Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) Kajian Rancangan Pemajuan. Manual ini mengandungi maklumat dan panduan penyediaan Sistem Maklumat Eksekutif dari aspek keperluan data, perisian yang digunapakai dan juga aspek keperluan perkakasan. Disertakan bersama Manual ini adalah template pembangunan EIS bagi kajian Rancangan Tempatan. Penyediaan template ini dapat mengurangkan kos pembangunan sistem dan aplikasi dimana template ini boleh digunakan bagi membangunkan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan dan JPBD Negeri. Harapan Jabatan dengan penerbitan Manual EIS dan penyediaan template EIS ini dapat membantu JPBD Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan khususnya dalam meningkatkan sistem penyampaian kerajaan kepada orang awam. Maklumat kajian rancangan pemajuan dapat disalurkan kepada orang awam dengan cepat dan tepat melalui EIS yang disediakan. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada lapisan pegawai Jabatan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diatas dedikasi dan komitmen dalam menyediakan Manual ini. Semoga usaha-usaha sebegini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti kakitangan seiring dengan visi Jabatan menjadi peneraju yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam perancangan bandar dan desa.

Sekian, terima kasih

Dato Mohd. Fadzil bin Hj. Mohd Khir Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Jayakan Dinamik

Perkhidmatan

Berkualiti

dan

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara

Muka Surat

1.0

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 Matlamat EIS Objektif EIS Skop Kajian Perunding GIS

1 2 2 2

2.0

SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS) 2.1 2.2 2.3 2.4 Pengenalan Kebaikan EIS Rekabentuk EIS Pembangunan EIS 2.4.1 EIS Web 2.4.1.1 2.4.1.2 2.4.1.3 2.4.1.4 2.4.1.5 Perisian Direktori Pangkalan Data Fungsi-Fungsi Asas Perkongsian Penyelenggaraan i. Fail ActiveX ii. Pangkalan Data iii. Perkakasan 2.4.1.6 Perkakasan i. Stesen Kerja (Workstation) ii. Komputer Meja (Desktop) iii. Komputer Riba (Notebook) iv. Pelayan (Server) 2.4.2 EIS Stand Alone 2.4.2.1 2.4.2.2 2.4.2.3 2.4.2.4 2.4.2.5 2.4.2.6 Perisian GIS Bahasa Pengaturcaraan Sistem Arkitek Pangkalan Data Fungsi-Fungsi EIS Stand Alone Perkongsian Data

10 10 11 11 21 21 22 39 40 41 42 42 42 42 43 43 43 44 44 45 45 45 46 48 51 52

2.4.2.7

Penyelenggaraan i. Aplikasi EIS Stand Alone ii. Pangkalan Data iii. Perkakasan

53 53 53 53 54 54 54 55 56 58

2.4.2.8

Perkakasan i. Stesen Kerja (Work Station) ii. Komputer Meja (desktop) iii. Komputer Riba (notebook)

2.5 2.6

Analisis EIS Stand Alone dan EIS WEB (SWOT) Rumusan

3.0

PANGKALAN DATA 3.1 3.2 Pengenalan Struktur Pangkalan Data Rancangan Tempatan 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.3 3.4 3.5 Data Sektoral Data Tiga Dimensi Data Raster Jadual dan Laporan

59 59 60 60 60 61 61 62 64 73 73 73 74 74 76 76 76 76

Pangkalan Data Rancangan Struktur Entity Relationship Diagram (ERD) Sistem Unjuran 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 Sistem Koordinat RSO Sistem Koordinat Cassini Soldner Sistem Koordinat GDM 2000 Sistem Koordinat Kadaster Negeri

3.6

Pengemaskinian Pangkalan Data 3.6.1 3.6.2 Pengemaskinian Data Spatial Pengemaskinian Data Atribut

3.7

Perkongsian Pangkalan Data EIS

4.0

FUNGSI-FUNGSI EIS 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Pengenalan Fungsi-Fungsi Asas Fungsi-Fungsi Asas Pengguna Eksekutif Fungsi-Fungsi Asas Pengguna Admin Fungsi-Fungsi Asas Pengguna Awam

78 78 78 88 89 90

5.0

ISU PERLAKSANAAN EIS 5.1 5.2 Pengenalan Sumber Manusia 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 5.9 Pengurus Sistem Sistem Analisis Sistem GIS Pengaturcara Komputer

92 92 92 92 92 92 93 93 94 94 95 95 95 96 96 96 97

Organisasi Latihan Perkakasan Komputer Sistem Operasi Jalur Lebar Perisian Web GIS Penyelenggaraan 5.9.1 Penyelenggaraan Perisian EIS

5.10 Pengurusan Pangkalan Data 5.11 Kos Perlaksanaan EIS

6.0

PENUTUP

97

Senarai Rajah

Rajah 1.0 : Help File Aplikasi EIS Rajah 2.0 : Maklumat Yang Perlu Ada Pada Cakera Padat EIS Rajah 3.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Web Rajah 4.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Stand Alone Rajah 5.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan untuk Pengguna Eksekutif Rajah 6.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur untuk Pengguna Eksekutif Rajah 7.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan untuk Pengguna Awam Rajah 8.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur untuk Pengguna Awam Rajah 9.0 : Antaramuka EIS Eksekutif Rajah 10.0 : Antaramuka EIS Admin Rajah 11.0 : Antaramuka EIS Awam Rajah 12.0 : Sistem Arkitek MapGuide Rajah 13.0 : Sistem Arkitek pangkalan Data MapGuide dalam EIS Web. Rajah 14.0 : Sistem Arkitek ArcIMS Rajah 15.0 : Sistem Arkitek MapExtreme Rajah 16.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi EIS Web. Rajah 17.0 : Perkongsian Data EIS Web Rajah 18.0 : Sistem Arkitek ArcGIS Rajah 19.0 : Sistem Arkitek MapInfo Professional Rajah 20.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi Komputer Pengguna Rajah 21.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi Pelayan (Server) GIS Rajah 22.0 : Perkongsian Data bagi EIS Stand Alone Rajah 23.0 : Metadata Rancangan Tempatan Rajah 24.0 : Metadata Rancangan Struktur Rajah 25.0 : ER-Diagram bagi Data Perancangan Fizikal. Rajah 26.0 : ER-Diagram bagi Data Penduduk Rajah 27.0 : ER-Diagram bagi Data Ekonomi Rajah 28.0 : ER-Diagram bagi Data Sosial Rajah 29.0 : ER-Diagram bagi Data Pengangkutan Rajah 30.0 : ER-Diagram bagi Data Utiliti Rajah 31.0 : ER-Diagram bagi Data Alam Sekitar Rajah 32.0 : ER-Diagram bagi Data Maklumat

Rajah 33.0 : ER-Diagram bagi Data Pentadbiran Rajah 34.0 : ER-Diagram bagi Data Peta Asas Rajah 35.0 : Sistem Arkitek EIS Stand Alone Boleh Berkongsi Pangkalan Data dengan EIS Web Rajah 36.0 : Fungsi Paparan EIS Rajah 37.0 : Fungsi Carian EIS Rajah 38.0 : Fungsi Pautan EIS Rajah 39.0 : Peta GIS dalam EIS Rajah 40.0 : Fungsi Sokongan GIS dalam EIS Rajah 41.0 : Fungsi-fungsi GIS dalam EIS Rajah 42.0 : Fungsi-fungsi lain dalam EIS Rajah 43.0 : Organisasi Unit GIS di Pihak Berkuasa Tempatan

Senarai Jadual

Jadual 1.0 : Ringkasan Antaramuka Pengguna EIS Jadual 2.0 : Fungsi MapGuide Jadual 3.0 : Spesifikasi MapGuide Server Jadual 4.0 : Spesifikasi MapGuide Author Jadual 5.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Viewer Jadual 6.0 : Fungsi-Fungsi ArcIMS Jadual 7.0 : Fungsi-fungsi MapExtreme Jadual 8.0 : Spesifikasi Stesen Kerja (Workstation) Jadual 9.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop) Jadual 10.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook) Jadual 11.0 : Spesifikasi Pelayan (Server) Jadual 12.0 : Bahasa Pengaturcaraan EIS Stand Alone. Jadual 13.0 : Spesifikasi Stesen Kerja (workstation) Jadual 14.0 : Spesifikasi Komputer Meja (desktop) Jadual 15.0 : Spesifikasi Komputer Riba (notebook) Jadual 16.0 : Analisis SWOT bagi EIS Web dan EIS Stand Alone Jadual 17.0 : Sistem Koordinat Cassini bagi Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia Jadual 18.0 : Kos Perkakasan Komputer EIS Web Jadual 19.0 : Kos Perkakasan Komputer EIS Stand Alone Jadual 20.0 : Jadual Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian. Jadual 21.0 : Kos Perlaksanaan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan.

Senarai Singkatan

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) Domain Name System (DNS) Entity Relationship Diagram (ERD) Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) One Stop Centre (OSC), Rancangan Struktur (RSN) Rancangan Tempatan (RT) Rangkaian Meluas (WAN) Rangkaian Setempat (LAN) Relational Database Management System (RDBMS) Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sistem Pendudukan Satelit (Global Positioning System GPS)

1.0

PENDAHULUAN Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) merupakan aplikasi yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, Agensi Kerajaan dan orang awam menggunapakai pangkalan data GIS Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan dengan cepat, mudah dan mesra pengguna. Aplikasi EIS boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone. EIS Web adalah aplikasi EIS berasaskan platfom rangkaian internet (WAN) atau GIS Web Based. Manakala EIS Stand Alone pula berasaskan platfom komputer di dalam persekitaran kawasan yang terhad yang dihubungi menerusi rangkaian setempat (LAN). Kedua-dua EIS ini mempunyai dua komponen utama iaitu aplikasi EIS dan pangkalan data. Aplikasi EIS Web diolah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Vbasic Script, Java Script, ASP, Perl, Python, DHTML dan HTML. Manakala aplikasi EIS Stand Alone dioleh dengan bahasa pengaturcaraan seperti Avenue, MapBasic dan Visual Basic. Pangkalan data EIS terdiri daripada lima (5) komponen utama iaitu data spatial sektoral, data tiga dimensi (3D), laporan, imej raster dan graf/jadual. Semua lima komponen pangkalan data adalah mengikut Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, Klasifikasi Gunatanah dan Kod Warna Gunatanah yang dibangunkan dalam Rancangan Struktur (RS) dan Rancangan Tempatan (RT). Pangkalan data EIS ini mempunyai spesifikasi pangkalan data metadata yang mengawal keseragaman dan kesamaan dalam setiap struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

1.1

Matlamat EIS i. Menyelaras dan mewujudkan keseragaman format pembangunan EIS bagi Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi memudahkan perkongsian data di peringkat Jabatan. ii. Memantapkan pembangunan EIS untuk meningkatkan produktiviti perkhidmatan perancangan bandar dan desa.

1.2

Objektif EIS Objektif pembangunan EIS adalah seperti berikut :i. Untuk membangunkan satu Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) yang dapat memudahkan kerja-kerja perkhidmatan kaunter dan kerja-kerja memproses permohonan kebenaran merancang yang perlu merujuk kepada Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disediakan. ii. Untuk membantu pihak pengurusan untuk mendapat maklumat spatial dengan mudah dan cepat untuk membuat keputusan perancangan di dalam sesuatu mesyuarat atau perbincangan.

1.3

Skop Kajian Perunding GIS Skop perunding GIS di dalam membangunkan EIS meliputi perkara-perkara berikut :i. Perlaksanaan Rekabentuk EIS

Pada peringkat awal, perunding GIS akan berbincang dengan pengguna EIS iaitu pihak berkuasa tempatan atau jabatan terlibat mengenai rekabentuk awal antaramuka EIS sebelum pembangunan EIS dilakukan. Melalui perbincangan ini, komponen-komponen EIS dapat dikenalpasti samada EIS dibangunkan untuk Web atau Stand Alone.

Setelah dikenalpasti platfom EIS, maka perbincangan seterusnya adalah mengenai antaramuka EIS yang perlu dimasukkan selain dari antaramuka fungsi-fungsi asas EIS

sediada. Melalui kaedah ini, versi draf Laporan Kajian Keperluan Pengguna EIS telah dapat dikenal pasti dan dihasilkan supaya pengguna mengetahui hala tuju pembangunan EIS akan datang. ii. Pembangunan Sistem EIS

Di peringkat ini, pembangunan EIS akan melibatkan kerja-kerja perincian elemen-elemen antaramuka, menu pautan, arahan aturcara dan capaian dokumen dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dipilih. Di peringkat ini, perunding GIS akan menggunakan masa yang banyak untuk membangunkan setiap komponen-komponen EIS yang telah dipersetujui di peringkat perlaksanaan rekabentuk EIS. Komponenkomponen ini boleh diuji untuk melihat bagaimana ianya berfungsi. Jika ada kekurangan pada komponen-komponen EIS pada peringkat ini, pindaan secara minima boleh dilakukan untuk menjimatkan masa dan tenaga perunding GIS. Setiap kod-kod pengaturcaraan yang dibangunkan, perunding GIS perlu mendokumenkan semua kod-kod tersebut untuk diserahkan kepada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD apabila EIS siap kelak nanti. iii. Penyediaan Manual Pengguna EIS

Perunding GIS perlu menyediakan manual EIS kepada pihak berkuasa tempatan atau agensi atau jabatan yang akan menggunapakai sistem EIS. Di dalam kandungan manual pengguna EIS perlu ada perkara-perkara berikut :a. Pengenalan Tempatan. b. Hakmilik Sistem Penama hakmilik sistem mestilah dimiliki oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri dan pihak berkuasa tempatan yang akan menggunapakai sistem EIS selepas siapnya Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. c. Hakcipta Sistem Penama hakcipta sistem adalah organisasi yang membangunkan sistem EIS. d. Penafian Maklumat untuk memaklumkan bahawa jika ada apa-apa perkara berlaku terhadap pangkalan data GIS, maka maklumat pangkalan data yang boleh digunapakai Kandungan pengenalan menyentuh tentang tujuan dan matlamat

pembangunan EIS serta maklumat mengenai tahun Rancangan Struktur dan Rancangan

pada masa tersebut adalah bersumberkan dalam bentuk laporan. e. Spesifikasi Sistem menerangkan keperluan spesifikasi perkakasan yang sesuai digunakan dan keperluan perisian sokongan untuk melancarkan penggunaan EIS. f. Panduan Pemasangan Sistem menerangkan langkah-langkah terperinci kaedah

pemasangan sistem di pihak berkuasa tempatan atau agensi berkaitan. Pengisian panduan pemasangan sistem haruslah dilengkapi dengan rajah dan keterangan yang terpeinci. Lampiran boleh digunakan jika melibatkan senarai jadual atau maklumat yang panjang. g. Sistem Maklumat Eksekutif menerangkan secara keseluruhan rupa bentuk dan fungsi butang menu EIS kepada pengguna supaya pengguna mendapatkan gambaran awal rupa bentuk EIS. h. Panduan Pengguna Sistem Lanjutan penerangan lebih terpeinci yang dilengkapi dengan rajah dan keterangan tentang penggunaan sesuatu fungsi butang menu EIS. Penerangan ini mestilah diceritakan satu persatu langkahlangkah yang mesti dibuat oleh pengguna yang dilengkapi dengan rajah dan keterangan. Lampiran Pangkalan Data EIS Setiap manual pengguna EIS perlu dilampirkan perkara berikut : Metadata Pangkalan Data EIS yang dibangunkan. Senarai peta cadangan, pelan sektoral, pelan subjek, pelan sisipan yang dimasukkan dalam EIS. Senarai Laporan yang dimasukkan dalam EIS seperti Laporan Pemeriksaan, Laporan Rancangan Struktur, Laporan Penemuan dan Strategi Pembangunan, Laporan Rancangan Tempatan dan lain-lain. Senarai Imej Raster yang dimasukkan seperti gambar udara, imej satelit Ikonos, Quickbird, Spot dan lain-lain. Manual pengguna EIS mestilah dihasilkan dalam tiga format iaitu :a. Fail Bantuan ( Help File) Fail bantuan dalam bentuk soft copy yang dihubungkan di dalam sistem (built-in). Fail bantuan ini mestilah dibangunkan oleh perunding GIS. Pengguna boleh membuat carian maklumat dan fail bantuan boleh memaparkan maklumat carian tersebut. Rajah 1.0 di bawah menunjukkan contoh fail bantuan di dalam sistem EIS.

