You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI, 33300 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN.

KOD SEKOLAH: ABB 7034


TELEFON Fax : 05 -7911221 : 05-7917054

KERTAS KERJA TABUNG DERMAWAN WARGA SK MAHKOTA SARI, GERIK.

1.0

TUJUAN KERTAS KERJA 1.1 1.2 1.3 Bertanggungjawab mewujudkan satu tabung untuk menjaga kebajikan murid. Mengenalpasti murid yang layak mendapat bantuan kebajikan yang merupakan bantuan kewangan atau bukan kewangan. Melancarkan pungutan derma kilat dikalangan warga sekolah sekiranya ada ibu bapa atau penjaga atau murid yang meninggal dunia dan menyerahkannya kepada pihak yang berkaitan.

2.0

PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari merupakan sebuah sekolah yang mencapai tahap Band 1 dalam penarafan SKPM 2010. Oleh yang demikian pihak sekolah ingin melonjak nama sekolah untuk mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu pihak pengurusan Unit HEM dan Jawatankuasa Kebajikan telah merancang utnuk melancarkan Tabung Dermawan di kalangan warga SK Mahkota Sari, secara tidak langsung dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan warga SK Mahkota Sari khasnya murid-murid. Amalan menderma atau bersedekah ini amat dituntut oleh agama kita, kerana dananya dapat digunakan atau disalurkan kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan bebanan. Seperti kata perpatah tangan memberi lebih baik daripada tangan yang meminta. Justeru amalan ini juga mampu membentuk sahsiah diri pelajar yang baik, seterusnya dapat menerapkan budaya suka menderma dan tolong-menolong antara satu sama lain. Hadis yang diriwayatkan Imam al-Tirmizi. Ibn al-Qayyim berkata bahawa Baginda Nabi SAW adalah seorang yang paling banyak bersedekah, tidak kira dalam keadaanNYA hartanya banyak ataupun sedikit, serta tidak pernah berasa khuatir akan jatuh miskin kerana bersedekah. Maka, seharusnya kita mencontohi akhlak dan amalan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w Bantulah mereka yang memerlukan sekadar termampu dengan harta, tenaga dan apa juga cara yang boleh memberikan manfaat kepada penerimanya.

3.0

NAMA PROGRAM Program Tabung Dermawan Warga SK Mahkota Sari, Gerik.

4.0

MATLAMAT 4.1 Mencari dana melalui kutipan derma bagi membantu murid-murid yang memerlukan atau ditimpa musibah seperti kebakaran, kematian ibubapa dan seumpamanya. Mengadakan kutipan derma ikhlas setiap minggu di tapak perhimpunan iaitu selepas perhimpunan setiap pagi bagi memberi peluang kepada murid dan juga guru yang ada sedikit kemampuan membantu rakanrakan atau murid yang memerlukan.

4.2

5.0

OBJEKTIF 5.1 Hasil kutipan derma setiap minggu akan dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan Murid dan akan digunakan untuk membantu individu yang memerlukan. Dana yang terkumpul ini juga akan digunakan untuk menjaya aktivitiaktiviti Unit HEM dalam memberi ganjaran dan penghargaan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan. Semoga melalui amalan ini, murid terdidik untuk menjadi warga yang prihatin dan sensitif terhadap masyarakat sekeliling. "Erti Hidup Pada Memberi". Moga Allah mengkayakan lagi orang yang bersedekah.

5.2

5.3

5.4

6.0

PERINGKAT PERLAKSANAAN 6.1 Majlis ini dilancarkan pada hari yang di sebut di bawah : Tarikh Hari Masa Tempat 6.2 6.3 : : : : 9 April 2012 ISNIN 7.50 pagi Dataran Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari, Gerik.

Program ini akan berlangsung sepanjang tahun. Majlis ini akan melibatkan kerjasama dari semua warga Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari, termasuk guru, kakitangan sekolah dan murid.

7.0

SASARAN 5.1 Kutipan derma ikhlas setiap minggu bagi memberi peluang kepada murid dan juga guru serta kakitangan sekolah yang ada sedikit kemampuan membantu rakan-rakan atau murid yang memerlukan.

8.0

JAWATANKUASA UNIT KEBAJIKAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 SETIAUSAHA NAIB STIAUSAHA AJK : : : : : : : : PN. NOR HAFIZA BINTI MOHAMMAD GURU BESAR PN. SARIMA BINTI SHARIFF PK HEM EN. SHUHAIMI BIN OMAR PK PENTADBIRAN EN. MOHD SHARIFDDIN BIN MOHD SHARIP PK KOKURIKULUM PN HALATI BINTI NASRI PN. NAZIHAH BINTI HARUN PN. NORLINDA BINTI MOHAMAD NOOR SEMUA GURU KELAS

6.0

PENUTUP Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam. Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah. Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya. H.R. Muslim Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan tercapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha membentuk diri pelajar menjadi pelajar yang suka menderma dan bersedekah dapat direalisasikan.

Disediakan oleh: UNIT HEM SK MAHKOTA SARI, GERIK.

Diluluskan / Tidak diluluskan

You might also like