You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT COLUMBA JALAN DATUK ABANG INDEH, 98000 MIRI, SARAWAK

LOG LAPORAN AKTIVITI TARIKH MASA 5 Februari 2012 6.30 PG -1.00 PETANG HARI PROGRAM TEMPAT ANJURAN Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1433H/2012 Sekitar Bandaraya Miri dan Stadium Miri, Sarawak. Majlis Agama Islam Sarawak, Pejabat Agama Islam Bahagian Miri dan Panitia Pendidikan Islam Sek. Keb. Saint Columba, Miri. AHAD

1. Meningkatan kefahaman pelajar tentang pergorbanan Nabi Muhammad


OBJEKTIF S.A.W semasa perjuagan menyebarkan syariat Islam.

2. Menyemai sikap berusaha dan sabar dalam melakukan sesuatu perkara. 3. Melahirkan para pelajar yang mempunyai jiwa yang kental dan tabah
mengharungi dugaan.

4. Mewujudkan pelajar yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap


diri sendiri, keluarga dan masyarakat serta negara BIL. MURID RUJUKAN / BAHAN 60 orang pelajar 1. 2. 3. 4. Bahan edaran Rakaman foto. Sepanduk Alat siaraya

Adda2012

CATATAN

Program keseluruhan berjalan lancar. Pelajar menimba pengalaman dan memanfaatkan pengalaman sambutan Maulidur Rasul dengan melakukan perarakan dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SARAWAK 1433H/2012

1. PENDAHULUAN Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini dirancang dengan baik dan tersusun. Panitia Pendidikan Islam telah menghantar penyertaan dalam pertandingan sepanduk dan perarakan. Kerjasama semua guru dan pelajar islam dilihat amat baik dan sangat komitmen sepanjang majlis sambutan tersebut berlangsung. 2. MATLAMAT Pelajar dapat menghayati pengorbanan dan ketabahan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Dakwah islam. Menjadikan baginda contoh dan tauladan dalam menjalani kehidupan. 3. RUMUSAN KEHADIRAN : 3.1 Seramai 60 pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama 3.2 Seramai 26 orang guru dan kakitangan sekolah yang hadir dan membantu melicinkan perjalanan sambutan Maulidur Rasul Terbabit. 4. JADUAL PROGRAM
MASA 6.30 pg 7.00 pg 7.15 pg 7.30 pg 8.00 pg 8.15 8.45pg 9.45pg 10.00pg 11.30PG 11.3012.30 Pg 12.30pg
Adda2012

PERKARA Pendaftaran Taklimat oleh Penyelaras Ucapan amanat oleh (Pentadbiran) Kudapan Pagi

TINDAKAN Ustazah Norashimah Bt Iberahim Ustazah Linda binti Safaruddin GPK Ustaz Amirul 1 Puan Haimisah

Puan Sepiah Puan Seniah Upacara Perasmian bermula pihak penganjur Ucapan Yang Dipertua Sarawak pihak penganjur Persembahan Nasyid serta pihak penganjur dan AJK Penilaian pemarkahan sepanduk Sepanduk Perarakan bermula Rela dan Polis serta pihak penganjur Perarakan berakhir di Stadium Miri pihak penganjur Penyampaian hadiah dan majlis pihak penganjur penutupan Makan tengahari