Rajah 1.0 : Help File Aplikasi GIS

b. Dokumen PDF (Soft copy) Manual pengguna EIS perlu ditukar ke format PDF softcopy supaya pengguna boleh membuka manual EIS menerusi internet. Manual EIS softcopy akan disimpan di dalam pelayan (server) EIS supaya senang diakses oleh pengguna. c. Dokumen PDF (Hard copy) Manua pengguna EIS dalam bentuk hardcopy mesti dihasilkan dan diberi kepada pihak berkuasa tempatan atau jabatan terlibat untuk simpanan dan rujukan pengguna EIS. Manual hardcopy mesti dibuat dalam tiga (3) salinan untuk diberi kepada pihak berkuasa tempatan atau jabatan terlibat.

iv. Latihan Pengguna EIS Perunding GIS mesti memberi latihan cara penggunaan EIS kepada pihak berkuasa tempatan atau jabatan yang terlibat. Latihan ini mestilah menyeluruh yang meliputi aspek teori dan pratikal cara penggunaan EIS supaya pengguna dapat memahami bagaimana sistem EIS ini berfungsi. Latihan pengguna EIS akan diberikan kepada pihak berkuasa tempatan sekurang-kurangnya untuk 3 orang kakitangan berpengalaman terlebih dahulu sahaja. Kemudian 3 orang kakitangan berpengalaman ini akan melatih kakitangan yang lain supaya kemahiran dan pengalaman pengguna ini dapat dikembang dan dimanafaatkan oleh pengguna yang baru. Latihan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sehari (1) sahaja yang akan dibuat di pihak berkuasa tempatan atau jabatan yang terlibat. Modul latihan pengguna EIS mesti mengandungi sekurangkurang perkara berikut :a. Pengenalan kepada EIS Memberi pengenalan EIS kepada pengguna tujuan, matlamat dan fungsi-fungsi EIS di dalam konteks Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. b. Latihan pemasangan EIS Mendedahkan kepada pengguna cara-cara pemasangan sistem EIS langkah demi langkah dilengkapi dengan rajah dan keterangan serta membuat demonstrasi kepada pengguna kaedah pemasangan EIS . c. Latihan mengakses EIS Pengguna tahu bagaimana hendak mengakses EIS menerusi internet termasuklah memaklumkan alamat URL EIS kepada pengguna. d. Latihan menggunapakai butang menu EIS Melatih pengguna menggunapakai butang menu EIS yang telah dibangunkan. Menerangkan satu persatu setiap fungsi butang menu EIS kepada pengguna dengan menunjukkan demonstrasi pada masa yang sama. e. Latihan membuka pelan subjek atau pelan sisip Melatih pengguna cara mengakses pelan-pelan subjek dan sisip menerusi EIS. f. Latihan membuat analisis mudah Membuat demonstrasti dan latihan kepada pengguna cara g. membuat analisis mudah iaitu pengukuran jarak, ukur keluasan dan penyempadanan. Latihan membuka laporan Tunjuk dan latih kepada pengguna cara membuka laporan Draf Rancangan Tempatan (DRT) yang disediakan dalam format PDF.

h.

Latihan mencetak Melatih pengguna mencetak peta GIS dengan menggunakan fungsi cetak yang disediakan di dalam EIS. Melatih pengguna mencetak peta GIS dalam pelbagai saiz format kertas iaitu A4, A1 atau A0.

i.

Latihan Mengemaskini dan Menyelenggara Pangkalan Data Melatih pengguna EIS terutama pengguna admin cara mengemaskini pangkalan data EIS dengan menggunakan fungsi yang disediakan dalam EIS. Di samping itu, melatih pengguna admin cara-cara untuk menyelenggara pangkalan data.

v.

Kod Bahasa Pengaturcaraan Di dalam pembangunan EIS, setiap perunding GIS perlu mendokumentasikan bahasa kod pengaturcaraan yang telah dibangunkan samada dibangunkan untuk EIS Web atau EIS Stand Alone. Tujuan setiap kod-kod pengaturcaraan perlu didokumentasi kerana setiap kod-kod bahasa pengaturcaraan yang dibangunkan perlu diserahkan kepada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD Semenanjung Malaysia untuk rujukan pada masa akan datang. Kaedah penghantaran kod pengaturcaraan perlu dihantar dalam softcopy yang disimpan di dalam cakera keras kepada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD. Pada cakera keras perlu dilabel seperti Rajah 2.0 di bawah ini.

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Rajah 2.0 : Maklumat Yang Perlu Ada Pada Cakera Padat EIS
Kod Pengaturdaraan Aplikasi : EIS Web

Disediakan Oleh : Syarikat Atas Bawah Sdn. Bhd. 8hb. Ogos 2003

Setiap kod pengaturcaraan perlulah didokumentasi dengan sistematik dan dinyatakan maklumat-maklumat di bawah pada setiap muka kod pengaturcaraan yang dibangunkan samada untuk EIS Web atau EIS Stand Alone. Berikut adalah maklumat-maklumat yang perlu ada di dalam setiap kod pengaturcaraan tersebut :a. b. c. d. e. f. g. h. Nama Kod iaitu nama kod pengaturcaraan yang dibangunkan. Pengaturcara Nama individu yang mengaturcara kod pengaturcaraan. Syarikat Syarikat yang membangunkan kod pengaturcaraan. Tarikh Tarikh mula kod pengaturcaraan dibangunkan. Versi Versi kod pengaturcaraan yang bermula dari 1.0 . Bahasa Nyatakan bahasa yang digunakan untuk membangunkan kod pengaturcaraan. Tujuan Beri sedikit keterangan tujuan kegunaan kod pengaturcaraan tersebut. Ralat (bugs) Nyatakan ralat kod jika ada untuk rujukan pada masa hadapan.

Contoh di bawah adalah maklumat-maklumat di atas yang perlu ada di dalam setiap muka kod pengaturcaraan untuk EIS Web. '// Nama HTML // Syarikat '// Tarikh '// Versi '// Bahasa '// Tujuan '// Ralat : PelanSubjek.html : Gunung Angin Sdn Bhd : 10.4 .2001 : 1.0 : JavaScript : Untuk membuka pelan subjek dalam format JPEG : Tiada '// Pengaturcara : Puteri Ledang

Contoh di bawah adalah maklumat-maklumat di atas yang perlu ada di dalam setiap muka kod pengaturcaraan untuk EIS Stand Alone. '// Nama Kod : frmRTDSPU_PelanSubjek '// Pengaturcara : Ahmad Khaldun // Syarikat :

Depan Belakang Sdn Bhd '// Tarikh : 12. 7 .2002 '// Versi : 1.0 '// Bahasa : Visual Basic 6.0 '// Tujuan : Untuk membuka pelan subjek dalam format JPEG '// Ralat : Tiada

2.0 2.1

SISTEM MAKLUMAT EKSEKUTIF (EIS) Pengenalan Sistem Maklumat Eksekutif atau ringkasannya adalah EIS, merupakan sebuah aplikasi GIS yang dibuat pengubahsuaian semula menerusi customization oleh perunding GIS. Ini bertujuan untuk menyelaraskan matlamat dan objektif pembangunan aplikasi EIS dalam penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Customization EIS boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu kaedah aplikasi EIS Web atau EIS Stand Alone. Kedua-dua kaedah mempunyai objektif yang sama iaitu untuk memaparkan lapisan-lapisan GIS, membuat carian maklumat GIS, mencapai laporan dan pelan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Cuma yang membezakan keduaduanya adalah platfom operasi sistem yang digunapakai iaitu Web (Internet) dan Stand Alone (Rangkaian Setempat LAN). EIS tidak kira samada Web atau Stand Alone berfungsi kepada pihak berkuasa tempatan atau jabatan terlibat untuk mewujudkan pangkalan data GIS berpusat untuk memudahkan pengguna mencapai dan mengakses data-data GIS dengan efisyen, mudah dan cepat. Sebagai contoh kepesatan teknologi internet jalur lebar mampu mewujudkan sebuah sistem EIS yang bersifat global yang boleh diakses menerusi internet dengan cepat di mana-mana di dalam dunia ini. Walaupun sistem arkitek EIS Stand Alone hanya boleh membuat perkongsian data di dalam persekitaran kawasan yang terhad, ianya amat penting kepada pihak berkuasa tempatan sebagai permulaan untuk mewujudkan persekitaran EIS. Berdasarkan kepada keperluan itu, pendekatan pembangunan EIS amatlah penting dan perlu di dalam Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Kedua-dua EIS tersebut masih dilingkungi matlamat dan objektif yang sama cuma pembangunan EIS bagi kedua-dua kategori tersebut adalah berbeza dari segi rekabentuk sistem dan bahasa pengaturcaraan yang hendak digunapakai oleh perunding GIS.

2.2

Kebaikan EIS i. Orang awam boleh menggunakan EIS samada Web atau Stand Alone semasa publisiti Draf Rancangan Tempatan (DRT) untuk membuat semakan Rancangan Tempatan. ii. EIS boleh digunapakai untuk Rancangan Struktur bagi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. iii. Pihak berkuasa tempatan boleh meningkatkan sistem penyampaian perancangan bandar dan desa kepada orang awam. iv. Saluran maklumat yang lebih cepat dan pantas kepada pemaju atau perunding bertanyakan pembangunan yang boleh dibenarkan untuk tujuan permohonan kebenaran merancang. v. Boleh digunapakai di peringkat kegunaan eksekutif dan pihak pengurusan untuk membuat keputusan dalam hal ehwal berkenaan dengan perancangan bandar dan desa atau pun mesyuarat-mesyuarat di peringkat One Stop Centre (OSC), Majlis Penuh atau Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN). vi. Boleh menjadi satu sumber sampingan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT) di mana pelan-pelan GIS boleh dicetak dan dijual kepada pemaju atau individu berkepentingan.

2.3

Rekabentuk EIS EIS melibatkan empat (4) perkara utama di dalam merekabentuk dan membangunkan aplikasi EIS iaitu :i. Pangkalan Data Rekabentuk pangkalan data GIS perlu mematuhi Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk mewujudkan keseragaman pangkalan data GIS. Metadata pangkalan data GIS juga merujuk kepada Klasifikasi Gunatanah dan Kod Warna Gunatanah yang dibangunkan dalam Rancangan Struktur (RS) dan Rancangan Tempatan (RT). Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur mengandungi 9 tajuk perkara lapisan GIS seperti Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran dan Peta Asas.

Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan mengandungi 10 tajuk perkara lapisan GIS seperti Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran, Peta Asas dan Maklumat Tanah. ii. Aplikasi

Aplikasi EIS melibatkan dua kategori iaitu EIS Web dan EIS Stand Alone. EIS Web adalah EIS yang dibangunkan di atas platform internet di mana pengguna boleh mengakses EIS di mana-mana sahaja di dalam dunia ini. Manakala EIS Stand Alone adalah EIS yang dibangunkan di atas platfom Windows di mana pengguna hanya boleh mengakses EIS di dalam persekitaran rangkaian setempat (Local Area Network - LAN) yang terhad sahaja. Rekabentuk dan sistem arkitek bagi kedua-dua kategori EIS adalah berbeza antara satu sama lain disebabkan oleh platfom dan bahasa pengaturcaraan yang dipilih. Rekabentuk dan sistem arkitek bagi EIS Web adalah lebih kompleks dan berskala besar kerana ianya melibatkan sokongan komponen-komponen seperti pelayan komputer (server), Internet Information Services (IIS), Rangkaian Meluas (Wide Area Network WAN), Nama Domain (Domain Name System DNS), Internet Protocol (IP) dan Pelayan Web GIS ( GIS Server). Rajah 3.0 di bawah menunjukkan rekabentuk aplikasi EIS Web.

Rajah 3.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Web

Bagi EIS Stand Alone, rekabentuk dan sistem arkitek adalah lebih ringkas dan berskala kecil kerana aplikasi ini hanya boleh digunakan di dalam persekitaran kawasan yang terhad sahaja. Antara komponen-komponen yang terlibat adalah pelayan komputer (server), rangkaian setempat (Local Area Network LAN), Switch dan komputer pengguna. Rajah 4.0 di bawah menunjukkan rekabentuk aplikasi EIS Stand Alone.

Rajah 4.0 : Rekabentuk Aplikasi EIS Stand Alone

iii.

Pengguna Pengguna aplikasi EIS Web atau EIS Stand Alone boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu :a. Eksekutif

Pengguna eksekutif terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi yang terdiri daripada Menteri Besar, Exco-Exco Negeri, Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Bahagian Perancangan dan pihak berkuasa tempatan. Pengguna kategori ini akan menggunakan antaramuka EIS Eksekutif seperti tertera di Rajah 9.0 Peranan pengguna eksekutif adalah seperti berikut : Boleh dan mudah mendapat maklumat mengenai keputusan permohonan kebenaran merancang berdasarkan kepada no. lot dan lokasi. Boleh mengakses maklumat perancangan dalam kawasan pentadbirannya dengan cepat dan setiap maklumat perancangan mempunyai info. Dapat mengakses maklumat di dalam kawasan sempadan pilihanraya DUN dan Parlimen serta mendapat info kawasan sempadan pilihanraya. Pengguna eksekutif boleh mengakses maklumat-maklumat yang disediakan di dalam EIS Eksekutif dengan cara mengklik pada butang menu yang disediakan. Pengguna eksekutif boleh membuat carian maklumat GIS. Walaupun begitu, paparan nama lapisan peta GIS tidak dipaparkan kepada pengguna. Cuma pengguna eksekutif boleh mengklik di kota sebelah kiri yang menunjukkan nama lapisan GIS yang hendak dipaparkan. Tujuan diadakan fungsi begini kerana bukan semua lapisan GIS yang hendak dipaparkan semasa mengadakan mesyuarat masjlis berkenaan dengan kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Paparan lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk pengguna eksekutif (Rujuk Rajah 5.0 dan Rajah 6.0).

Rajah 5.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Untuk Pengguna Eksekutif

Rajah 6.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Untuk Pengguna Eksekutif

b.

Pengurus Sistem (Admin)

Pengguna pengurus sistem terdiri daripada pegawai-pegawai sistem maklumat atau pegawai perancangan bandar dan desa pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap perjalanan aplikasi EIS. Pengurus sistem EIS RSN perlu menggunakan aplikasi server User

Profile untuk mendaftar dan mengurus akaun pengguna. Pengguna ini akan menggunakan antaramuka EIS Admin seperti tertera di Rajah 10.0. seperti berikut :a. b. Boleh mengemaskini rekod lapisan-lapisan pangkalan data GIS dengan menggunakan fungsi yang disediakan dalam EIS. Boleh mengakses semua lapisan-lapisan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Bagi pengguna admin, paparan lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan ditunjukkan semua di dalam EIS Admin. Ini bermakna pengguna admin dapat melihat keseluruhan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan yang disediakan dalam EIS Admin. c. Awam Peranan pengguna admin adalah

Pengguna awam terdiri daripada pemaju, perunding hartanah dan orang awam. Pengguna ini akan menggunakan antaramuka EIS Awam seperti tertera di Rajah 11.0. Peranan pengguna awam adalah seperti berikut :a. b. c. Menggalakkan penyertaan awam di dalam semakan publisiti draf Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan. Memberi peluang kepada orang awam untuk menyemak gunatanah sedia ada dan cadangan yang boleh dibangunkan di atas lot-lot berkenaan. Memberi informasi kepada orang awam mengenai kelas kegunaan tanah bagi lot-lot berkenaan. Pengguna awam tidak dapat mengakses maklumat maklumat tertentu di dalam EIS atas tujuan keselamatan dan maklumat terhad. Pengguna awam boleh membuat carian maklumat GIS. Di samping itu juga, paparan lapisan GIS adalah terhad kepada keperluan paparan untuk pengguna awam sahaja (Rujuk Rajah 7.0 dan Rajah 8.0).

Rajah 7.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Struktur Untuk Pengguna Awam

Rajah 8.0 : Paparan Lapisan GIS Rancangan Tempatan Untuk Pengguna Awam

iv.

Antaramuka Antaramuka pengguna boleh dibahagikan kepada tiga kategori antaramuka iaitu EIS eksekutif, EIS Admin dan EIS awam.

a.

Antaramuka EIS Eksekutif Antaramuka EIS Eksekutif akan digunakan oleh pihak pengurusan tertinggi yang terdiri daripada Menteri Besar, Exco-Exco, Yang Dipertua, Setiausaha dan Ketua Bahagian Perancangan di pihak berkuasa tempatan. Pengguna eksekutif boleh mengakses EIS Eksekutif dengan memasukkan kata nama dan kata laluan. Kata nama adalah nama pengguna manakala kata laluan adalah mengikut nombor kad pengenalan baru. Pengguna kategori ini akan menggunakan antaramuka EIS Eksekutif seperti tertera di Rajah 9.0 di bawah ini.

Rajah 9.0 : Antaramuka EIS Eksekutif

Menu elemen antaramuka EIS Eksekutif dibangunkan dengan ciri-ciri mesra pengguna, mudah dikendalikan dan perletakan info tool tips pada setiap butang EIS. Ini memberi panduan kepada pengguna fungsi dan kegunaan sesuatu butang menu EIS.

b.

Antaramuka EIS Admin Antaramuka EIS Admin akan digunakan oleh pegawai-pegawai sistem maklumat pihak berkuasa tempatan sahaja yang bertanggungjawab terhadap aplikasi EIS. Antaramuka Admin memerlukan pengguna memasukkan kata laluan dan kata nama untuk mengakses EIS Admin. Pengguna ini akan menggunakan antaramuka EIS Admin seperti tertera di Rajah 10.0 bawah ini. Rajah 10.0 : Antaramuka EIS Admin

Antaramuka pengguna admin akan mempunyai peta GIS yang memaparkan senarai nama lapisan-lapisan GIS RSN dan RT. Pengguna admin boleh mengemaskini maklumat rekod dengan menggunakan tool kemaskini yang dibina di dalam EIS.

c.

Antaramuka EIS Awam Antaramuka EIS Awam akan digunakan oleh pemaju, perunding hartanah dan orang awam. Pengguna awam boleh mengakses EIS Awam tanpa perlu memasukkan kata laluan dan kata nama. Antaramuka awam tidak mempunyai fungsi analisis serta tidak boleh mengakses Laporan Penemuaan dan Strategi Pembangunan. Pengguna ini akan menggunakan antaramuka EIS Awam seperti tertera di Rajah 11.0 di bawah ini. Rajah 11.0 : Antaramuka EIS Awam

Jadual 1.0 di bawah menunjukkan ringkasan antaramuka EIS bagi 3 kategori pengguna iaitu EIS Eksekutif, EIS Admin dan EIS Awam. Jadual 1.0 : Ringkasan Antaramuka Pengguna EIS
Paparan Lapisan GIS Carian Maklumat GIS Pautan Dokumen & Pelan Kemaskini Info & Akaun Pengguna

Bil.

Antaramuka Pengguna

Kata Laluan

Peta GIS

Fungsi GIS

Analisis GIS

Bantuan Sistem

a. b. c.

Eksekutif Pengurus Sistem (Admin) Awam

9 9 8

9 9 9

9 9 9

9 9 9

9 9 9

9 9 9

9 9 8

9 9 9

8 9 8

2.4

Pembangunan EIS Terdapat dua kaedah dalam membangunkan Sistem Maklumat Eksekutif (EIS) iaitu EIS Web (WEB GIS Based) dan EIS Stand Alone (EIS Desktop Based). Pemilihan kedua-dua kaedah ini bergantung kepada keperluan, kemampuan dan kesesuaian pihak berkuasa tempatan bagi melaksanakan penggunaan EIS bagi projek kawasan Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan. 2.4.1 EIS Web EIS Web merupakan sebuah sistem GIS yang dibangunkan di atas platform teknologi GIS Web Based. Teknologi GIS Web Based adalah rangka penting di dalam sistem arkitek aplikasi pembangunan EIS Web kerana EIS Web memerlukan penglibatan komponen-komponen sistem yang kompleks dan berskala besar. Setiap komponen-komponen sistem EIS Web ini mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri. Setiap komponen sistem EIS Web ini saling bergantung antara satu sama lain untuk melancarkan EIS Web. Jika ada kerosakan atau masalah tertentu pada komponen-komponen sistem, maka EIS Web tidak dapat dilancarkan. Oleh itu, aspek penyelenggaraan dan pemantauan operasi perjalanan aplikasi EIS Web amatlah penting dan krtikal. Ini kerana pengguna akan senantiasa mengakses EIS Web pada setiap masa tidak kira siang atau malam. Walaupun begitu, EIS Web mempunyai banyak kelebihan dari segi aspek perkongsian data kerana EIS Web menggunakan teknologi GIS Web Based. Teknologi ini membenarkan perkongsian data dilaksanakan di mana pengguna-pengguna boleh mengakses EIS Web

menerusi rangkaian internet dari manamana tempat di dalam dunia ini. EIS Web amat pratikal dilaksanakan pada masa ini kerana negara kita sudah mempunyai teknologi jalur lebar yang kini sudah mencapai kelajuan minima 512 Kbps (Kilo bytes per second) ke maksima 2 Mbps (Mega bytes per second). Oleh itu pengguna tidak mempunyai masalah untuk mengakses EIS WEB kerana kelajuan begini amat sesuai untuk aplikasi EIS Web. 2.4.1.1 Perisian

Pada masa kini banyak perisian GIS Web Based di pasaran yang digunakan untuk tujuan pembangunan aplikasi EIS Web dalam pelbagai tujuan seperti telekomunikasi, marin, perancangan gunatanah, elektrikal, perbandaran, perhutanan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Perisian EIS Web Based boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu : i. GIS Web Based Viewer GIS Web Based Open Source GIS Web Based Open Source GIS Web Based Viewer Pengguna yang menggunakan GIS Web Based ini memerlukan

fail ActiveX untuk melancarkan peta GIS. Fail ActiveX boleh dipindah terima (download) secara percuma dari halaman GIS Web masing-masing. Fail ActiveX boleh dimanipulasikan untuk tujuan rekabentuk semula (customization) aplikasi EIS Web. GIS Web Based ini menggunakan bahasa ActiveX masing-masing untuk tujuan customization. Harga untuk GIS Web Based ini mahal kerana perlu membeli pakej perisian yang disediakan. Lesen Web GIS adalah perlu dan bilangan akses pengguna bergantung kepada spesifikasi yang ditentukan di dalam pakej perisian GIS Web Based. EIS Web akan menggunakan GIS Web Base Viewer ini untuk tujuan pembangunan EIS WEB Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Berikut adalah senarai nama perisian GIS Web Based Viewer yang biasa digunakan untuk kategori ini adalah seperti berikut :a. MapGuide, perisian dari AutoDesk.

MapGuide dibangunkan oleh AutoDesk untuk membantu pengguna mengakses peta dan data GIS menerusi rangkaian internet. Versi terkini MapGuide adalah 6.5 yang sering digunakan untuk pembangunan EIS Web bagi pelbagai tujuan aplikasi seperti perhutanan, gunatanah, pengangkutan, ketenteraan, perbandaran dan sebagainya. i. Fungsi Jadual 2.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Bil. a. Fungsi Format DWG Keterangan Boleh membangunkan lapisan-lapisan GIS terus dari lukisan berformat DWG tanpa perlu bertukar ke format SDF. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga. b. Format DWF MapGuide boleh menggunakan format DWF (Design Web Format) dan membangunkan lapisan-lapisan GIS dengan perisian AutoDesk. b. SQL (Structured Query Language) MapGuide menggunakan Relational Database Management System (RDBMS) untuk mengendalikan SQL terhadap pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. b. c. d. Lapisan GIS Viewer Peta GIS Interaktif MapGuide boleh memasukkan bilangan lapisan GIS (layer) sehingga 500 lapisan. Pemasangan MapGuide Viewer senang dilakukan oleh pengguna biasa. MapGuide boleh memaparkan peta GIS menerusi internet dengan format lapisan GIS yang boleh diubahsuai seperti warna, simbol, perkataan, skala paparan dan susunan lapisan GIS. e. Akses Peta GIS Peta GIS boleh diakses menerusi komputer atau Personal Data Assistant (PDA) yang menggunakan sistem operasi Windows CE. f. Format Data MapGuide boleh membaca pelbagai format data iaitu : ESRI ShapeFile, Microstation DGN, MapInfo Interchange File dan Lukisan format DWG.

g.

Pangkalan Data

MapGuide boleh diintegrasi dengan pangkalan data seperti OLE DB, ODBC, Oracle, SQL Server, Microsoft Access, dBase dan lain-lain lagi.

h.

Sumber Akses

MapGuide Spatial Data Provider (SDP) boleh membuat beberapa sumber data yang boleh membaca data GIS, lukisan DWG dan pangkalan data Oracle terus dari pelayan MapGuide Server.

i. j.

Raster Sistem Koordinat

MapGuide boleh membaca format raster. MapGuide mempunyai parameter sediada sistem koordinat seluruh dunia berjumlah 800 sistem koordinat di samping mempunyai sistem pemetaan yang tidak memerlukan sistem koordinat.

ii. Komponen Perisian MapGuide mempunyai tiga komponen perisian yang terlibat digunakan bersama-sama untuk membina EIS Web iaitu :a. MapGuide Server MapGuide Server berfungsi sebagai pelayan (server) terhadap permintaan dan pertanyaan lapisan-lapisan GIS di mana MapGuide Server menggunakan Map Agents untuk menjana pertanyaan dan permintaan lapisan-lapisan data GIS dari MapGuide Author dan MapGuide Viewer. Jadual 3.0 berikut adalah senarai spesifikasi MapGuide Server .

Jadual 3.0 : Spesifikasi MapGuide Server Bil. a. Fungsi Sistem Operasi Windows 2003. Keterangan MapGuide Server menggunakan sistem operasi

b.

Antaramuka

MapGuide Server mempunyai antaramuka untuk merekod log akses pengguna ke pelayan (server) GIS.

c.

MapAgent Service

MapGuide Server menggunakan MapAgent Service untuk menghantar dan menerima lapisan-lapisan GIS ke internet.

d.

Sumber Akses

Menggunakan Spatial Data Provider (SDP) untuk membina sumber data GIS yang boleh membaca format data : ShapeFile, DWG, MapIinfo Interchange File, Oracle, ODBC, DB dan lain-lain lagi.

b. MapGuide Author Mapguide Author berfungsi sebagai perisian untuk memadatkan lapisanlapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disimpan dalam fail bernama *.WMF (Window Map File). Jadual 4.0 berikut adalah senarai spesifikasi MapGuide Author. Jadual 4.0 berikut menunjukkan spesifikasi MapGuide Author. Jadual 4.0 : Spesifikasi Map Guide Author Bil. a. File) b. c. d. Lapisan GIS Simbol Lapisan GIS Fungsi MWF (Map Window Keterangan MapGuide Author akan memadatkan lapisan-lapisan GIS untuk menghasikan fail WMF yang akan dipaparkan di dalam internet. Lapisan-lapisan GIS disusun dengan menggunakan MapGuide Author. Simbol warna dan garisan boleh diubahsuai dengan menggunakan MapGuide Author. MapGuide Author boleh memasukkan bilangan lapisan GIS (layer) sehingga 500 lapisan.

c. MapGuide Viewer Mapguide Viewer berfungsi untuk memaparkan fail WMF yang mengandungi lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Jadual 5.0 berikut adalah senarai fungsi-fungsi MapGuide Viewer. Jadual 5.0 : Fungsi-fungsi MapGuide Viewer

Bil. a.