1.00 ptg

Bersurai

5. ANALISA PENILAIAN PROGRAM Melalui temubual yang dilakukan terhadap pelajar dapat dilihat keseronokkan yang terpancar diwajah para pelajar untuk bersamasama dengan guru bagi melaksanakan perarakan di sekitar Bandaraya Miri. Para pelajar juga sanggup berpanas dan berpeluh-peluh sepanjang perarakan tersebut. Ibubapa juga begitu memahami dan memberikan semanggat kepada anaknya bagi menghabiskan perarakan dengan menunggu anak di sepanjang jalan, serta terdapat ibubapa yang sama-sama berarak di sepanjang jalan. Temubual juga turut dilakukan bersama ibubapa, dari hasil perbincangan yang dilakukan ibubapa amat berpuas hati dengan tahap keselamatan dan pakaian anak mereka yang dihias kemas dan baik. Guru-guru juga telah menjaga dan memastikan tahap keselamatan anak mereka terjaga dan sentiasa selamat sepanjang perarakan berlangsung. Sekalung tahniah di ucapkan kepada semua guru terutamanya AJK keselamatan iaitu Puan Siti Sara Unsang, Puan Rosnah Gambut, Puan Rose Edi, Puan Nurulita Amat, Puan Bayah Sidop dan semua guru. Pada tahun ini, peningkatan dari aspek penyediaan sepanduk juga turut memperlihatkan hasil yang amat membanggakan. Kerja keras dan idea kreatif Puan Sharifah Norhanim telah membuahkan hasil dengan memperlihatkan lakaran yang cantik. Semua guru turut membantu dalam penyediaan sepanduk. Idea juga banyak disumbangkan dari guru-guru bukan islam seperti En Saga, En Robin, En Judi dan lain-lain. Ahli jawatankuasa yang dibentuk juga bijak memainkan peranan masing-masing dan saling membantu semasa persediaan Sambutan dilakukan. Cuti Sambutan Tahun Baru Cina dimanfaatkan bagi membantu penyediaan bahan-bahan sambutan. MASALAH YANG DIHADAPI Terdapat beberapa kelemahan dalam sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini seperti sesi latihan selawat tidak mempunyai masa yang cukup, dan ini menyebabkan pelajar kurang bersedia dari aspek selawat dan perbarisan. Kelamahan kedua pula adalah dari aspek pembekal makanan yang lewat menghantar makanan. Pembekal yang di pertanggungjawabkan adalah syarikat pembekal makanan Habibu. Makanan yang sepatutnya sampai pada jam 9 pagi telah tiba pada jam 12. 30 tengahhari. Ini menyebabkan pelajar kelaparan. Makanan yang dihantar pula diletakkan jauh dari tempat perbarisan, ini menyebabkan guru-guru terpaksa mengangkat makanan tersebut yang semangnya memenatkan guru-guru. Kelemahan pihak penggur juga dapat dilihat apabila pihak penganjur tidak peka dengan aspek kesihatan dan kesejahteraan murid-murid sekolah rendah dengan memberikan giliran paling lewat kepada murid-murid sekolah rendah untuk berarak. Jarak perarakan sejauh 6KM juga terlalu jauh. Ini menyebabkan murid-murid penat dan terdapat segelintir murid yang pengsan dan pening.
Adda2012

Peruntukan dan sumbangan dari pihak sekolah kurang. Pihak sekolah hanya memberikan peruntukan dari makanan sahaja. Peruntukan sepanduk, hiasan perarakan dan sebagainya didermakan oleh guru-guru islam RM 10seorang, serta inisiatif daripada PK Petang iaitu Puan Masnah yang telah meminta sumbangan dari rakan-rakan beliau untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan Sambutan Maulidur Rasul ini.

6. CADANGAN UNTUK PENAMBAIKAN Penambahbaikan perlu dilakukan agar segalanya berjalan lancar. Segala kelemahan perlu diambil kira agar Sambutan Maulidur Rasul pada tahun hadapan tidak akan mengalami masalah dan kesukaran lagi. Segala perancangan harus di laksanakan awal dan gerak kerja berjalan lancar dengan pembahagian tugas yang dibuat. 7. KESIMPULAN DAN PENUTUP Secara kesimpulanya, dapatlah dilaporkan bahawa Sambutan Maulidur Rasul ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kelemahan. Kerjasama semua guru, ibubapa dan pelajar menjadi tunjang kekuatan dalam perlaksanaan sambutan ini. Diharapkan pada tahun hadapan ianya akan lebih berjaya dan berlangsung dengan lebih baik.

Disediakan oleh: _________________________________ (RAFATUN ADDAWIYAH BINTI RUSLAN) Guru Bimbingan dan Kaunseling/AJK Dokumentasi Sk Saint Columba, Miri.

Disemak oleh: _________________________ (HAIMISAH BIN SHERBINI) Penolong Kanan Pentadbiran, Sk Saint Columba, Miri.

Disahkan oleh: _________________________________ (SIMON CHEONG CHAN VOON) Guru Besar Sk Saint Columba, Miri.

LAMPIRAN :
Adda2012

1. SENARAI KEHADIRAN 2. GAMBAR-GAMBAR 3. SURAT MENYURAT YANG BERKAITAN.

Adda2012

You might also like