Fungsi Viewer

Keterangan Java Viewer atau fail Active X adalah percuma dan boleh dipindah terima (download) dari laman AutoDesk menerusi internet. Fail activeX perlu untuk memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

b.

Kecil

Saiz fail Java viewer adalah kecil dan tidak mengambil ruang penyimpanan yang besar dalam cakera keras (hard disk).

c. d.

Antaramuka Butang Menu

Mudah dan senang digunapaki oleh pengguna biasa. Mempunyai pelbagai fungsi butang menu diantaranya adalah manipulasi lapisan GIS, penyempadanan, pilih objek, zoom objek, membuat pertanyaan dan percetakan.

e. f.

Bahasa Percetakan

Boleh membangunkan EIS Web dengan menggunakan HTML, JavaScript, VBScript dan XML. Pengguna boleh mencetak peta GIS dalam pelbagai saiz format A1, A2, A3 atau A4. Disamping itu, maklumat seperti tajuk, petunjuk, skala peta, arah utara, tarikh dan masa boleh diletakkan

d.

Internet Information Systems Sebuah komponen yang penting dan utama dalam pembangunan EIS web ialah Internet Information Systems (IIS). IIS merupakan komponen web yang menjadi perantara komunikasi antara pelayan MapGuide Server dengan EIS Web.

Di samping itu, IIS juga mengurus, menyelia dan memantau operasi Domain Name System (DNS), direktori web folder dan tahap akses pengguna internet. iii. Sistem Arkitek Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan boleh menggunapakai model sistem arkitek MapGuide yang sama kerana rekabentuk sistem arkitek MapGuide ini disesuaikan untuk keduadua penggunaan projek. Sistem arkitek MapGuide dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pengurusan sistem dan bahagian pengguna sistem. Bahagian pengurusan sistem mempunyai sistem arkitek yang kompleks kerana melibatkan

beberapa komponen sistem yang penting kepada pembangunan EIS Web. Komponen-komponen yang terlibat di bahagian ini adalah perisian MapGuide Server, pelayan (server) MapGuide Server, MapGuide Author dan Internet Information Systems (IIS). Komponenkomponen MapGuide Server dan IIS perlu dipasang di pelayan MapGuide Server. MapGuide Author dipasang di stesen kerja (workstation) yang dihubungkan menerusi rangkaian setempat (LAN). Setiap pemasangan komponen-komponen tersebut harus dilakukan kerja-kerja konfigurasi komponen supaya setiap komponen boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Ujian komponen perlu dilakukan dan direkod di dalam borang untuk tujuan rujukan dan semakan sistem. Di bahagian pengguna, komponen-komponen yang terlibat hanya melibatkan perisian MapGuide Viewer dan rangkaian internet. Pengguna hanya perlu memindah terima (download) fail ActiveX Viewer dari halaman AutoDesk untuk memaparkan peta GIS di dalam EIS Web (Rujuk Rajah 12.0).

Rajah 12.0 : Sistem Arkitek MapGuide

iv.

Pangkalan Data MapGuide

Pangkalan Data MapGuide menggunakan teknologi RDBMS (Relational Database Management System) seperti OLE DB, ODBC, Oracle, SQL Server, Microsoft Access untuk menguruskan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan diletakkan di pelayan (server) GIS. Di situ, semua metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan diletakkan berasingan mengikut kepada nama projek RT dan RSN (Rujuk Rajah 13.0).

Rajah 13.0 : Sistem Arkitek Pangkalan Data MapGuide dalam EIS Web.

v.

Bahasa Pengaturcaraan

MapGuide menggunakan bahasa pengaturcaraan HyperText Markup Language (HTML), JavaScript, VBScript dan Active Server Pages (ASP). b. ArcIMS ArcIMS merupakan produk ESRI yang dibangunkan di atas platfom pelayan (server) GIS Web Based. ArcIMS merupakan perisian yang membolehkan pengguna mengakses peta dan data GIS menerusi rangkaian internet. Versi terkini ArcIMS sekarang adalah 9.2. ArcIMS juga digunakan untuk pelbagai aplikasi yang berkaitan dengan GIS Web Based seperti pelancongan, pengangkutan, perhutanan, laut, cuaca dan lain-lain lagi. b. ArcIMS, perisian dari ESRI.

ArcIMS merupakan salah satu perisisan yang dibangunkan dari ESRI. i. Bil. a. b. c. Fungsi Fungsi SQL (Structured Query Language) Viewer Desktop Keterangan ArcIMS menggunakan teknologi RDMS (Relational Database Management System). Mempunyai dua mod bahasa viewer iaitu HTML dan Java. Dekstop ArcGIS seperti ArcView, ArcEditor, ArcInfo dan ArcExplorer boleh digunakan untuk membuka EIS Web ArcIMS, d. Peta GIS Interaktif ArcIMS boleh memaparkan peta GIS menerusi internet dengan format lapisan GIS seperti warna, simbol, perkataan, skala paparan dan susunan lapisan GIS. e. Format Data ArcIMS boleh membaca pelbagai format data iaitu : ESRI ShapeFile, ArcInfo coverages, DWG, DXF dan DGN . f. g. Raster Sistem Koordinat ArcIMS boleh membaca format raster. ArcIMS boleh menggunakan parameter sediada sistem koordinat yang disediakan di dalam ArcGIS.

Jadual 6.0 : Fungsi-fungsi ArcIMS

ii.

Komponen Perisian

ArcIMS mempunyai tiga komponen perisian yang terlibat digunakan bersama-sama untuk membina EIS Web ArcIMS iaitu :a. ArcIMS Author ArcIMS Author berfungsi untuk mengurus lapisan-lapisan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Semua pengurusan konfigurasi lapisanlapisan GIS ini dilakukan dengan menggunakan ArcXML. Semua lapisan-lapisan GIS ini disimpan di dalam fail bernama map files. b. ArcIMS Designer ArcIMS Designer berfungsi untuk menetapkan rekabentuk antaramuka EIS Web dari segi susunan table, frame, layout, kandungan dan fungsi-fungsi yang perlu dimasukkan ke dalam EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. c. ArcIMS Administrator ArcIMS Administrator bertindak sebagai pengurus pelayan (server) terhadap Map Services, pelayan (server) dan struktur pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

iii.

Sistem Arkitek

Struktur sistem arkitek ArcIMS adalah seperti berikut :a. Viewer ArcIMS memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dengan menggunakan dua mod bahasa viewer iaitu HTML dan Java. Mod bahasa viewer ini akan memberi pengguna mengakses antaramuka EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk berinteraksi dengan peta GIS, butang menu dan fungsi-fungsi GIS. Disamping itu penggunaan dua mod viewer di atas, EIS Web ArcIMS juga boleh diakses menerusi dekstop ArcGIS iaitu seperti ArcView, ArcEditor, ArcInfo dan ArceExplorer 3.1 . b. Pelayan (Server) ArcIMS memerlukan empat (4) komponen pelayan (server) untuk mengendalikan pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan iaitu : Web Server Web server tidak didatangkan bersama-sama dengan aplikasi ArcIMS. Web Server adalah perisian pelayan (server) web seperti Apache atau Internet Information Service (IIS) yang harus ada untuk mengurus EIS Web Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Tanpa perisian pelayan web ini, komunikasi tidak akan berlaku antara Viewer dan Pelayan EIS Web. Application Server Merupakan komponen penting yang berfungsi untuk mengurus

pertanyaan dan permintaan lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dari Viewer atau Web Server. Di samping itu, application server juga berfungsi untuk merekod aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh map services di samping boleh berkomunikasi lebih dari satu pelayan (server) EIS Web. Server Connectors Komponen penting sebagai perantara (middleware) di antara web server (Apache atau IIS) dengan application server. Spatial Server Merupakan komponen paling penting di dalam EIS Web ArcIMS di mana Spatial Server boleh mengakses lapisan-lapisan data GIS RT dan RSN, menghasilkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan serta boleh mengabungkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan mengikut format yang diperlukan oleh pengguna EIS Web.

c.

Data Level ArcIMS boleh membaca format data seperti ESRI shapefiles, ArcInfo Coverages,Layers ArcSDE serta data berformat raster seperti JPEG, GIF, BMP. GeoTIFF.

vi.

Sistem Operasi

EIS Web memerlukan sistem operasi (Operating System OS) Windows Server 2003 untuk pelayan (server) Web Server. Ini kerana komponenkomponen MapGuide perlu di pasang di atas platfom Windows Server 2003. Rajah 14.0 menunjukkan gambaran sistem arkitek EIS Web ArcIMS.

Rajah 14.0 : Sistem Arkitek ArcIMS

vii.

Bahasa Pengaturcaraan

ArcIMS menggunakan bahasa pengaturcaraan ColdFusion, Microsoft ASP, Java atau pun C++.

c.

MapExtreme, perisian dari MapInfo. MapExtreme adalah produk yang dikeluarkan oleh MapInfo. MapExtreme mempunyai dua bentuk versi platfom iaitu Windows dan Java. Oleh itu, pengguna MapExtreme boleh mengakses EIS Web pada mana-mana platfom sediada pada komputer pengguna. i. Fungsi

Jadual 7.0 : Fungsi-fungsi MapExtreme Bil. Fungsi Keterangan

a.

Pengguna

Boleh memilih kategori maklumat untuk dipaparkan, mengubahsuai kosmetik lapisan-lapisan GIS, boleh melabel objek lapisan-lapisan GIS dan menukar warna sesuatu poligon objek GIS.

b. c. d. e.

Lapisan GIS Viewer Client Peta GIS Interaktif

Lapisan GIS dipaparkan dalam mod renderers. Menggunakan mod GIF dan Java Applet. Terdapat tiga bentuk mod client iaitu Thin Client, Medium Client dan Thick Client. MapGuide boleh memaparkan peta GIS menerusi internet dengan format lapisan GIS yang boleh diubahsuai seperti warna, simbol, perkataan, skala paparan dan susunan lapisan GIS.

f. g. h.

Format Data Pangkalan Data Raster

Hanya membaca format MapInfo TAB dan ESRI Shape format. Menggunakan teknologi RDBMS bagi Oracle dan SQL Server. Boleh membaca format raster.

ii. a.

Sistem Arkitek Viewer Terdapat tiga (3) kategori viewer MapXtreme iaitu : Thin Client Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan dipadat dan disimpan dalam fail format GIF. Fail ini akan dimasukkan ke dalam EIS Web untuk dipaparkan kepada pengguna. Medium Client Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan dipadat dan disimpan di dalam fail format GIF dan dimasukkan ke dalam EIS Web dengan Java Applet untuk menjadikan fail peta GIS lebih interaktif. Thick Client Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan akan layari menerusi browser EIS Web menerusi engin Java Applet.

Komponen sistem arkitek perisian MapExtreme terdiri daripada berikut :-

b.

Pelayan (Server) MapExtreme Pelayan MapExtreme memerlukan perkara-perkara berikut : Web Server Perisian web server terdiri daripada Apache atau Internet Information Services (IIS). Application Server Perantara untuk web server berkomunikasi antara map server. Map Server Mengandungi fail MapExtreme Servlet Java Servlet Rancangan Tempatan ke pengguna EIS Web. MapJ Object Berfungsi untuk mengurus elemen-elemen berkaitan dengan lapisanlapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan seperti extents, zoom, sistem koordinat, lapisan data dan lain-lain lagi apabila terdapat pertanyaan dan permintaan data GIS terhadap Map Server. Renderers Berfungsi untuk membenarkan map serrver memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan apabila adanya aktiviti pertanyaan dan permintaan lapisan-lapisan GIS. Providers Berfungsi sebagai penghubungan data di antara objek-objek MapJ dan peta GIS. untuk menghantar pertanyaan dan permintaan lapisan-lapisan data GIS Rancangan Struktur dan

c.

Data Level MapExtreme boleh membaca format data MapInfo Tab dan ESRI ShapeFile serta format raster seperti TIF, JPEG, BPM, GeoTIFF dan lain-lain lagi. Rajah 15.0 menunjukkan sistem arkitek MapExtreme.

Rajah 15.0 : Sistem Arkitek MapExtreme

iii.

Pangkalan Data

MapExtreme Java menggunakan teknologi RDBMS yang terdiri daripada Oracle dan Microsoft SQL Server untuk mengurus, menyelia dan mengemaskini pangkalan data GIS RT dan RSN. iv. Bahasa Pengaturcaraan

MapExtreme menggunakan bahasa pengaturcaraan Java, HyperText Markup Language (HTML), JavaScript, VBScript dan Active Server Pages (ASP).

ii.

GIS Web Based Open Source GIS Web Based Open Source adalah teknologi GIS Web

Based yang menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP.Net, VBSript, Java, Perl, Python dan ASP untuk mengintegrasi sistem GIS dan pangkalan data Relational Database Management System (RDBMS) ke dalam aplikasi GIS Web Based Open Source. Pengguna yang

menggunakan GIS Web Based ini cuma memerlukan browser dan internet untuk mengkases peta GIS. GIS Web Based ini boleh membaca pelbagai format data seperti ShapeFile, MapInfo File (TAB), JPEG dan TIFF. Berikut adalah di antara senarai nama perisian GIS Web Based Open Source yang digunakan di peringkat antarabangsa : 3map Amein ArcView APR Parser AutoREALM AVPython Batik BBBike BuddySpace CAVOR CGAL Chameleon Community Mapbuilder Computer Vision Library DCMMS Deegree Demeter Terrain Engine DEM Tools DEMViewer DGNLib drawmap Fmaps GeoServer GpsDrive GPSMan Gpspoint GPStrans GrADS GRASSLinks iGeoPortal

Intergraph WMS Viewer InterMap Mapbender MapIt! MapLab MapServer Map Guide Open Source OpenMap OpenSVGMapserver PostGIS PROJ.4 Python Cartographic Library rmap Shapelib SharpMap STARS SVG Viewer Terraform TerraLib ww. vhclmaps worldKit Zodius

2.4.1.2

Direktori Pangkalan Data

Pangkalan data EIS Web di simpan di pelayan (server) GIS dimana struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan adalah mengikut spesifikasi format metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD. Rajah 16.0 menunjukkan struktur direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi EIS Web. Rajah 16.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Bagi

EIS Web

2.4.1.3

Fungsi-Fungsi Asas

Terdapat enam (6) fungsi-fungsi asas EIS Web iaitu : i. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan papar an maklumat yang dijumpai. Buat masa ini fungsi carian hanya menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan. iv. Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisanlapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh memanipulasi lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Peta GIS yang dipaparkan juga adalah tepat dan mempunyai sistem koordinat tempatan samada Cassini, RSO atau GDM2000. Imej satelit akan di letak di dalam peta GIS di mana sistem akan mengawal paparan imej satelit mengikut skala. Bermakna jika skala peta GIS adalah kurang dari 1 : 5000, maka imej satelit akan dipaparkan dalam peta GIS. v. Sokongan GIS

Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat pertindihan lapisan data GIS ke atas aplikasi Google. vi. Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi peta GIS seperti arahan pilih objek, padam objek, zoom in, zoom out, zoom fokus, pan dan zoom all.

2.4.1.4

Perkongsian Data

EIS Web mempunyai kelebihan dari segi perkongsian data kerana rekabentuk sistem EIS Web

membenarkan pangkalan data GIS diakses menerusi rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian meluas (WAN). Menerusi kedua-dua rangkaian ini, data boleh dipindah terima dari satu sumber ke destinasi lain samada dekat atau jauh. Semua ini berlaku melalui protokol internet yang membolehkan pengguna melihat data GIS dalam bentuk grafik dan informasi. Rujuk Rajah 17.0. Rajah 17.0 : Perkongsian Data EIS Web

2.4.1.5

Penyelenggaraan

Penyeleggaraan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :i. Fail ActiveX

Kebiasaannya penyelenggaraan EIS Web dilakukan mengikut kepada keperluan dan tujuan kegunaan. Umumnya selepas sesuatu aplikasi EIS Web dipasang di dalam komputer, ianya akan dibiarkan di situ tanpa gangguan. Penyelenggaraan aplikasi EIS Web dilakukan apabila perlu dinaik taraf versi sesuatu aplikasi ke versi yang terkini, sebagai contoh fail ActiveX Viewer. Ini boleh dilakukan dengan memindah terima fail tersebut menerusi halaman internet seperti AutoDesk, MapInfo atau ESRI. Versi fail. ActiveX yang dinaik taraf mengandungi beberapa fungsi-fungsi GIS yang baru. ii. Pangkalan Data

Penyelenggaraan maklumat adalah berkaitrapat dengan pangkalan data GIS, perkhidmatan pelayan internet dan pelayan web AutoDesk MapGuide. Sistem analis perlu memastikan bahawa struktur direktori pangkalan data berada dalam keadaan baik dan mematuhi spesifikasi metada. Sentiasa mengawasi dan menyelia komponen perkhidmatan pelayan internet dan pelayan web AutoDesk MapGuide agar sistem maklumat Rancangan Tempatan berjalan dengan lancar. iii. Perkakasan

Penyelenggaraan fizikal adalah memastikan bahawa pelayan web dan pelayan GIS sentiasa berada dalam keadaan baik, bersih dan tersusun. Pengurus sistem perlu memastikan bahawa fizikal pelayan berada dalam keadaan baik dari segi pendawaian serta sistem pendingin yang berfungsi dengan baik.

2.4.1.6

Perkakasan

Spesifikasi perkakakasan komputer untuk EIS Web adalah seperti berikut :i. Stesen Kerja (Workstation) Spesifikasi stesen kerja yang dicadangkan (Rujuk Jadual 8.0). Jadual 8.0 : Spesifikasi Stesen Kerja (Workstation) Perkara

Spesifikasi

Pemproses Sistem Operasi Chip Memori Cakera Keras Monitor Kad Grafik Pemacu Optik

Intel Pentium 4 Processor 3.00 GHz Windows XP Professional Intel 2 GB DDR-2 SDRAM 200 GB SATA 19 Flat Panel LCD 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285 48X DVD-ROM/CD-RW

ii. Komputer Meja (Desktop) Spesifikasi komputer meja yang dicadangkan (Rujuk Jadual 9.0). Jadual 9.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop) Perkara Pemproses Sistem Operasi Chip Memori Cakera Keras Monitor Kad Grafik Pemacu Optik Windows XP Professional Intel 1 GB DDR-2 SDRAM 200 GB SATA 19 Flat Panel LCD 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285 48X CD-ROM Drive

Spesifikasi

Intel Pentium 4 Processor 3.0 GHz

iii. Komputer Riba (Notebook) Spesifikasi stesen kerja yang dicadangkan (Rujuk Jadual 10.0). Jadual 10.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook) Perkara Pemproses Tanpa Wayar Bluetooth Spesifikasi Intel Pentium M Processor 1.73 GHz Intel PRO/Wireless 2200 Network Connection 802.11b/g Ya

Tanpa Wayar Sistem Operasi Chip Memori Cakera Keras Monitor Kad Grafik Pemacu Optik

Intel Pro/Wireless 2200 802.11g integrated wireless LAN Windows XP Professional Intel 1GB MB DDR-2 SDRAM 100 GB 15.4 colour TFT WXGA Display 64 MB DDR ATI Mobility Radeon X600 Graphics 24X CD Burner/DVD Combo Drive

iv. Pelayan (Server) Spesifikasi pelayan GIS yang dicadangkan (Rujuk Jadual 11.0). Jadual 11.0 : Spesifikasi Pelayan (Server) Perkara Pelayan Pemproses Bilangan Pemproses Chip Sistem Operasi Memori Cakera Keras Antaramuka Spesifikasi ProLiant ML150 G2 Tower Server Intel Xeon processor 3.0GHz 2 Pemproses Intel Microsoft Windows Server 2 GB DDR-2 SDRAM 300 GB SATA 1 x Parallel, 1 x Serial, 1 x Pointing Device (Mouse), 1 x Video, 1 x Keyboard, 1 x Network RJ-45, 2 x USB Ports

2.4.2 EIS Stand Alone EIS Stand Alone bermaksud aplikasi yang dibangunkan dan dipasang untuk kegunaan sesebuah komputer sahaja. Ini bermakna jika ada lebih dari sebuah komputer, maka pemasangan aplikasi EIS Stand Alone perlu dipasang pada setiap komputer.

2.4.2.1 Alone :i.

Perisian GIS

Berikut adalah antara perisian GIS yang biasa digunakan untuk membangunkan EIS Stand

ArcGIS Perisian ArcGIS Engine merupakan set perisian yang komprehensif bagi

penyediaan EIS Stand Alone. ArcGIS Engine asasnya mengandungi 2 komponen yang mempunyai peranan yang berbeza iaitu ArcGIS Engine Developer Kit dan ArcGIS Engine Runtime. ArcGIS Engine Developer Kit digunakan bagi menghasilkan paparan aplikasi melalui IDE (Interfece Development Environment) tertentu seperti Ms. Visual Basic, Ms visual Studio .Net ataupun JBuilder. Perisian ini dapat menghasilkan set suaipakai EIS dengan menggunakan komponen yang disediakan seperti map control, table of content control dan toolbar control mengikut keperluan EIS. Manakala ArcGIS Engine Runtime berperanan menyokong komponen ArcObject yang disertakan dalam satu set instalasi dan lesen perisian kepada pengguna bagi aplikasi logik GIS dalam penjanaan EIS. ii. MapInfo Professional MapInfo Professional adalah perisian GIS yang menarik dari segi

grafik dan persembahan peta. Perisian GIS ini mempunyai ciri-ciri yang mudah dan senang dibuat pembangunan EIS Stand Alone. Ini kerana MapInfo Professional mudah diterjemah dan diintegrasi dengan bahasa-bahasa lain seperti Visual Basic. Perisian ini hanya boleh membaca format MapInfo TAB sahaja.

2.4.2.2

Bahasa Pengaturcaraan

Bahasa pengaturcaraan yang boleh digunapakai di dalam pembangunan EIS Stand Alone adalah seperti di Jadual 12.0 berikut :-

Jadual 12.0 : Bahasa Pengaturcaraan EIS Stand Alone Bil. a. Perisian GIS ArcGIS Bahasa Pengaturcaraan Ms. Visual Basic, Ms visual Studio .Net ataupun JBuilder Boleh menggunakan aplikasi bahasa EIS. ini untuk tujuan pembangunan -Boleh menyokong

pembangunan antaramuka EIS

b.

MapInfo Professional

Bahasa

Visual

Basic

-MapInfo

mudah

dan

senang

menggunakan bahasa ini untuk tujuan pembangunan EIS Stand Alone. -Mempunyai antaramuka yang menarik dan interaktif. ii. Bahasa MapBasic -Menggunakan bahasa MapInfo yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan EIS Stand Alone. -Mempunyai kekurangan dari segi persembahan antaramuka kerana tidak begitu menarik dan sukar merekabentuk antaramuka.

2.4.2.3

Sistem Arkitek

Sistem arkitek EIS Stand Alone dapat dibahagikan kepada dua iaitu :i. Sistem Arkitek ArcGIS Sistem arkitek ArcGISmelibatkan komponen-komponen berikut :a. Komputer pengguna Komputer yang akan dipasang EIS Stand Alone . b. Aplikasi EIS Stand Alone Pengguna menggunakan EIS Stand Alone untuk mengakses pangkalan data GIS, laporan, pelan dan rajah samada untuk Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. c. Rangkaian Setempat (LAN) Infrastruktur kabel untuk menghubungkan antara komputer pengguna dan pelayan GIS. d. Pelayan (server) GIS Komputer pelayan (server) GIS akan menyimpan dan mengurus pangkalan data GIS menggunapakai Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 18.0 di bawah menunjukkan sistem arkitek ArcGIS. e. Pangkalan Data GIS Pangkalan data GIS terdiri daripada Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan, Klasifikasi Gunatanah dan Kod Warna Gunatanah yang dibangunkan dalam Rancangan Struktur (RSN) dan Rancangan Tempatan (RT). Rajah 18.0 : Sistem Arkitek ArcGIS

. ii. Sistem Arkitek MapInfo Sistem arkitek MapInfo Professional melibatkan komponenkomponen berikut :-

a. Komputer pengguna Komputer berkenaan akan dipasang EIS Stand Alone di mana pengguna boleh mengakses pangkalan data GIS, laporan, pelan dan rajah samadauntuk Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. b. Rangkaian Setempat (LAN) Infrastruktur kabel untuk menghubungkan antara komputer pengguna dan pelayan GIS. c. Pelayan GIS (server) Komputer yang akan menyimpan dan mengurus pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. d. Pangkalan Data GIS Struktur pangkalan data GIS mengikut folder dan spesifikasi metadata Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan (Rujuk Rajah 19.0).

Rajah 19.0 : Sistem Arkitek MapInfo Professional

2.4.2.4

Pangkalan Data

Pangkalan data EIS Stand Alone boleh disimpan dua lokasi iaitu :i. Komputer Pengguna

Pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan boleh disimpan di komputer pengguna jika mempunyai ruang cakera keras (hard disk) yang besar. Struktur pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan perlu mengikut Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Rajah 20.0 menunjukkan struktur direktori pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi komputer pengguna.

Rajah 20.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Bagi Komputer Pengguna

ii.

Pelayan (server) GIS

Pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan boleh disimpan di komputer pelayan (server) dan dihubungkan dengan rangkaian setempat (LAN) kepada komputer pengguna. Struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan adalah mengikut spesifikasi Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 21.0 menunjukkan struktur pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan bagi komputer pelayan (server). Rajah 21.0 : Struktur Direktori Pangkalan Data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan Bagi Pelayan (Server) GIS

2.4.2.5

Fungsi-Fungsi EIS Stand Alone

Di dalam aplikasi EIS Stand Alone, mesti terdapat enam (6) fungsi-fungsi asas iaitu :-

i.

Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan paparan maklumat yang dijumpai. Fungsi carian hanya menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Stand Alone dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan. iv. Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Stand Alone. Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh memanipulasi lapisan-lapisan GIS RT dan RSN. Imej satelit akan di letak di dalam peta GIS di mana sistem akan mengawal paparan imej satelit mengikut skala. Bermakna jika skala peta GIS adalah kurang dari 1:5000, maka imej satelit akan dipaparkan dalam peta GIS. v. Sokongan GIS

Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat pertindihan lapisan data GIS ke atas aplikasi Google. vi. Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi peta GIS seperti pilih objek, padam objek, zoom in, zoom out, zoom fokus, pan dan zoom all.

2.4.2.6

Perkongsian Data

Perkongsian data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan melalui EIS Stand Alone boleh dilakukan jika pihak berkuasa tempatan mempunyai infrastruktur rangkaian setempat (LAN) dan pelayan (server). Namun begitu perkongsian ini hanya berlaku dalam kawasan yang terhad sahaja. Rajah 22.0 menunjukkan gambaran perkongsian data bagi EIS Stand Alone. Rajah 22.0 : Perkongsian Data Bagi EIS Stand Alone

2.4.2.7

Penyelenggaraan

Penyelenggaraan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :i. Aplikasi EIS Stand Alone

Penyelenggaraan aplikasi EIS Stand Alone boleh dilakukan sebulan sekali. Jika aplikasi tersebut mempunyai masalah dari segi ralat, bug atau butang menu, ianya perlu direkod dan dilapor kepada pengurus sistem untuk diambil tindakan. Perunding GIS yang membangunkan aplikasi tersebut mesti memberi fail .exe yang baru dan bebas dari masalah tersebut. ii. Pangkalan Data

Pangkalan data EIS Stand Alone mesti diselenggara setiap minggu untuk memastikan bahawa pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa berada dalam keadaan terkini, teratur dan mengikut spesifikasi metadata GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Sistem Analisis atau Pengurus Sistem mesti memastikan bahawa struktur pangkalan data sentiasa berada dalam keadaan baik dan asal. Sentiasa mengawasi ruang yang ada di dalam cakera keras (hard disk) supaya cakera keras tidak terlalu penuh dengan fail-fail yang tidak sepatutnya. Sentiasa membuat salinan kedua (backup) terhadap pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan setiap minggu. Ini untuk memastikan bahawa pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa boleh digunakan. iii. Perkakasan

Penyelenggaraan perkakasan adalah untuk memastikan bahawa pelayan (server) GIS, stesen kerja (workstation) dan komputer (desktop) pengguna sentiasa berada dalam keadaan prestasi yang memuaskan. Sistem Analis dan Pengurus Sistem mesti memastikan bahawa perkakasan komputer tersebut sentiasa bebas dan pepijat (bug) dan virus komputer. Sentiasa memastikan bahawa cakera keras (hard disk), memori komputer (RAM), kad grafik dan rangkaian setempat (LAN) sentiasa berada dalam keadaan sempurna. Jika pelayan diletak di bilik pelayan (server room), pastikan penghawa dingin berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi dengan sempurna.

2.4.2.8

Perkakasan Spesifikasi perkakasan EIS Stand Alone adalah seperti berikut :-

i. Stesen Kerja (Work Station) Spesifikasi stesen kerja (work station) (Rujuk Jadual 13.0). Jadual 13.0 : Spesifikasi Stesen Kerja (Work Station) Perkara Spesifikasi Pemproses Sistem Operasi Chip Memori Cakera Keras Monitor Kad Grafik Pemacu Optik Intel Pentium 4 Processor 3.00 GHz Windows XP Professional Intel 1 GB DDR-2 SDRAM 200 GB SATA 19 Flat Panel LCD 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285 48X DVD-ROM/CD-RW

ii. Komputer Meja (desktop) Spesifikasi komputer meja (desktop) (Rujuk Jadual 14.0). Jadual 14.0 : Spesifikasi Komputer Meja (Desktop) Perkara Spesifikasi Pemproses Sistem Operasi Chip Memori Cakera Keras Monitor Kad Grafik Pemacu Optik Intel Pentium 4 Processor 3.0 GHz Windows XP Professional Intel 512 RAM DDR-2 SDRAM 200 GB SATA 19 Flat Panel LCD 256 MB NVIDIA Quadro NVS 285 48X CD-ROM Drive

iii.

Komputer Riba (notebook)

Spesifikasi komputer riba (notebook) (Rujuk Jadual 15.0). Jadual 15.0 : Spesifikasi Komputer Riba (Notebook) Perkara Spesifikasi Pemproses Tanpa Wayar Bluetooth Tanpa Wayar Sistem Operasi Chip Memori Cakera Keras Monitor Kad Grafik Pemacu Optik Intel Pentium M Processor 1.73 GHz Intel PRO/Wireless 2200 Network Connection 802.11b/g Ya Intel Pro/Wireless 2200 802.11g integrated wireless LAN Windows XP Professional Intel 1GB MB DDR-2 SDRAM 100 GB 15.4 colour TFT WXGA Display 64 MB DDR ATI Mobility Radeon X600 Graphics 24X CD Burner/DVD Combo Drive

2.5

Analisis EIS Stand Alone dan EIS WEB (SWOT) Jadual 16.0 di bawah menunjukan analisis SWOT bagi EIS Web dan EIS Stand Alone. Jadual 16.0 : Analisis SWOT Bagi EIS Web dan EIS Stand Alone PERKARA : KEKUATAN Bil. a. b. (server) Pengurusan pangkalan data yang baik dan sistematik. c. Perkongsian data boleh dilaksanakan menerusi internet (WAN) dan rangkaian setempat (LAN). d. Menggunakan jalur lebar (band width) berkelajuan maksima 2 Gbps. Penyelenggaraan dilakukan pada satu lokasi sahaja. Pengguna boleh mengakses maklumat GIS di Internet. PERKARA : KELEMAHAN Bil. a. b. c. EIS Web Perlu ada perisian web server Memerlukan sistem operasi Windows 2003 Server. Mengambil masa pemasangan sistem. pengguna Perkongsian data cuma terhad dalam kawasan setempat (LAN). Pengemaskinian data tidak selaras/ berpusat dengan mana-mana komputer. d. Menggunakan jalur lebar (band width) Perlu sediakan infrastruktur jalur lebar e. Memerlukan spesifikasi perkakasan komputer yang baik terutama pelayan Penyelenggaraan bagi setiap komputer pengguna. EIS Stand Alone Perlu pasang EIS pada komputer Bagus untuk permulaan penggunaan GIS di pihak berkuasa tempatan yang kecil. e. f. EIS Web Pangkalan data di simpan di pelayan EIS Stand Alone Pangkalan data di simpan di pelayan (server) atau komputer pengguna. Perkongsian data boleh dilaksanakan dalam kawasan rangkaian setempat (LAN) sahaja. Menggunakan kabel LAN Menggunakan infrastruktur LAN

GIS dan Web GIS Server. f. g. Menggunakan sumber manusia yang ramai. Penyelenggaraan dan pemantauan sistem setiap masa. PERKARA : PELUANG Bil. a. b. EIS Web Maklumat boleh diakses oleh pengguna yang berada di luar negara. Mempromosi kawasan pentadbiran kepada dunia. PERKARA : ANCAMAN Bil. a. b. EIS Web Pengodam internet yang boleh mengodam pangkalan data GIS/EIS. Pepijat komputer (virus), Malware, Spyware dari penggunaan internet. EIS Stand Alone Pangkalan data GIS tidak dikemaskini dari masa ke semasa Terdapat banyak versi pangkalan data GIS pada setiap komputer pengguna. EIS Stand Alone

2.6

Rumusan

Berdasarkan kepada analisis SWOT di para 2.5, pihak BMGN, JPBD mencadangan bahawa penggunaan EIS Web di dalam pembangunan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan adalah perlu dan pratikal dilaksanakan oleh sebab-sebab berikut :i. Perkongsian data antara agensi dan JPBD boleh dilaksanakan dengan efisyen dan ekonomi kerana telah ada teknologi jalur lebar yang boleh menghantar dan menerima data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan dalam kapasiti yang besar dan laju. ii. Boleh menjimatkan masa dan tenaga untuk membuat carian maklumat GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan walaupun berada di mana-mana di dalam dunia kerana pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan telah dihubungi menerusi internet. iii. Pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa kerana pangkalan data GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan disimpan dan diurus di dalam satu pelayan (server) GIS berpusat. iv. Jangka hayat dokumen projek Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan seperi pelan, rajah, laporan, garis panduan dan kelas gunatanah dapat dijamin kualiti sepanjang masa tanpa menjejaskan isi kandungan dokumen. v. Capaian dokumen-dokumen projek Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan adalah lebih sistematik dan teratur kerana mengikut spesifikasi Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disimpan di dalam pelayan (server) Web GIS. vi. Menyokong dasar kerajaan untuk menerapkan penggunaan teknologi maklumat terutama GIS di dalam agensi-agensi kerajaan.

3.0

PANGKALAN DATA 3.1 Pengenalan

Secara umumnya, pangkalan data ialah satu koleksi data dan aturcara yang membolehkan penggunanya mencapai maklumat yang diperlukan bagi pelbagai kegunaan. Setiap EIS samada EIS Web atau EIS Stand Alone mempunyai pangkalan data samada untuk Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Pangkalan data EIS Web akan diletak dan dipasang di pelayan (server) GIS manakala data EIS Stand Alone akan diletak dan dipasang di pelayan (server) GIS atau di dalam komputer sahaja. Pangkalan data GIS mestilah mengikut spesifikasi Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD. Keseragaman dan kesamaan struktur pangkalan data GIS amatlah penting bagi Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Ini adalah penting kerana EIS akan menggunapakai keseragaman dan kesamaan struktur pangkalan data GIS untuk melakukan operasi carian, paparan malah paparan peta GIS kepada pengguna EIS. Oleh itu pembangunan projek Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan mesi mengekalkan disiplin mematuhi piawai metadata GIS ini. Seperkara lagi, pihak BMGN, JPBD akan menggunakan kedua-dua pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan untuk digabungkan pada masa hadapan kelak. Setiap penambahan medan lapisan baru metadata GIS hendaklah direkod dan dicatit oleh perunding GIS supaya memudahkan kerja-kerja pengurusan pangkalan data GIS nanti kelak. Secara umumnya terdapat dua pangkalan data yang akan digunapakai di dalam pembangunan EIS iaitu pangkalan data Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

3.2

Pangkalan Data EIS Penyediaan struktur pangkalan data yang terancang dapat memudahkan rekabentuk pembangunan sistem yang dicadangkan. Penyediaan pangkalan data ini adalah di dalam

bentuk reruang dan juga buka reruang. Antara kandungan pangkalan data ini merangakumi :3.2.1 Data Sektoral Data rancangan tempatan mengandungi tajuk perkara lapisan GIS seperti Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran, Peta Asas dan Maklumat Tanah. Manakal data Rancangan Struktur mengandungi tajuk perkara lapisan GIS seperti Perancangan Fizikal, Penduduk, Ekonomi, Sosial, Pengangkutan, Utiliti, Alam Sekitar, Pentadbiran dan Peta Asas.

3.2.2 Data Tiga Dimensi (3D) Lapisan data GIS yang mempunyai nilai koordinat X, Y dan Z di mana lapisan ini boleh membina paparan 3 dimensi, sebagai contoh lapisan kontor yang mempunyai nilai ketinggian.

3.2.3 Data Raster Data raster seperti satelit imej Ikonos, Spot, Quickbird, gambar udara digital dan pelan-pelan yang telah diimbas seperti contoh di bawah.

3.2.4 Jadual dan Laporan Dokumen-dokumen Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan dalam bentuk jadual dan laporan yang disimpan dalam format softcopy.

3.3

Pangkalan Data Rancangan Struktur

Rajah 23.0 : Metadata Rancangan Struktur


6

UTILITI
Betung1 Betung2 Parit1 Parit2 Bklair Elektrik1 Elektrik2 Telekomunikasi1 Telekomunikasi2 Gas1 Gas2 SPepejal1 SPepejal2

PERANCANGAN FIZIKAL
Gtnsms Gtncdg Gtnkom

PENDUDUK
Pddk Pddk2 Pddk3

3 9 7

EKONOMI
Ekonomi Plancong

ALAM SEKITAR
Sungai1 Sungai2 Topo Tanih Hutan Air Bising Udara Ksas Risiko

PETA ASAS
TopoIndek

Pertanian Perdagangan Industri

SOSIAL
Kmyarakat Rekreasi Landskap Ksejarah

PENTADBIRAN
8 Negeri 5 Daerah Mukim Kwsn Pilihanraya Sempadan Parlimen Sempadan DUN

PENGANGKUTAN
Jalan Pgktawam Rel

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Struktur, Oktober 2007

Rajah 24.0 : Metadata Rancangan Tempatan


6
UTILITI
Betung1 Betung2 Parit1 Bklair1 Bklair2 Elektrik1 Elektrik2 Telekomunikasi1 Telekomunikasi2 Gas1 Gas2 SPepejal1 SPepejal2 HMilik LotTanah

PERANCANGAN FIZIKAL
Gtnsms Gtnsms2 Zoning Kawalan

9 2
MAKLUMAT TANAH PENDUDUK
Pddk

EKONOMI
Pniaga

ALAM SEKITAR
Sungai

10
PETA ASAS
TopoIndek

Gerai Industri Pertanian Plancong Plancong

Topo TTanih Air Bising Udara Ksas Risiko

SOSIAL

Perumaha Kmyarak Rekreasi 4 Landskap 1 Landskap2 Pokok

PENTADBIRAN
Daerah Parlimen Mukim DUN Blok

PENGANGKUTAN
Jalan

PBT PBT

Pgktawam Rel TLKereta PLintas1 PLintas2

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan Oktober 2007

3.4

Entity Relationship Diagram (ERD) Penggunaan ERD dalam merekabentuk logikal ERD diagram dalam konteks ini mengandungi dua elemen penting iaitu entiti dan perhubungan. Entiti adalah sesuatu objek yang diwujudkan yang berkait rapat dengan keadaan fizikal dunia sebenar yang mengandungi maklumat atribut yang terpeinci. Sebagai contohnya atribut semasa, aktiviti1 dan aktiviti2 adalah kepunyaan objek Gunatanah. Perhubungan adalah suatu perkongsian hubungan unik di antara entiti-entiti. Sebagai contohnya, perhubungan entiti antara objek Gunatanah dengan Sosial yang dihubungkan dengan kekunci Geokod. ERD ini boleh digunapakai untuk Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rekabentuk logikal ERD dapat digambar di Rajah 25.0 sehingga Rajah 34.0. Rajah 25.0 : ER-Diagram Bagi Data Perancangan Fizikal

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007 Rajah 26.0 : ER-Diagram Bagi Data Penduduk

Rajah 27.0 : ER-Diagram Bagi Data Ekonomi

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007 Rajah 28.0 : ER-Diagram Bagi Data Sosial

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007

Rajah 29.0 : ER-Diagram Bagi Data Pengangkutan

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007 Rajah 30.0 : ER-Diagram Bagi Data Utiliti

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007 Rajah 31.0 : ER-Diagram Bagi Data Alam Sekitar

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007

Rajah 32.0 : ER-Diagram Bagi Data Maklumat Tanah

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007

Rajah 33.0 : ER-Diagram Bagi Data Pentadbiran

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007

Rajah 34.0 : ER-Diagram Bagi Data Peta Asas

Sumber : Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Kajian Rancangan Tempatan, Oktober 2007

3.5

Sistem Unjuran

Sistem unjuran pemetaan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan 51,000 batu persegi, meliputi kawasan di antara +1 15 U. - +6 10 U. latitude dan 99 30T. - 103 45T. longitud. Semenanjung Malaysia mengandungi sebelas (11) buah negeri yang terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Negara Malaysia (JUPEM), adalah agensi yang

bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pengukuran dan pemetaan. Pemetaan negara Malaysia adalah berdasarkan kepada unjuran Rectified Skew Orthomorphic (RSO) yang dihitung di atas sistem triangulasi Malaysian Rectified Triangulation (MRT). Perhitungan dan pemetaan untuk kerja-kerja kadaster pula adalah berdasarkan kepada unjuran Cassini Soldner yang dihitung di atas tiga sistem triangulasi yang berbeza iaitu Sistem Repsold, Sistem Perak dan Sistem ASA. Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai sistem triangulasi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

3.5.1 Sistem Koordinat RSO Sistem koordinat RSO banyak digunakan di dalam pemetaan topografi bagi skala kawasan yang besar. Unjuran ini mengekalkan ciri samabentuk dengan selisih skala yang minima sepanjang bulatan gedang yang melintasi secara oblik sesuatu kawasan yang hendak dipetakan. Sistem unjuran RSO telah digunapakai sebagai Grid Rujukan Kebangsaan sistem grid asas yang digunakan untuk pemetaan Semenanjung Malaysia. Datum yang digunakan adalah elipsoid Everest Modified, dengan semipaksi major, a = 6377304.063 m dan pesekan, f = 1/300.8017. Origin RSO yang digunakan adalah satu stesen triangulasi yang terletak di Kertau, Pahang. Stesen ini mempunyai nilai latitude dan longitud astronomi yang mempunyai nilai cerapan sebagai 3 27 54.18 U dan 102 37 13.63 T.

3.5.2 Sistem Koordinat Cassini Soldner Sistem unjuran ini dikelaskan sebagai silinder, tangen, melintang, samajarak dan semigeometri. Permukaan unjuran silinder diletakkan pada kedudukan tangen sepanjang satu meridian yang terletak di tengah-tengah kawasan yang hendak dipetakan. Garisangarisan grid Utara-Selatan adalah unjuran daripada bulatanbulatan kecil yang selari dengan meridian pusat. Datum yang digunakan adalah juga Modified Everest, dengan semipaksi major, a = 637704.063 m, dan pesekan, f = 1/300.8 . Oleh itu,hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai sistem unjuran tersendiri dengan meridian pusat dan origin masingmasing. 3.5.3 Sistem Koordinat GDM 2000 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kini telah membangun sistem koordinat baru yang dikenali sebagai GDM 2000 untuk tujuan kerja-kerja kadaster. Sistem koordinat GDM 2000 dikenali sebagai sistem koordinat kerangka unjuran akan digunakan untuk tujuan kerja-kerja kadaster bagi mengatasi masalah penukaran unjuran koordinat Cassini ke RSO dan sebaliknya. 3.5.4 Sistem Koordinat Kadaster Negeri Terdapat sepuluh sistem koordinat Cassini bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuklah negeri Perak yang mempunyai dua sistem koordinat Cassini. Sistem koordinat Cassini ini dihitung dari sistem triangulasi sekunder dan ketiga yang digunakan untuk mengawal kerja-kerja ukur kadaster mengikut negeri masing-masing berdasarkan kepada meridian utama unjuran Cassini. Setiap negeri mempunyai origin sendiri dan origin-origin ini pula tidak dirujukkan kepada satu sistem triangulasi yang sama tetapi merujuk kepada sistem triangulasi yang berbeza iaitu Sistem Repsold, Sistem Perak dan Sistem ASA. Jadual 17.0 berikut menunjukkan Sistem Koordinat Cassini bagi setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Jadual 17.0 : Sistem Koordinat Cassini Bagi Setiap Negeri di Semenanjung Malaysia. Koordinat Negeri Johor Origin G. Blumut Batu R.S berhampiran Pej. Pos Seremban G. Sinyum Bt. Asa G. Gajah Kota Conrwallis G. Perak Ipoh Origin Rujukan Meridian Nama Stesen G. Blumut Latitud (U) 2 02 33.30 2 42 44.22 3 42 39.50 3 40 49.24 4 56 46.11 5 25 16.77 5 57 54.53 4 51 34.09 4 51 33.17 5 53 38.12 Longitud (T) 103 33 45.93 101 56 28.20 102 26 10.24 101 30 29.68 102 53 42.75 100 20 45.13 100 38 15.34 100 49 00.12 100 49 00.36 102 10 38.25 Koordinat Utaraan (rantai) 0.000 TImuran (rantai) 0.000 Sistem Triangul asi ASA

Negeri Sembilan

Gun Hill

-47.152

-12.030

ASA

Pahang Selangor Terengganu P.Pinang Kedah & Perlis Sistem Lama Perak Sistem Revised Perak Kelantan

G. Sinyum Bt. Asa G. Gajah Kota Cornwallis G. Perak G. Hijau Larut G. Hijau Larut Bt. Panau

0.000 +2781.802 0.000 0.000 0.000 +1443.947

0.000 -1081.656 0.000 0.000 0.000 -1437.000

ASA ASA MRT PERAK PERAK PERAK

Arbitrary

+6633.947

0.000

MRT

Bt. Panau

0.000

0.000

MRT

3.6

Pengemaskinian Pangkalan Data Pengemaskinian pangkalan data EIS samada Web atau Stand Alone boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :3.6.1 Pengemaskinian Data Spatial

Data spatial adalah data bersifat grafik dan terbahagi kepada tiga bentuk sifat iaitu titik, garisan dan poligon. Data spatial perlu dikemaskini dengan menggunakan perisian GIS samada ArcView, MapInfo Professional, ArcInfo, ArcMap, ArcEditor atau AutoCad. Matlamat utama pengemaskinian data spatial adalah membetul atau membaiki struktur grafik ketiga-tiga sifat tersebut supaya sama bentuk dan orientasi di lapangan. 3.6.2 Pengemaskinian Data Atribut Data atribut adalah data bersifat bermaklumat yang mengandungi data tentang data atau lebih dikenali sebagai metadata. Data atribut boleh dikemaskini dengan menggunakan perisian GIS samada ArcView, MapInfo Professional, ArcInfo, ArcMap dan ArcEditor. Matlamat utama pengemaskinian data atribut adalah untuk membetulkan maklumat objek GIS supaya maklumat tersebut betul dan sama di lapangan. 3.7 Perkongsian Pangkalan Data EIS EIS Web boleh membuat perkongsian pangkalan data GIS dengan mana-mana komputer samada di peringkat rangkaian setempat atau rangkaian meluas. Komputer yang hendak berkongsi pangkalan data dengan pelayan EIS Web perlu mempunyai mekanisme yang sama dari segi perisian GIS supaya data dapat dikongsi untuk tujuan pengemaskinian dan pertukaran data. EIS Stand Alone boleh berkongsi pangkalan data GIS dengan EIS Web dengan menggunakan sumber pangkalan data GIS untuk menjana paparan dan operasi sistem EIS Stand Alone. Rajah 35.0 di bawah menunjukkan gambaran sistem arkitek EIS Stand Alone boleh berkongsi pangkalan data dengan EIS Web.

Rajah 35.0 : Sistem Arkitek EIS Stand Alone Bagi Berkongsi Pangkalan Data Dengan EIS WEb

4.0 4.1

FUNGSI-FUNGSI EIS Pengenalan Di dalam aplikasi EIS untuk Rancangan Struktuk atau Rancangan Tempatan mesti terdapat sekurang-kurangnya enam (6) fungsi-fungsi asas aplikasi yang mesti dibangunkan bersamasama dengan EIS. Operasi dan kegunaan setiap fungsi-fungsi asas aplikasi adalah berbeza antara satu sama lain. Setiap fungsi program aplikasi ini harus dibina siap di dalam sistem dan pengguna mengawalnya melalui butang atau menu. Perletakkan dan paparan fungsifungsi asas di dalam EIS dikawal oleh kategori pengguna. Bagi pengguna eksekutif dan pengurus sistem, semua fungsi-fungsi asas dimasukkan ke dalam EIS. Manakala bagi pengguna awam, hanya fungsi-fungsi asas tertentu sahaja yang dimasukkan ke dalam aplikasi EIS.

4.2

Fungsi-Fungsi Asas Secara umumnya, berikut adalah kriteri fungsi-fungsi asas yang mesti ada di dalam EIS iaitu : i. Tajuk

Bahagian ini perlu diletak maklumat pihak berkuasa tempatan yang terdiri dari perkaraperkara berikut :a. b. c. d. e. Nama penuh pihak berkuasa tempatan. Logo pihak berkuasa tempatan. Alamat penuh pihak berkuasa tempatan. Nombor telefon dan nombor faks pihak berkuasa tempatan. Identiti yang mengambarkan simbol pentadbiran pihak berkuasa tempatan seperti pokok, daun, binatang, tumbuhan, sejarah dan lain-lain. ii. Capaian

Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. Cara fungsi capaian ini beroperasi adalah pengguna hanya mengklik pada senarai nama sediada diprogram di dalam sistem mengikut kategori capaian. Selepas itu, sistem secara automatik akan memaparkan kawasan kategori tersebut di dalam skrin komputer. Rajah 36.0 menunjukkan fungsi capaian EIS. a. Lapisan Blok Perancangan Untuk memaparkan lokasi kawasan sempadan dan info

blok perancangan. b. c. Lapisan Gunatanah Semasa Untuk memaparkan data GIS taburan kawasan kategori gunatanah semasa dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Lapisan Gunatanah Cadangan Untuk memaparkan data GIS taburan kawasan kategori gunatanah cadangan dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Rajah 36.0 : Fungsi Paparan EIS

iii.

Carian

Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan papar an maklumat yang dijumpai. Buat masa ini fungsi carian hanya menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, Jalan raya dan kemudahan masyarakat. Kelas-kelas carian boleh ditambah atau dipadam

dari EIS Web pada masa akan datang. Cara fungsi ini beroperasi adalah pengguna dikehendaki memasukkan maklumat tertentu ke dalam kotak program yang disediakan. Selepas itu, sistem akan membuat carian dan memaparkan lokasi objek dan maklumat pada masa yang sama, jikalau maklumat berkenaan dijumpai di dalam pangkalan data GIS. Jikalau carian tersebut tidak berjaya maka mesej akan dipaparkan memaklumkan bahawa maklumat carian tersebut tidak berjaya atau tiada di dalam pangkalan data GIS. Rajah 37.0 menunjukkan fungsi carian EIS. a. b. c. Lapisan Lot Untuk membuat carian lot di dalam kawasan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Lapisan Jalan raya Untuk membuat carian Jalan raya berdasarkan kepada nama jalan raya. Lapisan Kemudahan Masyarakat Untuk membuat carian lokasi kemudahan masyarakat di dalam kawasan Rancangan Struktur dan RancanganTempatan.

Rajah 37.0 : Fungsi Carian EIS

iv.

Pautan

Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan

dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan. Cara fungsi ini beroperasi adalah pengguna hanya pilih butang menu terlebih dahulu samada untuk membuka pelan, rajah atau laporan. Kemudian klik pada butang menu tersebut. Sistem secara automatik akan membuka dokumen tersebut dan memaparkan kepada pengguna EIS Web. Rajah 38.0 menunjukkan fungsi pautan EIS.

Rajah 38.0 : Fungsi Pautan EIS

v.

Peta GIS

Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisanlapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh memanipulasi lapisanlapisan GIS RT dan RSN. Peta GIS yang dipaparkan juga adalah tepat dan mempunyai sistem koordinat tempatan samada Cassini, RSO atau GDM2000. Sistem akan mengawal paparan lapisanlapisan berikut mengikut skala. a. b. c. Imej Satelit < Skala 1 : 5000 Lot < Skala 1: 5000 Nombor Lot < Skala 1 : 500 Satelit imej akan dipaparkan oleh sistem secara automatik apabila skala peta GIS turun ke 1 : 5,000. Sama juga untuk paparan lot dan nombor lot mengikut skala yang dinyatakan di atas. Rajah 39.0 menunjukkan peta GIS dalam EIS. Rajah 39.0 : Peta GIS dalam EIS

vi. Fungsi Analisis Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat pertindihan lapisan data GIS ke atas aplikasi Google. Rajah 40.0 menunjukkan fungsi sokongan GIS dan tool tips dalam EIS.

Rajah 40.0 : Fungsi Sokongan GIS Dalam EIS


BIL. Buffer a. Penyempadanan (Buffer) untuk melakukan operasi penyempadan dengan ukkan nilai jarak penyempadanan. b. Remove Buffer Padam Penyempadanan (Delete Buffer) untuk memadam objek penyempadanan yang telah dilakukan. Distance c. d. Ukur Jarak (Distance) untuk mengukur jarak antara satu titik ke titik yang lain. Area Ukur Luas (Area) untuk megukur keluasan sesuatu poligon yang dibuat dari titik ke titik pertemuan. e. Graf Graf (Graph) untuk membuat pertanyaan statistik terhadap lapisan data GIS di antaranya penduduk dan gunatanah dengan memasukkan beberapa parameter statistik. f. Help FUNGSI

Google (Google) untuk membuat operasi pertindihan lapisan GIS ke g. dalam aplikasi Google.

vii.

Fungsi GIS

Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi butang-butang GIS (Rujuk Rajah 41.0). Rajah 41.0 : Fungsi-fungsi GIS dalam EIS BIL. a. b. Pilih Objek (Select Object) untuk memilih objek GIS di dalam lapisan GIS. Padam Objek (Unselect Object) untuk menghilangkan objek yang dipilih c. d. e. f. dari sistem. Besarkan peta (zoom in) yang berfungsi untuk membesarkan paparan peta GIS supaya lapisan-lapisan GIS nampak lebih terperinci. Kecilkan peta (zoom out) berfungsi untuk memperkecilkan paparan peta GIS supaya lapisan-lapisan GIS boleh nampak keseluruhan. Fokus Pilih Objek (Zoom to Selected) berfungsi untuk memfokus paparan objek GIS yang dipilih. Paparan Sebelum (Zoom Previous) untuk melihat paparan sebelum g. h. i. paparan ini. Gerak Peta (Pan) untuk mengerakkan peta GIS ke atas, bawah, kiri dan kanan. Peta Keseluruhan (Zoom All) untuk melihat keseluruhan lapisan lapisan GIS. Info (Info) untuk mendapatkan maklumat objek GIS yang dipilih. j. Salin Imej (Copy Image) untuk menyalin imej peta GIS ke aplikasi lain k. seperti Word, Excel, PowerPoint dan sebagainya. Cetak (Print) untuk mencetak peta GIS dalam format A4, A3, A1 dan l juga AO. Template percetakan disediakan kepada pengguna untuk melihat terlebih dahulu pelan percetakan sebelum dicetak. IKON FUNGSI Peta GIS (Home) kembali ke paparan asal peta GIS.

viii.

Fungsi Lain Fungsi lain adalah terdiri daripada berikut :a. b. c. Help File untuk membuat carian maklumat. Arah utara menunjukkan orientasii peta ke kutub utara benar. Status pengguna menunjukkan siapa pengguna EIS (Rujuk Rajah 42.0).

Rajah 42.0 : Fungsi-fungsi lain dalam EIS

ix.

Pelan Kunci Pelan lokasi akan menunjukkan kawasan kajian Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan pada tetingkap kecil di dalam EIS. Di dalam pelan kunci terdapat lapisan-lapisan GIS asas iaitu jalan raya utama, sungai utama, sempada daerah dan sempadan blok perancangan.

x.

Skala Peta Pengguna boleh memasukkan sendiri skala peta GIS untuk melihat paparan peta GIS mengikut skala peta yang dimasukkan.

xi.

Bantuan File (Help File) Dokumentasi yang mengandungi maklumat panduan penggunaan EIS.

4.3

Fungsi-Fungsi Asas Pengguna Eksekutif Pengguna eksekutif akan mendapat semua fungsi-fungsi asas seperti berikut : i. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan papar an maklumat yang dijumpai. Fungsi carian menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan. iv. Peta GIS Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan

Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh memanipulasi lapisanlapisan GIS RT dan RSN. Imej satelit akan di letak di dalam peta GIS di mana sistem akan mengawal paparan imej satelit mengikut skala. Bermakna jika skala peta GIS adalah kurang dari 1 : 5000, maka imej satelit akan dipaparkan dalam peta GIS. v. Sokongan GIS Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat pertindihan lapisan data GIS ke atas aplikasi Google. vi. Fungsi GIS Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi butangbutang GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS. 4.4 Fungsi-Fungsi Asas Pengguna Admin Pengguna admin akan mendapat semua fungsi-fungsi asas seperti berikut : i. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan papar an maklumat yang dijumpai. Fungsi carian menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat. iii. Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan.

iv.

Peta GIS Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisanlapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh memanipulasi lapisanlapisan GIS RT dan RSN. Imej satelit akan di letak di dalam peta GIS di mana sistem

akan mengawal paparan imej satelit mengikut skala. Bermakna jika skala peta GIS adalah kurang dari 1 : 5000, maka imej satelit akan dipaparkan dalam peta GIS. v. Sokongan GIS Fungsi sokongan GIS adalah bertujuan untuk melakukan analisis mudah yang terdiri daripada penyempadanan data GIS, pengukuran jarak, pengukuran luas, membuat graf serta membuat pertindihan lapisan data GIS ke atas aplikasi Google. vi. Fungsi GIS Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi butangbutang GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

4.5

Fungsi-Fungsi Asas Pengguna Awam Pengguna admin akan mendapat semua fungsi asas seperti berikut : i. Capaian Fungsi capaian merupakan program capaian pantas kepada lapisan data GIS sediada seperti capaian paparan blok perancangan, gunatanah semasa dan gunatanah cadangan. ii. Carian Fungsi carian lebih kepada program operasi carian dan papar an maklumat yang dijumpai. Fungsi carian menyediakan kepada tiga kelas carian sahaja iaitu lot, jalan raya dan kemudahan masyarakat.

iii.

Pautan Fungsi pautan adalah sebuah program yang dibangunkan untuk menghubungkan EIS Web dengan dokumen-dokumen sediada seperti pelan, rajah dan laporan.

iv.

Peta GIS Fungsi peta GIS adalah memaparkan lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan di dalam EIS Web. Lapisan-lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan ini akan dipaparkan pada tetingkap peta GIS. Peta GIS yang dipaparkan ini adalah interaktif, dinamik dan pengguna boleh memanipulasi lapisanlapisan GIS RT dan RSN.

v.

Fungsi GIS Fungsi GIS adalah arahan GIS yang sering digunakan untuk memanipulasi butangbutang GIS yang disediakan di dalam aplikasi EIS.

5.0 5.1

ISU PERLAKSANAAN EIS Pengenalan Bahagian ini akan menerangkan isu-isu perlaksanaan EIS yang perlu diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan supaya perlaksanaan dan pembangunan EIS mencapai matlamat dan objektif dengan jayanya.

5.2

Sumber Manusia Pihak berkuasa tempatan yang mempunyai kemampuan perlu mempunyai personel seperti yang dicadangkan seperti berikut :i. Pengurus Sistem

Personel yang berpengalaman di dalam bidang ICT untuk mengurus kerja-kerja berkaitan dengan sistem ICT, Web, pelayan dan pangkalan data. Boleh mengurus, menyelia dan memantau pasukan ICT di bawah jagaannya. Mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang ICT atau yang setaraf dengannya. ii. Sistem Analisis

Personel yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan menganalisis setiap sistem ICT yang dipasang. Mempunyai kemahiran dan kepakaran di dalam pembangunan sistem web, rangkaian setempat (LAN), rangkaian meluas (WAN), berpengetahuan dalam mengkonfigurasi komponen web server serta boleh mengendalikan isu-isu keselamatan pelayan (server) dan pangkalan data. Mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang ICT atau yang setaraf dengannya. iii. Sistem GIS

Personel yang berpengalaman dalam mengurus dan membangun pangkalan data GIS. Mempunyai kelayakan serta tahu mengendalikan perisian GIS serta pangkalan data GIS samada Web atau Stand Alone. Personel ini harus memahami secara asas aspek-aspek pemetaan seperti sistem koordinat, sistem unjuran dan lain-lain lagi. Mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang GIS/Ukur Tanah atau yang setaraf dengannya.

iv.

Pengaturcara Komputer

Personel yang boleh membuat kod pengaturcaraan dengan menggunakan pelbagai bahasa

pengaturcaraan bagi platform Web atau Stand Alone. Mahir dan cekap dalam membangunkan sesebuah kod pengaturcaraan dengan pelbagai bahasa seperti Java, VBScript, HTML, ASP, JavaScript, C++, ASP dan lain-lain lagi. Mestilah mempunyai kelayakan dalam bidang Sains Komputer atau yang setaraf dengannya.

5.3

Organisasi Dicadangkan juga penubuhan organisasi Unit GIS di bawah kawalan dan bidang kuasa Bahagian Perancangan Bandar di pihak berkuasa tempatan. Fungsi Unit GIS ini memantau pembangunan dan perlaksanaan GIS/EIS. Unit GIS ini akan diketuai oleh Ketua Unit GIS yang terdiri daripada Pengurus Sistem, Sistem Analis, Pengaturcara dan Sistem GIS. Rajah 43.0 di bawah menunjukkan cadangan organisasi Unit GIS di pihak berkuasa tempatan. Rajah 43.0 : Cadangan Organisasi Unit GIS di pihak berkuasa tempatan

Yang Dipertua

Ketua Bahagian Perancangan Bandar

Ketua Unit GIS

Pengurus Sistem

Sistem Analisis

Pengaturcara

Sistem GIS

5.4

Latihan Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan mengenai teknologi GIS dan

ICT, adalah digalakkan setiap bidang jawatan di Unit GIS menghadiri program latihan, bengkel, kursus, seminar dan persidangan mengenai GIS/ICT yang diadakan di dalam negara mahu pun luar negara. Ini dapat mendedahkan kakitangan kepada pengetahuan teknikal dan pengurusan GIS/ICT yang baru yang boleh diadaptasi ke dalam unit ini. 5.5 Perkakasan Komputer Sekurang-kurangnya EIS memerlukan satu pakej perkakasan komputer yang baik untuk kegunaan dan pembangunan EIS di pihak berkuasa tempatan. Jadual 18.0 Web. Jadual 18.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Web Perkakasan Komputer Stesen Kerja (workstation) Komputer Meja (desktop) Komputer Riba (notebook) Pelayan (server) Hub/Switch/Router/Modem Kos Per Unit RM 6,500.00 RM 3,000.00 RM 6,000.00 RM 15,000.00 RM5,000.00 Jumlah Besar Jadual 19.0 : Kos Perkakasan Komputer Bagi EIS Stand Alone. Perkakasan Komputer Stesen Kerja (workstation) Pelayan (server) Hub/Switch/Router/Modem Kos Per Unit RM 6,500.00 RM 15,000.00 RM5,000.00 Jumlah Besar Kuantiti 1 1 1 Jumlah Kecil RM 6,500.00 RM 15,000.00 RM 5,000.00 RM 26,500.00 Kuantiti 1 1 1 1 1 Jumlah Kecil RM 6,500.00 RM 3,000.00 RM 6,000.00 RM 15,000.00 RM 5,000.00 RM 55,500.00 dan 19.0 menunjukkan cadangan perkakasan komputer bagi perlaksanaan dan pembangunan EIS

5.6

Sistem Operasi Aplikasi EIS Web Server memerlukan sistem operasi Windows 2003 untuk dipasang di pelayan (server) web server. Ini kerana sistem operasi ini stabil dan boleh mengawal profile pengguna EIS. Anggaran kos sistem operasi bagi satu unit adalah RM2,000.00 sahaja. Aplikasi EIS Sand Alone memerlukan sistem operasi Windows XP Professional untuk dipasang di komputer pengguna. Anggaran kos sistem operasi bagi satu unit adalah RM 600.00 sahaja.

5.7

Jalur Lebar Pihak berkuasa tempatan perlu mempunyai infrastruktur jalur lebar yang baik supaya EIS boleh diakses menerusi internet. Penyewaan jalur lebar boleh dibuat menerusi Telekom yang menawarkan akses Streamyx berkelajuan maksima 2Mbps (mega byte per second). Anggaran kos penyewaan jalur lebar Telekom bagi sebulan adalah RM150.00.

5.8

Perisian Web GIS Aplikasi EIS memerlukan perisian Web GIS dipasang di dalam pelayan (server) Web GIS. Perisian ini berfungsi untuk menghantar maklumat lapisan pangkalan data GIS ke pengguna EIS. Tanpa perisian Web GIS, perlaksanaan dan pembangunan EIS tidak lengkap kerana pengguna tidak dapat mengakses peta GIS. Kos perisian Web GIS adalah mahal disebabkan sistem ini mempunyai rekabentuk arkitek sistem yang kompleks dan berskala besar. Sebagai contoh, anggaran kos perisian MapGuide adalah lebih kurang RM110,000.00. Aplikasi EIS Stand Alone memerlukan perisian GIS untuk dipasang di komputer pengguna. Anggaran perisian GIS ini adalah lebih kurang RM 10,000.00.

5.9

Penyelenggaraan Penyelenggaraan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyelenggaraan perkakasan komputer dan penyelenggaraan perisian komputer. Penyelenggaraan perkakasan komputer harus dilakukan 2 kali sebulan bagi memastikan keadaan perkakasan komputer berada di tahap yang memuaskan. Ini dapat melancarkan operasi harian Unit GIS, pihak berkuasa tempatan tanpa mengalami apa-apa masalah gangguan teknikal. Begitu juga dengan penyelenggaraan perisian komputer, secara umum ianya harus dilakukan dua bulan sekali bagi memastikan perisian sediada dan sistem operasi komputer bebas dari sebarang virus dan masalah gangguan teknikal. Walaubagaimanapun adalah digalakkan untuk membuat penyelenggaraan tambahan jikalau terdapat apa-apa perkara yang harus dilakukan dengan segera umpama pindah terima fail sistem operasi, paten virus yang terkini dan sebagainya. Jadual 20.0 di bawah menunjukkan jadual penyelenggaraan perkakasan dan perisian sediada komputer. Jadual 20.0 : Jadual Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisisan Bahagian Penyelenggaraan Perkakasan Komputer Perisian Komputer 5.9.1 Penyelenggaraan Perisian EIS Penyelenggaraan perisian EIS dibahagikan kepada empat (4) perkara berikut :i. Aplikasi Web Server Pengurus sistem mesti memastikan bahawa keadaan pelayan (server), router, modem, hub dan switch berada dalam keadaan baik dan sempurna pada setiap masa. Pastikan pengguna dapat mengakses Domain Name System (DNS) EIS tanpa menghadapi apa-apa masalah. ii. Aplikasi GIS Web Sistem analisis mesti memastikan bahawa keadaan EIS sentiasa berada dalam baik dan berjalan dengan sempurna. Pastikan bahawa setiap komponen-komponen GIS Web beroperasi dengan baik. iii. Rangkaian Meluas (WAN) Pastikan infrastruktur WAN berada dalam keadaan baik supaya pengguna boleh akses halaman web EIS. Jika ada masalah yang timbul di luar kawalan pihak berkuasa tempatan, maka sila maklum dengan segera kepada pihak Penyelenggaran Dalam Sebulan 2 kali 2 kali Penyelenggaraan Tambahan Segera Segera

berwajib seperti Telekom untuk menyelesaikan masalah tersebut. iv. Rangkaian Setempat (LAN) Pastikan pengguna di peringkat dalaman pihak berkuasa tempatan boleh mengakses EIS dengan baik dan lancar.

5.10

Pengurusan Pangkalan Data Setiap pangkalan data EIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan perlu ada pelan pengurusan pangkalan data supaya data-data EIS lebih tersusun, sistematik, berada dalam keadaan baik dan selamat. Pelan pengurusan pangkalan data EIS terbahagi kepada lima (5) iaitu :i. Struktur Pangkalan Data

Penyeliaan struktur pangkalan data lebih menjurus kepada mengawal, memantau dan membangun struktur pangkalan data GIS dari masa ke semasa. Bagi memastikan kelancaran sistem GIS di Unit GIS, pihak berkuasa tempatan, satu struktur direktori pangkalan data harus menepati piawai struktur direktori metadata Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, JPBD. ii. Pengemaskinian

Pangkalan data GIS perlu sentiasa dikemaskini setiap masa supaya lapisan GIS mempunyai maklumat yang betul, tepat dan terkini. Pengemaskinian perlu dilakukan sepanjang masa supaya EIS boleh menggunapakai pangkalan data GIS pada setiap masa. iii. Kesahihan Data

Kesahihan data penting supaya EIS dapat memaparkan maklumat lapisan GIS dengan betul dan tepat. Kesahihan data perlu sentiasa dilakukan sepanjang masa semasa prose pengemaskinian maklumat lapisan data GIS.

iv.

Pembersihan Data

Data GIS yang tidak bersih dari ralat (error) perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan mengguna perisian GIS. Semakan kualiti terhadap pembersihan data perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti. Pastikan data GIS bebas dari ralat under shoot, over shoot dan poligon tidak tertutup. v. Perkongsian Data

Pangkalan data GIS boleh berkongsi data menerusi WAN atau LAN di Unit GIS, pihak berkuasa tempatan. Semua lapisan GIS Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan diletakkan di satu pelayan (server) berpusat.

5.11

Kos Perlaksanaan EIS Anggaran cadangan kos perlaksanaan EIS di pihak berkuasa tempatan seperti perkara di Jadual 21.0 berikut :Jadual 21.0 : Kos Perlaksanaan EIS di Pihak Berkuasa Tempatan Perkara Cadangan Perkakasan Komputer Perisian EIS Sistem Operasi Windows Penyewaan Jalur Lebar JUMLAH BESAR Kuantiti Satu pakej 1 unit 1 unit sebulan EIS Web RM 55,500.00 RM 110,000.00 RM 2,000.00 RM 150.00 RM 167,650.00 EIS Stand Alone RM 26,500.00 RM 10,000.00 RM 600.00 RM 150.00 RM 37,250.00

6.0

PENUTUP Manual EIS ini yang mengandungi tatacara penyediaan dan pembangunan sistem, perisian dan peralatan, keperluan dan kepakaran sumber manusia serta anggaran kos atau peruntukan yang diperlukan, membuatkan manual ini cukup lengkap dan tersedia untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada Perunding GIS, pasukan Kajian Rancangan Struktur dan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam pembangunan Sistem Maklumat Eksekutif. Harapan Jabatan dengan terbangunnya Sistem Maklumat Eksekutif di setiap pihak berkuasa tempatan dan JPBD Negeri, maklumat perancangan gunatanah dapat disampaikan secara langsung kepada pihak pengurusan tertinggi. Selain itu EIS juga mampu menjadi alat penyampaian maklumat kepada orang awam.

You might also like